Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 41

ALAM BELAJAR

Belajar Sambil Bermain

Tukang Fikir:

Fawwaz Thaqif bin Alias Tudin

Mohd. Imran bin Mohd Amir

Shahira Irda binti Sahirin


PENGENALAN
Kanak-kanak mempunyai cara belajar yang tersendiri tidak
seperti orang dewasa. Mereka suka meneroka perkara-
perkara baru yang menarik perhatian. Perkara-perkara ini
boleh merangsang pemikiran mereka. Kanak-kanak belajar
melalui kaedah learning by doing iaitu melakukan sendiri
aktiviti-aktiviti bagi mendapatkan maklumat daripada
persekitarannya. Salah satu daripada strategi yang sesuai
dalam pembelajaran kanak-kanak ialah belajar sambil
bermain.
Di peringkat prasekolah, tumpuan pendidikan ialah kepada
kesediaan belajar. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan
berpandukan konsep belajar sambil bermain iaitu proses
pembelajaran secara tidak formal tetapi berstruktur,
terancang dan mempunyai tujuan tertentu. Unsur mudah
ubah ditegaskan semasa menjalankan aktiviti prasekolah.
Permainan Bongkah Permainan Kayu

Permainan Berkumpulan Permainan Domino


Belajar sambil bermain mempunyai peranan yang
sangat penting dalam memupuk perkembangan
dan penyuburan individu secara menyeluruh dan
seimbang. Guru-guru prasekolah hendaklah
merancang segala aktiviti supaya kanak-kanak
dapat belajar dalam suasana yang selesa, sihat
dan gembira. Menerusi permainan, kanak-kanak
dapat menyiasat benda-benda, membina,
meruntuh dan mencipta. Permainan juga dapat
membantu kanak-kanak memusatkan perhatiannya
terhadap sesuatu dan menyerapkan pengalaman
baru.
Permainan Untuk Pembelajaran
Bermain juga dapat memperkembangkan sifat-sifat
tekun, gigih, kreatif dan berdaya cipta. Melalui
permainan seperti berlari, melompat, menggunting
kertas, menyusun bongkah, membezakan paras air
di dalam botol dan membuat robot daripada bahan
terbuang, kanak-kanak sebenarnya sedang melalui
proses pembelajaran yang menarik dan bermakna.
Pada hakikatnya aktiviti tersebut dapat
mengukuhkan koordinasi motor kasar dan motor
halus pada semua bahagian badan, menggunakan
daya kreatif,memupuk semangat bergaul,
mengukuhkan sikap hormat-menghormati dan
berdisiplin (Draf Kurikulum Prasekolah Malaysia,
1986).
KONSEP BERMAIN
Montessori menganggap permainan adalah
pekerjaan kanak-kanak. Beliau berpendapat
bahawa semua kanak-kanak suka belajar dan
mereka belajar melalui bermain.
Bermain ialah keseronokan yang dialami semasa
melakukannya. Kanak-kanak merasa terhibur
apabila bermain. Bermain adalah satu bentuk
kesenian kanak-kanak. Bermain juga merupakan
saluran untuk melahirkan perasaan dan punca
untuk mendapatkan kegembiraan dan
keseronokan.
Almy (1984) menyatakan kanak-kanak bermain
dengan diarah oleh diri mereka sendiri tanpa
mengambil kira tujuan bermain. Semasa bermain,
mereka bebas dari segala peraturan. Melalui
permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku
yang baru. Kanak-kanak melibatkan diri dalam
permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan
oleh Almy bersesuaian dengan pandangan Rubin,
Fein dan Vendenberg (1983). Dalam
membincangkan ciri-ciri bermain, mereka
menyebut First, play is intrinsically motivated. It is
an end itself, done only for the sheer satisfaction of
doing it. A second, related characteristic of play is
that it must be freely chosen by the participants
(dipetik dari buku Fergus, 1996 : 2)
Menurut Vygotsky (1967) Play is helpful in the
development of language and thought. Mental
structures are formed through the use of signs
and tools and play helps in this formation. Play
also frees the child from the constrains of the real
world that surround the child. In this way play
gives children greater control over situation that
they would have in reality. Children play with
meanings as well as with objects as a result of
being freed from reality. They are thus allowed to
engage in higher-older thought processes through
play (dipetik dari buku Spodek et. al 1987 :181)
Jerome Singer (1973) menganggap permainan
imaginatif sebagai usaha kanak-kanak
menggunakan kebolehan fizikal dan mental
mereka dalam menyusun pengalaman. Beliau
juga berpendapat bahawa dalam permainan
kanak-kanak meneroka alam yang boleh
menjadikan mereka berkebolehan dalam
menghadapi masalah persekitaran dan boleh
menjadikan mereka kreatif. (dipetik dari buku
Spodek et. al 1987 : 181)
Kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari
daripada bermain dan permainan akan digunakan
oleh kanak-kanak semasa berinteraksi dengan
orang lain. Segala kemahiran dan pengetahuan
yang diperolehi daripada aktiviti bermain akan
diadaptasikan oleh kanak-kanak di sepanjang
kehidupannya. Setiap permainan yang dilalui
merupakan asas kepada pendidikan yang lebih
formal. Bermain akan memberikan peluang
kepada kanak-kanak untuk mengembangkan
beberapa kemahiran asas yang dimilikinya.
Permainan yang
mendedahkan kanak-kanak
kepada binaan
Bermain bukan sahaja akan dapat membina keyakinan
malah menjadi pendorong kepada kanak-kanak untuk
terus mempelajari pelbagai perkara yang lebih mencabar.
Contohnya, permainan membina model rumah melalui
kaedah cantum lekat dapat menyedarkan kanak-kanak
bahawa sesebuah rumah itu memerlukan percantuman
beberapa bahan asas seperti tiang, dinding dan
sebagainya. Bermain boleh dibahagikan kepada dua
kategori iaitu:
Permainan aktif: Permainan yang aktif melibatkan aktiviti
yang dilakukan oleh individu seperti berlari, membina
cantum lekat, melukis dan sebagainya. Permainan aktif
lebih mudah diertikan sebagai aktiviti yang memerlukan
tenaga yang banyak untuk melakukan sesuatu aktiviti.
Semakin meningkat usia, semakin berkurangan aktiviti
permainan aktif.
Permainan pasif: Permainan pasif yang dimaksudkan
ialah keseronokan yang dirasakan dengan hanya melihat
aktiviti yang dilakukan oleh orang lain. Aktiviti ini tidak
melibatkan penggunaan tenaga yang banyak tetapi
keseronokan dan kepuasannya adalah sama seperti
bermain permainan aktif. Permainan yang dikategorikan
sebagai permainan pasif ialah menonton perlawanan bola
sepak, membaca, melihat haiwan dan menonton
televisyen.
PERINGKAT-PERINGKAT PERMAINAN

