Bahan Komposit

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

APAKAH BAHAN KOMPOSIT?

1. Bahan komposit ialah bahan struktur yang terbentuk


dengan mencampurkan dua atau lebih bahan berlainan
seperti logam,aloi,kaca,seramik dan polimer. Biasanya
bahan komposit baharu yang terbentuk ini mempunyai
sifat yang lebih baik daripada komponen asalnya.
2. Kayu dan tulang adalah bahan komposit semula jadi.
Kayu terdiri daripada gentian selulosa yang kuat dan
fleksibel dan dipegang oleh bahan keras yang dipanggil
lignin. Tulang pula terdiri daripada kolagen protein yang
lembut tetapi kuat dengan garam mineral apatit yang
keras dan rapuh.
3. Beberapa contoh bahan komposit adalah konkrit yang
diperkukuhkan,sesetengah superkonduktor,gentian
optik,plastik yang diperkukuhkan dengan gentian kaca dan
kaca fotokromik.
BAHAN KOMPOSIT DAN
KOMPONENNYA :
Contoh bahan komposit Komponen di dalam bahan komposit
Konkrit yang diperkukuhkan Konkrit ( simen , pasir dan batu
kecil ) dan keluli
Superkonduktor Itrium oksida , barium korbonat
dan kuprum (II) oksida
Gentian optik Silika , natrium oksida dan kalsium
oksida
Plastik yang diperkukuhkan dengan Gentian kaca dan damar poliester
kaca ( sejenis plastik )
Kaca fotokromik Kaca dan argentum klorida atau
argentum bromida
KONKRIT YANG DIPERKUKUHKAN:-
Konkrit yang terhasil daripada campuran simen, pasir dan batu
kecil adalah kuat tetapi tiang konkrit mesti besar untuk
menyokong berat yang besar. Ini mengambil ruang yang banyak
dalam bangunan. Konkrit juga tidak tahan gegeran atau gempa
bumi.
Keluli adalah kuat tetapi boleh berkarat dan memerlukan kos yang
tinggi jika tiang keluli besar digunakan menyoking beban yang
berat.
Konkrit yang diperkukuhkan mengandungi batang keluli dalam tiang
konkrit menjadikan tiang bangunan sangat kuat, kukuh dan tidak
berkarat serta dapat menyokong beban yang besar,
Konkrit yang diperkukuhkan digunakan dalam rangka pembinaan
jambatan, jalan raya dan bangunan tinggi .
Konkrit juga dapat diperkukuhkan dengan menambah kaca gentian
atau polimer berasas karbon.
SUPERKONDUKTOR :-
Dalam konduktor biasa logam kuprum,kewujudan rintangan
menyebabkan tenaga elektrik bertukar kepada tenaga haba.
Tambahan pula apabila suhu meningkat rintangan akan bertambah.
Superkonduktor ialah bahan yang tidak mempunyai sebarang
rintangan, seterusnya dapat menjimatkan tenaga elektrik.
Logam kuprum hanya dapat menunjukkan sifat superkonduktor jika
suha adalah sangat rendah ( hampir -270`C)
Superkonduktiviti ialah ketiadaan pada suatu suhu dikenali sebagai
suhu peralihan. Suhu peralihan logam seperti
zink,kadmiun,titanium,tungsten,platinum dan rhodium adalah
sangat rendah. Maka cecair helium yang mahal diperlukan untuk
menyejukkan logam-logam jenis ini ke suhu peralihannya.
Apabila satu campuran kuprum (II) oksida , itrium oksida dan
barium karbonat dipanaskan sejenis seramik perovskite terbentuk.
Bahan ini merupakan superkonduktor pada suhu yang boleh dicapai
dengan menggunakan cecair nitrogen yang lebih murah.
Kuprum (II) oksida, itrium oksida dan barium oksida ialah bukan
konduktor dalam bentuk tulen tetapi bertindak sebagai
superkonduktor dalam bentuk komposit.
Superkonduktor membolehkan kekonduksian elektrik dalam jarak
jauh tanpa kehilangan tenaga. Superkonduktor tidak mempunyai
rintanga dapat meningkatkan kecekapan motor,
penjan,transformer,kabel elektrik,amplifier dan computer. Magnet
yang dihasilkan dengan menggunakan superkonduktor adalah
sangat kuat dan ringan dan berupaya mengapungkan kereta ape
di atas landasannya.
GENTIAN OPTIK:-
Kaca ialah penebat elektrik dan tidak dapat menghantar data
elektronik dalam bentuk elektron.
