Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 46

DISEDIAKAN OLEH : NOR ASMA BINTI FAUZI

PENSYARAH:
USTAZAH NORLIZA BINTI NORHASHIM
LATAR BELAKANG

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengkonsepsikan


kurikulum persekolahan peringkat rendah berdasarkan syor yang
telah disarankan dalam Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.
6/2008 pada 23 Mei 2008. Konsep kurikulum ini telah mendapat
kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada
2 Oktober 2009 dan dinamakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR). Penggubalan KSSR masih mengekalkan prinsip Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang berlandaskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK).
LATAR BELAKANG

Konsep KSSR mendasari semua kurikulum mata pelajaran sekolah rendah yang
dibangunkan termasuk kurikulum pendidikan khas. Konsep ini turut digunakan dalam
penggubalan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). KSSR
dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula dengan Tahun 1 pada 2011.
Dalam tempoh pelaksanaan, terdapat keperluan untuk menambah baik dan
mengukuhkan KSSR agar selari dengan saranan PPPM 2013-2025. Sehubungan
dengan itu, KSSR disemak semula dan mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa
Kurikulum Kebangsaan Bil.1/2015 pada 5 Februari 2015. KSSR yang disemak semula
telah mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan
kali ke 208 pada 21 September 2015 untuk pelaksanaan secara berperingkat-peringkat
bermula dengan Tahun 1 pada 2017.
LATAR BELAKANG
Transformasi kurikulum merujuk kepada usaha menambah baik program pembelajaran bagi
meningkatkan keberhasilan murid untuk mencapai enam aspirasi iaitu pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian
serta identiti nasional seperti yang disyorkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013 2025.

Transformasi ini dilakukan ke atas kandungan, pedagogi dan pentaksiran seperti berikut:
Kandungan disusun semula dan ditambah baik untuk memastikan murid dibekalkan dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi
cabaran abad ke-21.

Pedagogi menekankan kepada pembelajaran secara mendalam melalui pendekatan pengajaran


dan pembelajaran (p&p) yang berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Fokus diberikan kepada pembelajaran berasaskan inkuiri, penyelesaian masalah,


pembelajaran kontekstual, pembelajaran kolaboratif, pembelajaran berasaskan projek
dan pendekatan STEM.
LATAR BELAKANG

Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan untuk memastikan perkembangan dan pencapaian


pembelajaran murid. Pentaksiran dalam p&p KSSR dengan KSSR Semakan dilaksanakan dalam
bentuk sumatif dan formatif.

Guru mentaksir sejauh mana murid menguasai standard pembelajaran dengan merujuk kepada
standard prestasi yang ditetapkan. Perkembangan dan pencapaian sebenar tahap penguasaan
murid direkod dan dilaporkan secara deskriptif kepada murid dan ibu bapa.

Bagi memastikan kesinambungan pendidikan prasekolah dengan pendidikan rendah,


transformasi kurikulum dilaksanakan ke atas KSSR. KSSR diperkukuh dan disemak semula bagi
memastikan kurikulum sentiasa relevan dengan keperluan semasa dan cabaran abad ke-21
serta selari dengan Pelan Transformasi Kerajaan.
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang diterapkan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) selain yang ditetapkan dalam
standard kandungan.

Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan


keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran
semasa dan masa hadapan.

