Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 36

DASAR MAKROEKONOMI

DAN
DASAR PENSTABILAN

12/07/2021 1
PENGANGGURAN
DEFINISI
- Pengangguran adalah bahagian tenaga buruh
yang belum mendapat pekerjaan tetapi sedang
aktif mencari pekerjaan.
- Bukan tenaga buruh merujuk kepada mereka
yang berumur kurang daripada 16 tahun atau
lebih daripada 63 tahun, cacat atau tidak
bersedia mencari pekerjaan. Kanak-kanak,
orang tua, orang cacat, pelajar dan suri
rumahtangga adalah contoh-contoh penduduk
bukan tenaga buruh.

12/07/2021 2
PENGANGGURAN
DEFINISI
- Merupakan satu masalah ekonomi yang
merujuk kepada sebilangan penduduk yang
sanggup bekerja tetapi tidak mendapat
pekerjaan.
- Kadar pengganguran mengukur peratus
tenaga buruh yang menganggur dalam
negara. Ia dapat dihitung dengan rumusan
berikut:
Kadar pengangguran = Jumlah Penganggur x 100%
Jumlah Tenaga Buruh
12/07/2021 3
PENGANGGURAN
JENIS PENGANGGURAN DAN SEBAB-
SEBABNYA
Pengangguran Kitaran/ Edaran
Pengangguran Struktur
Pengangguran Teknologi
Pengangguran Geseran
Pengangguran Bermusim
Pengangguran Tak Ketara
Pengangguran Sukarela

12/07/2021 4
Jenis-jenis Pengangguran
dan Sebab-sebabnya
Pengangguran Kitaran /Edaran
- Berlaku akibat daripada kemerosotan teruk
dalam perbelanjaan agregat.
- Kemerosotan perbelanjaan agregat akan
mengurangkan pengeluaran yang seterusnya
mengurangkan penggunaan buruh dan
menimbulkan pengangguran.
- Kemerosotan perbelanjaan agregat yang teruk
berlaku semasa kemelesetan ekonomi, inflasi
dan kekurangan bekalan wang secara
serentak.
- Merupakan jenis pengangguran jangka
panjang yang sukar diatasi.
12/07/2021 5
Jenis-jenis Pengangguran
dan Sebab-sebabnya
Pengangguran Struktur
- Terjadi apabila sesebuah negara
mengalami perubahan struktur
ekonomi.
- Sebilangan buruh akan menganggur
kerana tidak mampu mendapat
pekerjaan baru dari sektor ekonomi lain.

12/07/2021 6
Jenis-jenis Pengangguran
dan Sebab-sebabnya
Pengangguran Struktur
- Perubahan struktur ekonomi telah
berlaku di Malaysia mulai tahun 1980-
an akibat daripada kemerosotan
penawaran dalam sektor utama
seperti:
i) Bahan galian khasnya kehausan bijih
timah
ii) Hasil getah akibat daripada pokok-pokok
getah yang tua
iii) Hasil perikanan
12/07/2021 7
Jenis-jenis Pengangguran
dan Sebab-sebabnya
Pengangguran Struktur
- Walaupun sektor peringkat kedua dan ketiga
berkembang dengan pesat di Malaysia,
sebilangan buruh tidak mempunyai
kelayakan dan kemahiran yang diperlukan
tetap menganggur.
- Pengangguran struktur tidak mudah di atasi
kerana sesetengah penganggur memerlukan
jangka masa yang panjang untuk
memperoleh pekerjaan baru yang sesuai
dengan kelayakan mereka.
- Merupakan sejenis pengangguran jangka
panjang.

