Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 49

3.

3 SISTEM
KAWALAN ELEKTRIK
disediakan oleh : How Bee Swan Winnie
PPISMP SEM 2 RBT 1 (2016)
Kawalan elektrik
Sistem kawalan elektrik membolehkan peralatan elektrik dikawal serasa
automatik, insani ataupun separa automatik.
Kawalan elektrik ialah komponen yang mengawal atau melaras kerja
alatan elektrik berdasarkan aturan kerja yang telah ditentukan terlebih
dahulu.
Contohnya, peralatan yang menggunakan sistem kawalan elektrik ialah
kipas, mesin basuh, peti sejuk, lampu dan banyak lagi.
Komponen kawalan elektrik
Semua komponen yang digunakan dalam sebuah litar kawalan elektrik dibahagikan
kepada dua kategori, iaitu:
Alat kawalan utama : komponen yang akan menyambungkan talian kepada beban.
Alat pandu : komponen yang digunakan untuk mengawal atau mengatur alat kawalan utama.
Berikut ialah komponen penting yang mesti digunakan dalam kawalan elektrik :
a) Penyentuh f) Pemutus litar
b) Geganti kawalan g) Fius
c) Geganti beban lampu h) Suis punat tekan
d) Lampu penunjuk i) Suis
e) Pemasa
Penyentuh
Penyentuh ialah set geganti yang dikendalikan oleh
elektromagnet.
Penyentuh berfungsi untuk menyambung dan memutuskan
litar elektrik dengan selamat
Penyentuh digunakan bersama-sama dengan komponen
kawalan lain untuk mengawal beban seperti lampu dan motor
elektrik.
Penyentuh terdiri daripada gegelung, teras besi lembut dan
pelocok. Setiap penyentuh terdiri daripada dua bahagian, iaitu
bahagian pegun dan bahagian bergerak.
Bahagian penyentuh yang bergerak digabungkan dengan
pelocok ke teras besi lembut.
Terdapat dua jenis penyentuh, iaitu penyentuh utama dan
penyentuh tambahan.
Perbezaan antara penyentuh
utama dan penyentuh tambahan.
Penyentuh utama Penyentuh tambahan

Digunakan dalam litar utama. Digunakan dalam litar kawalan

Mempunyai kadaran ampere yang tinggi. Mempunyai kadaran ampere yang


rendah.

Terdapat hanya dalam bentuk lazim Terdapat dalam bentuk lazim terbuka dan
terbuka sahaja. lazim tertutup.
Geganti kawalan
Geganti kawalan merupakan satu lagi komponen
yang berperanan sebagai suis kendalian
elektromagnet.
Geganti kawalan juga dikawal oleh elektromagnet
sama seperti penyentuh.
Perbezaan antara penyentuh dengan geganti
kawalan hanyalah dari segi jumlah arus yang boleh
dikawal oleh komponen tersebut dan saiz geganti
kawalan.
Antara kegunaan alat geganti kawalan adalah untuk
mengawal litar kawalan, menyambung bekalan ke
beban yang kecil dan pemanas elektrik.
Geganti beban lampau
Litar elektrik sangat perlu dilengkapi geganti beban lampau
kerana peralatan seperti motor tidak akan berhenti
daripada berkendali dengan sendiri walaupun bebannya
telah melebihi had kemampuan.
Geganti beban lampau mempunyai elemen yang
berkeupayaan untuk mengesan arus berlebihan yang
mengalir kepada motor.
Geganti beban lampau mampu untuk memutuskan litar
dan set semula (trip dan reset) berulang kali tanpa perlu
ditukar.
Walau bagaimanapun, geganti beban lampau tidak direka
bentuk untuk melindungi litar daripada litar pintas.
Geganti beban lampau tidak memutuskan litar utama secara langsung,
sebaliknya ia berfungsi dengan cara memutuskan litar kawalan terlebih
dahulu.
Terdapat banyak jenis geganti beban lampau di pasaran. Antaranya
ialah:
Geganti beban lampau terma jenis dwilogam dan jenis aloi cair.
Geganti beban lampau magnet.
Geganti beban lampau elektronik.
Bagi geganti beban lampu terma jenis dwilogam,
belantik (tripping) berlaku kesan daripada
pengembangan berbeza kepingan dwilogam
apabila terkena haba daripada elemen pemanas.
Kepingan dwilogam membengkok, seterusnya
menolak angker untuk membuka penyentuh
lazim tertutup bagi memutuskan litar kawalan.
Lampu penunjuk
Lampu dalam litar kawalan digunakan sebagai penunjuk kepada keadaan litar pada
satu-satu masa.
Warna lampu penunjuk yang dipilih bergantung pada tujuan penggunaannya.
Pemasa
Pemasa adalah berfungsi untuk
melengahkan masa mula dan henti pada
litar elektrik. simbol pemasa.
Fungsi pemasa melengahkan masa
adalah berdasarkan kepada pemindahan
udara melalui orifis kecil.