Elemen merentas kurikulum dalam KBSR dan KBSM masih diguna pakai dalam
pelaksanaan KSSR dan KSSM.
EMK
Bahasa
Penggunaan bahasa pengantar yang betul perlu dititikberatkan
dalam semua mata
pelajaran.
Semasa p&p bagi setiap mata pelajaran, aspek sebutan, struktur
ayat, tatabahasa, istilah
dan laras bahasa perlu diberi penekanan bagi membantu murid
menyusun idea dan
berkomunikasi secara berkesan.
EMK
SAINS DAN TEKNOLOGI
Menambahkan minat terhadap sains dan dapat meningkatkan literasi sains serta
teknologi dalam kalangan murid.
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat membantu serta menyumbang kepada
pembelajaran yang lebih cekap dan berkesan.
Pengintegrasian Sains dan Teknologi dalam p&p mengandungi empat perkara iaitu:
i. Pengetahuan sains dan teknologi (fakta, prinsip, konsep yang berkaitan
dengan sains dan teknologi)
ii. Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan kemahiran manipulatif
tertentu)
iii. Sikap saintifik (seperti ketepatan, kejujuran, keselamatan)
iv. Penggunaan teknologi dalam aktiviti p&p.
TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (TMK)
Penerapan elemen TMK dalam p&p memastikan murid dapat mengaplikasi
dan
mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari.
Pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong murid menjadi kreatif malah
menjadikan
p&p lebih menarik dan menyeronokkan serta meningkatkan kualiti
pembelajaran.
TMK diintegrasikan mengikut kesesuaian topik yang hendak diajar dan sebagai
pengupaya bagi meningkatkan lagi kefahaman murid terhadap kandungan
mata
pelajaran.
NILAI MURNI
Nilai murni diberi penekanan dalam semua mata pelajaran supaya murid sedar akan
kepentingan dan mengamalkannya.
Nilai murni merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan akan
menjadi amalan dalam kehidupan harian.

PATRIOTISME
Semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua mata pelajaran, aktiviti kokurikulum
dan khidmat masyarakat.
Semangat patriotik dapat melahirkan murid yang mempunyai semangat cintakan
negara
dan berbangga sebagai rakyat Malaysia.
KREATIVITI DAN INOVASI
Kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi untuk mengumpul, mencerna
dan
menjana idea atau mencipta sesuatu yang baharu atau asli melalui ilham atau
gabungan
idea yang ada.
Inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui ubah suaian, membaiki dan
mempraktikkan idea.
Kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu untuk memastikan pembangunan
modal insan yang mampu menghadapi cabaran abad 21.
Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam p&p bagi membangun dan
mengembangkan potensi kreativiti mengikut keupayaan murid.
KEUSAHAWANAN
Penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk ciri-ciri
dan amalan
keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan
murid.
Ciri keusahawanan boleh diterapkan dalam p&p melalui aktiviti
yang mampu memupuk
sikap seperti rajin, jujur, amanah dan bertanggungjawab serta
membangunkan minda
kreatif dan inovatif untuk memacu idea ke pasaran.
PENDIDIKAN KEWANGAN
Penerapan elemen pendidikan kewangan bertujuan membentuk dan memastikan semua
murid di Malaysia dilengkapi dengan pendidikan kewangan yang komprehensif.
Pendidikan Kewangan merupakan satu proses yang membolehkan pengguna kewangan
meningkatkan pemahaman mereka mengenai produk, konsep dan risiko kewangan dan
melalui maklumat, panduan dan atau nasihat yang betul, dapat membangunkan
kemahiran dan keyakinan untuk menjadi lebih arif mengenai risiko dan peluang serta
dapat membuat pilihan yang bijak, mengetahui saluran bagi mendapatkan bantuan, dan
mengambil tindakan yang berkesan untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan
mereka.
Antara elemen kewangan berhemat yang diterapkan adalah seperti peranan wang,
sumber pendapatan dan kerjaya, pengurusan dan perancangan kewangan, simpanan
dan pelaburan, pengurusan kredit dan hutang serta perlindungan insuran.
KESELAMATAN JALANRAYA
Melahirkan generasi pengguna jalan raya yang mengamalkan budaya selamat,
beradab,
berhemah dan berhati-hati di jalan raya.
Membentuk generasi pengguna jalan raya yang berhemah boleh menyumbang
kepada keharmonian, kemakmuran dan pembangunan negara.
Menambah pengetahuan untuk mengamalkan kemahiran keselamatan jalan raya dari
seawal sekolah rendah hingga ke sekolah menengah sebagai proses pendidikan
sepanjang hayat.
Memupuk sikap menyayangi dan memelihara keselamatan diri serta menghormati
hak
pengguna jalan raya yang lain.
KELESTARIAN GLOBAL
Kelestarian Global merangkumi tiga elemen iaitu:
- Penggunaan dan Pengeluaran Lestari,
- Kewarganegaraan Global,
- Perpaduan.
Kelestarian Global diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran secara langsung dan
sisipan.
Kelestarian Global bertujuan untuk mendedahkan murid kepada isu-isu semasa yang
mencabar di peringkat tempatan, negara dan global. Kesedaran tentang perkembangan
dunia yang berkaitan alam sekitar, ekonomi, keselamatan, perpaduan, kesihatan,
penghayatan nilai seperti patriotik, integriti, empati, bertanggungjawab dan
menghormati hak orang lain perlu didedahkan kepada murid agar murid dapat
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi dunia global dan
menjadi global player secara lebih berkesan.
Kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa murid perlu dipupuk
melalui p&p semua mata pelajaran bagi membentuk etika murid untuk menghargai alam.
Konsep Integrasi dalam KSSR

Elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang


disepadukan dalam KBSR seperti nilai murni,patriotisme
nilai alam sekitar, kesihatan sosial, keselamatan jalan
raya, sains dan teknologi, KBKK dan lain-lain akan terus
diberi penekanan dalam KSSR selain elemen merentas
kurikulum (EMK).
Penekanan Konsep
5P
Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Malaysia dalam KSSR menekankan konsep
penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan,
pemulihan dan penilaian. Hal ini selaras dengan
usaha memenuhi konsep bersepadu dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM,2011


KONSEP 1 : Penggabungjalinan

Cara pelaksanaan : Objektif


Menggabungjalin -membolehkan murid
Proses pembelajaran beberapa kemahiran menguasai beberapa
beberapa kemahiran dalam satu mata kemahiran.
dalam satu pelajarann pelajaran
atau beberapa -membantu
Menggabungjalin perkembangan individu
pelajaran yang saling kemahiran beberapa
berkaitan. yang seimbang dan
mata pelajaran dalam menyeluruh.
satu pelajaran.
KONSEP 2 : Penyerapan
Proses menyebatikan dan menyepadukan pengetahuan atau unsur
isi pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada satu mata
pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang
diajar.
KONSEP 3 : pengayaan
KONSEP 4 : pemulihan
KONSEP 5 : penilaian
Pengajaran Dan Pembelajaran KSSR
Penggalakan
yang positif

Persekitaran Persekitaran
fizikal yang sosial ang
positif positif

LEARNING
IS FUN
Matlamat
Kesedaran
yang jelas
ingin tahu
dan bemakna

Memenuhi Penglibatan
keperluan murid yang
murid mnenyeluruh
Prinsip dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran
Penekanan kepada prinsip-prinsip dalam proses p&p seperti
berikut membantu guru merangka
pelajaran yang membolehkan murid memperoleh ilmu
pengetahuan, mengembangkan daya
kreativiti, mengaplikasi pelbagai kemahiran dan mengamalkan nilai
murni
1.Memilih strategi pengajaran yang dapat meningkatkan pemahaman

