Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 27

TOKOH-TOKOH SENI VISUAL

MENGENAI KREATIVITI
HJ. MOHD. JAMEL BIN HJ. ISMAIL
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN,
MALAYSIA.
Ellis Paul
Torrance
Sumber:
http://www.faculty.de.g
csu.edu/~cbader/Torran
ce.html
Ellis Paul Torrance
Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai
Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli
akademik yang tersohor dalam bidang
kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di
dalam mendalami bidang ini telah berjaya
mengembangkan bidang kreativiti dan beliau
telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti.
Ellis Paul Torrance
Kerjaya perguruannya bermula dari tahun 1957
hinggalah 1984, bermula di University of
Minnesota hinggalah ke University of Georgia,
Amerika Syarikat, di mana beliau telah
dianugerahkan gelaran profesor dalam bidang
psikologi pada tahun 1966.
Ellis Paul Torrance
Kemuncak kerjayanya ialah apabila beliau
berjaya mencipta kaedah penanda aras dalam
mengukur tahap kreativiti seseorang individu,
dan beliau mengusulkan bahawa ujian IQ
(intelligent quotion) bukanlah satu-satunya
cara untuk mengukur daya intelektuali
seseorang melalui instrumen ciptaannya
Torrence Test of Creative Thinking.
Ellis Paul Torrance
Sepanjang hidupnya, Profesor Dr. Ellis Paul
Torrance telah menyumbangkan lebih
daripada 2000 penulisan ilmiah dalam bentuk
buku, monograf, artikel, ujian, manual dan
material pengajaran. Bagi menghargai
sumbangannya dalam bidang akademia dan
psikologi, pada tahun 1984 University of
Georgia telah menubuhkan Torrance Centre of
Creativity and Talent Development
June King McFee
June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu
sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu
yang baru dan pada masa yang sama mampu
untuk mengolah idea. Ringkasnya, Jun Macfee
menjelaskan bahawa kreativiti seseorang boleh
dilihat melalui keupayaan menyumbangkan idea
dan berupaya pula untuk mengubah idea
tersebut kepada idea yang baru lalu melahirkan
satu idea lain yang lebih bermakna. Mcfee
melihat bahawa idea boleh dimanipulasikan
menjadi sesuatu yang baru dan mampu diolah.
June King McFee
Antara sumbangan June King McFee dalam
bidang pendidikan seni ialah pengiktirafan
yang berjaya diperolehi daripada
perjuangannya yang melihat bahawa seni
tidak seharusnya terhad kepada hasil karya
seni sahaja, malah terdapat pengalaman
estetika di dalam semua objek di persekitaran.
Menurut McFee, seni ialah satu bentuk
komunikasi yang dipengaruhi oleh konteks
budaya.
June King McFee
Untuk memahami seni secara holistik, seni perlu
dikaji di dalam konteks budaya serta komuniti;
melihat bagaimana manusia di dalam sesuatu
komuniti menjalankan kehidupan harian
mereka dan menterjemah kemampuan
mereka dalam menghasilkan transformasi
identiti manusia dalam bentuk seni. Oleh itu,
usaha-usaha perjuangan seni McFee
mempunyai elemen orientasi komuniti yang
tinggi.
Carl
Rogers
Sumber:
http://www.ship.ed
u/~cgboeree/rogers.
html
Carl Rogers
Carl Rogers dilahirkan pada 8 Januari 1902 di
Chicago, Amerika Syarikat dan merupakan
anak keempat daripada enam orang adik
beradik. Bapanya merupakan seorang jurutera
sivil manakala ibunya pula ialah seorang suri
rumah sepenuh masa. Rogers melanjutkan
pelajaran di University of Winsconsin dalam
bidang pertanian dan kemudian menukar
bidangnya dalam pengajian agama.
Carl Rogers
Sepanjang hidupnya, Carl Rogers lebih dikenali
sebagai seorang ahli psikologi yang terkemuka
dan pengasas kepada Client-Centered
Therapy. Ini kerana beliau telah bertukar
bidang sekali lagi ke psikologi klinikal apabila
beliau melanjutkan pelajaran di peringkat
doktor falsafah.
Carl Rogers
Di dalam teori terapinya, Carl Rogers telah
menggariskan lima faktor yang menjadi asas
kepada individu yang sihat, yang dapat
berfungsi dengan sepenuhnya dalam
kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah
keterbukaan kepada pengalaman, cuba
menikmati kehidupan yang dialaminya,
menghargai diri sendiri, mengamalkan
kebebasan dan akhirnya menjadi individu
kreatif.
Carl Rogers
Rogers mempunyai takrifan yang unik tentang
kreativiti. Beliau percaya bahawa individu yang bebas
dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba
menyumbang kepada insan serta makhluk lain di