Peringkat Penerokaan dan Pengamatan


Semenjak dilahirkan sehingga bayi berusia tiga
bulan, permainan dan aktiviti bermain mereka
tertumpu kepada aktiviti penerokaan seperti
melihat objek dan orang di sekelilingnya.
Kemudian, bayi akan cuba mencapai objek-objek
dan memegangnya. Apabila kemahiran
merangkak telah dikuasai, bayi akan melihat dan
mengamati apa sahaja barang yang dijumpainya.
Peringkat Bermain Barang Permainan
Kanak-kanak mula bermain sendiri dengan bahan
permainan dari usia 6 bulan. Pada peringkat awal,
bayi hanya meneroka barang permainannya.
Biasanya dengan cara mengetuk, menggigit,
membaling dan membuka bahan-bahan
permainannya. Apabila menjangkau usia 2 hingga
3 tahun, kanak-kanak sudah mula menghargai
barang permainan dengan menyatakan bahawa
barang permainan adalah keperluan
kehidupannya seperti menganggap anak patung
sebagai anaknya. Mereka akan bercakap-cakap
dengan barang-barang permainan semasa
bermain.
Peringkat Bermain Berkumpulan
Pada peringkat usia 2 hingga 3 tahun, kanak-kanak
suka bermain bersama kanak-kanak lain yang hampir
sebaya. Walaupun mereka kadangkala tidak
berkomunikasi, namun kehadiran kanak-kanak lain
sudah cukup menyeronokkan mereka untuk terus
bermain. Apabila berada pada peringkat prasekolah,
kanak-kanak mula bermain secara berpasangan atau
berkumpulan seperti permainan yang melibatkan
hobi, sukan dan beberapa permainan yang akan
melibatkan aktiviti fizikal yang aktif. Kanak-kanak
pada peringkat ini mampu membentuk kumpulan atau
geng mereka sendiri. Pada kebiasaannya, rakan di
dalam sesuatu kumpulan itu mempunyai minat dan
jantina yang sama.
KAITAN ANTARA PERMAINAN DENGAN
PERKEMBANGAN MINDA KANAK-KANAK