Prinsip p&p
murid
2. Memahami cara murid belajar untuk membantu memilih strategi
1.Memilih strategi pengajaran yang dapat meningkatkan pemahaman
yang sesuai
murid
3. Menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan relevan
2. Memahami cara murid belajar untuk membantu memilih strategi
4. Menggalakkan penglibatan murid secara aktif
yang sesuai
5. Memberi peluang kepada murid untuk meneroka potensi diri
3. Menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan relevan
6. Melatih murid menguasai kemahiran belajar dan kemahiran berfikir
4. Menggalakkan penglibatan murid secara aktif
7. Membantu murid mencapai standard yang ditetapkan
5. Memberi peluang kepada murid untuk meneroka potensi diri
8. Membimbing murid mengakses maklumat daripada pelbagai
6. Melatih murid menguasai kemahiran belajar dan kemahiran berfikir
sumber
7. Membantu murid mencapai standard yang ditetapkan
9. Membimbing murid meneroka pelbagai cara untuk menyelesaikan
8. Membimbing murid mengakses maklumat daripada pelbagai
masalah
sumber
dan membuat keputusan
10. Membuat penilaian berterusan
9. Membimbing murid meneroka pelbagai cara untuk menyelesaikan
11. Menggalakkan
masalah amalan patriotisme dan perpaduan
dan membuat keputusan
12. Menggalakkan
10. Membuat amalan nilai murni
penilaian berterusan
11. Menggalakkan amalan patriotisme dan perpaduan
12. Menggalakkan amalan nilai murni
Penambahbaikan Kurikulum Pendidikan Khas

Masalah Pembelajaran

asalah penglihatan

Masalah pendengaran
Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
Menambah mata pelajaran Kemahiran Asas Individu Masalah
Penglihatan.
Mengubahsuai mata pelajaran Pendidikan Jasmani Suaian dan
Dunia Seni Visual Suaian.
Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
Menambah mata pelajaran Bahasa Isyarat Komunikasi selain mata
pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam
yang diubahsuai.
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Kesemua mata pelajaran diubah suai termasuklah :
a) Pengurusan Kehidupan (Komponen Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkah
laku, Kemahiran Manipulatif)
b) Asas 3M (membaca, menulis,mengira) melibatkan komponen bahasa
Malaysia, bahasa Inggeris dan Matematik.
c) Pendidikan Seni Kreatif (Komponen Seni Visual, Seni Muzik)
d) Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral
e) Pendidikan Jasmani
Program LINUS (Literacy and Numeracy
Screening) sekolah.
Digubal untuk murid-
murid yang tidak
mempunyai masalah
pembelajaran tetapi
Masalah literasi dan
masih belum
numerasi perlu
menguasai kemahiran
dikesan dan dipulihkan
3M dengan baik
seawall Tahap I.
walaupun KPM telah
melaksanakan
pelbagai program
pemulihan.
6 TUNJANG KSSR

Perkemban
Kerohanian, gan fizikal
sikap dan dan estetika Keterampilan
nilai diri

Sains &
Komunikasi Kemanusiaan teknologi
TERAS PEMBANGUNAN
KURIKULUM
Falsafah Pendikan Kebangsaan

Dasar Pendidikan Kebangsaan

Wawasan 2020

Rangka Rancangan Jangka Panjang

Cabaran Abad Ke-21

Model Baru Ekonomi (MBE)

Teori Pembelajaran

4 Pillars Of Education (UNESCO)


HASRAT KSSR
Murid yang seimbang darisegi Warga Negara
intelek, rohani, jasmani, emosi Bertanggungjawab
dan sosial. Berbudi
Berilmu pengetahuan Bersatu padu
Berketerampilan Patriotik
Percaya kepada Tuhan Adil
Berakhlak mulia Penyayang
Berkeyakinan berbakti
Murid yang berdikari
Hidup bermasyarakat
HASRAT KSSR
Global Player Pekerja berilmu
Daya saing Inovatif
Daya tahan Kreatif
Kemahiran berkomunikasi Dahagakan ilmu
Jati diri Menguasai kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi
Pencipta teknologi
Belajar sepanjang hayat
KESIMPULAN
Dalam KSSR, beberapa disiplin ilmu digabungkan untuk
menjadikan p&p lebih menarik, menyeronokkan dan lebih
bermakna.
Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan
dengan cabaran masa kini dan abad ke-21.
Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan
P&P yang berkesan; dan yang terpenting
Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen
menyeluruh daripada semua pihak.
TERIMA KASIH KERANA TEKUN !
ASSALAMUALAIKUM..

You might also like