12/07/2021 8
Jenis-jenis Pengangguran
dan Sebab-sebabnya
Pengangguran Teknologi
- Berlaku apabila kaedah intensif modal
diamalkan dalam pengeluaran.
- Ekoran berintensifkan modal,
penggantian tenaga buruh dengan
mesin robot canggih telah
menimbulkan pengangguran teknologi
- Kemajuan teknologi telah
mengurangkan jumlah tenaga buruh
yang digunakan dalam pengeluaran.
12/07/2021 9
Jenis-jenis Pengangguran
dan Sebab-sebabnya
Pengangguran Geseran
- Bersifat sementara
- Pengangguran jangka pendek yang tidak
serius dan sering berlaku dalam ekonomi.
- Akibat daripada:
a) Pelajar yang sedang memohon pekerjaan selepas
tamat persekolahan
b) Pekerja yang sukarela berhenti bekerja untuk
mencari pekerjaan baru yang lebih baik
c) Kontraktor yang sedang menunggu projek baru
selepas tamat sesuatu projek ekonomi.

12/07/2021 10
Jenis-jenis Pengangguran
dan Sebab-sebabnya
Pengangguran Bermusim
- Bersifat sementara
- Pengangguran jangka pendek yang biasa
berlaku dalam sektor utaam di Malaysia,
khasnya sektor pertanian dan perikanan.
- Akibat daripada:
a) Pesawah padi yang menunggu musim penanaman
semula setelah musim menuai
b) Penoreh getah yang tidak dapat menoreh semasa
musim hujan
c) Nelayan yang tidak dapat ke laut semasa musim
tengkujuh

12/07/2021 11
Jenis-jenis Pengangguran
dan Sebab-sebabnya
Pengangguran Tak Ketara
- Bersifat tak ketara akibat daripada lebihan
tenaga buruh yang digunakan.
- Apabila penggunaan tenaga buruh melebihi
jumlah yang diperlukan, keluaran sut bagi
lebihan tenaga buruh tersebut adalah kosong
atau negatif.
- Pengangguran tak ketara merupakan sejenis
pengangguran yang sering berlaku dalam
sektor pertanian di negara-negara yang
menghadapi kadar pertambahan penduduk
yang tinggi.
12/07/2021 12
Kesan-kesan Pengangguran

Kesan Negatif Ekonomi


1) Mengurangkan KNK sebenar yang dicapai
2) Firma mengalami ketidakcekapan dalam
pengeluaran. Had kemungkinan pengeluaran
tidak tercapai dalam ekonomi.
3) Merendahkan keupayaan pengeluaran
semasa dan seterusnya menghalang
pertumbuhan ekonomi pada masa hadapan.
4) Taraf hidup rakyat menurun.
5) Menambahkan kadar kemiskinan
12/07/2021 13
Kesan-kesan Pengangguran

Kesan Negatif Sosial


1) Menyebabkan penganggur kehilangan
pendapatan, memaksa mereka melakukan
jenayah seperti mencuri dan merompak.
2) Mengakibatkan masalah kewangan yang
memburukkan hubungan kekeluargaan
3) Menambahkan bilangan keluarga miskin
dalam masyarakat
4) Penganggur kehilangan keyakinan diri,
mengalami tekanan jiwa
5) Mengancam kesejahteraan sosial
12/07/2021 14
INFLASI

DEFINISI
- Merujuk kenaikan tingkat harga
umum secara berterusan.
- Berlaku apabila terlalu banyak
wang mengejar barang-barang dan
perkhidmatan yang sedikit.

12/07/2021 15
INFLASI
 Darjah inflasi yang dialami oleh sesebuah negara
akan menentukan sama ada inflasi akan
menggalakkan perkembangan ekonomi atau tidak.
a) Jika sesebuah negara mengalami inflasi sederhana
(kadar kenaikan tingkat harga umum = 2 – 3%)
pelaburan dan kegiatan ekonomi adalah menggalakkan
dan kadar pengangguran akan turun.
b) Jika sesebuah negara mengalami inflasi merayap (kadar
kenaikan tingkat harga umum = 4 – 5%), isi rumah akan
menghadapi beban kenaikan kos hidup yang berterusan.
Firma pula menghadapi beban kenaikan kos pengeluaran
yang berterusan.
c) Jika sesebuah negara mengalami inflasi melampau
(kadar kenaikan tingkat harga umum adalah sangat
tinggi, sehingga mencapai beberapa ratus peratus), isi
rumah akan menghadapi masalah membiayai kos hidup.
Inflasi melampau adalah sukar dikawal dan biasanya
berlaku semasa peperangan.

