Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Dato’ Bahaman – Penentang Inggeris di Pahang

 
Asal
Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato’ Bahaman ialah orang
besar yang menentang penjajahan Inggeris di Semantan, daerah kekuasaannya di Pahang,
Tanah Melayu.
Bapa Dato’ Bahaman ialah Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang, Kampar, Riau.
Ibunya pula ialah Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang
berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan. Walaupun beliau dilahirkan di Rantau Panjang
iaitu sebuah kampung di daerah Bentong, beliau banyak menghabiskan masa di Pekan
kerana berkhidmat dengan Bendahara Ali iaitu ayahanda kepada Sultan Ahmad.
Dato’ Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali dan
menjadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya. Apabila Sultan Ahmad
menaiki takhta, Dato’ Bahaman terus menabur bakti kepada tanah airnya.
Dato’ Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan
dianugerahkan dengan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana kerana
beliau telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang
saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta memimpin
pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang Saudara di Klang,
Selangor. Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato’ Bahaman telah dilantik oleh
Sultan Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh. Dengan pangkat tersebut, kedudukan Dato’
Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkali diajak berunding
oleh baginda Sultan Ahmad.
Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah
menyebabkan Dato’ Bahaman digelarkan ‘Seman Tahan’ oleh penduduk di sekitar
kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman
Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan Inggeris. Beliau tidak mengiktiraf
pemerintahan Inggeris diPahang sejak awal lagi dan mencetuskan kebangkitan di Pahang.
Awal penentangan
ermula Segala-galanya bpada Oktober 1888 apabila British melantik JP Rodger sebagai
Residen Pahang. Pihak Inggeris sememangnya sudah lama mengintai peluang untuk
menjajah Pahang dan peluang mereka terbuka apabila mengetahui Sultan Pahang
bermusuhan dengan dengan adindanya, Wan Mansur. Rancangan Wan Mansur untuk
menyerang Sultan Ahmad diketahui British dan bangsa asing itu mengambil kesempatan
untuk berbudi kepada Sultan Ahmad dengan mematahkan cubaan serangan itu.
Melihat seolah-olah Sultan Ahmad sudah termakan dengan budi yang ditabur mereka,
British mengutuskan Hugh Clifford untuk memujuk Sultan supaya menerima seorang residen
untuk membantu baginda memerintah Pahang. British sebenarnya memasang helah untuk
menjajah Pahang bagi membolehkan mereka memungut hasil bumi yang banyak di negeri
itu. Pihak British seterusnya memujuk Sultan Ahmad bagi membolehkan pihak Inggeris
campurtangan di dalam pemerintahan Pahang kerana mahukan hasil bumi Pahang seperti
balak, bijih timah, getah, gading, rotan, emas dan padi.
Untuk menangani masalah campurtangan pihak Inggeris di Pahang, Sultan Ahmad
mengadakan mesyuarat bersama Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan pembesar-pembesar
Pahang di Kuala Bera, Temerloh. Selepas mesyuarat sulit yang diadakan di Sungai Salan,
Pulau Tawar, Jerantut, semua pihak membuat keputusan tidak bersetuju membenarkan
campurtangan pihak Inggeris ke atas Pahang.
Pada tahun 1885, British telah mengangkat Wan Mansur, kekanda kepada Sultan Ahmad
menjadi Raja Muda. Berikut berlakunya kematian seorang Cina di istana Sultan Ahmad
telah menyebabkan Sultan Ahmad terpaksa menandatangani perjanjian membenarkan
British campurtangan dalam pemerintahan Pahang. Walaupun pada mulanya baginda
enggan menerima kehadiran bangsa asing, atas beberapa helah dan desakan dari
British, Sultan Ahmad akhirnya terpaksa bersetuju untuk menerima seorang Residen
British di Pahang.
JP Rodger pada mulanya hanya berkhidmat sebagai penasihat Sultan untuk memerintah negeri
tetapi lama-kelamaan lelaki asing itu mula besar kepala. Dia mula mengambil alih urusan
mentadbir Pahang serta masuk campur ke dalam adat dan agama penduduk tempatan. Rodger
mula merangka pelbagai peraturan sesuka hatinya tanpa berunding dengan sultan atau
pembesar negeri. Sultan Ahmad dipaksa meluluskan segala peraturan yang diperkenalkan
olehnya. Antara peraturan diperkenalkan Rodger, ternyata melanggar adat resam orang Melayu.
Antaranya ialah melarang penduduk membawa senjata atau keris sesuka hati.
Rodger juga melarang pembesar negeri memungut cukai walaupun sebelum itu, semua
pembesar diberi mandat oleh Sultan untuk memungut cukai, sebaliknya, Rodger melantik
pegawainya, E.A Wise untuk mengutip cukai. British juga melantik E.A Wise sebagai majistret
dan pasukan polis di kalangan pegawai mereka bagi mengawal dan mengadili kes jenayah dan
secara tidak langsung mengurangkan kuasa pembesar Melayu yang dipertanggungjawab
menjalankan tugas berkenaan sebelum itu.