Sejenis pemasa
pneumatik.
Pin Penerangan

Pin 1 dan 8 Punca untuk


gegelung
Pin 2 dan 3
Punca untuk
penyentuh lazim
Pin 6 dan 7 tertutup.

Pin 3 dan 4
Punca untuk
penyentuh lazim
Pin 5 dan 6 terbuka.
Apabila gegelung pemasa (pin 1 dan pin 8) disambung
kepada punca tenaga elektrik, pemasa tidak bertindak serta-
merta.
Penyentuh lazim terbuka akan tertutup dan penyentuh lazim
tertutup akan terbuka, apabila lengah masa yang telah
ditentukan (set) tiba.
Pemutus litar
Pemutus litar ialah peranti perlindungan arus lebih.
Ia bertindak memutuskan litar bekalan secara
automatik apabila arus yang melebihi kuantiti yang
dihadkan mengalir dalam litarnya.
Pemutus litar
Selain digunakan untuk perlindungan arus lebih,
pemutus litar juga boleh digunakan sebagai pemecil
untuk mengasingkan litar daripada bekalan apabila
berlaku kebocoran atau renjatan elektrik.
Pemutus litar dipasang pada dawai hidup di bahagian
awal litar secara bersiri dengan beban. Simbol pemutus litar.
Binaan pemutus litar miniatur kendalian secara
terma.
Kepingan
Angker tertolak Litar terbuka untuk
dwilogam menjadi
keluar oleh memutuskan
panas dan
tindakan pegas. bekalan.
meleding.

Berikut adalah diterangkan urutan tindakan pemutus litar, iaitu apabila arus
melebihi had yang ditetapkan mengalir dalam litar tersebut.
Kepingan dwilogam akan kembali ke kedudukan asal apabila sejuk.
Untuk membolehkan litar digunakan semula, pemutus litar perlu diset semula yang
terdapat pada pemutus litar tersebut.
Fius
Fius merupakan seutas dawai kuprum ataupun
dawai aloi yang akan lebur apabila ia membawa
arus yang melebihi had.
Fius boleh diperoleh pada kadaran arus daripada
1/500 ampere sehinggalah beratus-ratus ampere.
Komponen lain yang boleh diguna untuk
perlindungan arus lebih ialah fius.
Perbezaan antara pemutus
litar
Pemutus litar
dengan
Fius
fius
1. Bertindak serta-merta 1. Tidak bertindak serta-
apabila berlaku arus lebih. merta tetapi memerlukan
sedikit masa untuk bertindak.