12/07/2021 16
INFLASI

Inflasi yang dikawal oleh kerajaan


dinamakan inflasi tertekan. Inflasi yang
gagal dikawal oleh kerajaan dinamakan
inflasi terbuka.
Slumpflasi berlaku dalam ekonomi apabila
inflasi berlaku sewaktu kemelesetan
ekonomi, iaitu kenaikan tingkat harga
umum secara berterusan diiringi oleh
kenaikan kadar pengangguran yang
membimbangkan.
12/07/2021 17
JENIS INFLASI DAN SEBAB-SEBABNYA

Inflasi Tarikan Permintaan


- Merupakan suatu proses kenaikan harga
umum akibat kenaikan permintaan agregat.
- Berpunca daripada:
a) pertambahan dalam bekalan wang
b) pertambahan perbelanjaan kerajaan
c) peningkatan pelaburan
d) penurunan kadar cukai

12/07/2021 18
JENIS INFLASI DAN SEBAB-SEBABNYA

- Keadaan a) hingga d) di atas akan menaikkan


permintaan agregat sehingga wujudnya lebihan
permintaan agregat pada tingkat guna tenaga
penuh
- apabila ekonomi mencapai guna tenaga penuh,
pertambahan permintaan agregat tidak diikuti oleh
pertambahan penawaran agregat kerana semua
faktor pengeluaran telah diguna sepenuhnya.
- kesannya tingkat harga umum terus meningkat
dan inflasi tarikan permintaan berlaku
- meningkatkan pendapatan negara benar, bererti
guna tenaga meningkat.
12/07/2021 19
JENIS INFLASI DAN SEBAB-SEBABNYA

Inflasi Tolakan Kos


- Merujuk kepada proses kenaikan harga
umum akibat kenaikan kos pengeluaran.
- Berpunca daripada;
a) Kenaikan untung firma
b) Kenaikan upah buruh
c) Kenaikan kos faktor pengeluaran lain
- Keadaan a) hingga c) di atas akan
mengurangkan penawaran agregat sehingga
menaikkan tingkat harga umum.

12/07/2021 20
JENIS INFLASI DAN SEBAB-SEBABNYA

Inflasi Tolakan Kos


- Kenaikan kos faktor-faktor pengeluaran
pada pendapatan guna tenaga penuh
akan mengurangkan penawaran agregat
dan meninggikan tingkat harga umum.
- Kesannya inflasi kos terjadi.
- Mengurangkan pendapatan negara benar,
bererti pengangguran meningkat.

12/07/2021 21
JENIS INFLASI DAN SEBAB-SEBABNYA
Inflasi Diimport
- Berpunca daripada kenaikan harga barang –
barang diimport atau kenaikan nilai mata wang
asing.
- Apabila sesebuah negara mengimport barang-
barang dari negara asing yang mengalami inflasi,
barang-barang import tersebut akan dijual
dengan harga yang lebih tinggi di pasaran
tempatan.
- Apabila banyak barang import mengalami
kenaikan harga, inflasi diimport berlaku di negara
itu.
- Apabila nilai mata wang asing semakin meningkat
berbanding nilai mata wang tempatan, harga
barang-barang import akan menjadi semakin
12/07/2021
tinggi di pasaran tempatan. 22
KESAN INFLASI

Kesan Negatif Dalaman


Pendapatan benar penduduk menurun
dan merendahkan kuasa beli pengguna.
Kos hidup rakyat meningkat dan taraf
hidup rakyat menurun.
Inflasi tolakan kos dan inflasi diimport
menyebabkan firma-firma yang kurang
cekap terpaksa menghentikan operasi.

12/07/2021 23
KESAN INFLASI

Kesan Negatif Dalaman


Memberi kesan negatif terhadap golongan
berikut:
Golongan yang menerima pendapatan tetap akan
mengalami kerugian kerana pendapatan benar
mereka turun.
Golongan pemiutang akan mengalami kerugian
kerana nilai wang bayaran balik yang mereka terima
semasa inflasi telah menurun.
Golongan yang menabung di institusi kewangan
mengalami kerugian kerana inflasi merendahkan
kadar faedah benar.

