Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

APRESIAASI DAN KRITIKAN SENI

MEMBAKAR SEMUT

1.NURSHAH BT SULIMANIZAM
D20161074244
2.NOR RASYIDAH BT RAMLI
D20161074235
3.AIN HARTINI BT MOHAMAD FADILA
D20161074241
4.NUR NADIA BT ROSLAN
D2016174257
-Tajuk: Membakar Semut

-Tahun: 1967
-Pelukis : Dzulkifli Buyong

-Media: Kapur pastel ...


-Tema: Aktiviti kanak kanak alam tempatan
Karya ini bertajuk Membakar Semut yang dihasilkan oleh Dzulkifli
Buyong pada tahun 1967.
Media yang digunakan ialah kapur pastel. Karya ini memperlihatkan
seorang kanak-kanak perempuan dan dua orang budak lelaki sedang
membakar semut dengan menggunakan surat khabar.
Surat khabar tersebut mempunyai tulisan jawi.
Seorang kanak-kanak perempuan memakai selipar dengan kain sekolah
manakala dua orang kanak-kanak lelaki memakai kasut sekolah dan
seluar sekolah.
Kelihatan sekotak mancis berada di bersebelahan kanak-kanak
perempuan tersebut.
Mereka bertiga sedang membakar semut di sekitar pokok yang berakar.
Kanak-kanak perempuan tersebut kelihatan seperti diserang seekor
semut dan kelihatan dua orang kanak-kanak lelaki sedang memerhatikan
ke arah pokok yang ada banyak semut itu.
Menggunakan gaya naturalisme iaitu imitasi figura dan tidak
realisme , tiada kadar banding yang betul tapi masih dapat
di kenali.
Terdapat penggunaan warna panas yang mendominasi pada
latar belakang karya.
Terdapat penggunaan ruang yang seimbang pada setiap imej
figura.
Terdapat penggunaan jalinan tampak pada karya iaitu perlu
dilihat melalui pacaindera.
Terdapat penggunaan pelbagai jenis garisan. Garisan halus
pada bahagian belakang dan garisan tebal pada bahagian
depan karya.
DISKRIPSI
Kanak- kanak
tengah
membakar
semut

mancis

Kanak-kanak
berpakaian
sekolah
Karya bertemakan aktiviti kanak-kanak desa.

Karya ini menggunakan subjek manusia sebagai imej utama dan objek pula
disusun seimbang dengan menjurus kepada pokok sebagai titik pusat lukisan ini.

Jalinan yang berulang dan jarak dapat dilihat pada banir pokok dan mewujudkan
`outline.

Ruang adalah seimbang di mana setiap ruang dipenuhi oleh objek manusia dan
dipusatkan di sudut sisi atas bagi bucu segitiga dalam ilusi pandangan kanak-
kanak kepada sekumpulan semut yang sedang dibakar dengan surat khabar.

Keseimbangan yang wujud pada figura manusia terletak pada titik tumpu
perspektif yang ditetapkan sebagaimana yang telah dibincangkan.

Fokus utama adalah sebatang pokok. Penegasan terhadap pemilihan unsur seni
jelas apabila pengkarya menumpukan kepada aspek garisan, ruang, rupa dan
bentuk, struktur dan jalinan pada setiap lakaran.
Banir pokok yang mewujudkan `outline
Unsur seni yang terdapat di karya ini mengutarakan
mesej zaman kanak-kanak yang penuh kenakalan
tetapi kenakalan kanak-kanak seperti itu mendidik
untuk menjadi lebih lasak. Walaubagaimanapun,
aktiviti mereka harus dipantau kerana melibatkan
penggunaan api yang boleh mencederakan.
Perlakuan kanak-kanak membakar semut dengan
menggunakan surat khabar ini juga merupakan
perbuatan yang tidak bermoral kerana dalam agama
islam tidak dibenarkan menyeksa binatang dan
merendahkan ilmu.
Keaslian karya ini dilihat dari sudut zaman iaitu ketika
waktu atau tahun dimana karya ini merujuk kepada
pengalaman melalui zaman kanak-kanak. Kanak-kanak
ini digambarkan sebagai bebas,berani dan nakal.
Pengkarya seolah-olah ingin mengajak pemerhati
untuk mengimbas semula keriangan zaman kanak-
kanak dan keharmoniannya bermain dengan rakan-
rakan tanpa mengira umur dan jantina. Pengkarya ingin
memaklumkan aktiviti yang dilakukan oleh kanak-
kanak kampung. Akhirnya ,fungsi karya adalah untuk
memberi kesan bahawa zaman kanak-kanak adalah
zaman yang indah..

You might also like