2. Tidak perlu ditukarkan 2. Perlu diganti setiap kali


untuk digunakan semula. selepas berlaku arus lebih.
Suis punat tekan
Suis punat tekan ialah komponen yang berperanan
melengkap dan memutuskan litar elektrik.
Berbanding suis lain, suis punat tekan hanya
memberi sentuhan seketika kepada litar selama ia
ditekan.
Ini kerana suis punat tekan mempunyai pegas di
dalamnya yang akan menyebabkan suis punat
tekan kembali ke kedudukan asal apabila
dilepaskan.
Bagi suis punat tekan lazim terbuka, apabila
ditekan, litar akan tertutup dan apabila dilepaskan,
suis punat tekan itu akan terbuka semula.
Keadaan yang sebaliknya akan berlaku untuk suis
punat tekan lazim tertutup.
Litar kawalan elektrik lazimnya dikawal oleh stesen suis punat tekan yang terdiri daripada
kombinasi beberapa jenis suis punat tekan.
Punat tekan Simbol Kegunaan/ keterangan
Suis punat tekan mula, PM Berwarna hijau dan
(lazim terbuka). digunakan untuk memulakan
kendalian litar apabila suis ini
ditekan.
Suis punat tekan henti, PH Berwarna merah dan
(lazim tertutup). digunakan untuk
menghentikan kendalian litar
apabila suis ini ditekan.
Suis punat tekan dwilitar, Berwarna hijau dan warna
PDL merah. Mempunyai dua
penyentuh, satu penyentuh
tertutup dan satu lagi
penyentuh terbuka.
Suis punat tekan kepala Berwarna merah dan
cendawan ( lazim tertutup). digunakan untuk
menghentikan kendalian
keseluruhan litar apabila
berlaku kecemasan.
Suis
Suis ialah sejenis alat yang digunakan untuk
melengkap dan menyambung litar elektrik
secara mekanik.
Suis diaktifkan sama ada secara insani atau
cara-cara lain bergantung pada jenis suis
tersebut.
Suis togal dan suis dua hala ialah contoh suis
yang diaktifkan secara insani.
Simbol dan kegunaan serta keterangan beberapa contoh suis
lain.
Simbol
Jenis suis Keterangan
Lazim terbuka Lazim tertutup
Suis had Diaktifkan oleh pergerakan
peralatan mesin dan
bertindak apabila had yang
telah ditetapkan dicapai.

Suis apungan Berkendali melalui gerakan


mekanikal (sama ada menarik
atau menolak melalui
tindakan satu alat lain seperti
pelampung) berdasarkan aras
cecair.

Suis tekanan Berkendali apabila tekanan


udara tertentu tercapai.
Simbol
Jenis suis Keterangan
Lazim terbuka Lazim tertutup
Suis kaki Suis kaki diaktifkan
dengan cara
memijakkannya
dengan kaki.
Suis aliran Suis yang
dimasukkan ke
dalam paip dan
akan bertindak
apabila bendalir
atau udara
Suis ini lazimnya digunakan dalam sistem kawalan automatik. mengalir dalam
bahagian paip
tersebut.
Suis pemilih ialah satu lagi contoh suis yang diaktifkan secara insani.
Suis ini dipasangkan ke dalam litar apabila pemilihan litar tertentu
diperlukan.
Suis pemilih diaktifkan dengan cara memusing bahagian tangkainya.
Litar kawalan elektrik
Litar kawalan elektrik berperanan untuk mengawal litar elektrik.
Fungsinya ialah menghidup dan mematikan peralatan elektrik, melindungi beban
daripada kerosakan akibat arus lebih, dan juga memastikan keselamatan
pengendalinya.
Untuk kawalan motor khususnya, terdapat litar kawalan elektrik yang berkeupayaan
untuk menukarkan arah putar motor dan mengawal kelajuan putarannya.
Semua litar kawalan elektrik akan boleh ditunjukkan dalam bentuk gambar rajah
pendawaian dan gambar rajah skema.
Terdapat 4 litar kawalan elektrik, antaranya ialah:
a) Litar pemula terus pada talian.
b) Litar kawalan jujukan.
c) Litar kawalan palam.
d) Litar kawalan jogging.
Gambar rajah skema
Sebuah gambar rajah skema memberi gambaran litar yang mudah
difahami dengan cepat.
Gambar rajah skema terbahagi kepada dua litar, iaitu litar utama dan
litar kawalan.
Litar utama: litar yang menunjukkan penyambungan bekalan kepada
motor.
Litar kawalan: litar yang menunjukkan penyambungan bekalan kepada
satu komponen kawalan litar.
Berikut ialah singkatan
yang digunakan untuk
mewakili komponen dalam
litar kawalan elektrik:
PM - Punat tekan mula
PH - Punat tekan henti
PL - Pemutus litar
P - Penyentuh
GBL - Geganti beban
lampau
H - Lampu pandu
hijau
F - Fius
L - Punca hidup
N - Punca neutral
M - Motor
Gambar rajah pendawaian
Gambar rajah pendawaian ialah satu gambar rajah yang akan
menunjukkan semua komponen dalam sistem dan menunjukkan
hubungan fizikal antara komponen tersebut.
Litar pemula terus pada talian
(TPT)
Litar pemula terus pada talian ialah litar
kawalan elektrik yang berperanan untuk
memula dan menghentikan gerakan
sesuatu motor elektrik.
Litar ini dilengkapi dengan kawalan hidup
dan mati, pelindung beban lampau dan
pemecil.

