Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 43

Gaya pembelajaran dan

perbezaan individu
Gaya pembelajaran dan
perbezaan individu
• Memahami pembezaan murid seperti
kebolehan matematik,
kesedaran ruang,
gaya pembelajaran,
kecenderungan dan sikap,
perbezaan berkait jantina dan
perbezaan etnik dan kebudayaan
• dapat membantu guru membuat
perancangan yang lebih berkesan.
• Pencapaian akademik murid dapat
ditingkatkan dan masalah disiplin dapat
dikurangkan sekiranya strategi pengajaran
guru diubahsuai untuk mengambilkira
perbezaan individu.
Faktor Perbezaan individu
a) Stail pembelajaran berbeza
b) Kebolehan matematik
c) Mod hemispheric
d) Modality pembelajaran
e) Keperluan istimewa (Special Needs Learners)
f) Jantina
g) Sosioekonomi
h) Kesan etnik dan kebudayaan
i) Kesan agama
j) Kecenderungan dan sikap murid
• Faktor-faktor yang mempunyai kesan
ketara dalam pembelajaran matematik
adalah
gayal (stail) pembelajaran,
perbezaan individu, serta
konteks sosial
Kebolehan Matematik
• Ada murid yang menunjukkan kecenderungan dan
kebolehan yang lebih terhadap matematik
berbanding dengan murid-murid lain.
• Krutetskii (1976) mencadangkan kebolehan
matematik jenis analitik, geometrik, atau
harmonik (gabungan analitik dan geometrik).
• Kebolehan jenis harmonik merupakan
kebolehan matematik sebenar.
• Mengikut Krutetskii (1976) kebolehan matematik
merangkumi komponen-komponen berikut:
• Kebolehan memilih dan mengasingkan
struktur formal dari masalah matematik
(dapat mengenalpasti data yang tidak
penting juga).
• Kebolehan membuat generalisasi .
• Kebolehan membuat berbagai operasi
dengan nombor dan simbol
• Kebolehan memahami dan menggunakan
konsep ruang (spatial concepts).
• Kebolehan penaakulan logik (logical
reasoning ability).
• Kebolehan untuk menukar dari satu
pendekatan atau strategi penyelesaian
kepada lain.
• Kebolehan membina bukti yang jelas,
mudah, dan rational dengan tidak
membuang masa atau usaha.
• Kebolehan mengingat berbagai
pengetahuan, fakta dan idea matematik
• Kebolehan membuat penganggaran,
menganalisis, mencatat persamaan dan
perbezaan dan analogi.
• Hadamard (1945, dalam Orton, 1987) mula-mula
mengutarakan fenomena prodigios calculator.
• Kebolehan ini tidak dianggap sebagai kebolehan
matematik sebenar.
• Murid-murid yang ada kebolehan ini mempunyai
kecenderungan terhadap nombor dan perkaitan
antara nombor dari peringkat umur yang muda.
• Kebolehan menghafal yang tinggi membolehkan
mereka ingat fakta nombor serta menguasai
kaedah-kaedah perhitungan dan penyelesaian
masalah yang berkaitan dengan ingatan jangka
pendek.
Aktiviti
• Cari maklumat tentang pemikiran jenis
convergent dan divergent dan kesannya
keatas kebolehan pelajar untuk
menyelesaikan masalah matematik.
• Pembelajaran matematik melibatkan gambar,
gambarajah, perwakilan visual seperti carta
dan graf serta perwakilan situasi matematik
dalam perbagai bentuk visual.
• Kebolehan spatial merupakan satu
komponen utama kebolehan matematik
kerana pembelajaran matematik melibatkan
kesedaran spatial (ruang) terutama dalam
tajuk Sukatan dan Geometri dan
Penggunaan Data.
• Penggunaan bahan maipulatif dalam
peringkat awal pengajaran dan
pembelajaran matematik dapat
meningkatkan kebolehan spatial kanak-
kanak.
• Malah mewakilkan satu situasi matematik
dalam bentuk gambarajah merupakan
satu peringkat dalam proses penyelesaian
masalah Polya.
• Menurut Gestalt, hemisfera kanan otak
memproses rangsangan sebagai satu
struktur keseluruhan dalam bentuk imej
bukan perkataan.