Tindakan Rodger menimbulkan kemarahan pembesar Melayu terutama Dato’ Bahaman. Beliau
enggan tunduk kepada perintah British dan terus mengutip cukai di Semantan. Tindakan Dato’
Bahaman itu menyebabkan British menghantar surat amaran kepada beliau tetapi tokoh
pahlawan itu tetap tidak mengendahkannya. Tindakan Dato’ Bahaman itu turut disokong
penduduk yang enggan bertuankan bangsa asing di tanah air sendiri.
Ketegangan bermula pada bulan Disember 1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah
balai polis di Lubuk Terua yang terletak di kawasan Dato’ Bahaman, tanpa sebarang perundingan
dengannya. Apabila Hugh Clifford, Pemangku Residen British Pahang, mengetahui hal tersebut,
beliau menasihatkan Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato’ Bahaman supaya pergi ke
Pekan agar perkara itu dapat disiasat. Oleh sebab Dato’ Bahaman enggan ke Pekan, Sultan
mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Dato’ Setia Perkasa
Pahlawan, Orang Kaya Semantan.
Oleh kerana perlucutan jawatannya oleh Sultan dipengaruhi oleh Inggeris, Dato’ Bahaman
bersumpah akan menghalau orang-orang Inggeris keluar dari Pahang kerana mereka telah
memalukannya.
Pada Oktober 1891, British menghantar 25 anggotanya ke Balai Polis Lubuk Terua bagi
mengawasi tindak-tanduk Dato’ Bahaman. Kemuncak kepada kebiadapan British apabila pihak
Inggeris menangkap 3 orang pengikut Dato’ Bahaman di Sungai Semantan ketika sedang
memancing ikan. Ketiga-tiga orang pengikut Dato’ Bahaman itu dibawa ke rumah pasung Lubuk
Terua untuk diadili dan dihukum. Pihak Inggeris menuduh Dato’ Bahaman menyuruh ketiga-tiga
orang itu mencuri hasil hutan tanpa kebenaran dan memerintahkan Dato’ Bahaman ditangkap
dan dihukum. Salah seorang pengikut Dato’ Bahaman yang telah ditangkap berjaya melepaskan
diri dan memberitahu Dato’ Bahaman tentang rancangan jahat Inggeris.
Dato’ Bahaman kemudiannya meminta pihak Inggeris membebaskan penduduk yang
ditahan sebaliknya pihak Inggeris menunjukkan sikap besar kepala dan enggan
mengikut arahan berkenaan. Mereka berkeras membawa tahanan itu ke Balai Polis
Lubuk Terua untuk ditahan dan dibicara. Kesabaran Dato’ Bahaman berakhir dan beliau
bersama pengikutnya menyerang
pasukan polis British ketika mereka dalam perjalanan membawa tahanan ke balai polis
berkenaan.
Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai Inggeris Pahang
menyediakan tentera untuk melawan penentang Melayu. Ekoran dari itu pada 21 Disember
1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi
yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato’ Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi
pertempuran antara pihak Inggeris dengan Dato’ Bahaman tetapi pihak Inggeris sekali lagi
ditewaskan.
Pada Disember 1891, Tengku Mahmud bersama-sama dengan 200 orang pengikutnya, dan Hugh
Clifford bersama-sama dengan 60 orang Sikh di bawah pimpinan Kapten Summer telah
mengaturkan gerakan untuk menyerang dan menangkap Dato’ Bahaman dan orang-orangnya.
Bagaimanapun gerakan ini menemui kegagalan setibanya di Kelubi kerana keengganan pasukan
Melayu bekerjasama dengan pasukan polis Sikh. Pihak Inggeris yang diketuai Hugh Clifford
mengalami kekalahan dan terpaksa berundur dan meminta bantuan dari Singapura.
Pada Januari 1892, pihak Inggeris telah memaksa Sultan Wan Ahmad untuk menamatkan
kebangkitan Dato’ Bahaman di Pahang. Satu pasukan yang dinamakan “Gerakan Sultan” telah
dilancarkan pada 22 Januari 1892 dengan kekuatan 800 orang. Seramai 140 daripadanya
mempunyai senjat api yang dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima Garang
Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari Bera. Gerakan ini juga menemui kegagalan kerana
selain daripada hanya dapat memusnahkan 11 buah kubu kecil termasuk Kubu Batu Ampar, jejak
Dato’ Bahaman tidak dapat dikesan dan tidak ada tanda-tanda yang memungkinkan Orang Kaya
Semantan itu dan pengikut-pengikutnya yang terdekat akan tertangkap. Pada awal bulan
Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah berakhir. Untuk sementara waktu, daerah
Semantan telah diletakkan dibawah jagaan Abdullah Bera.
dibawah jagaan Abdullah Bera.