Gambar rajah pendawaian untuk


litar TPT.
Pemula TPT sesuai digunakan untuk mengawal motor kecil berkeupayaan kira-kira
373 W 746 W sahaja.
Pemula TPT juga boleh digunakan untuk menghidupkan motor arus terus.

Gambar rajah skema untuk litar TPT.


Keterangan tentang kendalian litar TPT. Contoh penggunaan litar
ini ialah pada pemula pendingin hawa.
Keterangan Proses

1. Apabila suis punat tekan mula (PM) ditekan, ia


akan melengkapkan litar kawalan.
2. Gegelung penyentuh P akan menjadi
elektromagnet untuk menarik kombinasi teras
besi dan pelocok. Ini menyebabkan semua
penyentuh lazim terbuka akan tertutup.
3. Litar utama menjadi lengkap dan motor
berkendali.
4. Apabila suis punat tekan mula (PM)
dilepaskan, litar kawalan masih lengkap (motor
masih berkendali). Ini kerana kewujudan litar
pegang (ialah nama yang diberi kepada
penyambungan satu penyentuh tambahan
secara selari dengan suis punat tekan mula
dalam litar kawalan elektrik. Litar ini
memastikan litar terus hidup walaupun suis
punat tekan mula telah dilepaskan.) yang
digunakan untuk mengganti fungsi suis punat
tekan mula (PM), selepas suis punat tekan
mula (PM) dilepaskan.
Menghi
dupkan
motor.
Keterangan Proses

1. Untuk menghentikan kendalian motor, suis


punat tekan henti (PH) ditekan. Tindakan ini Memati
menyebabkan litar kawalan menjadi tidak kan
lengkap. motor.
2. Kesannya ialah gegelung penyentuh hilang
keelektromagnetannya. Semua penyentuh
yang tertutup akan kembali terbuka.
3. Litar utama menjadi tidak lengkap
menyebabkan motor berhenti berkendali.
4. Motor juga akan berhenti berkendali apabila :
a) Berlaku arus lebih pada litar utama.
b) Berlaku arus lebih pada litar kawalan
Dalam kedua-dua keadaan ini, gegelung
penyentuh hilang keelektromagnetannya
menyebabkan semua penyentuh kembali ke
kedudukan asal.
Litar TPT yang mempunyai pemasa.
Dalam litar ini, motor dikehendaki berhenti setelah tiba lengah masa yang ditetapkan.

Litar TPT yang mempunyai pemasa.