• Pengalaman pembelajaran dalam bilik darjah
yang merangsang hemisfera kanan otak
yang mengawal kebolehan spatial dapat
secara tidak langsung meningkatkan
kebolehan matematik murid.
Gaya Pembelajaran
(Stail Pembelajaran)
• Gaya pembelajaran merujuk kepada kaedah
unik seorang individu menerima dan
memproses pengetahuan serta menyusun
pemikirannya.
• Teori berhubung gaya pembelajaran
menekankan sebanyak mana murid belajar
dan memperoleh pengalaman pembelajaran
bergantung pada gaya pembelajaran dan
bukan persoalan tentang kepintaran.
• Dunn & Dunn (1987) menyatakan bahawa
pembelajaran murid meningkat apabila
pengajaran dan pembelajaran berpadanan
dengan gaya pembelajaran murid.
• Mereka sarankan tiga kecenderungan
modaliti dalam pembelajaran iaitu visual,
auditori dan kinestetik. Kekuatan modaliti
boleh wujud dalam bentuk kombinasi tiga
kecenderungan tersebut dan boleh berubah
dalam jangka masa panjang.
• Dalam pembelajaran matematik, pelajar yang
kekuatan modalitinya adalah visual, gemar belajar
dengan melihat corak, carta, graf dan gambarajah.
• Pelajar yang gaya pembelajarannya lebih
cenderung kepada auditori memiliki kelebihan
menerima maklumat melalui pendengaran serta
menceritakan semula apa yang didengar kepada
orang lain.
• Pelajar yang cenderung kinestetik (taktual) gemar
belajar dengan menyentuh, merasa dan
memanupulasi objek-objek konkrit.
• McCarthy (dalam Good dan Brophy, 1995)
mencadangkan bahawa murid-murid
tergolong dalam empat gaya
pembelajaran utama:
pelajar imaginatif,
pelajar analitik,
pelajar common sense dan
pelajar dinamik.
• Dimensi gaya pembelajaran jenis
Bergantung Latar/Medan (Field Dependence)
Bebas Latar/Medan (Field Independence)
mempengaruhi pandangan atau persepsi murid
dalam memahami satu tugasan atau maslah
matematik untuk diselesaikan.
• Antara strategi yang boleh digunakan oleh
guru untuk menyesuaikan perancangan dan
pengajaran mengikut gaya pembelajaran
murid adalah:
• Perbanyakkan penggunaan pelbagai media
pengajaran yang berkesan- bagi pelajar
visual dan auditori.
• Eksperimen atau ujikaji dijalankan dengan
bahan konkrit - pelajar kinestetik 'tactile-
kinesthetic'.
• Menggunakan gambarajah, carta pai, graf
dan pelbagai jadual - pelajar jenis analitik
untuk membuat analisa data.
• Menekankan aplikasi teori dalam pengajaran.
• Menekankan aktiviti-aktiviti yang
meningkatkan penglibatkan pelajar dalam
pembelajaran dan pengajaran.
• Waktu pembelajaran yang lama diselitkan
dengan rehat yang pendek.
• Lawatan sambil belajar ke firma, kilang dan
tempat-tempat yang relevan dengan
pelajaran.
• Kumpulan pembelajaran untuk menjalankan
aktiviti sumbangsaran atau sesi buzz.
• Kegiatan seperti main peranan, lakonan
dan drama.
• Berkongsi bersama murid pengalaman
guru mengenai idea yang dibincangkan.
• Mengenal pelajar, latar belakang pelajar,
kebudayaan serta agama pelajar.
Aktiviti
• Cari maklumat tentang gaya
pembelajaran jenis Bergantung
Latar/Medan (Field Dependence) atau
Bebas Latar/Medan (Field Independence)
dan bincangkan dari segi pembelajaran
matematik.
Perbezaan Berkait Jantina
(Gender Related Differences)
• Kajian menunjukkan bahawa perbezaan
berkait jantina dalam pembelajaran
matematik adalah tidak konsisten.
• Pengaruh masyarakat dan persekitaran
mempunyai kesan yang paling besar ke
atas perbezaan pembelajaran matematik
yang berkait dengan perbezaan jantina.