Pada Mac 1892, pasukan Dato’ Bahaman berjaya menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan
Dato’ Bahaman menjadi lebih hebat kerana dibantu oleh Tok Gajah. Pihak Inggeris kalah dan
Abdullah Bera terpaksa pulang ke Bera. Kubu Lubuk Terua dikawal oleh orang-orang dari
Cempaka dan Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan penentangan Dato’ Bahaman
terhadap Inggeris.
Pada Mei 1982, Inggeris telah menyerang Lubuk Terua lagi. Pejuang Pahang terpaksa berundur
ke Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu, Ulama Tok Ku Paluh telah menyemarakkan
semangat pejuang Pahang untuk berjihad menentang Inggeris. Pada 14 Jun 1894, Kuala
Tembeling dan Jeram Ampai berjaya ditawan oleh Dato’ Bahaman bersama 100 orang
pengikutnya.
Pada 29 Jun 1894 sepasukan tentera kerajaan Inggeris yang diketuai oleh Jeneral Walker
menyerang kumpulan penentang Inggeris yang diketuai oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat
Kilau dan Mat Kelubi di Jeram Ampai, Kuala Tembeling, Pahang. Dalam serangan itu Pemangku
Penguasa Ulu Pahang bernama Wise, terbunuh bersama empat anggota polis. Serangan
tersebut menyebabkan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Ini menandakan berakhirnya perang
menentang Inggeris di Pahang.
Sir Hugh Clifford, Residen Bristish di Pahang melancarkan serangan secara
besar-besaran yang menelan belanja yang banyak, memburu mereka hingga ke
Terengganu dan Kelantan.
Gerakan itu dihentikan pada bulan November 1995 apabila Datuk Bahaman,
Pawang Nong dan Mat Lela dikatakan menyerah diri kepada kerajaan Siam
tetapi diberi tempoh perlindungan dan ditempatkan di Chiengmai pada awal
1996, manakala Tok Gajah dan Mat Kilau diberitakan meninggal di Terengganu.
Kebangkitan Dato’ Bahaman selama 4 tahun (1891-1894) telah menyebabkan
pihak Inggeris menanggung hutang yang banyak. Sultan Ahmad dipaksa
membayar sebanyak 7200.00 dollar setahun bagi menyelesaikan hutang
tersebut.
Pengistiharan persetiaan
Semasa berada di Bunut Payung Kelantan, Dato Bahaman, Mat Kilau, Mat Lela & Mat
Kelubi membuat satu pengistiharan persetiaan memberitahu bahawa mereka telah
meninggal dunia.
Percubaan bunuh Dato’ Bahaman dan pengikutnya
Percubaan membunuh Dato’ Bahaman dan pengikutnya berlaku di Kuala Lebir, dekat Kota
Baru pada tahu 1896. Satu jamuan makan serabai dan bubur jagung muda telah diadakan
oleh orang besar adik beradik iaitu Wan Ngah, Wan Nik, Dato’ Lela dan orang besar Lebir.
Seramai 15 orang termasuk 8 orang besar Kelantan dan Siam serta 7 orang pejuang
Pahang. Kuih Serabai, bubur jagung muda dan air minuman yang dijamukan telah
dibubuh racun. Mat Lela telah melarang Dato’ Bahaman dan kawan-kawannya dari
menjamah hidangan yang beracun tersebut. Akhirnya, pembesar Kelantan dan Siam yang
khianat memohon maaf dan mengakui kesalahan mereka.
Persetiaan sumpah
Memandangkan keadaan tidak selamat, Dato’ Bahaman dan pengikutnya telah mengambil
keputusan pergi ke Siam. Sebelum itu satu persetiaan telah dilakukan di Kg. Bukit Haji Pak
Jedih, Tanah Merah, dimana para pejuang bersumpah akan menggunakan nama lain dan
tidak akan mendedahkan siapa diri mereka sebenarnya. Seramai 7 orang terlibat dalam
sumpah persetiaan itu, iaitu Dato’ Bahaman (Panglima Kakap), Mat Kilau (Mat Siam, Mat
Dahan, Mat Dadu, Mohamed Ibrahim), Mat Lela (Kilat Senja, Gong Poh), Mamat Kelubi (Tok
Janggut).
Pada tahun 1911, Dato’ Bahaman telah kembali ke Kelantan manakala Mat Lela pergi ke
Indonesia, sementara 2 orang pejuang lagi telah meninggal dunia di Patani, Siam. Pada tahun
1920, Dato’ Bahaman balik ke Kuantan dan tinggal di Kg. Paya Lalang (Padang Lalang) dengan
memakai nama Lebai Deraman. Pada tahun 1926, Dato’ Bahaman berpindah ke Kg. Peramu
dan dikenali sebagai Tok Guru Peramu. Mat Kilau pula dikatakan berpindah ke Kg Aur
Rompin, Tanjumg Medang, Kg. pasir Panjang, Kg. Batu Tering Pekan, Kg. Batu Lima Jalan
Gambang. Mamat Kelubi dan Panglima Hitam tidak diketahui kisahnya. Dato’ Bahaman
tinggal di Kg. Peramu sehingga kematiannya.

You might also like