Keterangan Proses
1. Apabila suis punat tekan mula (PM) ditekan, gegelung penyentuh P
menjadi elektromagnet menyebabkan semua penyentuh lazim
terbuka akan tertutup.
2. Litar kawalan menjadi lengkap. Ini menyebabkan: Menghidupkan
a. Motor berkendali. motor.
b. Pemasa (TR) terpicu.
Motor terus berkendali kerana tindakan oleh litar pegang walaupun
PM telah dilepaskan.
3. Apabila tempoh masa yang ditetapkan tiba, penyentuh lazim tertutup
pemasa TR akan terbuka, untuk memutuskan litar kawalan.
Mematikan
4. Gegelung penyentuh P hilang keelektromagnetannya, dan kesannya
motor.
sambungan bekalan ke litar utama terputus.
5. Motor berhenti berkendali.
Litar kawalan jujukan
Litar kawalan jujukan melibatkan
kendalian untuk menghidupkan
beberapa buah motor secara
berjujukan, iaitu setelah motor yang
telah dikenal pasti dihidupkan
terlebih dahulu.
Aturan yang ditetapkan untuk litar ini
adalah motor M2 tidak boleh
dihidupkan selagi motor M1 masih
belum dihidupkan.
Litar kawalan jujukan yang mengawal dua
motor.
Keterangan tentang kendalian
LITAR KAWALAN JUJUKAN.

Keterangan Prose
s

1. Apabila suis punat tekan mula (PM1)


ditekan, gegelung penyentuh P1 akan
menjadi elektromagnet menyebabkan
semua penyentuh lazim terbuka P1 dalam
litar 1 dan litar 2 akan tertutup.
Menghi
2. Litar 1 menjadi lengkap dan dupkan
menghidupkan motor M1. motor
3. Motor terus berkendali walaupun suis M1
punat tekan mula (PM1) dilepaskan kerana
tindakan litar pegang.
Keterangan Pros
es
1. Untuk menghidupkan motor M2, suis
punat tekan mula (PM2) ditekan. Motor
M2 boleh berkendali kerana penyentuh Meng
tambahan penyentuh P1 yang berada hidup
dalam litar 2 tertutup. kan
2. Seperti motor M1, motor M2 juga terus motor
berkendali walaupun PM 2 telah M2
dilepaskan.

1. Motor M1 dan motor M2 akan berhenti


berputar apabola suis punat tekan
Meng
mula (PH1) ditekan. Tindakan
hidup
menekan PH1 menghilangkan
kan
keelektromagnetan gegelung P1. ini
motor
menyebabkan semua penyentuh P1
M1
yang sedang tertutup (termasuk
dan
penyentuh yang terdapat dalam litar
motor
2) menjadi terbuka.
M2
Litar kawalan palam
Litar kawalan palam membolehkan motor elektrik
dihentikan dengan cara menyongsangkan arah
gerakannya.
Penyongsangan arah gerakan motor menghasilkan daya
yang akan melawan gerakan putaran motor.
Ciri ini menyebabkan litar kawalan palam digunakan
untuk memberhenti dan menukar arah gerakan motor
dengan serta-merta.
Pengetahuan tentang cara untuk menyongsangkan arah
putaran motor adalah penting untuk memahami dan
seterusnya membina litar kawalan palam.

Cara menyongsangkan arah putaran


beberapa contoh motor arus terus.
Gambar rajah litar kawalan palam.
Keterangan tentang kendalian LITAR KAWALAN PALAM.

Keterangan Proses

1. Apabila suis punat tekan mula (PM1)


ditekan, litar akan menjadi lengkap.
2. Gegelung penyentuh P1 menjadi
elektromagnet. Litar utama menjadi
lengkap dan motor berkendali.
Menghidupkan
motor.
Keterangan Proses

