Karbohidrat

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 35

KARBOHIDRAT

Karbohidrat
Menganalisis karbohidrat

1.2.1 Mengelaskan karbohidrat kepada monosakarida,


disakarida dan polisakarida dan kaitannya dengan
sifat fizik dan kimia.

1.2.2 Mengelaskan monosakarida berdasarkan bilangan


atom karbon dan kumpulan berfungsi:

i) pentosa – ribosa , deoksiribosa dan ribulosa

ii) heksosa – glukosa , fruktosa dan galaktosa

1.2.3 Menjalankan eksperimen untuk mengkaji


kehadiran gula penurun
Karbohidrat
 Karbohidrat dibahagi kepada 3 jenis, iaitu
monosakarida, disakarida dan polisakarida.
 Karbohidrat merupakan satu sumber tenaga yang
boleh digunakan oleh sel.
 Semua karbohidrat mengandungi karbon, hidrogen
dan oksigen.
 Nisbah atom hidrogen kepada atom oksigen dalam
satu molekul karbohidrat adalah 2:1.
 Secara amnya, karbohidrat memainkan tiga
peranan penting dalam sel:
 Karbohidrat ringkas ialah sumber tenaga yang utama

dalam sel;

 Karbohidrat berantai panjang ialah sebatian penyimpan

makanan; dan

 Karbohidrat berantai panjang juga membentuk

komponen struktur sel tumbuhan.


Monosakarida
 Monosakarida ialah sekumpulan gula yang
struktur molekulnya amat ringkas.
 Molekul ini tidak boleh diuraikan kepada
unit karbohidrat yang lebih kecil lagi.
 Sebenarnya, monosakarida ialah unit asas
bagi pembentukan karbohidrat yang lebih
kompleks.
• Monosakarida boleh dikelaskan berdasarkan
– bilangan atom karbon yang terdapat dalam
setiap molekul, iaitu pentosa dan heksosa.

– kumpulan berfungsi aldehid atau keton


JADUAL 1.1 (a)
Kumpulan
Pentosa (gula 5C) C5H10O5
Berfungsi

Ribosa Deoksiribosa Ribulosa Ribosa dan


deoksiribosa
(Aldehid)

Ribulosa
(keton)
• Jika bilangan atom karbon yang terdapat dalam
molekul gula adalah 5, ia dikenali sebagai
pentosa. Rujuk Jadual 1.1(a).
• Jika bilangan atom karbon yang terdapat dalam
molekul gula adalah 6, ia dikenali sebagai
heksosa. Rujuk Jadual 1.1(b).
Jadual 1.1 (b)
Kumpulan
Heksosa (gula 6C) C6H12O6
berfungsi

Glukosa Galaktosa Fruktosa Glukosa dan


galaktosa
(Aldehid)

Fruktosa
(keton)
• Kumpulan berfungsi merujuk kepada kedudukan
kumpulan karbonil (C=O) pada rantai karbon. (Rujuk
Jadual 1.1(a dan b).
• Jika C=O berada pada hujung rantai iaitu pada
karbon yang pertama, kumpulan berfungsinya
adalah aldehid.
• Sebaliknya jika C=O berada tidak berada pada hujung
rantai iaitu pada karbon yang kedua, kumpulan
berfungsinya adalah keton.
• Monosakarida yang mempunyai kumpulan
berfungsi aldehid disebut sebagai aldosa.

• Manakala monosakarida yang mempunyai


kumpulan berfungsi keton disebut sebagai ketosa.

• Keadaan ini boleh dilihat dengan jelas bila molekul


berada dalam keadaan struktur terbuka iaitu rantai
lurus. (Rujuk struktur monosakarida dalam jadual
1.1(a dan b).
• Monosakarida yang mempunyai kumpulan
berfungsi aldehid disebut sebagai aldosa.
• Manakala monosakarida yang mempunyai
kumpulan berfungsi keton disebut sebagai
ketosa.
• Keadaan ini boleh dilihat dengan jelas bila
molekul berada dalam keadaan struktur
terbuka iaitu rantai lurus.
(Rujuk struktur monosakarida dalam
jadual 1.1(a dan b).
• Apabila larut di dalam air, pentosa dan
heksosa bertukar daripada bentuk lurus
kepada bentuk gelang yang lebih stabil.

Rajah 1.5 : Pembentukan struktur gelang daripada molekul berantai lurus; (a) glukosa, (b)
fruktosa. (kebanyakan atom O dan H ditinggalkan bagi memudahkan gambaran struktur).
• Semua monosakarida rasanya manis, mudah larut
dalam air dan boleh membentuk hablur putih.

• Monosakarida mudah larut dalam air kerana


kumpulan hidroksi yang terikat pada atom karbon
adalah berkutub dan sedia membentuk ikatan
hidrogen dengan molekul air.
Fungsi utama monosakarida

1. Pentosa
i. Ribosa dan deoksiribosa ialah juzuk nukleotida
dan dengan demikian memberi sokongan
struktur kepada RNA dan DNA;

ii. Ribulosa difosfat bertindak sebagai penerima


karbon dioksida semasa fotosintesis
2. Heksosa (Glukosa, Fruktosa, Galaktosa)
i. Glukosa ialah substrat respirasi yang paling
penting bagi tumbuhan dan haiwan; sumber
segera untuk tenaga sel.
ii. Bahan mentah untuk sintesis disakarida dan
polisakarida tertentu. Semua karbohidrat lain
sama ada tertukar kepada glukosa atau
tersintesis daripada glukosa.
iii. Merupakan juzuk nektar.
i. Fruktosa ialah substrat respirasi.

ii. Juzuk nektar.

iii. Membantu penyebaran biji benih kerana


fruktosa memaniskan buah-buahan;
menjadikannya lebih menarik kepada haiwan.
i. Galaktosa penting dalam mempertahankan normal
flora (bakteria baik) dalam usus.
ii. Penggunaan galaktosa yang berpanjangan telah
terbukti meningkatkan jumlah Bifidobakteria selain
menyediakan persekitaran yang sesuai untuk
pertumbuhan bakteria baik yang lain di dalam usus.
Ciri-ciri contoh-contoh monosakarida

Nama contoh- Ciri-ciri


contoh
monosakarida
Glukosa •Didapati dalam tumbuhan dan
buah-buahan seperti anggur.
•Formula kimia untuk glukosa
ialah C6H12O6.
Fruktosa •Sejenis gula yang terdapat dalam
buah-buahan manis dan madu.

