Pembinaan Negara Bangsa

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 22

TAJUK 14:

PEMBINAAN
NEGARA
BANGSA

KONSEP PEMBINAAN NEGARA BANGSA


MASYARAKAT MAJMUK
PERPADUAN KAUM & INTEGRASI NASIONAL
RUKUN NEGARA
ISU DAN CABARAN SEMASA PERPADUAN: PATRIOTISME
NEGARA BANGSA
Merujuk kpd sebuah negara berdaulat dgn
rakyatnya yg hidup bersatu tanpa dipisahkan
oleh ikatan primordial yg sempit spt kaum,
keturunan, agama, bahasa, budaya, daerah
dll yg boleh membawa kpd perpecahan.
Komponen penting untuk pembentukan
negara bangsa Malaysia:
Negara
Bangsa
Kerajaan
perlembagaan
Pembentukan negara bangsa penting dan
menjadi pra syarat kemajuan sesebuah negara.
Ia bukan proses yg mudah dan tidak berlaku
menerusi perancangan, projek atau kuat kuasa
undang-undang.
Sebaliknya bangsa lahir beransur-ansur secara
semula jadi di bawah keadaan tertentu dan
berkembang dgn ciri-cirinya yg tersendiri dlm
ruang sejarah yg dibinanya.
Manakala bagi sebuah negara bekas imperialis,
pembentukan negara bangsa adalah hasil
wawasan yg dibentuk dlm perjuangan
kemerdekaan dan perjuangan untuk
mengukuhkan kemerdekaan.
Tun Dr Mahathir pernah mencetuskan idea
pembinaan satu bangsa Malaysia melalui
kerangka/matlamat Malaysia menjadi negara
maju menjelang tahun 2020.
Maka kefahaman tentang konsep kenegaraan
serta kepentingannya dlm proses pembentukan
negara bangsa di Malaysia boleh
mempercepatkan lagi pembentukan sebuah
bangsa Malaysia yg bersatu.
MASYARAKAT MAJMUK

Pakar antropologi, J.S. Furnival (1948): masyarakat


majmuk ialah masyarakat campuran yg berbilang
bangsa yg bergaul tetapi tidak bercantum.
Zaman sblm merdeka: awal abad ke 19, >90%
penduduk di Semenanjung TM & Spura ialah org
Melayu.
Dasar kolonial British pd pertengahan abad ke 19
telah membawa kpd penghijrahan secara beramai-
ramai kaum Cina dan India ke TM.
Dasar Pecah & Perintah oleh British bermaksud
melemahkan penglibatan kaum Bumiputera,
memberi pengkhususan kpd kaum imigran, dan
memastikan pengasingan setiap kaum.
Kemasukan buruh asing telah menggalakkan
kemunculan bandar-bandar baharu spt Taiping,
Ipoh, Port Weld, Tapah, Kampar, Port Swettenham,
Seremban dan Port Dickson.
Kaum Melayu masih dikekalkan di bandar-bandar
tradisi atau perkampungan.
Kaum Cina tertumpu dlm aktiviti perlombongan,
perladangan lada dan gambir.
Kaum India tertumpu untuk bekerja di kawasan
penanaman getah, ladang tebu dan kopi. Ada juga
yg bekerja di jabatan2 kerajaan. Golongan yg
dibawa masuk secara paksa bekerja sbg buruh
binaan.
Struktur kaum di TM sejak zaman penjajahan
menunjukkan pertambahan yg menggalakkan dan
kaum Melayu masih merupakan kaum majoriti di
negara ini.
Implikasi dasar penjajahan British (pemisahan
tempat tinggal, sistem pendidikan, politik, ekonomi,
dan budaya yg berbeza) ialah negara kita
menghadapi pelbagai masalah perpaduan kaum
sejak merdeka.
PERPADUAN KAUM & INTEGRASI
NASIONAL
Perpaduan: proses bagi mewujudkan satu identiti
nasional dlm kalangan kump yg terpisah dr segi
kebudayaan, sosial dan lokasi dlm sebuah unit
politik.
Perpaduan melibatkan proses penyatuan dr semua
aspek fizikal, ekonomi, sosial, dan politik, tetapi
tidak termasuk biologikal.
Tun Abdul Razak: perpaduan & integrasi penting
supaya tenaga negara dpt disalurkan untuk
memajukan negara drpd digunakan untuk
menyelesaikan masalah yg wujud drpd
kepelbagaian tersebut.
PROSES PERPADUAN
-Proses menyatupadukan seluruh anggota masyarakat
dan negara melalui ideologi negara.

-Supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk


satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan
bangga akan tanah air.

-Penyatuan boleh dilakukan melalui proses:


i. integrasi,
ii. asimilasi,
iii. amalgamasi
iv. pluralisma
1. INTEGRASI
-Merupakan satu proses mewujudkan satu identiti nasional di
kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi
kebudayaan/sosial, ekonomi dan petempatan dlm sebuah unit
politik,

-Wujudnya identiti nasional hubungan kaum lebih erat &


memudahkan perasaan utk hidup bersama.

-Ia juga merujuk proses penyatuan semua aspek fizikal,


sosial, ekonomi, politik dan juga biologikal (contoh: Kahwin
campur)

-Proses integrasi lebih menekankan ikatan batin iaitu ikatan


perasaan, hati dan pemikiran sesama manusia.
2. ASIMILASI
-Proses percampuran kump2 minoriti ke dlm kump etnik yang
lebih besar, yang merupakan proses integrasi satu hala.

-Hasilnyakump minoriti kehilangan pegangan asal, agama,


budaya dan bahasa mereka dan akan mewujudkan satu kelompok
yang sama dan seragam.

-Proses ini sukar dicapai kerana terlalu byk jurang perbezaan


antara kaum & tidak mudah kaum2 minoriti meninggalkan
agama, bahasa, budaya dan pegangan mereka dan mengamalkan
yang sebaliknya.

- Contoh asimilasi: Orang Cina di Indonesia dan Melayu di


Selatan Thailand.
ASIMILASI BUDAYA (AKULTURASI)
-Akulturasi adalah proses kump minoriti mempelajari dan menerapkan hanya
budaya kaum majoriti sahaja.

-Mereka hanya mempelajari aspek ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni lukis,


moral dan akhlak, bahasa, undang2, adat resam dll kemahiran dlm kump majoriti.

-Mereka tetap berpegang kpd ajaran agama asal demi memastikan identiti asal
mereka tidak hilang sepenuhnya spt kaum Cina dan India.

-Orang Cina dan Orang India Malaysia sudah pandai berbaju kurung/kebaya,
makan dengan tangan, duduk bersila, menundukkan badan sedikit bila melintasi
orang yang lebih dewasa,mempelajari kesenian tempatan spt tarian dan nyanyian
tradisional dll.

-Hasil akulturasi ini jelas membezakan orang Cina dan India Malaysia dgn
orang Cina dari China dan orang India dari negeri India
ASIMILASI STRUKTUR
-Proses kump. minoriti berjaya menyertai institusi utama kumpulan majoriti.

-Institusi utama pendidikan , petempatan, ekonomi, politik dan sosial.

-Kesan asimilasi kump minoriti tidak kehilangan ciri2 & identiti asal mereka.
Mereka cuma mengalami sedikit perubahan.

-Sejak kemerdekaan, pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar dan


program bagi melaksanakan asimilasi struktur spt Dasar Ekonomi Baru.

-DEB telah dapat menyatukan,menyusun semula msyrkt & mewujudkan


kerjasama serta hubungan erat dlm pelbagai bidang.

Dlm aspek politik, Parti Perikatan yang kemudiannya BN telah mempermudahkan


proses asimilasi struktur ini.

-Proses ini boleh berlaku secara sedar atau tidak kerana ia juga melibatkan dimensi
sosialisasi dlm msyrk.
3. AMALGAMASI
-Proses percantuman menyeluruh dlm aspek kehidupan & merupakan dimensi yg
paling tinggi dlm proses integrasi.

-Berlaku apabila kepelbagaian kump etnik bercampur & berpadu membentuk satu
budaya baru.

Kepelbagaian etnik + Proses Amalgamasi = KELOMPOK BARU.

-Amalgamasi tercapai apabila berlaku perkahwinan campur secara besar2an, yg


dapat memperkayakan lagi budaya sesebuah msyrkt.