Semenjak dilahirkan, bayi menggunakan seluruh keupayaan


pancainderanya untuk mempelajari dan memperkayakan
pengalamannya. Contohnya, semasa bermain teething ring,
bayi akan menggunakan kesemua pancaindera iaitu melihat
warna, merasakan bentuk, bau, rasa, mendengar bunyi dan
mempelajari tindak balas gigitannya. Kesemua aktiviti yang
dilakukan terhadap bahan permainan dapat membantu bayi
untuk mengenali apakah sebenarnya barang itu.
Pengalaman seperti ini membolehkan kanak-
kanak mempelajari dan mengetahui kemampuan
pancainderanya serta memudahkan mereka
membuat persepsi terhadap sesuatu perkara yang
baru di dalam hidupnya. Pada masa yang sama,
anak sudah boleh membezakan segala bahan
yang telah dirasainya dengan teething ring.
Terdapat lima kategori kegiatan bermain yang
akan mempengaruhi perkembangan minda kanak-
kanak iaitu:
Aktiviti
Merangsang
Perkembangan
Bahasa

Aktiviti Aktiviti
Merangsang Kategori Merangsang Seni
Mental Permainan dan Artistik
Kanak-kanak

Aktiviti Memahami
Aktiviti Koordinasi
Matematik dan
dan Kemahiran
Sains
Motor

Rajah 1 : Kategori Permainan Kanak-kanak


a) Aktiviti merangsang mental. Permainan yang
memerlukan kanak-kanak membuat dan mempelajari
sebab sesuatu kejadian.
Contoh permainan:

1. Menggalakkan kanak-kanak mencari pelbagai


kegunaan sesuatu barang. Misalnya dengan sehelai
kertas, galakkan mereka untuk membuat pelbagai
perkara seperti membuat origami iaitu melipat sehelai
kertas untuk dijadikan topi, burung, bintang dan kapal.
Selain kertas, bahan lain juga boleh digunakan seperti
sapu tangan, kotak, plastik dan sebagainya.

2. Menggalakkan kanak-kanak berimaginasi seperti


berbual tentang apa yang akan dilakukannya jika dia
menjadi putera raja atau berada di atas bulan.
3. Menyediakan bahan permainan yang
memerlukan kanak-kanak mencantum atau
membina seperti binaan istana pasir, membina
blok-blok kayu, menyusun kotak-kotak kosong,
bermain plastisin, bermain lego, bermain
jigsaw puzzle dan sebagainya.
4. Menggalakkan mereka berfikir dengan cara
bertanya bagaimana sekiranya dia menjadi
sebatang pen, sebuah jam atau baju.
Permainan seperti ini akan mencabar
pemikiran anak untuk terus berfikir tentang
kejadian atau perasaan sesuatu barang.
Permainan Cantum Lekat
(Jigsaw Puzzle)
b)Aktiviti yang merangsang perkembangan
bahasa dan komunikasi. Permainan yang
melibatkan bahasa akan merangsang minda anak
untuk menguasai komunikasi dan membantu anak
mengenali lebih banyak barang. Aktiviti bermain
yang melibatkan bahasa akan memudahkan anak
belajar membaca dan menulis serta membolehkan
anak berfikir untuk menyatukan idea-ideanya.
Bayi mula berkomunikasi dengan mengeluarkan
bunyi seperti pa, pa, ma, ma, cu, cu. Oleh itu,
ibu bapa seharusnya sentiasa memberikan tindak
balas bagi menggalakkan usaha bayi untuk
berkomunikasi. Jika anak masih bayi, perkataan-
perkataan baru boleh diperkenalkan melalui
nyanyian dan dodoian.
Contoh permainan:
1. Membacakan mereka buku-buku bergambar.
Misalnya menunjukkan gambar-gambar haiwan
seterusnya mengeluarkan bunyi haiwan
tersebut.
2. Melabelkan nama pada setiap barang
kepunyaan mereka dan lekatkan pada barang
tersebut seperti pada katilnya dilekatkan
perkataan katil.
3. Membiarkan kanak-kanak bermain mesin taip.

4. Membelikan huruf-huruf untuk disusun oleh


kanak-kanak mengikut urutan dari huruf A
sehingga huruf Z.
c) Permainan seni atau artistik. Kanak-kanak biasanya
amat tertarik kepada muzik. Permainan berbentuk
muzikal boleh mempertajamkan minda anak untuk belajar
mengesan dan membezakan sesuatu irama atau nada
bunyi. Permainan berbentuk muzikal juga akan dapat
mempertajamkan deria pendengaran kanak-kanak.

