Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

MODEL

BEHAVIORAL
DISEDIAKAN OLEH :
MUHD SYAHMI BIN MOHD SABRI
AHMAD KHAIRUL IKHWAN BIN
KAMARUDIN
AIMI SYUHADA BINTI ASHARI
JURAEDA BINTI JAFA

ALLPPT.com _ Free PowerPoint Templates, Diagrams and Charts


PENGENALAN

MODEL-MODEL PENGAJARAN

Model pengajaran merujuk kepada kerangka yang merangkumi


keadaan kandungan, strategi dan iklim sosial bilik darjah yang
dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran untuk murid.

Model pengajaran bermaksud blueprint pengajaran.

Model ini merupakan strategi preskriptif yang direka bentuk bagi


mencapai matlamat pengajaran.
Model ini juga terdiri daripada prosedur-prosedur
mudah pengajaran dan pembelajaran yang dapat
dijadikan panduan kepada perancang dan guru
kerana prosedur mengajar amat penting bagi
menghasilkan pengajaran yang berkesan.

Terdapat 4 kategori model pengajaran iaitu :

Model pemprosesan maklumat


Model behavioral
Model sosial
Model personal
MODEL-MODEL PENGAJARAN

1. Model Pemprosesan Maklumat


Pengajaran Konsep Inkuiri Ekspositori

2. Model Behavioral
Pengalaman Langsung
Pembelajaran Masteri

3. Model Sosial
Pembelajaran Koperatif
Main Peranan & Simulasi

4. Model Personal
Sintetik
MODEL BEHAVIORAL
Pembelajaran berasaskan ganjaran Thorndike dan
kajian Watson dikenali sebagai teori Pembelajaran
Sosial atau modifikasi tingkah laku atau terapi
tingkah laku.

Model pengajaran behavioral menumpukan kepada


tingkah laku atau terapi tingkah laku.

Model pengajaran ini menumpukan kepada tingkah


laku yang dapat diperhatikan dan tugasan yang
jelas serta cara untuk memaklumkan kemajuan
kepada murid.

Model pengajaran ini mempunyai asas


penyelidikan yang luas (Joyce, Calhoun dan
Hopkins, 2002)
MODEL DALAM KUMPULAN MODEL BEHAVIORAL :

1. Pengajaran Langsung (Good et al, 1994)

2. Pembelajaran Masteri (Bloom, 1968)


1. PENGAJARAN LANGSUNG

Satu strategi yang berpusatkan guru.

Guru menyampaikan isi pengajaran agar dapat


mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.

Guru mengembangkan kemahiran yang hendak


diajar secara langkah demi langkah.

Pengajaran Langsung berasaskan teori Behavioral


dan Pembelajaran Sosial.
Pengajaran Langsung bertujuan untuk mencapai 2
hasil pembelajaran iaitu :

Penguasaan Kandungan Berstruktur


Penguasaan Pelbagai Kemahiran

Pengajaran ini direka bentuk bagi merangsang


pembelajaran pengetahuan murid yang
distrukturkan dan diajar secara langkah demi
langkah serta berpusatkan guru.

Pendekatan yang dibentuk akan mengambil kira


aspek-aspek utama iaitu :

Jenis Hasil Pembelajaran Murid


Aliran Aktiviti Pengajaran
Persekitaran Pembelajaran
Langkah-langkah Mengendalikan Pengajaran
Menggunakan Strategi Pengajaran Langsung :
Kenal pasti hasil-hasil pembelajaran yang ingin dicapai.

Rangsangkan minat murid-murid terhadap perkara yang akan


disampaikan dengan cara penerangan yang jelas beserta contoh
yang relevan atau demonstrasi.

Tinjau semula pengetahuan dan kemahiran lalu yang perlu


dikuasai memudahkan kefahaman murid.

Tinjau semula pembelajaran melalui soal jawab secara lisan atau


kuiz.

Latihan tambahan diberikan bertujuan mengukuhkan kefahaman


murid.
2. PEMBELAJARAN MASTERI

Pembelajaran Masteri ialah kaedah pengajaran


secara individu yang menggunakan kurikulum
berstruktur dan dibahagikan kepada unit-unit kecil
pengetahuan serta kemahiran yang akan
dipelajari.

Pembelajaran Masteri berasaskan falsafah


bahawa semua murid dapat menguasai sesuatu
pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan
penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai
serta masa yang mencukupi disediakan untuk
murid menguasai pembelajarannya.
Model masteri memastikan majoriti murid sampai
ke tahap masteri kerana masa pembelajaran
adalah fleksibel dan setiap murid menerima arahan
sasaran pembelajaran, latihan yang diperlukan dan
maklum balas.

Pembelajaran Masteri melibatkan pengajaran


berasaskan kumpulan tradisional, pemulihan dan
pengayaan secara individu.
Pembelajaran Masteri merupakan suatu
pendekatan pengajaran & pembelajaran (P&P)
bagi memastikan semua murid menguasai
pembelajaran yang dihasilkan dalam suatu unit
pembelajaran sebelum berpindah ke unit
pembelajaran seterusnya.

2 unsur utama Pembelajaran Masteri (Bloom, 1976


dalam Burden & Byrd, 1994) :

Arahan yang tepat


Penggunaan masa
Prinsip-prinsip Pembelajaran Masteri :

Semua murid normal dapat menguasai apa-apa yang diajar oleh


guru.

Pembelajaran dipecahkan kepada unit-unit kecil dengan


pengetahuan disusun daripada senang kepada sukar.

Masa yang diperuntukkan harus mencukupi dan fleksibel bagi


mencapai objektif / hasil pembelajaran.
Guru berkeyakinan bahawa semua pelajar yang berbeza dapat
menguasai apa-apa yang diajar.

Guru harus merancang dan mempelbagaikan kaedah mengajar


dengan mengambil kira gaya pembelajaran murid yang berbeza.

Guru digalakkan untuk mempelbagaikan kaedah atau aktiviti


pengajaran dan pembelajaran (P&P).
- Sekian Terima Kasih -

You might also like