Directed Reading

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

DIRECTED READING THINKING

ACTIVITY (DRTA)
WIWIE
NELY
AIMI LIYANA
SYAZANA
diperkenalkan oleh Russel Stauffer.

Menurut beliau teknik ini membolehkan pelajar


membina satu set tujuan apabila mereka membaca
bahan bacaan (teks, imej,simbol,grafik), lalu
memproses idea dan menguji jawapan dengan
mengambil bahagian dalam pusingan membaca.
Mereka boleh meramal dan mengesahkan saripati/isi
maklumat yang dibaca.
Pendekatan yang digunakan ialah dengan cara guru
membimbing pelajar:

(i) Menggerakkan pemikiran pelajar: Apakah pendapat anda


(pelajar) tentang petikan/tajuk/buku teks yang dibaca...:

(ii) Menggerakkan pemikiran (mencabar idea) pelajar:


Mengapakah anda (pelajar) berpendapat begitu ...

(iii) Mengumpulkan bukti: pelajar dikehendaki membuktikan


hujah atau idea mereka berdasarkan pemahaman mereka.
Tujuan teknik DR-TA:
(i) Memberi peluang kepada pelajar untuk membaca
bahan bacaan/teks secara kritis dan reflektif.
(ii) Menghala-tujukan tujuan pelajar membaca bahan
bacaan/teks.
(iii) Mengaktifkan pandangan dan fikiran pelajar tentang
topik yang akan dibaca.
(iv) Meminta pelajar mengenal pasti, mengasimilasasi
maklumat, dan memahami bahaan bacaan/teks yang
dibaca.
(v) Guru mengkaji bahan bacaan berdasarkan tujuan
membaca.
(vi) Guru membuat penilaian terhadap bahan bacaan yang
dibaca oleh pelajar.
(vii) Guru dan pelajar boleh membuat rumusan,
pertimbangan, penilaian, dan membuat keputusan
terhadap bahan yang dibaca.
Langkah pelaksanaan (Kaedah Kelas)
Untuk melaksanakan teknik ini, (P&P dalam kelas), ada dua
fasa kitarannya:

Fasa 1: Fasa Kitaran Proses Membaca-Berfikir


(i) Proses yang menjelaskan tujuan pembaca membaca bahan
bacaan.
(ii) Menyesuaikan kadar bahan bacaan dan untuk memenuhi
tujuan membaca.
(iii) Membaca untuk mengesahkan tujuan (objektif)
(iv) Membuat hentian untuk menilai kefahaman.
(v) Meneruskan pembacaan untuk tujuan yang sama atau
tujuan lain.
Fasa II
Fasa II ialah hasilan/produk DR-TA iaitu peluasan dan
pemurnian pendapat dan pemikiran murid.

Langkah-langkah dalam Fasa 1

Langkah 1: Memperkenalkan teks yang akan dibaca.


(i) Guru menggalakkan pelajar membuat ramalan teks/hipotesis
tentang judul cerita, melalui perbincangan kelas.
(ii) Guru membuat pengesahan tentang ramalan pelajar.
Ramalan yang tidak tepat disanggah.
(iii) Mencatat segala ramalan.
Soalan guru:
(i) Pada pendapat anda, apakah isi kandungan cerita yang telah
ditunjukkan, atau
(ii) Pada pendapat anda, apakah maksud gambar yang
dipaparkan/tayangkan.
(iii) Mengapa anda berpendapat sedemikian? Jelaskan/tafsirkan.
(iv) Pada pendapat anda mengapakah perkara itu terjadi?
(v) Anda sudah meramal. Yang manakah pada pendapat anda ramalan
yang paling baik/benar.