Gentian optik ialah salur kaca lutsinar yang sangat halus ( lebih
halus daripada rambut manusia) yang diperbuat daripada kaca
lebur.
Salur kaca jenis ini membenarkan hantaran cahaya melalui
sepanjang salur ini supaya data dalam bentuk cahaya dapat
dihantar dengan cepat.
Cahaya dihantar melalui gentian optik dengan menggunakan
prinsip pantulan dalam penuh. Gentian optik terdiri daripada kaca
teras yang mempunyai indeks biasan tinggi. Diameter kaca teras
adalah sangat kecil (0.001 0.002 mm)
Dalam bidang telekomunikasi,cahaya menggantikan elektron sebagai
pambawa isyarat. Cahay yang membawa isyarat disalurkan melalui
gentian optik. Bidang jenis ini dipanggil optoelektronik.
Gentian optic mempunyai kelebihan berbanding dawai kuprum dalam
penghantaran isyarat kerana dapat menghantar isyarat dalam kadar
yang lebih tinggi, menggunakan ruang yang lebih kecil dan tidak
dipengaruhi oleh gangguan elektrik.
Gentian optic juga digunakn dalam bidang perubatan untuk tujuan
berikut :
Laser yang disalurkan melalui gentian optic digunakan untuk
membedah atau membunuh tisu yang hendak disingkirkan.
Gentin optic yang halur dan boleh dilentur dimasukkan ke dalan
saluran darah peparu,hidung dan telinga untuk membolehkan
doctor memeriksa organ dalaman ini. Alat ini dipanggil endoskop.
PLASTIK YANG DIPERKUKUHKAN
DENGAN KACA:-
Plastik adalah ringan dn keras tetapi rapuh.
Kaca pula adalah keras tetapi rapuh.
Gentian kaca diperbuat daripada kaca lebur dan seerusnya
dicampurkan dengan gentian resin poliester (sejenis plastik) untuk
menghasilkan plastik yang diperkukuhkan dengan kaca. Kaca
menyumbang kekuatan mampatan manakala plastik menyumbang
kekuatan regangan kepada bahan komposit ini. Plastik yang
diperkukuhkan dengan kaca boleh mempunyai kekuatan regangan
sehingga 17600 kg cm-2 .
Bahan komposit ini adalah ringan, lebih kuat daripada keluli,tahan
kakisan,mudah diacukan kepada pelvbagai bentuk,tidak rapuh,tidak
telap air,penebat elektrik dan tidak mudah terbakar.
Bahan komposit jenis ini adalah kuat,ringan dan sesuai digunakan
untuk membuat raket,rangka kenderaan,rangka kapal,panel
pembinaan,rod pancing,bahagian-bahagian kapal terbang jejambat
perjalanan kaki,alat-alat elektrik,paip dan tangki simpanan untuk
menakung makanan atau air.
KACA FOTOKRONIK:-
Kaca adalah lutsinar dan tidak peka terhadap cahaya.
Argentum klorida atau argentum bromida adalah peka terhadap
cahaya. Apabila terdedah kepada cahaya sebatian tersebut akan
terurai kepada butiran argentum yang berwarna hitam.
Dalam kaca fotokronik, argentum klorida atau argentum bromida
terperangkap dalam struktur kaca.
Kaca fotokronik digunakan untuk mebuat cermin mata yang
menjadi gelap dalam cahaya dan menjadi terang dalam gelap.
KOMPOSIT DAN KOMPONEN BAHAN
ASALNYA:-
PENGHASILAN BAHAN TERMAJU UNTUK
MEMENUHI KEPERLUAN TERTENTU
Penyelidikan dijalankan untuk menghasilkan bahan komposit untuk
memenuhi keperluan tertentu.
Salah satu contoh ialah masalah kekurangan penderma organ yang
diperlukan dalam pemindahan organ tubuh. Pada masa yang akan
datang organ daripada penderma mungkin diganti oleh organ
komposit plastik.
Pengilang kereta di negeri maju sedang mengkaji jenis bahan
komposit plastik yang boleh digunakan untuk menggantikan logam
untuk membina badan kereta. Ini akan menjadikan kereta lebih
ringan seterusnya menambahkan kelajuan kereta dan menjimatkan
petrol.
Kajian juga menuju ke arah penghasilan plastik komposit yang boleh
digunakan sebagai bahan pembinaan untuk bangunan kelebihan bahan
pembinaan ini adalah lebih ringan,kuat dan kukuh daripada konkrit
atau keluli
SEKIAN TERIMA
KASIH

Team work makes dream work

You might also like