Professional Documents
Culture Documents
Pengurusan Alatan Dan Bahan
Pengurusan Alatan Dan Bahan
BAHAN
PENSYARAH: TUAN HAJI MOHAMAD BIN TUAN HAJI ABDULLAH
2. Deposit
Semua tender bagi bekalan dan perkhidmatan ang nilainya melebihi
RM 50 000mestilah disertai dengan wang sandaran, pertaruhan
berjumlah sebanyak 2.5% daripada amaun yang ditenderkan. Deposit
boleh dibuat dalam bentuk wang tunai atau jaminan bank daripada
yang diluluskan perniagaannya di Malaysia.
3. Keputusan
• Dalam perlawanan tender, hendaklah dinyatakan bahawa jika
penender enggan menandatangani sesuatu kontrak selepas
tendernya dipersetujui unyuk diterima atau menarik balik tendernya,
deposit akan dirampas. Deposit tender yang tidak Berjaya hendaklah
dikembalikan.
Terimaan Bekalan
• Apabila pembekal menghantar bekalan yang dipesan bersama nota
hantaran, alatan tersebut tidak boleh terus disimpan di dalam stor.
• meminta pembekal membuat penyambungan dan demonstrasi
penggunaan alatan tersebut.
• Sekiranya bekalan yang dihantar tidak mengikut spesifikasi dan
terdapat sebarang masalah dari segi penggunaan dan sebagainya
guru perlu memaklumkan kepada pembekal dan pastikan anda tidak
menandatangani invois yang dihantar terlebih dahulu.
• Invois yang telah ditandatangani perlu diserahkan kepada kerani
kewangan yang bertanggungjawab mencatatkan rekod kewangan
sekolah.
• Bagi pembelian mentah untuk pengajaran, guru berkanaan
bertanggungjawab untuk merancang keperluan alatan mengikut
gerak kerja amali yang akan dilakukan.
STOK DAN INVENTORI
KEPENTINGAN KAWALAN STOK DAN
INVENTORI
• Rekod inventori diperlukan bagi memudahkan proses penyediaan
perancangan perbelanjaan bagi tahun akan hadapan
• Memudahkan perancangan untuk membeli alat ganti
• Sebagai panduan untuk membuat perancangan bagi membeli alatan atau
bahan tambahan
• Memudahkan proses pengambil alihan tugas oleh guru yang baru
• Rekod inventori yang baik juga dapat memudahkan guru membuat laporan
pengurusan bengkel di akhir tahun
• Membantu guru untuk membuat perancangan lebih awal, oleh itu ia dapat
memastikan segala bekalan yang diperlukan dapat disediakan apabila
pelajar perlu menggunakannya
• Dengan memastikan bekalan yang disediakan mencukupi, secara tidak
langsung ia dapat mengelakkan berlakunya gangguan terhadap aktiviti
pembelajaran pelajar
KAEDAH MENGAWAL STOK DAN INVENTORI
• Di antara kaedah yang sering digunakan untuk merekod maklumat stok dan
inventori ialah sistem fail, sistem buku, borang khas, dan kad.
• Walau bagaimanapun, kaedah kad merupakan kaedah yang paling sesuai
untuk keperluan semua jenis bengkel. Kaedah ini lebih mudah dan lebih
fleksibel.
• Lebih fleksibel disini bermaksud dengan menggunakan kaedah kad ia lebih
senang untuk dipindahkan, diganti dan diubah mengikut keperluan.
• Bagi memastikan kad dapat digunakan dengan sistematik, ia perlu disusun
mengikut kumpulan item. Pengkelasan item dibuat berdasarkan kos
sesuatu item, kegunaan dan sifat item tersebut
Secara ringkasnya pula maklumat yang perlu direkod di dalam kad
inventori ialah:
• Nama item
• Jenis atau model
• Nombor siri
• Sumber, kos dan tarikh diterima
• Keadaan item
• Tarikh dan penjadualan penyelenggaraan
• Maklumat-maklumat lain yang perlu difikirkan
PERGERAKAN ALATAN
Terdapat beberapa peraturan yang jelas telah digariskan oleh Kementrian
Pendidikan atau Jabatan Pendidikan Teknikal
• Peminjaman alatan dari bengkel selain daripada untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran adalah tidak digalakkan
• Guru-guru yang berkaitan dengan mata pelajaran berkenaan sahaja yang
dibenarkan meminjam kemudahan tersebut.
• Sebarang peminjaman alatan hendaklah melalui penyelarasan makmal.
• Penggunaan alatan tertakluk di dalam kawasan sekolah sahaja.
• Penyelaras makmal perlu merekodkan ke dalam buku khas *redkod peminjaman
alat.
• Alatan yang dipinjam adalah menjadi tanggungjawab si peminjam dan memastikan
dipulangkan dalam keadaan baik sebagaimana semasa ia diambil dari bengkel.
maklumat yang perlu direkodkan dalam buku rekod peminjaman
alatan ialah:
• Nama si peminjam
• Tujuan meminjam
• Nama alat
• Kuantiti
• Tarikh dan masa dipinjam
• Tarikh dan masa dipulangkan
• Tandatangan penyelaras makmal
• Tandatangan si peminjam
SEKIAN, TERIMA KASIH…