Alkohol

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

SEBATIAN KARBON

(BUKAN HIDROKARBON)
Siti Nuraishah
Magrina
Norhaslinda
Muhd Kamarul
ALKOHOL
 Sebatian yang mengandungi unsur karbon,
hidrogen, dan oksigen SAHAJA.

 Alkohol juga dapat diwakili oleh satu formula am


dan mempunyai kumpulan berfungsi.

 Formula am bagi alkohol ialah CnH2n+1OH


(n=1,2,3,..)

 Setiap ahli dalam siri homolog alkohol mempunyai


kumpulan berfungsi yang dinamakan sebagai
kumpulan hidroksil, -OH
 Setiap ahli dalam siri homolog alkohol mempunyai
kumpulan berfungsi iaitu kumpulan hidroksil,-OH.

 Kumpulan hidroksil ini sebahagian daripada molekul


alkohol yang menentukan sifatnya. Kumpulan berfungsi
ini terikat kepada atom karbon melalui ikatan kovalen
tunggal.

|
-C–O–H
|

rajah ; Kumpulan hidroksil


 Kumpulan hidroksil,-OH dalam alkohol mengambil
bahagian dalam tindak balas kimia. Sifat kimia dan
sifat fizik alkohol turut ditentukan oleh kehadiran
kumpulan hidroksil,-OH.

 Formula molekul alkohol dibentuk dengan


menggantikan satu atom hidrogen dalam formula
molekul alkana dengan kumpulan hidroksil,-OH.
Penamaan alkohol
 Alkohol dinamakan menurut sistem penamaan IUPAC.
Bagi alkohol berantai lurus, nama alkohol diterbitkan
daripada nama alkana yang sepadan dengan
menggantikan akhiran –a pada nama ahli alkana
dengan akhiran –ol.

 Satu nombor akan diletakkan di hadapan –ol untuk


menunjukkan kedudukan atom karbon yang terikat
dengan kumpulan hidroksil,-OH.
Contohnya:
H H H
| | |
H – C1 – C2– C3 – H
| | |
O –H H H

Nama alkana rantai karbon terpanjang : propana


Nama alkohol rantai karbon terpanjang : propanol
Kedudukan kumpulan hidroksil : karbon 1
Nama penuh alkohol : propan-1-ol
Isomerisme dalam alkohol
 Isomerisme wujud dalam alkohol yang mempunyai
tiga atau lebih atom karbon. Isomerisme dalam
alkohol disebabkan oleh dua faktor yang berikut:

(a) Rangkaian rantai karbon yang berbeza seperti


yang ditunjukkan pada Rajah 2.5.

(b) Kedudukan kumpulan hidroksil –OH yang berbeza


pada rantai karbon seperti yang ditunjukkan di
Rajah 2.6.
H
|
H H H H H- C – H
| | | | H | H
H–C–C–C–C–H | | |
| | | | H – C – C –C – H
OH H H H | | |
Alkohol berantai lurus H H H
Alkohol berantai bercabang

Rajah 2.5 Kewujudan isomerisme disebabkan oleh pembentukan rantai


bercabang.
H H H H H H
| | | | | |
H – C1 – C2 – C3 – H H – C1 – C2 –C3 – H
| | | | | |
OH H H H OH H

Rajah 2.6 Kewujudan isomerisme disebabkan oleh kedudukan


kumpulan hidroksil yang berbeza pada rantai karbon.
Berbau tajam
(sengit)

Bersifat Mudah
neutral meruap

Sifat
fizik
alkohol

Cecair tidak Terlarut


bewarna campur
pada suhu Takat lebur dengan air
bilik dan takat
didih
rendah
Sifat kimia alkohol
Pembakaran
Alkohol ialah bahan yang mudah terbakar.
Contohnya, Etanol ( C2H5OH ) mudah terbakar dalam
udara untuk menghasilkan nyalaan biru tanpa jelaga dan
menghasilkan CO2 dan wap air.

C2H5OH + 3O2  2CO2 + 3H2O


*ALKOHOL + OKSIGEN  KARBON DIOKSIDA + AIR
 Pengoksidaan (Alkohol  Asid karboksilik)
 Pengoksidaan berlaku apabila sesuatu bahan
bertindak balas dengan oksigen. Agen
pengoksidaan yang kuat boleh mengoksidakan
alkohol kepada asid karboksilik.
 Contohnya, Etanol dicampurkan dengan larutan
kalium dikromat(VI) berasid, K2Cr2O7 dan
dipanaskan, campuran tersebut bertukar warna
dan menunjukkan etanol telah dioksidakan
kepada asid karboksilik iaitu asid etanoik.

CH3CH2OH + 2[O]  CH3COOH + H2O


Etanol Asid etanoik
 Pendehidratan (Alkohol  Alkena)
Tindak balas pendehidratan menukarkan
alkohol kepada alkena dengan menyingkirkan
satu molekul air.
Proses ini dapat menghasilkan alkena.
Contohnya, Etanol
Semasa tindak balas ini berlaku, satu molekul air
disingkirkan daripada etanol, C2H5OH, dan etena,
C2H4 dihasilkan. Penyingkiran molekul air
menyebabkan ikatan ganda dua terbentuk.

Alkohol  Alkena + Air


 Pengesteran
Apabila alkohol dipanaskan di bawah refluks
dengan asid organik seperti asid etanoik,
dengan kehadiran asid sulfurik pekat sebagai
mangkin, tindak balas pengesteran berlaku.
Ester terbentuk.
Contoh: 2 H SO pekat
4

C2H5OH + CH3COOH  CH3COOC2H5 + H2O


Etanol asid etanoik  etil etanoat(ester) air
Kegunaan Alkohol Dalam
Kehidupan Harian
Sebagai bahan api
Pembakaran alkohol tidak berjelaga dan tidak
mencemarkan alam sekitar.

Sebagai ubat
Ubat batuk(bentuk cecair) mengandungi etanol.
Melarutkan pepejal iodin untuk menyediakan larutan
iodin(antiseptik).
Membuat kosmetik seperti minyak wangi, losyen
cukur, varnis kuku dan pelembap kulit.

Membuat perisa tiruan makanan.

Sebagai pelarut bagi syelek,cat dan dakwat percetakan.

Membuat minuman beralkohol seperti bir dan wain.

You might also like