Galaktosa •Terdapat dalam susu.


Disakarida

 Formula am bagi disakarida ialah C12H22O11.


 Disakarida terdiri daripada dua unit monosakarida
yang bergabung melalui kondensasi.
 Oleh kerana satu molekul air tersingkir semasa
kondensasi, tindak balas ini juga disebut
penyingkiran atau pendehidratan.
Tiga contoh yang umum bagi disakarida ialah
maltosa, sukrosa dan laktosa.
Disakarida
 Setiap molekul disakarida terbentuk daripada
dua molekul monosakarida yang bergabung
melalui kondensasi yang melibatkan
penyingkiran satu molekul air apabila satu
ikatan terbentuk di antara dua molekul
monosakarida.
 Monosakarida + Monosakarida

↓kondensasi
Disakarida + Air
CONTOH-CONTOH DISAKARIDA

 Maltosa(gula malt) terbentuk daripada


kondensasi dua molekul glukosa.

 Sukrosa (gula tebu) terbentuk daripada


kondensasi glukosa dan fruktosa.

 Laktosa(gula susu) terbentuk daripada


kondensasi glukosa dan galaktosa.
Persamaan kondensasi disakarida

 Glukosa + Glukosa → Maltosa + Air

 Glukosa + Fruktosa → Sukrosa + Air

 Glukosa + Galaktosa → Laktosa + Air


 Disakarida boleh diuraikan kepada unit-unit
monosakarida melalui hidrolisis yang melibatkan
penambahan satu molekul air.

 Maltosa + air → glukosa + glukosa


 Sukrosa + air → glukosa + fruktosa
 Laktosa + air → glukosa + galaktosa
Fungsi utama disakarida
 Maltosa (gula malt) – substrat respirasi

 Sukrosa (gula tebu) – substrat respirasi. Kebanyakan


karbohidrat pada tumbuhan diangkut dalam bentuk ini
adalah bahan simpanan dalam tumbuhan tertentu,
misalnya dalam batang tebu dan akar bit gula.

 Laktosa (gula susu) – substrat respirasi. Susu mamalia


mengandungi 5% laktosa dan merupakan sumber
karbohidrat yang penting bagi anak yang menyusu.
POLISAKARIDA
Karbohidrat berantai panjang.
Merupakan sekumpulan polimer yang
terhasil daripada kondensasi beratus-
ratus unit monosakarida. Formula umum
polisakarida ialah (C6H10O5)n.
 Polimer tidak boleh larut dalam air kerana saiz
molekulnya besar.
 Tidak mempunyai rasa manis dan tidak
menghablur.
 Boleh diuraikan kepada molekul-molekul kecil
melalui proses hidrolisis dengan penambahan
asid cair atau melalui tindak balas enzim.
Contoh Ciri-ciri
Kanji •Kanji dihasilkan oleh tumbuhan sebagai
bentuk makanan dalam simpanan .
•Kanji terdapat dalam gandum, beras, ubi
kentang, roti dan jagung.
Glikogen •Glikogen ialah karbohidrat simpanan
(Kanji utama dalam haiwan dan kulat.
haiwan) •Rantai polisakarida dalam glikogen adalah
bercabang-cabang.

Selulosa •Sejenis polisakarida yang membina


dinding sel tumbuhan.
Ujian kimia untuk mengesan
kehadiran gula penurun.
 Ujian Benedict digunakan untuk mengesan kehadiran
gula penurun.
 Reagen Benedict berwarna biru kerana ia
mengandungi larutan beralkali kuprum(II) sulfat.
 Kehadiran gula penurun menukarkan ion kuprum(II)
dalam reagen Benedict kepada ion kuprum(I) yang
berwarna merah jingga
 Maltosa dan laktosa ialah gula penurun.
 Sukrosa ialah gula bukan penurun.

 Sukrosa, iaitu gula bukan penurun, boleh diuji dengan


proses berikut:
 Larutan sukrosa dididihkan dengan asid hidroklorik untuk
membekalkan molekul air bagi memutuskan gula kompleks
kepada gula ringkas.
 Larutan itu dineutralkan dengan natrium hidroksida.
 Reagen Benedict ditambah ke dalam larutan dan dididihkan.
 Mendakan merah bata terbentuk menunjukkan kewujudan
gula penurun.
 Satu ekperimen kawalan disediakan dengan
mendidihkan larutan sukrosa yang mengandungi reagen
Benedict. Larutan kekal berwarna biru menunjukkan ia
tidak mempunyai gula penurun.

 Dengan membandingkan kedua-dua keputusan, bolehlah


disimpulkan bahawa sukrosa merupakan suatu gula
kompleks dan gula bukan penurun. Apabila sukrosa
dihidrolisis oleh asid, gula ringkas (glukosa dan
fruktosa) yang merupakan gula penurun akan terbentuk.

You might also like