Hujahkah/berikan sebab.
Pada masa ini guru tidak memperkenalkan perbendaharaan kata dan
tidak memaklumkan tujuan membaca teks yang dipilih itu.
Langkah 2 : Pembacaan Senyap Terarah

Pelajar dikehendaki membaca secara senyap pada awal


bahagiaan teks yang dipilih. Tujuan bacaan senyap ialah untuk
mengesahkan ramalan.
Guru memberi bimbingan kepada pelajar sekiranya pelajar
menghadapi masalah menyebut perkataan/frasa/ayat dengan
menggunakan strategi klu konteks atau analisa stuktur, atau
kedua-dua sekali.
a. menyoal pelajar berdasarkan teks- makna perkataan dan
sebagainya.
b. Memberi cadangan kepada pelajar supaya,
(i) membaca bahagian seterusnya ayat dan memikirkan
perkataan yang boleh memberi maksud,

(ii) pelajar membaca ayat dari awal hingga akhir,

(iii) pelajar mengandaikan bahawa perkataan itu ialah ruang


yang dikosongkan, dan pelajar diminta untuk mengisi ruang
tersebut dengan perkataan yang sesuai.
(iv) pelajar memberi sinonim,

(v) membaca ayat sebelum, ayat yang mengandung masalah,


dan ayat selepasnya,

(vi) meneruskan pembacaan bahagian seterusnya,

(vii) menganalisa stuktur teks.


Fasa 2
Langkah 5 : Menambah, Memurnikan Idea dan Pemikiran
Strategi yang digunakan seperti berikut:
membaca kuat
menjawab soalan kefahaman
menganalisa watak dan perwatakan
menulis puisi, surat, melakar
melakonkan
menghassilkan resepi
membaca ekstensif
mengkaji perkataan/frasa memberi makna
melukis peta cerita
melukis peta minda
Langkah 3 : Menyemak Kefahaman dan membina kecekapan
Guru meminta pelajar menyatakan sejauh mana ramalan mereka
tepat, betul.
Pelajar diminta membuktikan bahawa ramalan mereka betul
berdasarkan teks, dan membacakan bahagian teks tersebut sebagai
bukti.

Soalan guru:
1. Apa pendapat anda sekarang? Mengapa anda berkata begitu?
2. Mengapa ramalan anda tidak/kurang tepat?
3. Berikan pendapat anda apakah yang akan berlaku seterusnya
peristiwa dalam teks tersebut?
4. Berikan alasan mengapa anda meyatakaan demikian.
Langkah 4 : Mengulang Fasa 1,2 dan 3

Di samping guru menghabiskan bacaan teks, pelajar diminta


membuat ramalan/hipotesis, ramalan baru, menyemak
ramalan dan menilai ramalan mereka sama ada tepat atau
sebaliknya. Pelajar diminta memurnikan ramalan dengan
bertambahnya maklumat baru yang terdapat dalam teks yang
dibaca.
Penggunaan Teknik DR-TA
secara Individu
Selepas pembacaan, pelajar berkongsi hasil dengan membuat
poster, laporan, berdrama, dan menjalankan aktiviti yang
sesuai.
Pelajar menyimpan rekod cerita yang dibaca, aktiviti selepas
pembacaan, dan kecekapan-kecekapan yang diperoleh untuk
melihat perkembangan pencapaian.
Kelebihan teknik DR-TA
Teknik ini mempunyai beberapa kelebihan dalam pelaksanaan pengajaran
bacaan dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.

(i) Tugas guru sebagai pemudah cara/fasiltator semasa soal jawab, bukan
penilai.

(ii) Ketika situasi bacaan, berlangsung pelajar membaca sambil berfikir. Oleh
itu, teknik ini menggalakkan supaya pelajar sedar tentang proses membaca
dan membuat ramalan.
(iii) Pelajar memperoleh konsep membaca, strategi
metakognitif dan dapat berkomunikasi makna.

(iv) Menggalakkan pelajar menggunakan klu konteks untuk


memahami makna dalam frasa atau perkataan.

(v) DR-TA suatu teknik yang melibatkan semua pelajar


mencapai satu pencapaian yang dikehendaki.

You might also like