Unit-Unit Di Kementerian Kesihatan

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Unit-unit di kementerian

kesihatan
SUFIAN BIN HASHIM
NUR QURRATU SYAHIRAH BINTI MADZALAN
Unit Kesihatan Awam

Unit Kawalan Mutu Makanan

Unit Kawalan Penyakit Berjangkit

Unit Rancangan Kebersihan Alam Sekitar (RKAS)

Unit Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor


Unit Kesihatan Awam
 Bahagian Kesihatan Awam merupakan bahagian yang terbesar
 Bahagian ini bertanggungjawab menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada
semua lapisan masyarakat di semua peringkat
 Melalui penjagaan kesihatan asas dan memberi fokus kepada;
 Perkhidmatan Kesihatan Keluarga,
 Kawalan Penyakit
 Kawalan Mutu Makanan
 Pendidikan serta Promosi Kesihatan.
FUNGSI unit KESIHATAN AWAM
Untuk membantu individu dan komuniti untuk mencapai dan
mengekalkan tahap kesihatan yang optima melalui penyediaan
penjagaan kesihatan asas.

Untuk menggalakan promosi kesihatan dan menjadi amalan di


kalangan setiap individu dan masyarakat.

Untuk menyediakan perkhidmatan pencegahan, promotif, kuratif dan


penjagaan rehabilitatif secara intergrasi di semua peringkat
perkhidmatan kesihatan.
Unit Kawalan Mutu Makanan
 Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)
 Bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kualiti makanan
 Perlaksanaan ini mengikut peruntukan, prosedur dan kod amali yang
ditetapkan di bawah;
 Akta Makanan 1983
 Peraturan-peraturan Makanan 1985
 Peraturan Kebersihan Makanan 2009
 Peraturan Makanan (Pengeluaran Sijil Kesihatan bagi Eksport Ikan dan Hasilan Ikan ke
Kesatuan Eropah) 2009
 Peraturan-Peraturan Iradiasi Makanan 2011 atau mengikut keperluan masyarakat.
FUNGSI Unit Kawalan Mutu Makanan
 Bahagian ini dipertanggungjawabkan untuk merancang, melaksana, memantau
dan menilai Program Keselamatan dan Kualiti Makanan yang dilaksanakan di
peringkat jabatan kesihatan, pejabat kesihatan dan pihak berkuasa tempatan.
 Menentukan agar penyediaan, penjualan dan penyimpanan semua bahan makanan
adalah selamat dan bersih.
 Menentukan supaya semua bahan makanan yang dijual adalah:
 Bebas daripada pencemaran dan penambahan aditif makanan yang tidak diperlukan dan
penipuan.
 Mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
 Dilabel dan diiklan dengan tidak mengelirukan dan memberikan gambaran sebenar
mengenai kandungan makanan tersebut.
 Menentukan supaya kandungan semua bahan makanan yang diimport ke negara
ini adalah selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan
Makanan 1985.
 Menentukan konsainman makanan yang dieksport oleh negara ini mematuhi
perundangan yang dikehendaki oleh negara-negara pengimport.
 Menentukan orang ramai menerima maklumat yang mencukupi mengenai aspek
keselamatan.
 Menjalankan pemeriksaan pengauditan untuk penggredan/penarafan bintang
premis makanan.
 Mengambil dan menghantar sampel makanan untuk tujuan analisis mikrobiologi,
kimia dan fizikal ke Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan mengikut jadual
yang ditetapkan.
 Merancang serta melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan mengikut keutamaan
kepada kumpulan sasaran kepada pengusaha dan pengendali makanan.
 Menjalankan pemeriksaan bagi menaiktaraf kebersihan premis makanan kepada
markah minima yang dikehendaki iatu 70% untuk setiap premis makanan.
 Menggantung lesen mana-mana premis makanan yang tidak mencapai penilaian
kebersihan 70% atau penarafan 3 bintang ke atas sehingga 14 hari atau sehingga
premis dibersihkan.
 Menjalankan pemeriksaan ke atas makanan yang diproses di kilang dan untuk
jualan supaya mematuhi peruntukan di bawah Akta Makanan 1983.
Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC)

Program Kawalan Penyakit merangkumi pelbagai penyakit berjangkit.


