Legasi Tapai Ubi

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 30

TAJUK : LEGASI TAPAI UBI

OLEH : MUHAMMAD HAFIZ BUKHARI BIN MOHD KHADARI


MUHAMMAD ADDEEN BIN ABU BAKAR
GILIRAN NO : 3
 Kesungguhan seorang remaja yang ingin
membuktikan bahawa makanan tradisi(tapai
ubi) dapat menjadi penawar bagi merawat
penyakit berbahaya seperti kanser.
 Sejak kecil lagi Parjo telah membantu emak dan bapanya menjual
tapai ubi. Sebut sahaja ‘tapai ubi Wak Salikon’ semua orang sudah tahu
dan nama Parjo sudah sebati dengan makanan tersebut sehinggakan
rakan-rakan sekolah menggelarnya ‘Parjo Tapai’. Setiap hari Parjo akan
menjual dan menghantar tapai ubi emak dan bapanya itu ke pasar,
warung dan kedai-kedai kampung yang telah membuat tempahan. Pada
mulanya dia berasa malu, namun alah bisa tegal biasa. Proses membuat
tapai ubi agak rumit kerana banyak pantang larang yang perlu dipatuhi,
antaranya tidak boleh memberitahu orang semasa membuat tapai, tidak
boleh terkena kotoran atau minyak dan tidak boleh membuat bising
kerana dikhuatiri tapai tidak menjadi.
.
 Dengan hasil jualan tapai ubi itulah Parjo dan adik-adiknya berjaya
sehingga ke menara gading. Setelah tamat belajar di matrikulasi selama
dua tahun, Parjo berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang
perubatan. Profesor Haidar telah memberikan tugasan kepada Parjo
untuk membuat kajian bagi membuktikan bahawa tapai ubi dapat
membantu mengurangkan serangan kanser. Parjo mendapati bahawa
kanser merupakan antara penyakit yang semakin merebak di dunia
amnya dan Malaysia khasnya sehingga banyak menyebabkan
kematian. Kajian telah dilakukan dengan teliti dan akhirnya dia
mendapati bahawa tapai ubi dapat menghasilkan bakteria yang sangat
bermanfaat kepada manusia, iaitu dapat menghalang pertumbuhan sel-
sel kanser. Hasil kajian Parjo telah mendapat pengiktirafan daripada
pihak universiti dan dibawa ke peringkat antarabangsa.
 Parjo telah membawa emak dan bapanya pada majlis
konvokesyennya. Kajian bertajuk “Tapai Ubi Sebagai
Penghalang Kanser” telah berjaya mengiktirafnya sebagai
Dr. Parjo. Bagi Dr. Parjo, kejayaannya itu ialah hasil
inspirasi emak dan bapanya yang membuat tapai
ubi. Akhirnya, kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon
telah didirikan di kampung Dr. Parjo kerana permintaan
yang semakin meningkat. Dr. Parjo telah menjadi
pensyarah perubatan dan meneruskan kajian tentang
potensi tapai ubi sebagai pencegah alternatif kepada
berbagai-bagai jenis penyakit dengan tumpuan terhadap
penyakit kanser.
 Parjo -anak sulung kepada Wak Salikon. / penerima Ijazah Kedoktoran. /
pensyarah universiti. / taat akan emak dan bapanya - sanggup menghantar tapai
ubi ke kantin sekolah dan warung-warung di kampungnya tanpa membantah. /
bersungguh-sungguh melakukan sesuat - Parjo melakukan kajian bagi
membuktikan bahawa tapai ubi dapat membantu mengurangkan serangan
kanser. / mengenang budi dan tidak melupakan jasa emak dan bapanya
walaupun dia sudah berjaya di menara gading / membantu membesarkan
perusahaan tapai ubi orang tuanya / Seorang yang teliti - proses kajian terhadap
kanser telah dilakukannya mengikut prosedur dan peringkat demi peringkat bagi
memastikan kajian tersebut berjaya.

 Wak Salikon - bapa Parjo / gigih melakukan pekerjaan kerana - menanam pokok
ubi dan seterusnya membuat tapai ubi untuk dijual. / mementingkan pendidikan
anak-anak - menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke menara gading dengan
hasil titik peluhnya menjual tapai ubi. / bercita-cita tinggi - Wak Salikon berhasrat
untuk mengembangkan lagi perniagaan tapai ubinya./ teliti ketika melakukan
pekerjaan - Wak Salikon mengamalkan pantang larang yang perlu dipatuhi
semasa membuat tapai ubi.
 Emak - Emak kepada Parjo dan isteri kepada Wak Salikon.
/ gigih membantu suami - membantu Wak Salikon untuk
membuat tapai ubi. / teliti melakukan kerja - sentiasa
mematuhi pantang larang semasa membuat tapai
ubi./ prihatin terhadap anak - mendengar penjelasan
Parjo bahawa dia berjaya berkat kajiannya terhadap tapai
ubi.

 Profesor Haidar - pensyarah Parjo semasa di universiti. /


mempunyai jambang yang lebat. / berpandangan jauh -
ingin meminta bantuan Parjo dalam kajian tapai ubi yang
dikatakan dapat membantu mengurangkan serangan
kanser.
 Latar Masa

 (a) Waktu pagi. Bapa Parjo telah menjerit dalam loghat Jawanya yang
pekat agar Parjo tidak lupa untuk menghantar tapai ubi ke pasar. Setiap
pagi emak akan melumatkan ragi juga.
 (b) Selepas sembahyang isyak. Emak meneruskan tugasannya
membuat tapai ubi yang dikatakan banyak pantang larangnya.
 (c) Permulaan semester. Profesor Haidar memberitahu Parjo bahawa
mereka ada projek untuk dijalankan, iaitu projek tapai ubi yang
dikatakan dapat mengurangkan risiko serangan kanser.
 (d) Enam puluh hari. Bakteria UL4 tapai ubi didapati mampu bertahan
pada suhu setinggi 121 darjah celsius selama lima belas minit dan suhu
serendah 15 darjah celcius selama enam puluh hari.
 Latar Tempat
 (a) Kampung Wak Salikon. Tempat Parjo menghantar tapai ubi sama ada ke pasar, ke
warung, atau ke kedai kampung.
 (b) Kantin sekolah. Parjo menghantar tapai ubi di kantin sekolah pada setiap hari
sehinggakan dia digelar ‘Parjo Tapai’ oleh kawan-kawannya.
 (c) Rumah Wak Salikon. Tempat emak dan bapa Parjo membuat tapai yang memerlukan
proses pembuatan yang teliti.
 (d) Fakulti perubatan di universiti. Tempat Parjo melanjutkan pelajaran dan tempat
Profesor Haidar mengarahkan dia membuat kajian tentang tapai ubi yang dikatakan dapat
mengurangkan serangan kanser.
 (e) Amerika Syarikat. Tempat yang menunjukkan bahawa kajian kadar kanser payudara di
negara itu adalah berbeza antara kaum, iaitu kes paling tinggi berlaku dalam kalangan wanita
berkulit putih berbanding dengan wanita berkulit hitam atau berketurunan Hispanic atau
berketurunan Asia.
 (f) Kilang perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon. Emak dan bapa Parjo bekerja sebagai
pemilik dan pengurus kilang tersebut dan pengeluaran tapai ubi dipertingkatkan di kilang ini
kerana banyak mendapat tempahan.
 KETAATAN SEORANG ANAK KEPADA
KEDUA IBU BAPANYA
- contohnya,setiap pagi Parjo terpaksa
menjinjit jarung yang berisi tapai ubi
untuk dibawa ke sekolah.Pada masa yang
sama,dia juga membawa tapai ubi itu ke
pasar,warung-warung,kedai kampung dan
ke mana-mana sahaja jika ada tempahan.
 KETELITIAN SEMASA MELAKUKAN
SESUATU.
- contohnya, emak dan bapa Parjo amat teliti
ketika membuat tapai.Terdapat beberapa
pantang larang ketika membuat tapai ubi
seperti tidak memberitahu orang lain semasa
membuat tapai,tidak boleh terkena kotoran
atau minyak dan tidak boleh membuat bising
ketika membuat tapai.
 KANSER YANG BOLEH MENGAKIBATKAN
KEMATIAN.
- contohnya,bilangan pesakit kanser semakin
bertambah.Pada tahun 2000,didapati
sebanyak 1050 346 kes kanser payudara dan
372965 kematian daripada kanser ini
dilaporkan di seluruh dunia.
 MASYARAKAT YANG GIGIH BERUSAHA
UNTUK MENCARI REZEKI.
- Contohnya,Wak Salikon dan isterinya gigih
membuat tapai ubi pada setiap hari.
 MASYARAKAT YANG BERPANDANGAN
JAUH
- Contohnya,Profesor Haidar mengarahkan
Parjo membuat kajian tentang tapai ubi
kerana terdapat penemuan yang
membuktikan bahawa tapai ubi dapat
membantu mengurangkan serangan kanser.
1. PENGARANG TELAH MENGGUNAKAN
AYAT PENDEK.
CONTOH : MAKSUD DR? (HALAMAN 41)
2. DIKSI
CONTOH : PENGGUNAAN LARAS BAHASA
SAINS
- BAKTERIOSIN,ASID LAKTIK
3. PERIBAHASA
CONTOH : NAMUN ALAH BISA TEGAL BIASA
(HLM.32)

