Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Kepentingan kegiatan kokurikulum di

sekolah
Rangka Karangan :
Pendahuluan :
• aktiviti luar bilik darjah-misalnya aktiviti kelab dan persatuan,sukan
dan permainan serta pasukan beruniform 
Isi 1:
• mengisi masa lapang
Isi 2:
• membentuk disiplin diri
Isi 3:
• melatih murid menjadi pemimpin
Isi 4
• mengukuhkan perpaduan
Penutup:
• Sekolah-mengadakan aktiviti yang menarik -Ibu bapa
-menggalakkan anak-anak menyertai kegiatan kokurikulum.
Kepentingan kegiatan kokurikulum di
sekolah
Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti luar bilik darjah yang
dibimbing oleh guru-guru. Pelbagai aktiviti kokurikulum
yang dijalankan di sekolah, misalnya aktiviti kelab dan
persatuan,sukan dan permainan serta unit beruniform.
Oleh itu, aktiviti kokurikulum perlu disertai oleh murid-
murid kerana ada banyak kepentingannya.
Kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang.
Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita tiada masa
untuk melepak dan bergaul dengan budak-budak nakal.
Secara tidak langsung akan dapat menghindari diri kita
daripada terjebak dengan gejala sosial. Contohnya, jika
kita aktif dalam bidang sukan, masa lapang kita akan
diisi dengan latihan yang diselia oleh guru-guru.
Selain itu, kegiatan kokurikulum dapat membentuk
disiplin diri. Contohnya, semasa menyertai aktiviti
persatuan, sukan atau unit beruniform, kita akan dilatih
menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi
peraturan. Disiplin sangat penting untuk mencapai
kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin sukar mencapai
kejayaan.

Di samping itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih


murid menjadi pemimpin. Ada pelbagai jawatan dalam
persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli
jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang
sesuatu jawatan maka kita akan belajar menjadi ketua dan
menguruskan aktiviti persatuan. Oleh itu, melalui
penyertaan dalam aktiviti kokurikulum, murid akan belajar
menjadi pemimpin.
Seterusnya, kegiatan kokurikulum akan
mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap unit
kokurikulum mempunyai ramai ahli yang terdiri
daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India
dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua
ahli akan berkumpul. Kita boleh berbincang untuk
bertukar-tukar pendapat dan bekerjasama dalam
melakukan sesuatu aktiviti. Dengan ini, hubungan
sesama ahli dapat dieratkan.

Kesimpulannya, banyak kepentingan kegiatan


kokurikulum kepada murid-murid di sekolah. Oleh itu,
pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang
menarik untuk menggalakkan murid menyertainya.
Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak
mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum.

You might also like