Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

KOMPENAN ASAS GPS

KOMPENAN ASAS GPS TERBAHAGI KEPADA TIGA SEGMEN:


1)SEGMEN ANGKASA LEPAS
2)SEGMEN KAWALAN BUMI
3)SEGMEN PENGGUNA
Segmen Angkasa
Komponen asas GPS yang pertama ialah Segmen Angkasa. Ia
mengandungi 24 satelit yang memancarkan isyarat radio ke bumi.
Altitud orbit ditentukan supaya satelit melewati jejak dan konfigurasi
yang serupa pada setiap lebih kurang 24 jam. Terdapat 6 satah orbit,
selang setiap 60 darjah dan sendeng 55 darjah terhadap satah
katulistiwa. Ini membolehkan pengguna boleh menerima 5 - 8 isyarat
satelit ini.
Fungsi asas satelit adalah untuk:
i. Menerima dan merekod data yang dipancarkan oleh Segmen Kawalan
ii. Mengawasi ketepatan masa melalui purata beberapa piawaian frekuensi
atomik
iii.
Memancarkan maklumat dan isyarat kepada pengguna di dalam satu
atau kedua-dua frekuensi jalur L
Gugusan satelit GPS
Segmen Kawalan Bumi
Komponen asas GPS yang kedua ialah Segmen
Kawalan Bumi. Ia mengandungi kemudahan-
kemudahan yang diperlukan bagi mengawasi
keadaan satelit, telemetri, penjejakan, memberi
arahan dan kawalan, pengiraan efemeris.
Terdapat lima stesen bumi yang membentuk
segmen kawalan iaitu di Hawaii, Colorado
Spring, Ascension Island, Diego Garcia dan
Kwajalein

Segmen kawalan berfungsi sebagai:


I. Kesemua lima stesen tersebut adalah stesen kawalan yang menjejak satelit dan menghantar
data penjejakan kepada stesen kawalan utama.

II. Pusat Tentera Udara Falcon di Colorado Spring, ialah Stesen Kawalan Utama (Master Control
Station (MCS)) (rajah 11.7), di mana data penjejakan diproses untuk melakukan pengiraan
efemeris satelit dan pembetulan jam satelit. la merupakan stesen pengoperasian segmen
angkasa seperti mengoperasi satelit, encryption isyarat, pengawasan jam satelit dan lain-lain.
Stesen kawalan Utama diuruskan oleh 2nd Operations Squadron, 50th Space Wing, US Air Force.

III. Tiga stesen bumi (Ascension Island, Diego Garcia, dan Kwajalein) merupakan stesen
penghantar, membenarkan up link data ke satelit. Data-data ini mengandungi maklumat
efemeris dan pembetulan jam yang dipancarkan di dalam Mesej Navigasi. Mesej Navigasi adalah
arahan telemetri dari Stesen Kawalan Utama.

IV. Setiap stesen upload boleh menjejak kesemua satelit sekali dalam sehari. Jika perlu, Mesej
Navigasi yang baru dan arahan telemetri boleh dipancarkan kepada satelit GPS kira-kira setiap 8
jam. Ketika ini kadar pemancaran data adalah sekali (kadangkala 2 kali) setiap hari.

V. Fungsi sampingan segmen kawalan ialah mengawasi Sistem Rujukan WGS84. Sistem rujukan ini
boleh dicapai oleh pengguna GPS melalui efemeris satelit yang dikira oleh MCS. MCS membuat
pengiraan berdasarkan data dari stesen bumi
HUBUNGAN ANTARA SETIAP STESEN KAWALAN
Segmen Pengguna
Komponen asas GPS yang ketigai alah Segmen Pengguna. Ia terdiri
daripada komponen
i. pengguna,
ii. alat penerima GPS
iii. perkakasan GPS.
Terdapat dua jenis kategori pengguna sistem GPS yang utama iaitu;
i. pengguna militeri (tentera)
ii. pengguna awam.
Alat penerima GPS menukarkan isyarat satelit ke anggaran kedudukan,
kelajuan dan masa. Ia terdiri daripada alat penerima kod perolehan kasar
(C/A) jenis kod julat semu, alat penerima kod perolehan kasar (C/A) jenis fasa
pembawa dan alat penerima kod P
Perkakasan GPS pula terdiri daripada antena, komponen elektronik dan RF
komponen. Antena penerima isyarat GPS mempunyai pelbagai bentuk,
daripada bentuk piring (pelbagai saiz) ke bentuk palang kecil. Rekabentuk
penerima dan antena ini bertujuan mendapatkan bacaan kedudukan pada
ketepatan yang dijangkakan.

You might also like