1. Untuk menghentikan putaran motor, suis


punat tekan henti (PH) ditekan. Bekalan
kuasa kepada motor terputus tetapi motor
tidak akan terus berhenti. Motor
memerlukan masa untuk berhenti
berputar kerana kewujudan inersianya
(merupakan sifar semula jadi bagi
Mematikan
sesuatu jasad untuk menentang sebarang
motor.
perubahan sama ada dalam keadaan
pegun atau bergerak).
Keterangan tentang kendalian litar kawalan palam.
Keterangan Proses
1. Bagi membolehkan motor berhenti
serta-merta, suis punat tekan mula
(PM2) akan ditekan sehinggan motor
berhenti. Tindakan menekan PM2
akan menyebabkan gegelung
penyentuh P2 menjadi elektromagnet
untuk menlengkapkan litar 2. Mematikan
2. Oleh kerana angker motor itu telah motor secara
disongsangkan kekutubannya, maka serta-merta.
motor dipaksa berpusing pada arah
yang bertentangan melawan gerakan
asal. Suis punat tekan mula (PM2)
tidak boleh ditekan terlalu lama kerana
ini akan menyebabkan motor berputar
pada arah yang bertentangan.
Litar kawalan jogging
Litar kawalan jogging membolehkan
motor dihidupkan selagi punat tekan
tidak dilepaskan.
Ini menyebabkan kawalan jogging
sesuai digunakan apabila motor
perlu mengalami pergerakan kecil,
iaitu pergerakan sedikit demi sedikit
untuk tujuan tertentu.
Contoh aplikasi litar kawalan
jogging adalah dalam kren elektrik
Litar kawalan jogging.
dan pelaras cakera satelit.
Keterangan tentang kendalian LITAR KAWALAN
JOGGING.
Keterangan Proses
1. Apabila suis punat tekan mula (PM)
ditekan, gegelng geganti kawalan
GK menjadi elektromagnet untuk
melengkapkan litar 1. semua
penyentuh lazim terbuka geganti
kawalan GK dalam litar 1 dan litar 2
akan tertutup.
2. Ini menyebabkan gegelung
penyentuh P menjadi elektromagnet
Menghidupka
untuk menghidupkan motor.
n motor.
3. Walaupun suis punat tekan mula
(PM) telah dilepaskan, motor masih
tetap berkendali kerana kewujudan
litar pegang yang mengekalkan
elektromagnet pada gegelung
geganti kawalan. Ini memastikan
penyentuh GK yang berada pada
litar 2 berkeadaan tertutup untuk
membolehkan motor kekal hidup.
Keterangan Proses
1. Sebelum memulakan kendalian jogging,
suis punat tekan henti (PH) perlu
ditekan terlebih dahulu supaya Mematikan
gegelung GK hilang motor
keelektromagnetannya untuk
menghentikan motor tersebut.
1. Kendalian jogging dilakukan dengan
menekan suis punat tekan (JOG)
sedikit demi sedikit sehinggan
kedudukan yang dikehendaki tercapai. Melakukan
(Motor tidak berputar terus kerana litar operasi jogging
pegang pada litar 2 tidak berkendali
setelah PH ditekan semasa tindakan
memberhenti motor dilakukan.
Keterangan tentang LITAR KAWALAN JOGGING DENGAN MENGGUNAKAN SUIS PEMILIH.

Keterangan Proses
1. Tetapkan kedudukan suis
pemilih ke kedudukan A1.
Tekan punat tekan PM/JOG
untuk melengkapkan litar
kawalan.
2. Gegelung penyentuh menjadi
elektromagnet, semua
penyentuh lazim terbuka akan Menghidupkan
tertutup, motor hidup. motor biasa.
3. Motor kekal hidup walaupun
PM/JOG telah dilepaskan
kerana pada masa ini litar
pegang lengkap.

Litar kawalan jogging


dengan menggunakan suis
pemilih.
Keterangan Proses
4. Sebelum operasi jogging dimulakan
motor perlu dihentikan terlebih dahulu
dengan menekan punat tekan henti,
PH.
5. Ubah kedudukan suis pemilih ke
kedudukan A2. tindakan ini
Melakukan
menjadikan litar pegang tidak
operasi jogging
lengkap.
6. Operasi jogging dilakukan dengan
punat tekan mula PM/JOG. Motor
hidup berasaskan kendalian punat
tekan jika dilepaskan motor akan
mati.

Litar kawalan jogging


dengan menggunakan suis
pemilih.
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like