persekitarannya. Sumbangan ini boleh dinyatakan
dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni ataupun
sains, melalui rasa sayang sesama insan serta
melakukan yang terbaik dalam bidang yang diceburi.
Konsep kreativiti Rogers ini mempunyai persamaan
dengan konsep generativiti Erik Erikson, seorang lagi
pengemuka teori dalam bidang perkembangan
manusia dan sosial.
Carl Rogers
Rogers juga menjelaskan bahawa
kreativiti merupakan satu proses yang wujud
apabila seseorang itu bertindak ke atas
sesuatu. Tindakan tersebut memberikan
keunikan dan menampakkan kelebihan
individu tersebut termasuk penggunaan
bahan dan alat serta kemampuan
mengendalikan kejadian dan peristiwa yang
menyebabkan tindakan ke atas perkara
tersebut.
Lima faktor asas kepada individu yang sihat
Viktor
Lowenfeld
Sumber:
http://www.arted
ucationstudio.com
/viktor.htm
Viktor Lowenfeld
Beliau merupakan tokoh yang bertanggungjawab
membangunkan teori Lowenfeld Stages of
Artistic Development yang banyak digunakan
oleh warga pendidik khususnya di dalam bidang
pendidikan seni visual sebagai rujukan dan
penerangan untuk menerangkan peringkat-
peringkat perkembangan kanak-kanak mengikut
perspektif lukisan. Lowenfeld menjelaskan
bahawa kita sering kali terkeliru di antara daya
inteletualiti dan kreativiti.
Viktor Lowenfeld
Menurutnya lagi, galakan mengembangkan
pemikiran kreatif di kalangan kanak-kanak
perlu dilakukan secara berterusan.
Viktor Lowenfeld
Di dalam teori perkembangannya, sekatan dan
halangan terhadap pengembangan kreativiti
adalah disebabkan oleh dua faktor utama iaitu
halangan bersifat psikologi atau emosi, dan
halangan persekitaran atau budaya. Halangan
bersifat psikologi merujuk kepada tekanan di
mana murid tidak memperoleh jawapan ke atas
persoalan dan kemusykilan yang sememangnya
telah wujud di dalam diri mereka. Ibu bapa sering
kali cepat bosan terhadap soalan-soalan yang
diutarakan oleh anak mereka menjadikan mereka
serik untuk bertanya
Viktor Lowenfeld
Selain itu, faktor persekitaran dan budaya juga
menjadi halangan kerana persekitaran tidak
kondusif dan membina daya kreativiti murid.
Sistem persekitaran di sekolah tidak
menggalakkan murid bertanya malahan
sebaliknya. Kebiasaannya guru lebih banyak
menyoal berbanding murid.
Viktor Lowenfeld
Ini menurut Lowenfeld membantutkan
perkembangan kreativiti kanak-kanak. Justeru
pembentukan falsafah pendidikan perlu fokus
terhadap melahirkan individu yang mempunyai
sifat kritikal dan analitikal dengan memberi
peluang kepada murid untuk menyoal dan guru
perlu menyediakan jawapan yang bersesuaian.
Secara ringkasnya, Lowenfeld menjelaskan
bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh
diukur melalui empat komponen utama iaitu
kelancaran, fleksibel, keaslian dan kepekaan.
Kelancaran (Fluency)
Idea dan pendapat diterjemahkan secara spontan
serta pantas. Pada peringkat ini, murid berupaya
menghubungkan dan mengaitkan sesuatu
perkara dengan perkara yang lain selain
memikirkan kemungkinan-kemungkinan terhadap
idea tersebut. Berupaya menginterasikan
kemungkinan-kemungkinan dan alternatif kepada
penyediaan masalah.
Fleksibel (Flexibility)
Pada peringkat ini, murid mula mempamerkan
semangat toleransi dan bertolak ansur. Mereka
mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai
keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan
tinggi terhadap apa yang dilakukan. Sanggup
menerima cabaran yang pelbagai dan sedia
menghadapi cabaran tersebut dengan fikiran
yang terbuka dan positif. Murid di dalam proses
ini memandang cabaran sebagai satu proses
pembelajaran.
Keaslian (Originality)
Murid yang kreatif sentiasa mencari idea baru
dan asli selain mempunyai idea luar biasa.
Tidak konservatif dan tidak stereotaip serta
sering mempunyai kebolehan dan kelaziman
yang berlainan
Kepekaan (Sensitivity)
Pada peringkat ini, murid mempunyai daya
kepekaan yang tinggi terhadap aspek keperluan
rakan sebaya dan sekeliling. Ini termasuk
kepekaan terhadap ciptaan, nilai estetika
terhadap objek, proses artistik terhadap objek di
samping penekanan terhadap apa yang dilihat.
Penggunaan deria pancaindera seperti melihat,
merasa, mendengar, menghidu dan
sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagi
proses pengamatan dan merekod.
Ukuran kreativiti oleh Lowenfeld

You might also like