12/07/2021 24
KESAN INFLASI

Kesan Negatif Luaran


Harga barang eksport menjadi lebih mahal
berbanding dengan harga barang import
menyebabkan jumlah eksport berkurang dan
jumlah import bertambah. Ini memburukkan
imbangan pembayaran negara itu.
Menyebabkan pengaliran modal jangka pendek
ke luar negara. Ini menjejaskan imbangan
pembayaran.
Kadar pertukaran asing terjejas kerana jumlah
eksport yang menurun menjatuhkan nilai mata
wang dalam negara itu dan menyebabkan
kejatuhan pelaburan asing.

12/07/2021 25
KESAN INFLASI

Kesan Positif Dalaman


Inflasi sederhana menggalakkan pelaburan
kerana semasa inflasi sederhana, firma
digalakkan untuk menambahkan pelaburan
supaya pertambahan penawaran agregat dapat
memenuhi pertambahan permintaan agregat.
Pertambahan pelaburan semasa inflasi
sederhana akan meningkatkan guna tenaga
kerana lebih banyak peluang pekerjaan
diwujudkan. Kesannya kadar pengangguran
akan menurun.

12/07/2021 26
KESAN INFLASI

Kesan Positif Dalaman


Inflasi membawa kesan positif terhadap
golongan berikut:
Golongan pemilikan harta tetap – kenaikan
mendadak harga harta tetap
Golongan pemilikan saham – harga saham
meningkat semasa inflasi sederhana
Golongan peniaga – kenaikan harga keluaran
melebihi kenaikan kos pengeluaran. Meningkatkan
untung.
Oleh sebab inflasi sederhana menggalakkan
pelaburan, keluaran negara akan bertambah
sebelum faktor-faktor pengeluaran digunakan
sepenuhnya. Akibatnya pendapatan negara
turut bertambah.
12/07/2021 27
KESAN INFLASI

Kesan Positif Luaran


Inflasi dalam negara menyebabkan harga
barang eksport naik dan harga barang import
turun. Jika faktor-faktor lain tidak berubah,
kadar syarat perdagangan negara itu
bertambah baik.
Jika permintaan luar negara terhadap eksport
negara itu dan permintaan dalam negara
terhadap importnya tidak anjal harga, kadar
syarat inflasi perdagangan yang bertambah
baik akibat inflasi akan memperbaiki imbangan
perdagangan negara itu.

12/07/2021 28
DASAR FISKAL

Dasar fiskal ialah dasar mengubah cukai


dan perbelanjaan kerajaan untuk
menjaga kestabilan ekonomi.
Tujuan-tujuan utama dasar fiskal:
a) Mencapai pertumbuhan ekonomi berterusan
tanpa inflasi pengangguran.
b) Mencapai pengagihan pendapatan yang lebih
saksama dengan merapatkan jurang
kekayaan antara golongan kaya dengan
golongan miskin.
Jenis-jenis dasar fiskal:
- Pemantap automatik
- Dasar fiskal budi bicara
12/07/2021 29
JENIS DASAR FISKAL – Pemantap Automatik
Pemantap automatik adalah alat kerajaan yang
dapat mengecilkan keadaan melambung-meleset
ekonomi secara automatik.

Jenis-jenis pemantap automatik:

a) Cukai prograsif dan cukai proposional


- semasa ekonomi melambung, pengenaan cukai
progresif dan cukai proposional akan mengurangkan
pendapatan boleh guna masyarakat. Akibatnya
peningkatan permintaan agregat dikurangkan. Ini
dapat mengecilkan kenaikan tingkat harga umum.
- semasa ekonomi meleset, pengenaan cukai ini
menyebabkan kutipan cukai pendapatan
berkurangan. Ini bermakna pengurangan
pendapatan boleh guna tidak begitu besar.
Seterusnya pengurangan permintaan agregat
dikecilkan. Keadaan ini dapat mengecilkan kenaikan
kadar pengangguran.
12/07/2021 30
JENIS DASAR FISKAL – Pemantap Automatik

 Jenis-jenis pemantap automatik:


b) Bayaran pindahan kerajaan
- semasa ekonomi melambung, jumlah
penganggur berkurangan. Oleh itu, bayaran
elaun pengangguran turut dikurangkan.
Keadaan ini mengurangkan kenaikan
permintaan agregat dan menekan kenaikan
kadar inflasi.
- semasa ekonomi meleset, jumlah
penganggur bertambah. Oleh itu, bayaran elaun
pengangguran turut ditambahkan. Keadaan ini
mengurangkan kejatuhan permintaan agregat
dan menggalakkan pemulihan ekonomi.

