Kesan Pembangunan Ekonomi Zaman Penjajahan - Kependudukan

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 46

SKSE6103

EKONOMI DAN PEMBANGUNAN MALAYSIA

KESAN PEMBANGUNAN EKONOMI


ZAMAN PENJAJAHAN - PENDUDUK
PENSYARAH: DR SUFFIAN BIN MANSOR

DISEDIKAN OLEH:

NOR HASIKIN BINTI ZAKARIA


SOLEHULHAFIZ BIN SUHAIMI
MISELLE OCTOVIE THOMAS
SITI MARYAM BINTI MUHAMMAD YUSOFF
PENGENALAN
• Selepas kekalahan Jepun dalam perang dunia kedua, pihak British kembali berkuasa.
• Seterusnya, pihak British mula mengeksploitasi sumber-sumber alam dan aktiviti
ekonomi yang terdapat di tanah melayu.
• Bagi melancarkan penguasaan British di Tanah Melayu, pihak British bertindak membawa
masuk buruh-buruh asing yang secara besar-besaran dan secara majoritinya buruh dari
Negara Cina dan India.
• Akibat daripada perkembangan Revolusi Perindustrian di Britain, permintaan terhadap
bahan mentah seperti getah dan bijih timah membuka banyak kawasan pertanian dan
lombong, dan ini sudah tentu memerlukan tenaga kerja yang ramai juga.
• Politik di Tanah Melayu juga berada dalam keadaan stabil di bawah penjajah British, dan
ini telah menarik lebih ramai golongan pemodal dan imigran Cina ke Tanah Melayu.
EKONOMI TRADISIONAL MASYARAKAT DI TANAH
MELAYU SEBELUM KEDATANGAN BRITISH
• Sebelum kedatangan British, setiap negeri atau wilayah di Semenanjung
Tanah Melayu adalah diperintah bebas oleh sultan atau rajanya yang
tersendiri.
• Ekonomi mereka bersifat feudal, iaitu berasaskan kepada aktiviti
pertanian dan kraf tangan. Rakyat sedia berkhidmat untuk pemerintah
dan juga aktiviti percukaian berlaku ke atas mana-mana kegiatan eksport
dan import.
• Pada masa itu, Rakyat jelata tidak ada dorongan untuk mengeluarkan
lebihan tanaman kerana cukai yang selalunya dikenakan adalah tinggi.
• Tanah-tanah boleh diusahakan sesuka hati atau hanya perlu meminta
kebenaran pembesar kerana tanah dianggap milik raja.
• Populasi utama penduduk semasa zaman sebelum penjajahan,
Semenanjung Tanah Melayu terdiri daripada masyarakat Melayu yang
menetap di sekitar kawasan pedalaman, dengan kelompok mereka yang
lebih besar menetap di kawasan yang berhampiran dengan laut atau di
pinggir sungai
• Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu pada masa itu adalah bersifat
jenis sara hidup yang mudah, berasaskan pada penanaman padi dan
aktiviti perikanan.
1. PERTANIAN : PENANAMAN PADI
• Kegiatan terpenting ialah pertanian,iaitu tanaman padi. Tiada kegunaan
lebihan pada tanah, sekiranya jumlah populasi berkembang maka lebih
banyak tanah akan dibuka untuk penanaman padi.
• Sebelum abad ke-15, padi ditanam kering melalui kaedah ladang
(pertanian pindah). Teknik penanaman padi basah telah diperkenalkan
ke kawasan utara Semenanjung Tanah Melayu dari Siam pada abad ke-
15. Teknik ini merebak perlahan-lahan ke kawasan lain di Semenanjung
Tanah Melayu dalam empat abad seterusnya.
• Terdapat dua jenis padi utama. Padi sawah ditanam di kawasan lembah
sungai atau tanah rendah dan rata. Ia memerlukan air yang banyak. Padi
huma atau padi bukit pula ditanam dikawasan tanah tinggi atau lereng
bukit dan tidak memerlukan air yang banyak. Kawasan penanaman padi
yang utama ialah di Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan.
2. AKTIVITI MEMUNGUT HASIL HUTAN
• Selain pertanian, terdapat juga aktiviti memungut hasil hutan seperti akar
kayu, kayu barus, rotan, kayu cendana, damar, lilin serta buah-buahan.
Aktiviti ini hanyalah aktiviti sampingan masyarakat Melayu ketika itu.
• Dalam masyarakat Melayu tradisional, kegiatan ini dipanggil “meramu”.
Hasil-hasil ini dijual sebagai pertukaran bagi mendapatkan beras, garam
dan kain.
