Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 32

EDU 3101 Falsafah pendidikan negara

Kurikulum KBSR dan KSSR

Disediakan oleh :
G. Hemalatha
Lee Yen Yin
PEMBENTUKAN KBSR
Singkatan kepada KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH
RENDAH.
KBSR diganti daripada Kurikulum Baru Sekolah Rendah
iaitu pada tahun 1993.
Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet yang
mengkaji perlaksanaan Dasar PelajaranKebangsaan
(1979), Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR)mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di
seluruh negara mulai tahun1983.
Konsep Bersepadu
Unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai
digabungkan supaya wujud kesepaduan dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Ianya merangkumi aspek teori dan amali serta


nilai murni bagi emlahirkan insan yang
seimbang.

Pembelajaran di bilik darjah diperkukuhkan


melalui kokurikulum.
Matlamat KBSR
Matlamat pendidikan persekolahan adalah untuk:
Memastikan perkembangan potensi pelajar secara
menyeluruh, seimbang dan bersepadu

Meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani


bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan
berakhlak mulia.

Rancangan KBSR ini menekankan penguasaan


terhadap kemahiranasas 3M iaitu membaca ,
menulis dan mengira.
Prinsip-Prinsip KBSR
KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan:-
Pendekatan Bersepadu;

Perkembangan individu secara menyeluruh;

Pendidikan yang sama untuk semua murid; dan

Murid sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan


kemahiran melalui aktiviti kemahiran dibilik darjah berbanding
dengan penglaman hidup mereka, justeru semua aktiviti
pembelajaran harus dihubungkaitkan dengan pengalaman
hidup mengikut peringkat
- Suasana kondusif sekolah adalah untuk meberi
peluang dan galakkan interaksi sosial , bertukar
pendapat dan kerjasama di kalangan murid

- Aktiviti dibilik darjah harus membolehkan murid

mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif


serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam
proses menguasai kemahiran asas.

- Pendidikan seumur hidup.


- Aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu

fleksibel.

- Penekanan kepada nilai (merentas kurikulum)

- Penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira)

- Penilaian perlu di intergrasikan dalam semua aktiviti

pembelajaran dalam bilik darjah


Objektif KBSR
Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat
rendah bertujuan untuk membolehkan untuk membolehkan
murid:
menguasai bahasa Melayu sesuai dengan
kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan
bahasa rasmi negara;
menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur,
membaca dan menulis dalam bahasa pengantar
sekolah;
menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira
dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah
harian;
menguasai kemahiran belajar;
menguasai kemahiran berfikir;
kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan
nasional;
menjaga kesihatan dan kecergasan diri;
menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap
yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti;
menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan
memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran
bagi murid Islam;
menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal
ibadat dan mengamalkan akhlak mulia;
membina semangat patriotisme;
mengembangkan bakat dan kreativiti; dan
mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan
nilai murni yang menjadikannya asas bagi amalan hidup.
bertutur, membaca, menulis dan memahami
bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya
sebagai bahasa kedua;
memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha
menambahnya;
membina daya kepimpinan dan daya keyakinan
diri;
mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat
serta kepekaan terhadap manusia dan alam
sekitar;
menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal;
memahami, meminati, menikmati dan menyertai
aktiviti-aktiviti amal,
Ciri-Ciri KBSR
Penekanan

Fokus Tahap I

i. Penguasaan kemahiran asas berbahasa


(mendengar, bertutur, membaca dan menulis)
ii. Penguasaan nombor dan operasi asas mengira
iii. Mengenal huruf serta membaca, menhafaz
dan menghayati ayat-ayat Al-Quran;
iv. Menyedari dan memahami norma dan nilai
murni masyarakat.
Fokus Tahap II
i. Pengukuhan kemahiran asas berbahasa;
ii. Pengukuhan kemahiran asas operasi
matematik dan penyelesaian masalah;
iii. Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-
kemahiran lain
iv. Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir
secara Kritis dan Kreatif;
v. Membaca, menghafaz, memahami dan
menghayati pengajaran Al-Quran;
vi. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai
Struktur KBSR terdiri daripada tiga
bidang iaitu:-
i. Bidang Komunikasi

1. Bahasa Melayu;
2. Bahasa Inggeris;
3. Bahasa Cina;
4. Bahasa Tamil; dan
5. Matematik.
ii. Bidang Manusia dan Alam Kelilingnya

1. Pendidikan Islam;
2. Pendidikan Moral;
3. Sains; dan
4. Kajian Tempatan.

iii. Bidang Perkembangan Diri Individu

1. Kemahiran Hidup;
2. Pendidikan Muzik;
3. Pendidikan Seni;
4. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada
enam komponen yang menjadi teras kepada
struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut
ialah:-
i. Kemahiran Asas;
ii. Manusia dengan Persekitaran;
iii. Kesenian dan Kesihatan;
iv. Kerohanian, nilai dan sikap
v. Kemahiran Hidup; dan
vi. Kokurikulum
Pembentukan KSSR
Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan
negara terutamanya di peringkat sekolah rendah yang
dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi
keperluan dan cabaran semasa serta akan datang.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya
keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum
sekolah rendah.

Merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan


kurikulum persekolahan rendah sedia ada.
Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid
dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang relevan dengan keperluan semasa bagi
menghadapi cabaran abad ke-21.
Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah
tidak sahaja menintiberatkan kemahiran membaca,
menulis dan mengira (3M), tetapi juga mengambil kira
kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen
keusahawanan.

Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan


rendah, KPM telah melakukan penandaarasan dengan
kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikan
kurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan
setanding dengan pendidikan global.

KPM turut mendapatkan input daripada pelbagai pihak


berkepentingan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan,
industri, akademik dan ibu bapa.
Berdasarkan kepada input-input tersebut maka
konsep kurikulum persekolahan rendah berasaskan
standard dibangunkan.

KPM membangunkan Kurikulum Standard Sekolah


Rendah (KSSR) berasaskan prinsip-prinsip Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kurikulum yang dibangunkan turut melibatkan


kurikulum Pendidikan Khas.
Matlamat dan Objektif KSSR
melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif,
kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi,
sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika,
keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap
dan nilai

KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru


Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini.

KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan


UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to
know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar
untuk hidup bersama (learning to live together) dan
belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).
Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai
asas-asas berikut:

Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,


emosi, jasmani dan sosial

Warganegara yang bertanggungjawab

Warganegara yang boleh berperanan di arena


global (Global Player)

Pekerja berilmu
Prinsip KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan
kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini dikekalkan kerana
masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang
seimbang dan holistik. Prinsip-prinsip tersebut adalah
seperti berikut:

Pendekatan Bersepadu

Perkembangan Individu Secara Menyeluruh

Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid

Pendidikan Seumur Hidup


Pendekatan Bersepadu
Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-
unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud
kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.

Perkembangan Individu Secara Menyeluruh


KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan
untuk memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan
sosial. Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu.

Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid


KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua
murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
menyeluruh dan seimbang.

Pendidikan Seumur Hidup


KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan
oleh semua murid sebagai asas untuk menghadapi cabaran
kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat.
Fokus KSSR
KSSR memastikan selepas enam tahun
persekolahan murid mencapai standard
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan
bagi setiap tahap.

KSSR memberi penekanan kepada 4M iaitu


kemahiran membaca, menulis, mengira dan
menaakul.

Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat


pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan
akal atau logik.
Ciri ciri
Reka bentuk kurikulum KSSR berasaskan enam
tunjang, iaitu:

1. Komunikasi
2. Kerohanian, sikap dan nilai
3. Kemanusiaan
4. Perkembangan fizikal dan estetika
5. Keterampilan diri
6. Sains dan teknologi
Tunjang Komunikasi

Memberi penekanan kepada proses menggabung jalin


kemahiran berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan
semasa berinteraksi. Memberi fokus kepada kemahiran
bahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan
menulis, serta nilai tambah menaakul.

Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu mereka


dalam proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan
nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Penguasaan kemahiran
berbahasa menyediakan murid untuk membuat pemilihan
bahasa yang bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial.

Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah Bahasa


Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa
Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah
Kebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa
Semai.
Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai
Memberi penekanan kepada bidang pembelajaran
yang berfokus kepada penghayatan amalan agama,
kepercayaan, sikap dan nilai. Disiplin ilmu dalam
tunjang ini merangkumi Pendidikan Islam bagi murid
Islam dan Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam.

Tunjang Kemanusiaan
Memberi penekanan kepada penguasaan ilmu
dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar
setempat, negara dan global, serta penghayatan
semangat patriotisme dan perpaduan. Disiplin ilmu
yang terdapat dalam Tunjang Kemanusiaan ialah
Sejarah yang diperkenalkan mulai Tahap II
persekolahan.
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
Memberi penekanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan
untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti,
bakat dan apresiasi. Disiplin ilmu yang membangunkan aspek fizikal
ialah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kreativiti, bakat
dan apresiasi dipupuk melalui Pendidikan Seni Visual dan
Pendidikan Muzik.

Tunjang Keterampilan Diri


Memberi penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah
diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid diberi
peluang menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam kegiatan
kokurikulum. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum seperti
persatuan, badan beruniform dan sukan memberi peluang kepada
murid meningkatkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri,
rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.
Tunjang Sains dan Teknologi
Memberi penekanan kepada penguasaan:
1. pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
2. pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik
3. pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi
Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Literasi Sains
dan Teknologi ialah Sains, Matematik, Reka Bentuk dan
Teknologi (RBT) serta Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK)
TERIMA KASIH

You might also like