• Antara faktor-faktor persekitaran dan
kebudayaan adalah:
1. Matematik dianggap sebagai matapelajaran
“lelaki” dan bukan “perempuan”
2. Perbezaan dari segi jenis alat permainan
kanak-kanak, aktiviti permaianan, expektasi
ibubapa dan pekerjaan yang bakal diceburi
berbza di antara kanak-kanak lelaki dengan
kanak-kanak perempuan.
3. Pekerjaan yang berkait dengan matematik
(seperti kejuruteraan, ekonomi dan
perakaunan) dianggap sebagai pekerjaan
lelaki
4. Murid-murid lelaki lebih yakin tentang
kebolehan matematik mereka (overestimate)
manakala muri-murid perempuan kurang
yakin dengan kebolehan matematik mereka
(underestimate) walaupun mereka
berkebolehan tinggi.
5. Setengah buku teks matematik
menekanakan contoh-contoh, imej serta
situasi matematik yang lebih menjerus
kepada kanak-kanak lelaki daripada kanak-
kanak perempuan.
• Perbezaan pencapaian pembelajaran matematik
di antara murid lelaki dan murid perempuan juga
disebabkan oleh murid dan faktor guru.
• Murid perempuan dikatakan lebih bersedia dari
segi persediaan untuk menghadiri kelas,
mengambil nota pelajaran, menumpukan
perhatian dan cuba memahami apa yang dipelajari
dalam kelas berbanding dengan murid lelaki.
• Persediaan ini merupakan salah satu sebab
pencapaian matematik murid perempuan lebih
berbanding dengan murid lelaki.
• Strategi pengajaran tradisional tanpa aktiviti-
aktiviti yang menarik tidak sesuai untuk murid
lelaki kerana mereka mudah hilang minat dan
tidak menumpukan perhatian kepada pelajaran.
• Sebaliknya, murid perempuan dapat menerima
pengajaran secara tradisional ini.
• Kreativiti guru dalam perancangan dan pengajaran
matematik seharusnya memimpin murid-murid
lelaki dan perempuan lebih berminat dan
mengambil bahagian dalam pembelajaran
matematik.
• Guru tidak patut bersikap memihak (bias)
terhadap murid lelaki atau murid perempuan
dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.
• Persepsi guru terhadap murid lelaki dan murid
perempuan dari aspek motivasi, minat, kepatuhan
kepada arahan, ketepatan masa, kesediaan untuk
belajar, tanggungjawab, kebolehterimaan
pelajaran, kekemasan kerja, kesungguhan, inisiatif
serta kreativiti dan inovasi dapat mempengaruhi
pencapaian kedua-dua jantina dalam
pembelajaran matematik.
Aktiviti
• Pilih satu buku teks matematik dan
nyatakan jika jenis soalan, contoh-contoh
serta gambarajah yang dipaparkan
seimbang dari segi jantina.
Perbezaan Kecenderungan dan
Sikap
• Sikap murid terhadap pembelajaran
matematik bergantung kepada pengalaman
dan persepsi mereka tentang matematik.
• Ada murid yang sentiasa ingin mencuba, ada
yang cepat berputus asa, ada yang
bersemangat inkuri tinggi dan sebagainya.
• Segelintir murid menyukai pembelajaran
matematik kerana ia tidak melibatkan
perkongsian emosi atau pendapat dengan
orang lain.
• Pembelajaran matematik digemari oleh murid-
murid yang suka suasana persaingan kerana
pembelajaran matematik dikaitkan dengan
ketajaman akal dalam menyelesaikan masalah
dan persaingan untuk mendapat jawapan yang
betul secepat mungkin.
• Persekitaran yang penuh persaingan ini digemari
oleh murid-murid terutamanya yang cerdas.
• Murid-murid yang gemar perbincangan dan
perkongsian pendapat peribadi tidak cenderung
kepada pembelajaran matematik yang
menekankan jawapan yang betul sahaja.
• pengajaran dan pembelajaran matematik
yang berasaskan kefahaman behavioris
dapat menimbulkan sikap negatif terhadap
matematik di kalangan beberapa murid.
• Keresahan matematik (mathematics anxiety)
yang disebabkan oleh penekanan kepada
jawapan yang betul serta kekurangan
motivasi turut mempengaruhi kecenderungan
dan sikap terhadap pembelajaran matematik.