• Perkembangan pusat perdagangan di Kedah dan Melaka membolehkan
hasil-hasil hutan ini dijual kepada pedagang-pedagang asing.
3. AKTIVITI : MENANGKAP IKAN
• Penangkapan ikan biasanya dilakukan untuk tujuan sara diri bagi memenuhi keperluan ahli
keluarga.
• Sekiranya terdapat lebihan hasil tangkapan ikan maka aktiviti pertukaran barangan akan
dilakukan dengan penduduk yang menghasilkan barangan jenis lain seperti beras.
• Mereka akan menukar ikan dengan beras dari kampung-kampung yang mengusahakan padi di
kawasan pedalaman.
• Selain ikan, hasil laut yang turut diperoleh adalah mutiara dan agar-agar. Hasil ini akan dibuat
perhiasan di rumah namun apabila keadaan terdesak, hasil tersebut akan ditukar dengan
barangan lain berbentuk makanan dengan orang tengah.
• Selain itu juga, untuk memperoleh sumber makanan yang berlebihan masyarakat Melayu telah
menternak ayam, itik, menanam buah-buahan secara dusun seperti pisang, tebu, ubi kayu,
kelapa dan pinang.
• Hal ini bertepatan dengan catatan China, di mana pada tahun 1419, yang mengatakan bahawa
telah ada orang Melayu yang menanam tebu, cempedak, pisang, labu, bawang, halia, tembikai
dan lain-lain lagi.
4. AKTIVITI PERLOMBONGAN
• Aktiviti perlombongan bijih timah juga dilakukan pada masa ini. Pada
awalnya kegiatan ini dilakukan oleh masyarakat Melayu secara kecil-
kecilan sahaja.
• Hal ini telah menyebabkan hasil pengeluarannya sangat sedikit serta
kawasan perlombongan emas yang diterokai juga adalah dalam jumlah
yang terlalu kecil. Mereka melakukan aktiviti tersebut hanyalah untuk
tujuan sara diri sahaja
• Perlombongan bijih timah tertumpu di kawasan pantai barat
Semenanjung Tanah Melayu. Di Perak, bijih timah banyak terdapat di
kawasan hilir Perak, Kinta dan Larut.
• Di Kelantan pula,mereka terkenal dengan pengeluaran emas dan juga
bijih timah.
4. AKTIVITI KRAF
• Masyarakat Melayu turut mengamalkan kerjakerja kemahiran di antaranya
seperti bertukang, menganyam, menghasilkan kraf tangan, pelbagai jenis alat
senjata dan membuat perahu.
• Antara alat senjata yang digunakan ialah keris, lembing, pedang, pisau dan
kapak.
• Kemahiran bertenun juga diamalkan oleh golongan wanita Melayu di
Terengganu. Mereka menjalankan aktiviti menenun kain, songket dan
membuat alat penangkapan ikan terutamanya pada musim tengkujuh
• Manakala di Kelantan pula masyarakat Melayu terkenal dengan pengeluaran
kain sarung, logam, ukiran kayu dan periuk belanga yang diperbuat daripada
tanah.
5. AKTIVITI PERTERNAKAN
• Aktiviti penternakan juga turut dilakukan. Ia merupakan aktiviti
sampingan selain aktiviti bersawah padi dan menangkap ikan.
• Di antara bintang ternakan ini seperti lembu dan kerbau. Ia digunakan
untuk membantu urusan pekerjaan seperti membajak sawah serta
menarik kayu.
• Aktiviti memburu juga turut dilakukan seperti memburu kancil, rusa,
seladang dan ayam hutan.
6. AKTIVITI PERDAGANGAN
• Masyarakat Melayu amat aktif dalam kegiatan perdagangan di perairan
Nusantara.
• Malahan pada abad ke-16 dan lebih awal dari itu, rekod-rekod China dan laporan
pengembara Barat pernah mendapati adanya kapal-kapal pedagang Melayu dan
Jawa yang menjalankan kegiatan perdagangan ke Afrika Timur, Madagascar,
Aden dan China.
• Ketika itu pedagang-pedagang dari China, India, Arab dan Jawa juga terlibat
dalam aktiviti perdagangan di Melaka.
• Antara barangan yang diperdagangkan termasuklah gula, sutera dan lain lain
keluaran bermutu tinggi, perak dan mutiara, porselin (dari China), kain, candu,
pewarna, besi, simfoni (dari India), rempah (buah pala, bunga cengkih, lada,
cokmar), timah, emas, kapur barus, cendana dan kraf tangan.
NOR HASIKIN ZAKARIA