12/07/2021 31
JENIS DASAR FISKAL – Pemantap Automatik

 Jenis-jenis pemantap automatik:


c) Dasar harga maksimum dan dasar harga
minimum
- semasa ekonomi melambung, dasar harga
maksimum akan menghalang kenaikan tingkat
harga melebihi tingkat harga maksimum.
- semasa ekonomi meleset, dasar harga
minimum akan menghalang penurunan tingkat
harga kurang daripada tingkat harga minimum.
- kedua-dua dasar harga maksimum dan
dasar harga minimum secara automatik
menjamin kestabilan harga dalam ekonomi.
12/07/2021 32
JENIS DASAR FISKAL – Pemantap Automatik

 Kebaikan dan kelemahan pemantap


automatik:
• Pemantap automatik menstabilkan ekonomi
ekonomi secara automatik. Kerajaan tidak
perlu mengubah dasar fiskal atau dasar
kewangan yang sedia wujud.
• Walau bagaimanapun, pemantap automatik
tidak dapat mengatasi masalah inflasi dan
pengangguran sepenuhnya. Ia hanya dapat
melambatkan perkembangan ekonomi atau
kemerosotan ekonomi.

12/07/2021 33
JENIS DASAR FISKAL –
Dasar Fiskal BUdi Bicara

Dasar fiskal budi bicara merujuk tindakan kerajaan


mengubah perbelanjaan kerajaan dan cukai demi
mengatasi masalah inflasi atau pengangguran dan
menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Jenis-jenis dasar fiskal budi bicara:

a) Dasar fiskal mengucup


- bertujuan melawan inflasi
- semasa ekonomi menghadapi inflasi, kerajaan
boleh mengurangkan perbelanjaan dan
menambahkan kutipan cukai supaya permintaan
agregat jatuh.
- kejatuhan permintaan agregat akan menurunkan
tingkat harga umum. Akibatnya inflasi dapat
dikawal.
12/07/2021 34
JENIS DASAR FISKAL –
Dasar Fiskal BUdi Bicara

Jenis-jenis dasar fiskal budi bicara:

b) Dasar Fiskal mengembang


- bertujuan melawan deflasi dan menggalakkan
pertumbuhan ekonomi.
- semasa ekonomi mengalami deflasi dengan kadar
pengangguran semakin meningkat, kerajaan boleh
menambahkan perbelanjaan dan mengurangkan
kutipan cukai supaya permintaan agregat naik.
- kenaikan permintaan agregat akan menggalakkan
pertambahan keluaran negara dan peluang
pekerjaan. Akhirnya deflasi dapat dikawal dan
pertumbuhan ekonomi digalakkan.
- dasar ini dibiayai oleh pinjaman dalam negara,
pinjaman luar negara dan penggunaan harta
kerajaan.
12/07/2021 35
JENIS DASAR FISKAL –
Dasar Fiskal BUdi Bicara

Jenis-jenis dasar fiskal budi bicara:

c) Dasar Fiskal terimbang / seimbang


- bertujuan melawan deflasi dan menggalakkan
pertumbuhan ekonomi.
- semasa ekonomi mengalami deflasi, kerajaan
boleh menambahkan perbelanjaan dan kutipan
cukai dengan jumlah yang sama.
- ini bermakna, segaal kutipan cukai dibelanjakan
oleh kerajaan.
- kesannya ialah kenaikan permintaan agregat,
pengurangan kadar pengangguran dan peningkatan
pendapatan negara.
- ini menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

12/07/2021 36

You might also like