Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Pelanggan

 Dalam konteks pengurusan pendidikan,


pelanggan merujuk kepada pengguna
perkhidmatan pendidikan yang disediakan
oleh penyedia perkhidmatan pendidikan
iaitu sesebuah institusi pendidikan yang
disediakan oleh sama ada pihak kerajaan
atau swasta.
 Status pelanggan sesebuah institusi
pendidikan ditentukan oleh hubungannya
dengan sesebuah institusi pendidikan
 Terdapat dua jenis pelanggan bagi sesebuah
institusi pendidikan iaitu pelanggan luar dan
pelanggan dalaman yang juga dikenali sebagai
pihak berkepentingan (stakeholders).
 Pelanggan dalaman sesebuah institusi pendidikan
adalah seperti pelajar, guru, ibu bapa, kakitangan
bukan guru dan semua warga sekolah, manakala
pelanggan luaran pula terdiri daripada komuniti
sekeliling, pihak kerajaan, pihak swasta, pihak
politik dan pihak-pihak luar lain yang yang
berkepentingan dengan sesebuah institusi
pendidikan.
 Bagi menyediakan perkhidmatan pendidikan
yang berkualiti, pihak pengurusan sesebuah
institusi pendidikan terlebih dahulu perlu
memahami latar belakang pelanggannya supaya
perkhidmatan pendidikan yang disediakan
berkualiti dan mampu memenuhi kehendak
pelanggan.
 Antara perkara yang perlu difahami dan dikuasai
oleh pengurusan sesebuah institusi pendidikan
ialah :
a. nilai masyarakat setempat terhadap pendidikan
anak-anak,
b. sikap dan komitmen masyarakat dalam dan
luar sekolah terhadap soal-soal pendidikan,
c. tahap pendidikan masyarakat setempat,
d. harapan masyarakat terhadap sekolah,
e. pilihan yang diminati oleh kebanyakan ahli
masyarakat,
f. latar belakang sosial dan ekonomi masyarakat,
serta;
g. tahap kesetiaan masyarakat terhadap sekolah
tersebut.
 Masuk fasal murid.
Kakitangan / Guru
 Sumber manusia ditakrifkan sebagai
sekumpulan kakitangan dan pekerja yang
berkhidmat dalam sesebuah organisasi. Tidak
mungkin sesebuah organisasi boleh wujud
tanpa sumber manusia yang membantu atau
mengendalikannya.
 Tujuan diwujudkan pengurusan sumber
manusia adalah untuk memastikan bahawa
manusia yang diambil bekerja oleh organisasi
digunakan dengan cekap dan berkesan dan
mereka berupaya menyumbang kepada
pencapaian matlamat organisasi.
 Manusia adalah nadi utama dalam sesebuah
organisasi agar ia dapat bergerak dengan
lancar. Anjakan paradigma inilah yang
mencetuskan betapa pentingnya sesebuah
organisasi menghargai hasil kerja yang
berkualiti yang ditunjukkan oleh kakitangan
dan pekerja mereka.
 Masuk fasal guru

You might also like