KEMASUKAN BURUH-BURUH CINA


SELEPAS PENJAJAHAN BRITISH
• Pada peringkat awal, buruh Cina tertumpu di kawasan perlombongan awal
seperti di Lukut dan Sungai Ujong (John Anderson, 1824).
• Selain aktiviti perlombongan, kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu
disalurkan melalui aktiviti perladangan lada dan gambir.
• Buruh Cina dibawa masuk ke Johor melalui Sistem Kangchu dengan
menggunakan surat kebenaran dikenali sebagai Surat Sungai.
• Orang Cina digalakkan berpindah dari Singapura dan masuk menetap di
Johor dan membuka ladang lada hitam dan gambir di bawah pengawasan
seorang Kangchu iaitu ketua puak-puak orang Cina.
• Setiap Kangchu dipertanggungjawabkan mengawal, membayar sewa
bagi kawasan yang dibuka serta menyelesaikan segala masalah yang
dihadapi oleh buruh Cina di bawah pengawasannya.
• Pada tahun 1860-an, seramai 15 000 orang Cina telah dibawa masuk ke
Johor melalui sistem Kangchu ini. (Ruslan Zainuddin, 2014).
• Seterusnya, melalui sistem kemasukan khas yang dikenali sebagai sistem
tiket kredit.
• Sistem ini boleh dilihat dalam usaha membawa masuk buruh asing dari
China secara sistematik dan berkesan oleh pihak british.
• Usaha British ini dibantu oleh agensi-agensi kerja yang menguruskan
kemasukkan buruh asing Cina ke Tanah Melayu.
• Kaedah ini menyebabkan buruh Cina ini berhutang terlebih dahulu dan
membayarnya sehingga selesai.
• Selepas tempoh tersebut, mereka akan dibebaskan untuk memilih untuk
mencari pekerjaan lain dengan majikan lain atau terus kekal dengan
majikan asal.
• Buruh Cina ini dikenali sebagai “Singkheh” (Ruslan Zainuddin, 2014).
• Kebanyakkan buruh-buruh ini berhijrah secara berkumpulan. Mereka
datang secara beramai-ramai menggunakan satu kapal.
• Penghijrahan orang Foochow ke Sibu, Sarawak semasa zaman Charles
Brooke diketuai oleh Wong Nai Siong (Ruslan Zainuddin, 2010).
• Cara ini berjaya membawa masuk orang Cina dan sekaligus menetap
secara berkumpulan (Ruslan Zainuddin, 2010).
• Menurut para sejarawan, kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu
dikatakan bermula sebelum zaman kegemilangan Melaka lagi.
• Kemasukan yang amat jelas, bermula pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka
manakala kemasukan besar-besaran dan bersistematik komuniti ini hanya
berlaku selepas pendudukan British di Pulau Pinang dan Singapura pada abad
ke 18.
• Penghijrahan masuk orang Cina meningkat lagi pada pertengahan abad ke-19.
Mereka berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja sebagai buruh di
lombong bijih timah dan ladang lada hitam.
• Kemasukan imigran Cina juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada pelbagai
aspek terhadap sosio-budaya masyarakat di Tanah Melayu.
• Antara yang utama ialah dari aspek politik, sosial, ekonomi dan kesenian di
Tanah Melayu.
• Menurut Ruslan Zainuddin (2004), faktor mendorong imigran Cina untuk
memulakan kehidupan baharu di seberang laut menjadi pemangkin kepada
proses penghijrahan ini di samping memiliki sifat keberanian, ingin
mengembara dan mahir dalam ilmu pelayaran.
• Buruh Cina juga datang ke Tanah Melayu untuk berdagang. Kedudukan
Melaka yang sememangnya strategik dan terletak antara laluan China
dan India membolehkan setiap pedagang Cina untuk datang atau
singgah ke pelabuhan Melaka ketika itu.
• Mereka datang ke Tanah Melayu untuk mendapatkan bekalan buah-
buahan, bijih timah, gincu, lada hitam, candu dan ubat akar kayu.
• Mereka juga memperniagakan barangan mereka seperti kain sutera,
kain benang emas, tembikar, pinggan mangkuk dan sebagainya.
• Hubungan perniagaan yang luas dan ‘mewah’ ini membuatkan
kehadiran kaum Cina ke Tanah Melayu ketika itu sangat konsisten dan
berterusan (Institute Pentadbiran Awam Negara, 1980).
FAKTOR-FAKTOR YANG
MENDORONG KEMASUKAN
BURUH CINA

