Kursus (Plant Booster)

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

KURSUS PENGURUSAN TEKNOLOGI

FERTIGASI SECARA LESTARI

PLANT BOOSTER
APA ITU PLANT BOOSTER
Merupakan gabungan bahan-bahan semulajadi bersama mikroorganisma
berfaedah yang memberi kesan keatas pertumbuhan, membaik pulih dan
meningkatkan hasil tanaman.
INGAT IANYA BUKAN BAJA tetapi bahan pengalak tumbesaran
semulajadi.
Plant booster juga Hasil inovasi gabungan teknologi organik farming
Korea,Jepun dan india yang menggabungkan unsur tanaman buah-
buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai nilai nutrien dan hormon
semulajadi yang tinggi bersama mikroorganisma berfaedah.
Plant booster diperbuat daripada bahan organik seperti buah-buahan,
sayur sayuran, dedak, telur, susu segar, gula merah dan juga ragi. Plant
booster mengandungi mikrob berfaedah yang diperolehi daripada susu
segar dan ragi, serta enzim, nutrient, vitamin, asid humik dan hormon
semulajadi yang terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran yang
digunakan. Kandungan ini lah yang merangsang pertumbuhan tanaman.
BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT
PLANT BOOSTER

Gula merah -1kg Pisang -1kg


Belacan-0.5kg Betik -1kg
Nanas-1kg Labu -1kg
Telur-10biji Kangkong -1kg
Beras Hancur-0.5kg Ragi -5 biji
Air-20L
Susu segar atau Susu
tepung - 2L@kg
CONTOH BAHAN-BAHAN
CARA-CARA MEMBUAT

LANGKAH PERTAMA
Bahan-bahan seperti belacan, nanas, pisang,beras,betik dan kangkung
perlu dikisar halus.
LANGKAH KEDUA
Bahan-bahan yang dikisar dicampur dengan telur, susu segar atau susu
tepung,beras, gula merah dan air.
LANGKAH KETIGA
Kesemua bahan-bahan tersebut di masukkan ke dalam satu bekas
kemudian dikacau.
LANGKAH KEEMPAT
Buah labu yang dipotong dengan ketebalan 2mm,panjang 5-6cm dan
lebar 2-3 cm diletakkan dipermukaan media bahan yang telah
dicampur dan akhir sekali ragi yang telah dipecahkan ditabur ke atas
permukaan labu atau media.
LANGKAH KELIMA
Bekas tersebut ditutup secara separa anaerobik dan peram selama seminggu.
Produk ini dianggap matang apabila terdapat miselium putih tumbuh di atas
permukaan media dan berbau masam manis.
LANGKAH KEENAM
Setelah matang, plant booster dikacau dan ditapis sebelum digunakan pada
tanaman.
CARA PENGGUNAAN

Plant Booster pekat perlu dicairkan terlebih dahulu


sebelum digunakan kepada tanaman.
Disini kami kongsikan penggunaan PLANT BOOSTER
bagi tanaman yang kami praktikkan.
Kesesuaian dos mengikut pertumbuhan pokok.
Rock Melon
Minggu :1-2 (20ml/1Liter air)
Minggu : 3-5 (30ml/1Liter air)
Minggu : 6-10 (50ml/1Liter air)
Terung
Minggu : 1-3 (20ml/1Liter air)
Minggu : 4-6 (30ml/1Liter air)
Minggu : 7-Keatas (50ml/1Liter air)
Cili
Minggu :1-3 (15 ml/1Liter air)
Minggu : 5-7 (20 ml/1Liter air)
Minggu : 9-keatas (30 ml/1Liter air)
Pisang
Minggu : 2-3 ( 10ml/1 liter air),
Minggu : 4-7 (15ml/1L)
Minggu : 8-9 (20ml/1L),
Minggu : 10-11 (25ml/1L),
Minggu : 12 keatas hingga matang (30ml/1Liter air) setiap
bulan.
Nangka
30ml/Setiap bulan selepas tanam
50ml/Setiap bulan selepas mengeluarkan putik buah
ADA APA-APA SOALAN???
TAMAT...
SEKIAN TERIMA KASIH..

You might also like