Program ini merupakan satu fungsi utama kesihatan awam untuk
mencegah dan mengawal kejadian penyakit di kalangan penduduk bagi
meningkatkan taraf kesihatan penduduk.

 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988


 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000)
FUNGSI Unit Kawalan Penyakit Berjangkit
(CDC)
 Untuk mencegah kejadian penyakit berjangkit dari peringkat awal supaya tidak
menjadi masalah kepada kesihatan awam di negara ini dan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan Putrajaya khasnya.
 Menjalankan siasatan sumber kejadian yang berlaku serta mengambil langkah
awal bagi mencegah berlakunya penularan penyakit dan menjadi wabak yang
serius
 Memberi maklumat, rekod, analisa kejadian penyakit di daerah yang mudah
merebak kepada umum.
 Menjalankan pemantauan semua penyakit di daerah samada kejadian kes
tempatan, import dan kejadian penularan dari luar atau dalam daerah, negeri dan
negara.
 Memberi kesedaran melalui pendidikan kesihatan.
Contoh peyakit berjangkit
Unit Rancangan Kebersihan Alam Sekitar
(RKAS)
 Aktiviti Kesihatan Pekerja dan Alam Sekitar adalah satu program kesihatan yang di
letakkan dibawah Program Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit.
 Objektif utama program ini adalah untuk mempromosikan dan mengekalkan
keadaan fizikal, mental dan sosial tahap yang tertinggi serta memastikan kesihatan
dan keselamatan pekerja terjamin.
 Ini termasuklah kesedaran dan pengetahuan serta, melindungi pekerja dari risiko
dan hazad di tempat kerja.
 Untuk mencegah kejadian penyakit berjangkit dari peringkat awal supaya tidak
menjadi masalah kepada kesihatan awam di negara ini.
 Menjalankan siasatan sumber kejadian yang berlaku serta mengambil langkah
awal bagi mencegah berlakunya penularan penyakit dan menjadi wabak yang
serius
 Memberi maklumat, rekod, analisa kejadian penyakit di daerah yang mudah
merebak kepada umum.
 Menjalankan pemantauan semua penyakit di daerah samada kejadian kes
tempatan, import dan kejadian penularan dari luar atau dalam daerah, negeri dan
negara.
 Memberi kesedaran melalui pendidikan kesihatan.
Unit Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan
Vektor
 Dalam epidemiologi, vektor ialah mana-mana agen (orang, haiwan atau
mikroorganisma) yang membawa dan memindahkan patogen berjangkit ke dalam
organisma hidup lain
 Memantau semua kes penyakit bawaan vektor yang perlu dilaporkan dalam
tempoh 24 jam di bawah Akta Penyakit Berjangkit 1988.
 Menjalankan langkah kawalan dan pencegahan bagi penyakit bawaan vektor
supaya tidak menjadi masalah kesihatan awam.
 Memberikan pendidikan kepada masyarakat berhubungkait penyakit bawaan
vektor dalam aspek:
 Kawalan
 Pencegahan
 Penglibatan masyarakat
 Kepentingan dalam kesihatan awam
 Mengurangkan morbiditi dan mortaliti penyakit bawaan vektor khususnya Demam
Denggi, Malaria, Filaria dan lain-lain penyakit bawaan vektor
 Bertanggungjawab mengatasi masalah yang berkaitan dengan kacau ganggu
kesihatan.
 Bertanggungjawab melaksanakan program pencegahan ke atas penyakit bawaan
vektor.
 Bertanggungjawab mengadakan satu sistem kawalan vektor yang bermutu dan
berdaya maju.
 Menyelaras aktiviti pembersihan kawasan kes/wabak.
 Bertanggungjawab mengedar maklumat/pendidikan kesihatan di lokasi kerja.
 Melaksanakan tugas-tugas segera yang diarahkan oleh pihak Majlis.

You might also like