1. PEMASALAHAN
EKONOMI 3. KEADAAN POLITIK DI
CHINA

2. PERTAMBAHAN 4. PELUANG
PENDUDUK EKONOMI DI TANAH
MELAYU
5. DASAR KERAJAAN
BRITISH
1. PERMASALAHAN EKONOMI
• Keadaan yang berlaku di Negara China seperti bencana alam seperti banjir
besar telah menjejaskan industri pertanian yang merupakan kegiatan
ekonomi yang utama bagi masyarakat di China. (Othman, 2002).
• Kejadian bencana alam seperti gempa bumi, banjir dan kemarau yang
melanda China telah menyebabkan masyarakat Cina yang kebanyakannya
mengamalkan cara hidup berorientasikan pertanian telah mengalami
masalah seperti berlakunya krisis ekonomi serta masalah kebuluran.
• Akhirnya, kerajaan China menggalakkan rakyatnya berhijrah ke negara
lain. (Othman, 2002) (Ruslan Zainuddin, 2010)
2. PERTAMBAHAN PENDUDUK
• Pertambahan penduduk di China secara tidak terkawal menyebabkan
permintaan masyarakat China untuk memenuhi kekosongan tenaga kerja
sama ada dalam bidang profesional ataupun tidak, telah melebihi kuantiti
penawaran pekerjaan oleh kerajaan China.
• Contohnya, penduduk negara China berjumlah 181 juta pada tahun 1751
meningkat kepada 432 juta pada tahun 1851.
• Di samping itu, Kerajaan Manchu juga turut menuntut cukai yang tinggi
untuk menampung perbelanjaan pentadbiran.
• Ramai petani tidak mampu untuk membayar cukai dan terpaksa menjual
tanah milik mereka.
• Seterusnya mengakibatkan 60 hingga 90 peratus daripada golongan petani
kehilangan tanah (Othman, 2002).
3. KEADAAN POLITIK DI CHINA
• Masyarakat Cina sering melancarkan pemberontakan untuk menggulingkan Kerajaan
Manchu. Hal demikian kerana pada tahun 1644 Dinasti Manchu telah menakluki negara
China dan mengamalkan dasar diskriminasi terhadap penduduk tempatan di negara
China.
• Pemberontakan yang terkenal adalah pada tahun 1850 hingga 1864 iaitu
Pemberontakan Taiping. Pemberontakan ini diketuai oleh Hung Hsiu-Chuan tetapi
pemberontakan tersebut itu tidak berjaya menggulingkan Kerajaan Manchu.
• Disebabkan oleh pemberontakan tersebut, kerajaan China telah bertindak dengan tegas
dan kejam untuk menghilangkan perasaan tidak puas hati rakyat china.
• Hal ini menyebabkan ramai orang Cina melarikan diri daripada menjadi mangsa
kekejaman Kerajaan Manchu. Oleh itu, mereka dengan rela hati datang ke Tanah
Melayu kerana British menjanjikan peluang pekerjaan kepada orang Cina (Andaya,
1983).
4. PELUANG EKONOMI DI TANAH MELAYU
• Negeri-negeri Selat menjadi pangkalan mereka memasuki kawasan perlombongan di
negeri-negeri Melayu dan bekerja dalam sektor perniagaan, pertanian dan
perladangan seperti di ladang-ladang gambir, lada hitam dan tebu (Ruslan Zainuddin
(ed.), 2010).
• Faktor ekonomi merupakan faktor utama yang menggalakkan British untuk membawa
masuk buruh asing terutamanya dalam menjayakan perusahaan bijih timah dan
pertanian di bawah Sistem Kangchu.
• Di bawah Sistem Kangchu, buruh Cina diberi tanah oleh British untuk mengerjakan
pertanian terutamanya lada hitam (Ahmad, 1974).
• Menjelang abad ke-19 dan awal abad ke-20, kehadiran modal asing dalam
perusahaan getah dan bijih timah merupakan faktor terpenting kepada peningkatan
kemasukan buruh asing ke Tanah Melayu.
5. DASAR KERAJAAN BRITISH
• British menggalakkan kemasukan buruh Cina dengan menyediakan
kemudahan seperti subsidi tambang, jaminan keselamatan dan
sebagainya, di samping keperluan tenaga buruh yang murah dan banyak.
• Selain itu, kerajaan British juga memperkenalkan undang-undang dan
peraturan emigresen di Tanah Melayu bagi melancarkan kemasukan
tenaga buruh dari luar (Ruslan Zainuddin (ed.) M. O., 2010).
• Hal demikian telah menarik minat buruh asing dari China untuk datang ke
Tanah Melayu kerana terdapat banyak peluang pekerjaan yang
disediakan.
MISELLE OCTOVIE THOMAS

