Professional Documents
Culture Documents
Ciridanprinsiptadbirurusyangbaik 140901051216 Phpapp01
Ciridanprinsiptadbirurusyangbaik 140901051216 Phpapp01
BAB 7
Melaksanakan
tanggungjawabnya secara
TADBIR telus, berakauntabiliti dan
berhemat
URUS Dari segi pengambilan
keputusan dan penyampaiaan
BAIK hasil
DEFINISI
Menyemai dan meningkatkan keyakinan rakyat
terhadap keupayaan kerajaan untuk
melaksanakan dasar yang telah dimandatkan.
26. Salah satu punca rasuah berlaku adalah akibat kelemahan sistem. Dalam keadaan di mana
seseorang itu mempunyai kuasa monopoli akibat daripada kelemahan sistem, ini memberi kuasa
budi bicara yang amat luas kepadanya untuk membuat keputusan. Sekiranya keputusan yang
dibuat itu melibatkan kepentingan diri dan dia tidak perlu accountable atau bertanggungjawab
ke atasnya, maka keadaan ini boleh membuka peluang kepadanya untuk menyalah guna kuasa
atau terlibat dengan rasuah.
27. Sebagai contoh, peruntukan undang-undang mengenai penetapan kadar saman bagi
kesalahan menjalankan perniagaan pusat hiburan tanpa lesen di sebuah Pihak Berkuasa
Tempatan, memberi kuasa mutlak kepada Yang Di Pertuanya seorang sahaja menentukan kadar
saman sama ada kadar minima RM1,000 atau kadar maksima RM25,000. Kuasa monopoli dan
kuasa budi bicara seperti ini mewujudkan suasana tiada ketelusan dalam membuat keputusan.
Lantaran itu boleh membuka peluang kepada YDP PBT menyalahgunakan kuasanya dengan
melakukan rasuah.
rdapat berbagai isu yang menggugat integriti perkhidmatan awam Malaysia. Yang paling kerap
dibincangkan ialah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Kita sedia maklum, Kerajaan
berpendirian zero tolerance terhadap rasuah, serta mengambil langkah-langkah tegas bagi
menanganinya. Namun begitu, berdasar rekod Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia, secara
amnya statistik aduan mengenai rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan menunjukkan
peningkatan sejak enam tahun kebelakangan ini. Tohmahan atau maklumat paling banyak
diterima adalah terhadap kakitangan awam, berbanding kumpulan yang lain, seperti orang
awam, ahli politik atau anggota pentadbiran, dan pekerja swasta. Selain itu, statistik mengenai
tangkapan berkaitan rasuah oleh BPR Malaysia menunjukkan bahawa lebih ramai kakitangan
awam ditangkap berbanding sektor swasta dan orang awam. Ini adalah isu integriti yang
menjejaskan imej perkhidmatan awam khasnya, dan Kerajaan amnya.
21. Dalam pada itu, berdasarkan aduan orang ramai terhadap kakitangan dan perkhidmatan
awam yang diterima oleh Biro Pengaduan Awam (BPA), sungguhpun peratus aduan mengenai
kelewatan perkhidmatan awam semakin menurun, ianya masih merupakan jenis aduan yang
paling banyak diterima oleh BPA. Masalah kelewatan memberi perkhidmatan serta kualiti
perkhidmatan yang tidak memuaskan jika tidak diatasi boleh membuka peluang kepada
perbuatan rasuah. Pelanggan kepada perkhidmatan tersebut akan mempunyai persepsi bahawa
jika inginkan perkhidmatan yang cepat atau untuk mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti,
maka perlu sogok pegawai kerajaan. Aduan-aduan seperti kegagalan penguatkuasaan, kurang
kecekapan, salah guna kuasa dan penyelewengan juga memberi persepsi buruk bahawa ianya
berlaku disebabkan rasuah. Begitu juga aduan mengenai kepincangan pelaksanaan dasar dan
kelemahan undang-undang merupakan sebahagian daripada kelemahan sistem, yang mana jika
tiada langkah pemulihan dibuat, boleh membuka ruang kepada perbuatan rasuah dan salah guna
kuasa.
4. Integriti pula bermaksud continuous adherence to moral principles, honesty, wholeness, the
quality of being unimpaired; soundness (Collin English Dictionary). Menurut Glosari Integriti,
Institut Integriti Malaysia (IIM), integriti memberi maksud perihal sifat individu dan organisasi
yang sempurna, berteraskan nilai murni seperti jujur, benar, amanah, adil, bertanggungjawab,
telus, cekap dan bijaksana. Oleh itu, Integriti merupakan suatu tahap, keadaan atau sifat yang
sempurna dan tiada cacat cela, tidak ada rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan, tiada
rungutan dan aduan atau ketidakpuasan hati pelanggan ke atas perkhidmatan yang diberi. Maka
wujudlah perkhidmatan yang telus, accountable, adil dan saksama.
5. Bagaimana pula hubungan tadbir urus yang baik dengan integriti? Sebuah tadbir urus yang
baik mempunyai elemen integriti. Integriti adalah asas kepada sebuah tadbir urus yang baik. Oleh
itu, usaha untuk meningkatkan integriti adalah selari dengan usaha mengukuhkan tadbir urus
yang baik dalam masyarakat.
6. Perbincangan mengenai tadbir urus meliputi skop yang sangat luas yang mencakupi pelbagai
aspek, seperti hak dan keperluan asas individu, kualiti kesihatan dan peluang pendidikan,
keadilan sosial dan keselamatan diri, dan berbagai lagi.
7. Oleh itu bagi tujuan ceramah saya ini, saya akan menumpukan kepada aspek integriti,
bersesuaian dengan tujuan dan tema Konvensyen ini. Antara lain, saya akan menyentuh tentang
apakah isu-isu yang menggugat integriti dan bagaimana integriti dapat di perkukuhkan. Ini sekali
gus menjurus kepada usaha ke arah memantapkan tadbir urus yang baik di dalam perkhidmatan
awam.
Tadbir Urus Sektor Awam merangkumi: -
10. Oleh yang demikian, objektif tadbir urus adalah bertujuan untuk menyemai
dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan Kerajaan untuk
melaksanakan dasar yang telah dimandatkan di samping mengekalkan
4 akauntabiliti di dalam sistem penyampaian awam. Tadbir urus yang terbaik perlu
memberi penumpuan terhadap dua aspek seperti berikut: