Asas-Asas Kemahiran Menaakul

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

ASAS-ASAS KEMAHIRAN

MENAAKUL
• Terdapat 4 proses asas kemahiran menaakul:
– Menyimpan
– mengguna semula
– memadan dan
– prosedur ekskutif
• Menyimpan
– Proses ini membolehkan pemindahan maklumat
kepada ingatan jangka panjang. Antara kaedah
yang digunakan adalah dengan membuat lakaran
peta minda dan gambaran imej.
• Mengguna Semula
– Proses ini membolehkan maklumat digunakan
semula daripada ingatan jangka panjang bagi
menjana dan memahami idea baru.
• Memadan
– Proses ini membolehkan murid menentukan
maklumat yang diterima adalah sama ataupun
berbeza daripada maklumat yang telah disimpan
dalam memori jangka panjang.
– Usaha memadan ini melibatkan lima jenis
kemahiran iaitu:
• i. Mengkategori /mengkonsepsi
– Ia membolehkan murid mengelaskan sesuatu objek atau idea.
– Ia mempercepatkan proses pemikiran dan memudahkan
penghasilan generalisasi daripada maklumat yang diterima.
– Salah satu teknik ialah pemecahan kepada kumpulan
(chunking). Contohnya, pelajar melihat bunga ros dan
mengkategorikannya dalam kumpulan tumbuhan berduri.
• ii. Ekstrapolasi / Generalisasi
– Ia membolehkan pelajar membuat padanan maklumat
yang diterima pada sesuatu situasi kepada situasi lain.
– Maklumat sedia ada boleh disesuaikan dengan situasi yang
baru. Contohnya, seorang pelajar yang
mengetahui peraturan asas dalam permainan bola sepak
boleh menggunakannya untuk memahami peraturan
permainan ragbi.
• iii. Penaakulan Analogi
– Ia merupakan kemahiran melihat persamaan antara objek
atau idea.
– Pengetahuan sedia ada bagi objek atau idea terdahulu
digunakan bagi memahami idea yang lain.
– Ianya membolehkan murid menggabungkan dua asas
kemahiran penaakulan iaitu mengkategori dan membuat
generalisasi untuk menghadapi maklumat baru dengan
lebih berkesan.
• Prosedur Eksekutif (Melaksana)
– Ia merupakan prosedur terakhir dalam kemahiran
menaakul.
– Proses ini menjadi penting kerana ia
mengkoordinasikan kemahiran-kemahiran bagi
membantu pembinaan dan struktur kognitif yang baru
dan menstruktur semula yang lama.
– Prosedur ini melibatkan tiga kemahiran:
• i. Penghuraian
– Menghurai adalah proses membuat inferen terhadap maklumat
yang didengar atau dilihat tetapi tidak dinyatakan secara tersurat.
– Murid menggunakan kemahiran kemahiran mengkategori,
menghurai, menaakul analogi dan mengguna semula maklumat
untuk membuat inferen.
– Proses menghurai dilakukan apabila situasi pembelajaran tidak
boleh menyediakan maklumat yang lengkap dan apabila murid
tidak boleh memahami maklumat sedia ada.
• ii. Penyelesaian Masalah
– Proses mencari maklumat atau strategi bagi mencapai
matlamat atau usaha- usaha mengatasi rintangan.
– Melibatkan penerangan masalah,penentuan hasrat,
pemilihan cadangan penyelesaian, pemilihan strategi,
pengujian cadangan penyelesaian, penilaian dapatan
daripada cadangan penyelesaian dan mengkaji semula
langkah-langkah yang perlu.
– Kreativiti dan pemikiran kritis diperlukan dalam proses
penyelesaian masalah kerana kedua-dua aspek ini
menentukan kualiti penyelesaian yang diambil.
• iii. Penggubahan
– Merupakan satu proses mewujudkan maklumat baru
untuk mengeluarkan idea secara bertulis atau lisan
melalui gambar, graf, peta minda dan petikan

You might also like