Presentation 1

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 30

Topik 2:

Keutuhan Wacana

SRIWANI NAGARAJAN
SIVARUBENA NANTHA KOMARAN.
Perkara yang akan dibincangkan

2.1 Keutuhan
semantik

2.4 2.2
Keutuhan Keutuhan
fonologi leksikal

2.3 Keutuhan
gramatikal
Perbincangan

Berdasarkan perbincangan pada kuliah


yang lalu apakah ciri-ciri wacana yang
baik?
Pengenalan
1. Wacana yang baik adalah merujuk kepada bentuk
penulisan yang mempunyai dua ciri utama iaitu:

KESATUAN
PERTAUTAN

2. Kesatuan ialah unsur dalam wacana mempunyai


hubungan idea dengan tajuk atau judul
Pengenalan
3. Pertautan pula merujuk kepada hubungan antara
unsur-unsur bahasa seperti kata hubung,
penanda wacana, kata rujukan, dan sebagainya
yang berfungsi sebagai penyambung bahagian-
bahagian dalam wacana.

4. Sebuah wacana yang baik dikenali sebagai


wacana yang utuh.
Pengenalan
5. Keutuhan wacana merupakan aspek yang
penting kerana akan memastikan sama ada
sesuatu kesatuan itu boleh dikatakan wacana
atau hanya sekumpulan ayat yang tidak teratur.

6. Keutuhan wacana dapat diteliti daripada


wujudnya kaitan-kaitan aspek semantik, fonologi,
leksikal, dan gramatikal
Domain Keutuhan Wacana
Keutuhan Wacana daripada empat domain;

1. Keutuhan Semantik
2. Keutuhan Leksikal
3. Keutuhan Fonologi
4. Keutuhan Gramatikal
Keutuhan Semantik
Bagaimana melihat hubungan dari segi
keutuhan simantik?
Keutuhan Semantik

Hubungan ini dapat


dilihat dari dua segi
iaitu :

Hubungan Hubungan semantik


semantik di antara yang dilihat dari segi
bahagian-bahagian konteks atau latar
wacana. wacana.
Keutuhan Semantik
a. Hubungan semantik di antara bahagian-
bahagian wacana
i. Hubungan Sebab dan Akibat .

Contoh :

Amir tidak bersungguh-sungguh semasa


belajar. Dia gagal dalam peperiksaan.

Dia sangat mengantuk. Dia tertidur.


Keutuhan Semantik
a. Hubungan semantik di antara
bahagian-bahagian wacana
ii. Hubungan Sebab Dan Tujuan.
Contoh :

Nabila sangat rajin belajar. Dia ingin


berjaya dalam pelajaran.

Murid ini rajin. Ia mahukan kejayaan


yang cemerlang.
Keutuhan Semantik
a. Hubungan semantik di antara bahagian-
bahagian wacana
iii. Hubungan Sebab Dan Hasil
Contoh :
Aisyah sangat rajin belajar. Dia lulus dengan
cemerlang dalam peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah.

Dia seorang pekerja yang amat rajin bekerja.


Pendapatannya melebihi pendapatan
seorang menteri.
Keutuhan Semantik
a. Hubungan semantik di antara
bahagian-bahagian wacana
iv. Hubungan latar dan kesimpulan
Contoh :

Lagu itu sungguh enak didengar.


Sebenarnya M.Nasir yang menciptanya.
Keutuhan Semantik
a. Hubungan semantik di antara
bahagian-bahagian wacana
v. Hubungan memperkuatkan isi
Contoh :

Sungguh cantik gadis itu. Rambut ikal


mayang, berlesung pipit dan hidung
mancung.
Keutuhan Semantik
b. Hubungan semantik dari segi konteks
atau latar wacana
i. Kesatuan tajuk atau topik
Contoh :

Wajahnya berseri-seri. Dia amat gembira


sekarang. Perubahannya sungguh-
sungguh di luar dugaan. (Orang yang
dimaksudkan itu dahulunya muram dan
sering bersedih.)
Keutuhan Semantik
b. Hubungan semantik dari segi konteks
atau latar wacana
ii. Hubungan Sosial Antara Penutur Dan
Pendengar. Contoh :
A. Sudah siap?

B. Belum. Bekalan tidak mencukupi.


(Kedua-dua penutur memahami apa
yang dimaksudkan walaupun orang lain
mungkin tidak memahaminya)
Keutuhan Semantik
b. Hubungan semantik dari segi
konteks atau latar wacana
iii. Laras Bahasa yang bersesuaian.
Contoh:
Laras bahasa dalam iklan.
Walaupun ayat-ayatnya diucapkan
secara terputus-putus tetapi kita
dapat memahaminya dan dapat
menganggapnya sebagai wacana
kerana itu adalah cara
penyampaiannya.
Keutuhan Leksikal
Berdasarkan pemilihan dan penggunaan
perkataan yang sesuai dengan makna yang
ingin disampaikan

a.Antonim

Contoh:

Pemuda harapan bangsa. Pemudi


tiang negara
Keutuhan Leksikal

b. Sinonim
Contoh:

Ali seorang yang rajin.