KEMASUKAN BURUH-BURUH INDIA SELEPAS


PENJAJAHAN BRITISH
• Kaum India telah mula datang ke TM sejak dari pembukaan Selat Melaka.
• Pada akhir abad ke-19 dan 20, British mendapati India sesuai sebagai tempat
mendapatkan buruh-buruh untuk bekerja di ladang-ladang getah milik British.
• Hugh Low dan Frederick Weld telah mendapatkan permit daripada kerajaan
British untuk mengimport buruh dari India ke TM pada tahun 1880-an.
• Terbahagi kepada beberapa sub-etnik; Tamil, Malayali, Ceylon dan sebagainya.
• Kebanyakan pekerja-perkeja di ladang adalah daripada golongan Tamil.
• Proses kedatangan buruh asing dari India ke Malaysia sebelum merdeka
antaranya melalui sistem kontrak. Di bawah sistem ini, pemilik sesebuah ladang
getah akan membuat pesanan bagi buruh-buruh melalui seorang ejen di India.
• Setelah tiba di TM, buruh-buruh India perlu menandatangani satu
kontrak untuk bekerja dengan majikan selama 5 tahun dengan gaji yang
ditetapkan. Selain dilayan dengan teruk, mereka juga dipaksa bekerja
selama 9-10 jam sehari dan 6 hari seminggu. Gaji tidak akan diberi
sekiranya mereka jatuh sakit.
• Selain sistem kontrak, kemasukan buruh India juga adalah melalui sistem
kangani. Cara mendapatkan buruh adalah sama dengan sistem kontrak,
Cuma buruh-buruh yang masuk ke TM melalui sistem ini akan dilayan
dengan baik dan berada di bawah jagaan Kangani yang dikenali oleh
buruh-buruh.
• Selain dua sistem tersebut, kemasukan buruh-buruh India juga berlaku
secara persendirian. Mereka datang sendiri ke TM dan mencari majikan
sendiri serta tidak terikat dengan sesiapa pun.
• Sistem ini agak baik, namun tidak ramai golongan buruh India yang dapat
sampai dengan kaedah ini kerana faktor kemiskinan.
FAKTOR-FAKTOR KEMASUKAN BURUH INDIA
KE TANAH MELAYU