• Bincangkan lengkah-langkah yang boleh
diambil dalam perancangan dan
pengajaran matematik yang dapat
menanam sikap yang positif terhadap
matematik dan mengurangkan keresahan
matematik (mathematics anxiety).
Pendekatan Pelbagai
Kecerdasan
• Teori mengenai gaya pembelajaran yang
diterima oleh ramai pendidik adalah Teori
Kecerdasan Pelbagai (Theory of Multiple
Intelligences) Howard Gardner (1993).
• Gardner telah mengenalpasti lapan
kecerdasan yang dimiliki oleh setiap
individu tetapi dalam pelbagai tahap
kekuatan dan kemahiran.
Jenis Kecerdasan Pelbagai
I. Kecerdasan Linguistik: Penggunaan bahasa
yang berkesan.
II. Kecerdasan Muzik: mencipta, memahami
dan menghargai muzik; fakta asas boleh
dilafazkan dalam irama dan ritma.
III. Kecerdasan Logik (matematik): menaakul
secara logik terutamanya dalam matematik
dan Sains, minat pengiraan, pengkelasan
dan pemikiran kritikal
IV. Kecerdasan Ruang: mengenal dengan teliti
sesuatu yang dilihat; menggambarkan serta
memanipulasi objek visual dalam pemikiran;
perwakilan visual, warna, lukisan, metafor, peta
minda
V. Kecerdasan Kinestatik: kebolehan menggunakan
anggota badan untuk mengutarakan pendapat
atau pemikiran; pengalaman jenis hands on
VI. Kecerdasan Interpersonal: mengenal aspek-
aspek penting perlakuan dan memahami orang
lain; pembelajaran koperatif dan rangsangan
kumpulan
VII.Kecerdasan Intrapersonal: sedar tentang
perasaan, motif dan kehendak sendiri;
membuat pilihan sendiri berasaskan
motivasi kendiri
VIII.Naturalis (Kecerdasan Alam Sekitar):
kebolehan mengenal dan menghargai alam
haiwan dan tumbuhan; dapat membuat
perbandingan dan perkaitan antara sistem-
sistem dalam alam semulajadi.
• Kecerdasan dan gaya pembelajaran murid
dapat dikenalpasti oleh guru dengan
menggunakan instrumen laporan kendiri
(inventori kecerdasan individu), menganalisis
hasil kerja murid atau melalui pemerhatian
guru di bilik darjah.
• Perancangan dan pengajaran matematik
yang mengambilkira kecerdasan pelbagai
murid dapat meningkatakan pembelajaran
matematik murid melalui
• kepelbagaian strategi dan aktiviti
pembelajaran,
• kepelbagaian kemahiran tahap tinggi,
• peluang kepada semua murid mencapai
potensi,
• persekitaran pembelajaran yang positif,
• peningkatan penglibatan pelajar
• pencapaian pelajar yang tinggi
Aktiviti
• Layari internet dan muat turun inventori
yang dapat digunakan untuk kenalpasti
jenis kecerdasan.
• Gunakan inventori yang anda telah muat
turun dari internet untuk memastikan
kecerdasan rakan-rakan dalam kelas
• Untuk melaksanakan teori kecerdasan pelbagai dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik, guru hendaklah:-
a) mengenalpasti kekuatan sendiri dan kekuatan murid dalam
kecerdasan pelbagai
b) memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dan memadankannya dengan kecerdasan murid. Pemilihan
strategi yang sesuai juga dapat memperkembangkan
potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum
menyerlah.
c) Memastikan kaedah penilaian pembelajaran murid juga
berpandukan kecerdasan murid. kaedah-kaedah penilaian
yang boleh digunakan termasuk: projek, persembahan,
penyampaian, demonstrasi, penghasilan folio, penyelesaian
masalah dalam eksperimen dan pameran.
Aktiviti
• Pilih satu kemahiran matematik dari
Dokumen Standard dan rancangkan satu
aktiviti pengajaran yang mengambil kira
sekurang-kurangnya tiga dari kecerdasan
pelbagai yang disenaraikan oleh Gardner
(1996).

You might also like