Teori Behaviorisme

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

Teori Behaviorisme

(Ivan Pavlov)
Disediakan Oleh:
Teng Ei Ling
• Teori ini mengatakan bahawa setiap rangsangan akan
menimbulkan gerak balas.

• Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul


akibat daripada rangsangan.

• Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk


tenaga yang menimbulkan gerak balas pembelajaran
boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan
gerak balas.
• Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan
yang lain untuk mendatangkan pembelajaran.

• Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan dinamakan


pelaziman manakala pembelajaran akibat dari perkaitan
dua rangsangan dinamakan pelaziman klasik.

• Pelaziman klasik : simbol-simbol yang dilambangkan,


mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik
di dalam fizik dengan apa yang dimaksudkan atau
mengaitkan tarikh dengan peristiwa
• Menurut Ragbir Kaur Joginder Singh (2010), beliau
menyatakan bahawa terdapat tiga prinsip asas di dalam
eksperimen Ivan Pavlov.
• Prinsip tersebut ialah:
• i. Setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas
• ii. Pembelajaran berlaku akibat kaitan antara rangsangan dan
gerak balas
• iii. Pembelajaran yang berlaku akibat perkaitan di antara dua
rangsangan dinamakan pelaziman
• Pavlov mengkaji fungsi pencernaan pada anjing dengan melakukan
pemerhatian pada kelenjar air liur.
• Dengan cara itu, beliau dapat mengumpulkan, menyukat dan
menganalisis air liur haiwan itu dan bagaimana ia dapat diberikan
makanan pada keadaan yang berbeza.
• Beliau sedar anjing akan mengeluarkan air liur sebelum makanan
sampai ke mulutnya dan mencari hubungan timbal balik antara air liur
dengan aktiviti perut.
• Gambar pertama. Apabila anjing diberikan makanan
(Ransangan Tidak Terlazim – RTT ) maka secara refleks anjing
akan mengeluarkan air liur(Gerakbalas Tidak Terlazim – GTT ).

• Gambar kedua. Jika loceng dibunyikan ( Ransangan neutral –


RN ) maka anjing tidak memberi respon atau mengeluarkan
air liur.
• Gambar ketiga. Dalam eksperimen ini anjing diberikan
makanan (Ransangan Tidak Terlazim – RTT ) setelah
mendengar bunyi loceng (Ransangan Terlazim – RT )terlebih
dahulu, anjing akan mengeluarkan air liur akibat pemberian
makanan.

• Gambar keempat. Setelah perlakuan ini dilakukan secara


berulang-ulang, maka ketika anjing mendengar bunyi loceng
(Ransangan Terlazim – RT ) tanpa diberikan makanan, secara
automatik anjing akan memberikan respon berupa keluarnya
air liur dari mulutnya ( GerakbalasTerlazim – GT ).
Kekuatan Teori Behaviorisme
• teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang
masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka.

• Sebagai contoh kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan


perhatian terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah
mengikuti apa yang diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan.

• Selain itu, mereka juga suka dengan bentuk-bentuk penghargaan yang


diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan
tersebut ianya dapat membangkitkan semangat ingin belajar dalam diri
mereka.
• guru tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memberi
penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-
murid.

• Hal ini kerana murid-murid akan dibiasakan belajar dengan sendiri


kecuali sekiranya murid menghadapi sesuatu masalah dan
memerlukan penjelasan yang lebih daripada guru.
Kelemahan Teori Behaviorisme
• pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala dimana ianya
berpusatkan kepada guru sahaja.

• Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya


menerima apa yang diajar oleh guru mereka tanpa memberi sebarang
maklum balas.

• Malah dalam teori pembelajaran ini murid berperanan sebagai


pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang
sebagai cara belajar yang efektif.
• Kelemahan yang kedua ialah proses pembelajaran dikatakan kurang
memberikan gerak balas yang bebas bagi pelajar untuk berinteraksi
serta untuk mengembangkan idea.

• Sebagai contoh, guru akan memberi rangsangan yang berupa hadiah


dan dari situ barulah murid akan memberikan jawapan yang
dikehendaki oleh guru.
• Kelemahan yang ketiga menurut teori ini adalah penambahan ilmu
pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks.

• Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat
ketat sehinggakan buku teks merupakan buku wajib dalam
pembelajaran mereka malah mereka juga perlu dikehendaki
memahami dan mempersembahkan kembali isi pembelajaran di
dalam buku teks tersebut dengan baik.
Implikasi Teori atau Model Pengajaran Behavioris
Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran
• guru perlu sedar bahawa kaitan antara rangsangan dan gerak balas boleh
dilazimkan iaitu dipelajari.

• dalam proses pembelajaran, generalisasi boleh berlaku. Ini bermakna


perkara yang dipelajari dalam situasi A boleh dipindahkan ke situasi B.

• faktor motivasi memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan


gerak balas yang diinginkan.
•Sekian, terima kasih atas kerjasama anda
mendengar saya membebel sepanjang hari.

You might also like