Kegigihannya belajar
membolehkan dia melanjutkan
pelajaran ke universiti
Keutuhan Leksikal

c. Hiponim
Kata yang maknanya terangkum
dalam makna kata lain. Contoh,

Dia menanam pokok melur, cempaka,


bunga raya dan bunga kertas di
halaman rumahnya. Jadi halaman
rumahnya nampak indah dengan
pokok-pokok bunga tersebut.
Keutuhan Leksikal

d. Homonim
Kata yang bunyinya sama, tetapi
mempunyai erti yang berlainan

Contoh
Bukit yang aku daki sebentar tadi
sangat tinggi . Aku berasa letih kerana
mengeluarkan banyak peluh sehingga
badan ku dipenuhi daki
Keutuhan Leksikal
e. Pengulangan kata yang sama

Contoh :

Aminah memang mudah menangis .


Disebabkan perkara kecil pun dia
menangis. Semasa gembira pun dia
menangis .
Keutuhan Leksikal
f. Kolokasi
Dua perkataan atau lebih yang masing-
masing merupakan perkataan tersendiri ,
tetapi kebiasaannya dikaitkan antara satu
sama lain. Contoh :

Pembalakan haram itu menggugat habitat


flora dan fauna. Banyak haiwan liar seperti
harimau, gajah, badak sumbu, dan lain-lain
kehilangan tempat tinggal.
Keutuhan Leksikal
g. Unsur bersambut

Contoh :

Pihak kerajaan mengemukakan hujah


manakala pihak pembangkang membidas
hujah tersebut.
Keutuhan Gramatikal
Wacana berkualiti mesti memperlihatkan hubungan
berdasarkan binaan tatabahasa dapat dilihat daripada
penggunaan penanda gramatis seperti:

a. kata hubung: menghubungkan di antara ayat dengan


ayat atau perenggan dengan perenggan yang lain.

i.berfungsi sebagai penghuraian: seterusnya, selain itu,


pada sudut yang lain, sebaliknya dan lain-lain.
ii.berfungsi sebagai pengembangan idea: seperti, dan,
tetapi, oleh itu, kerana, dengan, dan lain-lain
iii.berfungsi sebagai penambahan: sebelum, selepas,
kemudian, berikutnya, pada masa, ketika itu dan lain-
lain

a.Kata rujukan
Kata yang boleh menggantikan sesuatu, sama ada benda
atau manusia.

i. kata ganti nama : saya, dia, mereka, kami, kita, itu,


ini, siapa dan lain-lain
c. Peleburan dan penggantian
Untuk mengelakkan pengulangan terhadap
sesuatu maklumat daripada penyataan yang
diberikan.
Contoh:

Ahmad membaling batu dengan laju,manakala Syafiq


membaling dengan perlahan.
Keutuhan Fonologi
Hubungan dari aspek keutuhan fonologi boleh
dilihat daripada segi hentian suara, nada suara, dan
intonasi suara.
Intonasi dapat menimbulkan hubungan semantik di
antara bahagian wacana.
Intonasi berperanan penting sebagai penanda dan
pemisah frasa dan pembeza struktur ayat, contohnya
seperti ayat di bawah:

1. Malaysia negara yang aman.


a. Negeri yang aman, Terengganu (ayat penyata)
b. Aman negeri Terengganu? (ayat tanya)
Hubungan wacana dari aspek fonologi berdasarkan hentian,
intonasi atau nada suara. Unsur-unsur tersebut dapat
membezakan sesuatu wacana.

Contohnya hubungan antara ayat penyata,

Dia sudah tidur ?


Dia sudah tidur

Perbezaan antara kedua-duanya wujud melalui nada suara


semasa penutur menuturkannya.
Unsur-unsur para linguistik juga membantu pemahaman
tentang sesuatu wacana.

Dalam wacana tulisan, unsur-unsur para linguistik ini


ialah alat-alat yang digunakan untuk memperjelaskan
persembahan wacana.

Dalam wacana tulisan, alat-alat tersebut ialah tanda baca


seperti noktah, koma, tanda soal, titik bertindih dan
sebagainya.

Dalam wacana lisan pula, ekspresi wajah , iaitu keadaan


air muka serta gerakan tangan dan badan merupakan
alat-alat untuk membantu memahami ujaran.

You might also like