-Contoh: Bangsa Melayu bercampur & berkahwin dengan bangsa Cina, cara hidup
& budaya kedua2 belah pihak akan disatukan membentuk hidup dan budaya baru
~ Kelompok kecil Baba Nyonya semenjak di zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Walau bagaimanapun, dimensi ini agak sukar untuk dicapai dalam konteks
Malaysia secara meluas.
4. PLURALISME
-Merupakan satu konsep yg mempertahankan kepelbagaian kump
etnik. Dibahagikan kepada dua bentuk seperti di bawah:

Pluralisme Kebudayaan Pluralisme Ubahsuaian


-Menitikberatkan pengekalan ciri2 -Proses kepelbagaian kump etnik
budaya & identiti pelbagai kelompok terpengaruh oleh budaya orang lain yg
termasuklah kelompok minoriti. membawa sedikit perubahan dalam
-Setiap kump etnik tidak perlu budaya asal mereka.
mengubah, menyertai mahupun -Mereka ini masih mengekalkan
mengamalkan cara hidup kump lain. kepelbagaian kump etnik tetapi terdapat
-Dimensi merupakan satu perkara yg penerimaan unsur2 kebudayaan kump
mudah diterima umum kerana ia tidak lain hasil drpd pergaulan, interaksi sosial
menjejaskan kepentingan mana2 pihak. & hubungan sesama mereka.
-Malahan kepelbagaian kebudayaan ini -Penerimaan unsur2 kumpulan lain dlm
dilihat sebagai satu kekuatan pd msyrkt msyrkt yang mempertahankan
dlm sesebuah negara. kepelbagaian inilah yang dikatakan
sebagai mengalami ubahsuian.
RUKUN NEGARA
Sebagai ideologi:
Satu susunan cara hidup
bermasyarakat yg mengandungi nilai-
nilai kenegaraan dan norma-norma
sosial yg meliputi semua aspek
kehidupan bernegara.
MATLAMAT
Memelihara corak hidup demokratik

Mewujudkan perpaduan

Mencipta sebuah masyarakat yg adil

Membina masyarakat progresif yg akan


menggunakan sains & teknologi
Menjamin sikap liberal terhadap tradisi
kebudayaan yg pelbagai.
PRINSIP2 RUKUNEGARA
1) Kepercayan kpd Tuhan
Agama pegangan utama rakyat krn rakyat
beragama mudah diurus mnjadi warganegara
yg baik

2) Kesetiaan kpd Raja & Negara


Raja sbg simbol penyatuan & pelindung
Penderhakaan kpd raja adalah penderhakaan
kpd negara.
3) Keluhuran perlembagaan
Menghendaki semua rakyat menerima,
menyanjung dan mempertahan
perlembagaan.

4) Kedaulatan undang2
Menghormati undang2 dgn tdk melakukan
kesalahan di sisi undang2.

5) Kesopanan dan kesusilaan


Nilai2 murni melambangkan keperibadian
individu dan mjamin kehidupan masyarakat
yg harmoni.
ISU & CABARAN SEMASA
PERPADUAN
Peristiwa rusuhan kaum berlaku beberapa kali:
1957 di P.Pinang, 1960 di P. Pangkor, 1964 di
Bukit Mertajam, 1965 di KL & 1967 di P.Pinang &
13 Mei 1969 di KL.
Langkah2 menangani rusuhan 1969:
1. Perisytiharan darurat
2. Pembentukan MAGERAN
3. Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara
4. Penubuhan Majlis Muhibbah Negara
5. Penubuhan Majlis Perundingan Negara (MAPEN)
PATRIOTISME
Satu sentimen nasional yg menekankan aspek kesetiaan
& kecintaan yg mendalam kpd negara.
Mempertahankan kedaulatan negara & sanggup
berjuang menggadai nyawa demi negara.
Kecintaan yg mendalam kpd negara merupakan asas
utama untuk memastikan negara yg merdeka ini terus
bebas dari sebarang bentuk penjajahan.
Semangat patriotisme amat tinggi dlm kalangan rakyat
tempatan semasa menentang penjajah dan pd zaman
awal kemerdekaan.
Semangat ini semakin luntur dlm kalangan anak muda
mutakhir ini.
Antara usaha kerajaan untuk memupuk
semangat patriotisme:
Penubuhan Biro Tata Negara

Pelaksanaan Program Latihan Khidmat


Negara
Usaha ini penting untuk memastikan peristiwa
13 Mei 1969 dan era penjajahan kuasa asing
tidak lagi berulang.

You might also like