Contoh permainan:
1. Potong kentang atau lobak mengikut bentuk yang
disukai untuk dijadikan blok mencetak. Kemudian,
gunakan cat air untuk membuat corak pada kertas
lukisan.
2. Membuat aktiviti kerja tangan seperti membuat layang-
layang kertas, membuat gelang manik, membuat
boneka untuk puppet show, membuat anak patung
daripada kain dan sebagainya.
Permainan Patung Tangan
3. Menyediakan pensel atau krayon dan kertas
lukisan supaya kanak-kanak boleh melukis apa
sahaja mengikut kreativiti dan imaginasinya.
d) Aktiviti yang membantu kanak-kanak
memahami konsep matematik dan sains.
Permainan berbentuk objek terutamanya yang
berbentuk geometri akan memperkenalkan
kanak-kanak kepada simbol-simbol asas
matematik. Terdapat bahan permainan tersebut
yang diperbuat daripada kain lembut dan amat
sesuai untuk bayi dan kanak-kanak. Guru juga
boleh membuat sendiri permainan tersebut
dengan menjahit kain tebal untuk menghasilkan
barang permainan geometri. Buatlah bentuk-
bentuk seperti bulat, empat segi, bintang dan
sebagainya.
Contoh permainan:
1. Menyusun blok iaitu bahan permainan yang perlu
dimasukkan dan dikeluarkan mengikut kesesuaian
bentuk (sorting toy).
2. Bermain di luar rumah akan memperkenalkan kanak-
kanak kepada alam semulajadi dan bidang sains.
Berikan kanta pembesar supaya kanak-kanak boleh
melihat struktur daun dan juga melihat serangga
dengan lebih jelas.
3. Menggalakkan kanak-kanak bermain dengan air.
Masukkan mainan atau bahan yang boleh terapung
dan terapung di dalam tab mandi atau baldi. Melalui
cara ini, kanak-kanak akan mempelajari konsep
bahawa terdapat barang yang boleh tenggelam dan
ada juga yang sentiasa timbul.
e) Aktiviti yang memerlukan koordinasi fizikal dan
kemahiran motor. Aktiviti ini meliputi kemahiran
berenang, berlari, menari, melompat dan sebagainya.
Secara khususnya permainan dapat meningkatkan
kemampuan otak dan minda kanak-kanak. Melalui
permainan, kanak-kanak dapat:
Mengembangkan imaginasi dan berkreatif.

Menambahkan ilmu pengetahuan.

Memberikan ketenangan emosi.

Belajar berkomunikasi dan bersosial.

Membentuk peribadi dan moral.


Mengenal perbezaan jantina.

Membantu perkembangan fizikal.


Permainan Untuk Kanak-kanak Berusia 2 Hingga 4 Tahun
Pada peringkat usia ini, kanak-kanak sudah boleh
berjalan dan sangat aktif berlari dan melompat serta amat
gemar terhadap sesuatu yang ada kaitannya dengan
muzik. Permainan yang dianggap sesuai adalah seperti
berikut:
a) Alat muzik mainan seperti piano, trumpet, dram dan gitar.
b) Boleh juga diberikan baldi, kotak atau tin susu untuk
diketuk menggunakan sudu atau chopstick.
c) Mengajak kanak-kanak terutamanya yang perempuan ke
dapur, bersama-sama memilih beras, menyiang ikan,
membersihkan sayur dan sebagainya. Penglibatan
dengan kerja-kerja dapur seperti itu menyebabkan anak
itu tidak akan mengacau ibu di dapur.
Permainan
Perkakas Di Dalam
Rumah
d) Mainan berkaitan kerjaya seperti mainan peralatan
perubatan, ketenteraan, polis dan sebagainya.
e) Sediakan kelengkapan seni (art material) supaya anak
boleh menconteng dan melukis.
f) Mainan yang membezakan jantina seperti pinggan
mangkuk dan anak patung untuk kanak-kanak
perempuan. Kanak-kanak lelaki pula diberikan mainan
kapal terbang dan seumpamanya supaya mereka
boleh melakukan permainan tersebut secara olok-
olok.
g) Membuat buaian sendiri dengan diikat pada pokok
rendang atau membawa kanak-kanak ke taman
permainan.
h) Radio dan peti rakaman mainan lengkap dengan
mikrofon supaya kanak-kanak boleh menyanyi dengan
gembira.
Permainan Untuk Kanak-kanak Berusia 5 Hingga 7 Tahun

