Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 10

EDU 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA

PERATURAN-PERATURAN
PENDIDIKAN (PENDIDIKAN
KHAS) 1997
DISEDIAKAN OLEH:
SURAINI BINTI SUIP
BM 1
PENGENALAN
Merupakan satu usaha kerajaan untuk
memastikan pendemokrasian
pendidikan dan kesaksamaan peluang
pendidikan dapat diberikan kepada
semua warganegara tanpa mengambil
kira latar belakang, status ekonomi
atau kecacatan seseorang.
Antara penyataan pembelaan kanak-kanak
berkeperluan Khas ialah:
penyataan Akta Pendidikan 1961
Akta Pelajaran 1996
Peraturan-peraturan pendidikan Khas 1997
Perakuan Kabinet perkara 169-172
Akta OKU 2008 di Malaysia
PL 94-142
ADA Act 1990
DDA 1995 di luar negara
Ini telah memberi kesan terhadap perkembangan
pendidikan Khas.
Peraturan Pendidikan (Pendidikan
Khas) 1997 mula berkuat kuasa pada
1 Januari 1998 dengan memberi
tafsiran:
Murid-murid dengan keperluan khas ertinya
murid-murid yang mempunyai cacat
penglihatan atau kecacatan Pendengaran atau
mempunyai masalah pembelajaran
Maksud Program Pendidikan
Khas
Suatu program yang disediakan di sekolah khas
bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan
penglihatan atau kecacatan pendengaran

Suatu program percantuman di sekolah biasa


bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan
penglihatan atau kecacatan pendengaran atau
mempunyai masalah pembelajaran.

Satu program pendidikan inklusif bagi murid-


murid dengan keperluan khas yang boleh
menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama
dengan murid-murid biasa
Kelayakan Untuk Program Pendidikan Khas

Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3 (2)


Seksyen 41 dalam Akta Pendidikan 1996
menjelaskan semua pelajar berkeperluan
khas yang boleh dididik dan mampu
mengurus diri sendiri tanpa bergantung
pada orang lain boleh diterima bersekolah
berasakan pernyataan berikut:
Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan,
murid-murid dengan keperluan khas yang boleh
didik adalah layak menghadiri program
pendidikan khas kecuali bagi murid-murid
berikut:

Murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan


mental untuk belajar seperti murid biasa

Murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang


sangat cacat anggotanya
Seseorang murid dengan keperluan
khas adalah boleh dididik jika dia
mampu untuk mengurus diri sendiri
tanpa bergantung pada bantuan orang
lain.

Mesti disahkan oleh panel seperti


pengamal perubatan, pegawai daripada
Kementerian Pendidikan dan Pegawai
daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
KURIKULUM

Peraturan Pendidikan 1997 (Pendidikan Khas)


menjelaskan pelaksanaan kurikulum bagi murid
pendidikan khas. Perkara 4 menyatakan:

Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-


guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran
dan pembelajaran, masa bagi aktiviti, susunan aktiviti,
mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai
tujuan dan matlamat pendidikan
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like