Professional Documents
Culture Documents
Asas Lukisan
Asas Lukisan
K A DA R B A N D I N G DA N J E N I S G A R I S A N
CARA APLIKASI LITAR ARTICT
1) Permukaan Litar Artict adalah untuk membantu murid meningkatkan kemahiran melukis.
2) Objek yang hendak dilukis perlulah dipamerkan.
3) Guru perlu menerangkan kepada murid cara kod Litar Artict dibaca
4) Tunjuk ajar daripada guru kepada murid adalah berdasarkan titik-titik yang terdapat pada permukaan
Litar Artict bagi membantu murid memahami tempat atau kedudukan objek.
5) Lukisan pertama pada bahagian kertas permukaan putih dan spontan (Lukisan pertama adalah untuk
melihat tahap kemahiran murid sebelum menggunakan Litar Artict)
6) Lukis pada permukaan putih sehingga selesai.
7) Gunakan permukaan Litar Artict dan lukis secara spontan dan mengikut kreativiti (Permukaan Litar
Artict bukan untuk digunakan sebagai acuan untuk melukis tetapi lebih kepada cara untuk
memperkemaskan sesebuah lukisan).
Permukaan Litar Artict hanya digunakan semasa atau selepas karya siap
Lukisan Teknik Titik (Pointillism)
Lukisan Teknik Titik
Bagi menghasilan lukisan jenis ini, anda perlu menghasilkan struktur rangka objek terlebih
dahulu dan mengenalpasti garisan-garisan pemisah antara ton cerah, sederhana dan gelap
Mulakan dengan ton yang cerah dan tambahkan titik-titik sedikit demi sedikit bagi
mendapatkan ton yang gelap
Proses melukis teknik titik