Kekurangan
Perkembangan
Buruh di Tanah
Industri Getah
Melayu

Sosio-ekonomi
Dasar British Masyarakat
India
1. PERKEMBANGAN INDUSTRI GETAH
• Pada akhir kurun ke-19, pihak British telah cuba menanam beberapa jenis
pokok getah di TM tetapi gagal.
• Pengenalan benih getah jenis Hevea Brasiliensis telah disemai di Kew
Garden, Singapura dan membuahkan hasil.
• Sejak dari 1900, getah telah menggantikan pertanian-pertanian lain
seperti gula, gambir dan kopi.
• Keperluan getah semakin besar apabila tumbuhnya perusahaan-
perusahaan kereta di negara-negara barat terutamanya England.
• Revolusi Perusahaan di England telah mengubah sikap kerajaan British
daripada bergantung kepada perdagangan kepada mencari bahan-bahan
mentah dan pasaran untuk barang-barang perindustrian mereka.
• Bermula dari situ, maka banyak ladang-ladang telah dibuka melalui
pelaburan oleh firma-firma British dan memerlukan ramai buruh untuk
bekerja di ladang-ladang getah yang berkembang dengan pesat.
• Dengan adanya perkembangan industri berasaskan getah, maka semakin
ramai pengusaha Eropah telah terlibat dalam industri berasaskan getah.
• Industri ini memerlukan ramai pekerja dan ini menyebabkan pihak
penjajah British telah mengambil ramai buruh-buruh dari India untuk
bekerja di TM.
2. KEKURANGAN BURUH DI TANAH MELAYU
• TM pada ketika itu tidak mempunyai penduduk yang ramai. Penduduk
Melayu selalunya tinggal di luar bandar dan pekerjaan utama mereka ialah
menanam padi dan menangkap ikan.
• Hal ini menyebabkan tidak ada buruh-buruh yang cukup untuk bekerja di
ladang-ladang getah yang luas di pedalaman.
• Penguasaan buruh-buruh India dalam pekerjaan di ladang-ladang getah
adalah disebabkan kaum-kaum lain seperti Melayu dan Cina tidak
berminat untuk bekerja di ladang-ladang getah.
• Orang cina lebih menumpukan perhatian dalam perusahaan bijih timah
dan perniagaan di bandar.
• British mendapati buruh-buruh dari India lebih murah dan senang dikawal
hasil daripada pengalaman British di India.
• Kaum India telah dibawa masuk beramai-ramai ke TM, secara teratur dan
terancang. Struktur masyarakat India di TM telah ditentukan oleh
keperluan ekonomi pihak British.
• Pihak British juga memerlukan kaum India yang berkebolehan dalam
Bahasa Inggeris untuk kerja-kerja pentadbiran.
• Pembukaan negeri-negeri Melayu memerlukan lebih ramai pekerja dalam
pentadbiran negara, maka orang-orang India dan Tamil Ceylon telah
diambil bekerja di peringkat bawahan.
• Orang-orang India dan Ceylon yang berpendidikan Inggeris juga diambil
untuk berkhidmat sebagai pegawai-pegawai perubatan dan jurukur
dalam bidang-bidang teknikal dan profesional.
3. DASAR BRITISH
• Golongan India sanggup berhijrah keluar dari negara akibat daripada keadaan
sosio-ekonomi yang buruk di India.
• Dasar British di India telah memudahkan pengambilan buruh-buruh India ke TM.
• Menurut Palmer, sebahagian besar daripada buruh-buruh India telah ditipu
dengan maklumat palsu untuk keluar dari India dan bekerja di TM.
• Buruh-buruh dari India dibawa masuk oleh pengambil buruh berbangsa Tamil
dari estet-estet yang dikenali sebagai kangany.
• Selepas 1907, pengambilan buruh-buruh dari India adalah dibiayai oleh tabung
kewangan kerajaan yang disumbangkan oleh semua pemilik ladang.
• Kebanyakan buruh-buruh India yang datang ke TM pada awalnya bukan
bertujuan untuk tinggal di di sini. Mereka kebanyakannya orang Tamil yang
berasal dari India Selatan, serta Sri Lanka.
4. SOSIO-EKONOMI MASYARAKAT INDIA
• Hampir kesemua kaum India yang datang ke TM adalah tidak mahir dan diambil
secara langsung dan tidak langsung oleh syarikat-syarikat Eropah.
• Selain daripada bekerja di ladang getah, mereka juga terdiri daripada kerani,
penyelia, guru dan pegawai perubatan yang diambil bekerja di syarikat-syarikat
British dan Jabatan Kemudahan Awam , terutamanya dalam perkhidmatan
keretapi.
• Buruh India pada ketika itu dilayan seperti hamba oleh British dengan
pemberian upah yang hanya cukup untuk makan dan tiada simpanan.
• Terdapat juga masyarakat perdagangan kaum India kelas menengah yang
terlibat dalam kegiatan perniagaan perdagangan yang datang dari Gujerat, India
Muslim (Marakkayar), Sikh dan Chettiar.
• Chettiar terlibat dalam perniagaan pinjaman kewangan dan pemilik aset.
Kedudukan ekonomi mereka adalah kukuh dengan pelaburan-pelaburan dalam
tanah-tanah dan perniagaan di Asia Tenggara.
Solehulhafiz bin Suhaimi P89903

