Adat Perpatih Dan Temenggung

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 42

menurut Datuk Samad Idris adat adalah satu

system pentadbiran dan pemerintahan serta


cara hidup berkeluarga, bermasyarakat dan
bernegara yang dikawal oleh peraturan-
peraturan hidup seharian.2
 Adat perpatih dan adat temenggung
merupakan adat yang paling banyak
diamalkan di kawasan Nusantara.
 Kewujudan kedua adat tersebut dikatakan
berasal dari satu sumber yang sama iaitu
dikatakan berasal dari ibu yang sama tetapi
berlainan bapa.
 Adat Temenggung dikatakan diasaskan oleh
Datuk Ketemenggungan
 Adat Perpatih dikatakan diasaskan oleh Datuk
Perpatih Nan Sebatang
 mengikut Abdullah Siddik beliau menyatakan
bahawa menurut Tamboo, di Minangkabau
terdapat dua adik beradik yang sama mak
berasal dari keluarga bangsawan iaitu Sutan
Paduka Basa dengan gelaran Datuk
Ketemanggungan, dan Sikalokduni dengan
gelaran Datuk Perpatih Nan Sebatang.
 Berdasarkan pendapat tersebut menunjukkan
bahawa bahawa Adat Temenggung dan Adat
Perpatih sememangnya berasal dari
Minangkabau.
 Wilkinson, beliau menyatakan bahawa Adat
Temenggung tidak berasal dari Minangkabau.
Beliau berpendapat bahawa adat tersebut berasal
dari dari kerajan Melayu Palembang/ Srivijaya
yang wujud sekitar tahun 900- 1375 Masihi.
 Beliau juga berpendapat bahawa adat tersebut
berkembang ke Singapura dan Melaka melalui
keturunan Raja Palembang. Dari Melaka adat
tersebut berkembang ke kawasan yang lain di
Tanah Melayu seperti Johor,Perak, Pahang, dan
lain-lain.
 Adat Temenggung dilihat diperaktikkan
secara meluas di kawasan persisiran pantai
seperti Melaka dan seterusnya berkembang
ke kawasan wilayah yang lain
 Adat Perpatih diamalkan oleh masyarakat
yang di kawasan pendalaman seperti di
Naning, Negeri Sembilan dan juga di kawasan
Sumatera Barat.
 Walaupun kedua-dua adat tersebut dikatakan
berasal dari satu sumber yang sama namun
kedua-dua adat tersebut mempunyai
perbezaann yang ketara dalam beberapa
perkara.
 Antaranya adalah perbezaan dari aspek
politik dan kekuasaan, sistem perundangan,
sistem perwarisan harta, sistem kekeluargaan
dan juga sistem perkahwinan.
 Perbezaan yang ada tersebut menunjukkan
dan mempamerkan keunikan dan ketinggian
pemikiran masyarakat Alam Melayu ketika
satu masa dahulu.
 Dalam adat Temenggung, raja atau sultan
merupakan kedudukan yang paling tinggi
dalam struktur politik dan pentadbiran di
Alam Melayu yang mengamalkan Adat
Temenggung.
 Raja mempunyai kuasa mutlak dalam
pentadbiran dan raja juga memainkan
peranan sebagai ketua agama, ketua undang-
undang, ketua ketenteran dan ketua
masyarakat.
 Kedudukan istimewa seorang Raja diperkukuhkan
dengan konsep daulat dan derhaka.
 Hal ini dapat diperlihatkan melalui petikan berikut:
 Bendahara Paduka Raja pun berwasiatkan kepada
segala anak cucunya ... jangan kamu sekaliannya
melupai daripada berbuat kebaktian .. raja itu
umpama dua buah permata pada sebentuk cincin;
lagi pula raja itu umpama ganti Pencipta
 ( Allah ) dalam dunia. ( Sulalatus Salatin, 1979 : 190 )
 kedudukan seorang raja begitu mulia sehingga
dianggap sebagai wakil Tuhan di dunia. Hal ini secara
tidak langsung bahawa sebarang tindakan melanggar
perintah Raja seperti melanggar perintah Tuhan.
 Di bawah raja atau Sultan terdiri daripada kerabat
diraja yang digelar sebagai keluarga bangsawan.
 Seterusna terdapat pembesar-pembesar yang
bertugas mengikut bidang kuasa masing-masing
sebagai contohnya Bendahara, Laksamana dan Shah
Bandar.
 Raja atau Sultan di Alam Melayu berkuasa dalam
menentukan corak pemerintahan. Kebanyakan Raja
atau Sultan di Alam Melayu mengamalkan sistem
autokrasi.
 Selepas kematian Raja, kedudukan tersebut akan
diwarisi oleh anak lelaki pertama Raja dan sekiranya
Raja mangkat tanpa meninggalkan waris maka takhta
tersebut akan diwarisi oleh adik kandung raja.
 Adat Perpatih sistem politik atau organisasiya
diasaskan oleh unit terkecil iaitu rumpun.
 Rumpun adalah satu keluarga yang mempunyai
keturunan sekurang-kurangnya tiga generasi dan
tinggal setempat.
 Gabungan beberapa rumpun akan membentuk
ruang dan gabungan beberapa ruang seterusnya
akan membentuk perut.
 Kebiasaannya perut adalah kelompok masyarakat
yang berasal dari suku yang sama.
 Perut akan diketui oleh Buapak.
 Buapak berfungsi dalam hak kekeluargaan
seperti perkahwinan, penceraian,
pembahagian harta dan menyelesaikan
pertelingkahan yang berlaku dalam perut.
 Buapak seterusnya akan memilih Lembaga.
Lembaga pula akan memilih Undang.
 Setiap suku akan diketuai oleh Lembaga.
Jawatan lembaga dilantik secara bergilir
mengikut suku.
 Lembaga mempunyai kuasa dalam melantik
dan memecat Penghulu atau Undang.
 Di Negeri Sembilan, jawatan Penghulu atau
Undang dilantik dari Suku Biduanda iaitu
suku asli di Negeri Sembilan.
 Bulat anak buah, Melantik buapak, Bulat
buapak, Melantik lembaga, Bulat lembaga,
Melantik penghulu / undang, Bulat penghulu
/ undang melantik keadilan ( raja ). 8
 keadaan politik dan pemilihan pemimpin
dalam Adat Perpatih.
 Mereka mengamalkan sistem pemilihan dari
bawah ke atas iaitu sistem bertingkat.
 Dapat dilihat juga berdasarkan pemilihan
bertingkat tersebut memperlihatkan
kepimpinan dalam Adat Perpatih
berlandaskan konsep muafakaat demokrasi
dan budi
 Dalam Adat Temenggung, pelaksanaa
undang-undang yang dilakukan adalah
bertujuan untuk menghukum dan berpegang
kepada perinsip pembalasan.
 Hal ini bertujuan bagi memberi amaran dan
iktibar kepada orang lain dan memberi
hukuman serta balasan kepada pesalah
 undang-undang Adat Temenggung telah menjadi
asas dalam pembentukan undang-undang
kerajaan Melayu yang ada seperti pembentukan
UndangUndang Johor, Hukum Kanun, dan
Undang-Undang Riau.
 Perkara ini berlaku kerana disebabkan oleh
perkembangan masyarakat yang berlaku di
persisir pantai memerlukan sebuah undang-
undang yang bertulis oleh itu mereka telah
menggunakan undang-undang Adat
Temenggung sebagai asas kepada
undangundang sesuatu kawasan.
 Dalam undang-undang yang berasaskan adat
Temenggung dapat dilihat hukuman mati
merupakan hukuman yang paling berat
terhadap kesalahan membunuh, memfitnah
atau menderhaka kepada Raja.
 Dalam undang-undang berasaskan Adat
Temenggung, Raja mempunyai kuasa yang
paling tinggi dalam perundangan
 undang-undang berasaskan Adat
Temenggung bersifat memihak kepada
golongan golongan atasan atau pemerintah.
 Hal ini dapat dilihat melalui hukuman yang
dikenakan kepada rakyat biasa berbeza
dengan hukuman yang dikenakan kepada
golongan atasan walaupun kesalahan ang
dilakukan adalah sama.
 Dalam membuktikan kesalahan, bukti perlu
diserahkan dengan keterangan yang
terperinci sebelum menghukum seseorang.
 Manakala dari segi kuasa menjalankan
hukuman terletak pada Raja/ Sultan,
pembesar dan penghulu.
 Namun bagi kesalahan yang serius atau
jumlah dendanya melebihi $25.00 hanya Raja
/Sultan berhak membuat keputusan.
 contoh-contoh petikan yang berkaitan dengan
undang-undang Temenggung : Maka titah
baginda (sultan Alau’d-Din) kepada Seri Maharaja
: Jikalau orang mendapat harta orang, jika tiada
dipulangkannya pada yang empunya, disuruh
baginda kudung tangannya... (Sulalatus Salatin,
1979:175)
 Pada suatu malam Seri Maharaja berkawal,
bertemu dengan seorang pencuri, maka diparang
oleh Seri Maharaja dengan pedang bertupai,
putus bahunya... (Sulalatus Salatin, 1979:175)
 undang-undang Adat Perpatih, dalam Adat
Perpatih,undang-undang jenayah dan
hukuman yang dijalankan adalah bersifat
pemulihan dan pengajaran.
 Hal ini bertujuan untuk memberi kesedaran
kepada masyarakat
 Dalam perundangan Adat Perpatih seseorang itu
tidak boleh dikatakan bersalah selagi mana dia
tidak dihakimi oleh institusi keadilan.
 Undang-undang Adat Perpatih boleh ditemui
melalui kata-kata perumpamaan, bidalan, pantun
dan juga teromba.
 Undang-undang tersebut bukanlah satu undang-
undang bertulis namun keberkesanan undang-
undang tersebut telah dikenalpasti oleh William
Marsden melalui kajian yang dilakukan oleh
beliau.
 Dalam Adat Perpatih, undang-undang dapat
dibahagikan kepada enam bahagian iaitu
 Undang-Undang Berkaitan Perlembagaan,
 Undang-Undang Jenaah,
 Undang-Undang Keterangan,
 Undang-Undang Keluarga,
 Undang-Undang Harta
 dan juga Konflik Undang-Undang.
 Setiap bahagian undang-undang tersebut
mempunyai perumpamaan atau bidalan yang
menunjukkan kesalahan yang dilakukan dan juga
balasannya.
 Undang-Undang Berkaitan Perlembagaan :
 Alam beraja,
 Luak berpenghulu,
 Suku bertuan,
 Anak buah beribu bapa.13
 Undang-Undang Jenayah :
 Yang mencincang,
 yang mampas Yang membunuh,
 yang membangunkan Yang menjual,
 memberi balas Hilang darah ganti darah,
 Salah makan dimuntahkan,
 Salah tarek dikembalikan.
 Undang-Undang Keterangan:
 Berkata bersaksi Pada manusia pegang
katanya Pada binatang pegang talinya tiang
berpalang,
 dinding teretas Terkejar terlelah Tercincang
terpakok
 sistem Adat Temenggung, lelaki lebih berhak
mewarisi harta yang lebih banyak berbanding
wanita.
 Hal ini dapat dilihat menggunakan sistem faraid
yang diamalkan dalam agama Islam.
 Namun demikian perwarisan harta juga boleh
dilakukan melalui sistem wasiat. Iaitu dimana
harta akan dibahagikan mengikut wasiat yang
telah ditetapkan oleh si mati.
 Sebagai contoh, sistem perwarisan harta dalam
Adat Temenggung dapat dilihat dalam kerajaan
Melaka iaitu di mana kuasa raja atau sultan
diwariskan kepada anak lelaki mereka.
 sistem perwarisan harta dalam Adat
Temenggung tidaklah serumit dan
sekompleks sistem perwarisan harta yang
diamalkan oleh masyarakat yang
mengamalkan Adat Perpatih.
 Dalam Adat Perpatih, sistem perwarisan harta
kelihatan rumit dan kompleks kerana melibatkan
status tanah.
 Dalam sistem perwarisan harta Adat Perpatih
terdapat dua jenis harta iaitu harta pusaka dan harta
carian.
 Harta pusaka merupakan harta yang hanya boleh
dimiliki oleh kaum wanita sahaja manakala harta
carian adalah harta yang dicari sendiri.
 Harta pusaka pula boleh dikategorikan kepada dua
jenis iaitu harta pusaka besar dan harta pusaka
sendiri.
 harta pusaka besar adalah harta yang meliputi
perkara berkaitan tanah dan harta pusaka yang
diwarisi dari ibu dianggap sebagai harta milik suku.
 Manakala harta pusaka sendiri adalah harta
persendirian yang diwarisi daripada orang tua mereka
seperti tombak dan keris
 Harta carian pula boleh dikategorikan kepada
dua jenis iaitu harta carian bujang dan carian
bersama. Harta carian bujang adalah harta
carian yang dicari seseorang sebelum dia
berkahwin
 manakala harta carian bersama adalah harta
yang dicari bersama-sama semasa alam
perkahwinan dan masing-masing mempunyai
kepentinga terhadap harta tersebut.
 proses pembahagian harta pusaka, harta
tersebut hanya boleh diwarisi oleh kaum
wanita yang terdapat dalam suku tersebut.
 Sekiranya waris kepada harta tersebut tiada,
maka harta pusaka tersebut akan diwariskan
kepada kaum wanita yang mempunyai
hubunga terdekat dalam suku tersebut.
 harta pusaka yang kebiasaannya adalah
tanah.
 Adat Perpatih, tanah dianggap sebagai satu
harta yang penting bagi wanita.
 Hal ini kerana kebanyakan masyarakat yang
mengamalkan Adat Perpatih tinggal di
kawasan pendalaman, oleh itu mereka
memerlukan tanah bagi tujuan pertanian dan
sebagainya.
 perwarisan tanah hanya boleh diterima oleh
kaum wanita sahaja.
 Hal ini berlaku kerana mereka beranggapan
orang lelaki mampu merantau, memburu dan
mampu menjaga diri berbanding dengan
kaum wanita.
 Walaupun tanah diwarisi oleh kaum wanita,
namun kaum lelaki dibenarkan mentadbir dan
menguruskan tanah tersebut.
 pembahagian harta carian akan berlaku
sekiranya berlakunya penceraian, harta carian
bujang akan diambil oleh empunya
 manakala harta carian bersama akan
dibahagiakan sama rata atau dibahagiakan
mengikut budi bicara masing-masing.
 Dalam adat Temeggung, Sistem kekeluargaan
kelihatan bercorak seimbang dimana
kedudukan keluarga sebelah bapa dan ibu
dianggap sama penting.
 Dalam Adat Temenggung sistem kesukuan
tidak diamalkan seperi yang wujud dalam
adat perpatih.
 Dapat juga dilihat dalam adat Temenggung,
kaum lelaki menjadi ketua keluarga dan
nasab keturunan akan dikira daripada sebelah
bapa.
 Pihak sebelah lelaki akan diberi keutamaan
yang dibenarkan oleh syarak.
 Adat Perpatih.- sistem suku dijadikan sebagai
sistem kekeluargaan.
 Mereka juga mengutamakan nasab sebelah
ibu kerana keahlian seseorang akan dikira
melalui suku yang diwarisi daripada sebelah
ibu dan mengetepikan suku bapa mereka.
 Setiap ahli suku dikira sebagai saudara dan
adik beradik oleh itu perkahwinan dalam
suku yang sama tidak dibenarkan.
 Terdapat 12 suku dalam masyarakat yang
mengamalkan Adat Perpatih iaitu Suku
Biduanda, Suku Batu Hampar, Suku Tiga
Nenek dan lain-lain
 Dalam Adat Temenggung, adat perkahwinannya
menggambarkan kebudayaan Hindu tetapi telah
diperhalusi dan didasari oleh peraturan Islam
seperti hukum nikah, hukum cerai, hukum ruju’
dan nafkah
 Kesemua hukum-hukum Islam dijadikan sebagai
garis panduan dalam perkahwinan.
 Dalam adat perkahwinan Adat Temenggung,
seorang lelaki boleh berkahwin dengan sesiapa
sahaja gadis yang dia suka selain dari wanita
yang telah diharamkan oleh syarak untuk
bernikah.
 Selain itu juga, dalam Adat Temenggung,
seorang lelaki boleh berkahwin lebih daripda
satu sehingga empat orang berkesesuaian
dengan syarak.
 petikan yang menyatakan membuktikan bahawa
adat perkahwinan masyarakat Adat Temenggung
didasari oleh agama Islam:
 “Jikalau ada perempuan berbapa atau bernini
atau saudaranya laki-laki itulah akan walinya
perempuan itu”
 jauh wali itu daripada negeri sehari
semalam....maka haruslah hakim walinya” “ia
yatim, itu pun hakim akan walinya” “adapun
segala syarat ini, maka berlakulah hukum nikah
yang pada kitab allah ta’ala..”
 Adat Perpatih,mereka mengamalkan perkahwinan
yang bersifat Eksogami.
 Sistem perkahwinan mereka adalah berasaskan
sistem suku iaitu seseorang itu tidak dibenarkan
berkahwin dengan orang yang sesuku
dengannya.
 Hal ini berlaku kerana mereka yang sesuku
dianggap mempunyai hubungan yang rapat
seperti adik beradik, oleh itu mereka tidak
dibenarkan berkahwin sesuku kerana kahwin
sesuku bererti seperti berkahwin adikberadik.
 Sekiranya perkahwinan sesuku dijalankan juga
maka pasangan yang berkahwin tersebut akan
dilucutkan keahlian dan diusir keluar dari tanah
pusakanya.
 Majlis tersebut diadakan sesuai dengan
konsep hukuman yang bersifat pengajaran
dalam Adat Perpatih.
 Bagi kembali ke dalam suku, terdapat
beberapa perkara yang perlu dilakukan
seperti:
 Membayar denda 50 gantang beras
 Membayar wang tunai dalam jumlah tertentu
 Mengadakan seekor lembu atau kambing
 pasangan yang bersalah akan mengakui
kesilapan mereka dan memohon serta
meyampaikan keinginan untuk kembali
kedalam suku mereka.
 Mereka juga harus menyembah setiap ahli
yang berada dalam suku mereka.
 Hal ini dilakukan bertujuan untuk memberi
pengajaran kehidupan kepada mereka yang
lain.
 Sistem perkahwinan ini diamalkan bertujuan
bagi memberi peluang untuk menambahkan
ikatan dan keakraban di antara suku-suku
yang ada.
 Setelah berkahwin, pihak lelaki akan tinggal
di rumah isteri dan dakan dipanggil sebagai
orang Semenda manakala suku isterinya
dipanggil sebagai Orang Tempat Semenda.
 Suami haruslah mengikut segala peraturan
yang diamalkan di rumah isteri mereka.
 Walaupun begitu si suami mempunyai kuasa
dan hak dalam mentadbir keluarga mereka.
 Sekiranya sumi ingin berkahwin sekali lagi,
beliau tidak boleh berkahwin dengan orang
yang sama suku dengan isterinya selagi
isterinya masih hidup.
 Walaupun terdapat perbezan dalam
pengamalan Adat Perpatih dan Adat
Temenggung namun tiada pertelingkahan
dan pergaduhan yang berlaku di antara
pengamal adat-adat tersebut.

You might also like