a) Jigsaw puzzle. Bagi mengelakkan pembaziran,


lekatkan gambar pada majalah pada sekeping kertas
keras dan gunting.
b) Aktiviti kraftangan seperti membuat layang-layang,
membuat anak patung, pinggan kertas, rantai manik
dan sebagainya.
c) Sediakan mainan menduga akal dan bahasa seperti
teka silang kata, saidina, dam haji, dam ular, monopoli
dan sebagainya.
d) Lakukan aktiviti sekeluarga seperti bercerita, wayang
kulit, puppet show dan sebagainya.
e) Bermain-main dengan tanah liat atau plastisin untuk
membentuk sesuatu lembaga atau binaan.
f) Permainan cantum lekat seperti yang mudah didapati
di pasaran.
NILAI-NILAI MAIN
Sukatan Pelajaran Ilmu Pendidikan, Kursus Perguruan
Asas Lima Semester Awal Kanak-kanak (1991) telah
menyenaraikan nilai-nilai main seperti berikut:
1. Bermain boleh membantu perkembangan kanak-kanak
dari pelbagai aspek.
2. Bermain adalah aktiviti sukarela.
3. Semasa bermain, kanak-kanak dapat merasakan
kebebasan bertindak.
4. Kanak-kanak dapat mengembangkan imaginasinya
semasa bermain.
5. Bermain menggalakkan kanak-kanak menjadi adventurous.
6. Bermain boleh menggalakkan perkembangan bahasa.
7. Bermain dapat mengembangkan fizikal kanak-kanak
8. Permainan merupakan kuasa yang unik untuk
membina hubungan interpersonal.
9. Bermain boleh mengembangkan minat dan penumpuan
kanak-kanak.
10. Bermain merupakan satu cara yang membolehkan
kanak-kanak menyelidik benda-benda yang terdapat
dalam alam ini.
11. Melalui bermain, kanak-kanak dapat mempelajari
peranan orang dewasa.
12. Kanak-kanak dapat memperbaiki penilaian mereka
melalui bermain.
13. Bermain boleh disusun secara akademik.
14. Bermain adalah sangat mustahak dalam kehidupan
manusia.
15. Bermain adalah satu cara pembelajaran yang dinamik.
16. Bermain mempunyai sumbangan yang sangat penting
di dalam kehidupan.
Kanak-kanak Mengenali Jenis Pekerjaan
Imam Al-Ghazali menitikberatkan tentang bermain.
Beliau menyatakan bahawa dengan bermain
kanak-kanak boleh mengembangkan sifat
semulajadi mereka. Bermain juga boleh
menyuburkan tubuh yang kecil, membina dan
menguatkan otot-otot. Bermain juga boleh
mendatangkan kegembiraan dan kerehatan bagi
kanak-kanak selepas penat belajar. Berikut
merupakan satu contoh perancangan harian
prasekolah yang menggunakan strategi belajar
sambil bermain.
RUMUSAN
Memang sudah menjadi kelaziman bagi kanak-kanak
meminati segala bentuk jenis permainan. Kita sering melihat
kanak-kanak leka bermain sehingga tidak mempedulikan
lain-lain aktiviti yang berlaku di sekeliling mereka. Bagi
kanak-kanak seperti ini, bermain adalah belajar. Semasa
bermainlah kesemua sensori pancainderanya digunakan
selain daripada gerak laku fizikal yang berlaku berikutan
aktiviti itu. Kesemuanya dapat membantu merangsang
minda kanak-kanak.
Ibu bapa dan guru hendaklah bijak melayan naluri bermain
semulajadi ini. Mereka harus bijak melayan, membantu
memilih, melibatkan diri dalam permainan dan alat-alat
permainan anak mereka. Penglibatan ibu bapa bukan
sahaja akan melahirkan kesan fizikal dan emosional malah
dapat menjalin hubungan kejiwaan yang amat penting
dalam menentukan keeratan hubungan mereka apabila
mereka dewasa kelak.
SEKIAN

TERIMA KASIH

Rujukan:
Azizah Lebai Nordin & Zainun Ishak, 1992. Pendidikan Prasekolah Untuk Guru.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Rohaya Hj. Yahya, 1996. Kaedah Montessori. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Dr. Hassan Hj. Mohd Ali, 1997. Siri Keluarga Mithali Utusan-Akrab, Mendidik
Anak Pintar Cerdas. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd.

SEPAKAT DAN KOLEKTIF WARGA IPKS MENJULANG KECEMERLANGAN

You might also like