IMPAK KEMASUKAN BRITISH TERHADAP


EKONOMI DI TANAH MELAYU
1. PERKEMBANGAN KOMODITI
• Perusahaan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu pada pertengahan
kurun ke-19 dijalankan oleh pelombong-pelombong dari China
• namun selepas berlakunya Revolusi Perindustrian di Eropah, permintaan
bijih timah semakin meningkat dalam industri pengetinan, kenderaan,
wayar, keretapi dan sebagainya.
• Faktor inilah yang mendorong pihak Inggeris campur tangan dalam
perusahaan perlombongan bijih timah yang mendatangkan hasil yang
lumayan.
• Pemodal daripada Eropah mula melabur di Tanah Melayu secara besar-
besaran seawal dekad pertama abad ke-20 misalnya Straits Trading
Company, Syarikat Messrs, Osborne dan Chapel di Tg. Rambutan dan
Syarikat Malayan Tin Dredging di Batu Gajah, Perak.
• Kesemua syarikat ini memperkenalkan teknologi perlombongan moden
misalnya pam kelikir, monitor dan kapal korek seperti yang digunakan di New
Zealand dan Australia.
• Dari segi pengeluaran, usaha-usaha pentadbiran Inggeris yang menyediakan
suasana yang menyenangkan dan perkhidmatan yang baik menyebabkan hasil
perlombongan sangat menakjubkan.
• Dalam tahun 1874, dari 36 000 tan pengeluaran bijih timah dunia, sumbangan
Tanah Melayu hanya dianggarkan sebanyak 4 200 tan sahaja.
• Manakala dalam tahun 1895, Tanah Melayu menyumbangkan 45 529 tan bijih
timah yakni melebihi 50 peratus daripada jumlah pengeluaran bijih timah dunia
sebanyak 90 207 tan.
• Berdasarkan Laporan Jabatan Perlombongan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
pada tahun 1901, didapati bahawa jumlah logam timah yang dieksport adalah
sebanyak 364 000 tan dan jumlah eksport timah yang masih dalam bentuk biji
galian adalah sebanyak 412 000 tan dengan jumlah eksport keseluruhannya
sebanyak 785,000 tan.
• Di Sarawak pula, perlombongan petroleum yang dijalankan di Miri seawal
tahun 1910an oleh Syarikat Petroleum Anglo-Saxon dan Royal Ducth-Shell
Group telah mendapat jumlah pengeluaran sebanyak 260 tan dan
meningkat secara mendadak sebanyak 26 607 tan pada tahun 1913.
• Perlombongan emas pula dari tahun 1864 hingga 1921 mencatatkan
penghasilan hampir 1 juta aun, dengan nilai anggaran $26 juta.
• Semasa era campur tangan Kolonial, tumpuan ekonomi turut diberikan
dalam sektor penanaman komersial seperti getah.
• Ini berikutan perubahan yang berlaku dalam revolusi pengangkutan di
Eropah.
• Di Tanah Melayu, aktiviti pertanian getah telah dipelopori sejak awal oleh
pemodal British.
• Perkembangannya bermula pada 1876 semasa Sir Henry Wickham
menyeludup bijih getah dari Brasil untuk disemai di England dan membawa
masuk anak-anak getah ke Singapura untuk ditanam.
• H.N. Ridley menjadi individu yang memainkan peranan penting dalam
memajukan pertanian getah.
• Beliau telah memperkenalkan kaedah menanam getah, menoreh dan
menyimpan susu getah.
• Dalam penyelidikan yang dilakukan, beliau mendapati bahawa tanah di
kawasan Semenanjung amat sesuai untu ditanam pokok getah.
• Sejak dari itu, penanaman getah mula mendapat tempat dalam kalangan
petani di Tanah Melayu sehingga menjejaskan penanaman tradisional
seperti padi.
• Dalam masa yang singkat, tanaman di ladang-ladang telah digantikan
dengan pokok getah yang dipercayai mampu memberikan keuntungan yang
lebih tinggi.
• Pada waktu kemuncak permintaan getah, dianggarkan 3,280,000 ekar telah
diusahakan untuk pertanian getah.
• Menjelang tahun 1920, pengeluaran getah dunia telah meningkat sehingga
354,000 tan berbanding sepuluh tahun sebelumnya iaitu hanya berjumlah
83,000 tan.
• Daripada keseluruh jumlah itu, Tanah Melayu telah menghasilkan 181,00
tan.
2. PENINGKATAN NILAI EKSPORT
• Permintaan terhadap getah dan bijih timah di Tanah Melayu telah memberikan
kesan kepada aspek ekonomi British.
• Kedua-dua komoditi ini telah memberikan keuntungan kepada nilai perolehan
hasil di tanah jajahan.
• Dari segi eksport, British telah mendapat faedah yang begitu
memberansangkan hasil daripada hubungan ekonomi dengan negara luar
terutamanya Amerika Syarikat.
• Ini disebabkan Amerika merupakan negara yang membuat permintaan
tertinggi terhadap pasaran bijih timah dan getah dunia.
• Selain daripada itu, terdapat beberapa negara lain yang membantu
meningkatkan nilai eksport komoditi British di Tanah Melayu.
• Antaranya ialah Belanda, United Kingdom dan Jepun.
Jumlah Eksport Bijih Timah di Tanah Melayu

Negara Pengimport 1928 1938

Amerika Syarikat 56,986 33,652

United Kingdom 12,910 4,230

Belanda 10,870 1,130

Jepun 1,922 8,534

Jumlah Eksport (tan) 99,053 61,187

Sumber: Li Dun Jen, British Malaya: An Economic Analysis, Kuala Lumpur, Institute for

Social Analysis, 1982, hlm. 43.


• Selepas kemerosotan permintaan bijih timah dunia, getah mula mengambil
tempat sebagai komoditi yang mendapat nilai eksport tertinggi di Tanah
Melayu.
• Pada era tersebut, Tanah Melayu sekali lagi menjadi tumpuan kerana hasil
pengeluaran getah yang tinggi.
• Bagi nilai eksport pengeluaran getah pula, British turut mendapat permintaan
yang tinggi daripada pengeluar-pengeluar kenderaan di Amerika Syarikat.
• Kemuncak jumlah eksport getah Tanah Melayu ialah pada tahun 1927.
• Pada tahun tersebut, keseluruhan jumlah getah yang dieksport bernilai 838
juta paun.
• Daripada keseluruhan jumlah tersebut, lebih daripada separuh telah diimport
oleh Amerika Syarikat iaitu sebanyak 546 juta paun.
• Manakala selebihnya diimport oleh negara-negara lain sebanyak 120 juta paun
dan United Kingdom sebanyak 172 juta paun.
Eksport Getah di Tanah Melayu pada tahun 1927.

Dieksport Ke Nilai (dalam jumlah juta paun)

United Kingdom 172

Amerika Syarikat 546

Negara-negara lain 120

Jumlah 838

Sumber: Li Dun Jen, British Malaya: An Economic Analysis, Kuala Lumpur, Institute for

Social Analysis, 1982, hlm. 51.


3. SISTEM MATA WANG
• Sebelum kedatangan British, masyarakat di TM menggunakan pelbagai
jenis mata wang seperti dinar di Kelantan, wang kupang emas di
Terengganu dan jongkong tampang di Pahang.
• Namun Kehadiran British turut merubah system pertukaran barang
dagangan atau barter trade dengan menggunakan mata wang asing di TM.
• Mata wang perak Sepanyol (Spain Dollar) telah mula diperkenalkan sejak
tahun 1850.
• Pada peringkat awal hanya digunakan di NNS, kemudian selepas 1874
diperluaskan di NNM.
• Telah menyebabkan mata wang yang digunakan oleh Kerajaan Melayu
terhapus.
• Pada tahun 1906, British telah memperkenalkan dollar wang kertas
Negeri- negeri Selat.
• Seterusnya, British telah menubuhkan sebuah pertubuhan yang
bertanggungjawab untuk mengeluarkan wang kertas bagi Negeri- Negeri
Selat di bawah Ordinan XIII, iaitu Lembaga Pesuruhjaya Wang pada tahun
1897.
KESIMPULAN
• Secara kesimpulannya, kemasukan buruh asing dari China dan India pada
abad ke-19 yang disebabkan oleh pelbagai faktor, proses pembentukan
masyarakat majmuk yang berbilang kaum telah bermula di Malaysia.
• Kemasukan buruh Cina, India dan imigran ke Malaysia sebelum merdeka
telah membentuk satu masyarakat majmuk serta organisasi sosial dan
budaya yang berbeza-beza.
• Kemasukan buruh asing ini juga telah mengubah corak dan sistem sosial
Malaysia sebelum merdeka dan masyarakat Melayu pada ketika itu.

You might also like