4. KATA GANDA
CONTOH : KEMUDIAN UBI ITU DIPOTONG
PENDEK-PENDEK,DALAM SEINCI
SETENGAH PANJANGNYA.
SEJAK KECIL LAGI,PARJO TELAH MENJUAL DAN
MENGHANTAR TAPAI UBI BAPANYA,WAK SILIKON KE
PASAR,WARUNG DAN KEDAI-KEDAI
KAMPUNG.NAMANYA SUDAH SEBATI DENGAN
PANGGILAN “PARJO TAPAI”.DIA BERASA MUAK DENGAN
PANGGILAN ITU,NAMUN LAMA-KELAMAAN DIA SUDAH
TERBIASA DENGAN GELARAN TERSEBUT KERANA DIA
INGIN MEMBANTU EMAK DAN BAPANYA MENCARI
REZEKI.
 PROSES MEMBUAT TAPAI UBI AGAK RUMIT.BERMULA
DENGAN PROSES MENCABUT UBI,MENGOPEK
KULIT,MEMOTONG UBI PENDEK-PENDEK,MENJERANG
AIR,MEREBUS SEHINGGALAH KEPADA PROSES
MENGHASILKAN TAPAI UBI.BANYAK PANTANG LARANG
YANG PERLU DIPATUHI SEMASA MEMBUAT TAPAI
UBI,ANTARANYA TIDAK BOLEH MEMBERITAHU ORANG
LAIN,TIDAK BOLEH TERKENA MINYAK ATAU KOTORAN DAN
PERLU DIBUNGKUS MENGGUNAKAN DAUN PISANG UNTUK
MENGEKALKAN KEWANGIANNYA.MELALUI HASIL JUALAN
TAPAI UBI ITULAH,PARJO DAN ADIK-ADIKNYA BERJAYA
MELANJUTKAN PELAJARAN KE MENARA GADING.
 PROFESOR HAIDAR MENGARAHKAN PARJO MEMBUAT
KAJIAN TENTANG TAPAI UBI YANG DIKATAKAN DAPAT
MEMBANTU MENGURANGKAN SERANGAN
KANSER.PROSES KAJIAN DILAKUKAN DENGAN
MENGENAL PASTI JENIS KANSER,CARA KANSER
MEREBAK DAN LANGKAH MENGESAN KANSER
SEHINGGALAH KEPADA PROSES MEMBUAT UJI KAJI
TINDAK BALAS TAPAI UBI TERHADAP SEL KANSER.
 PARJO BERJAYA MEMBUKTIKAN BAHAWA TAPAI UBI
DAPAT MENGHASILKAN JENIS BAKTERIA YANG SANGAT
BERMANFAAT KEPADA MANUSIA,IAITU DAPAT
MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KANSER.KAJIAN
PARJO TELAH DIIKTIRAF OLEH PIHAK UNIVERSITI DAN
DIBAWA KE PERINGKAT ANTARABANGSA.PARJO TELAH
BERJAYA MEMPEROLEH IJAZAH KEDOKTORAN DAN
BERGELAR DR.PARJO.
 DR.PARJO BERTUGAS SEBAGAI PENSYARAH.DIA MASIH
MENERUSKAN KAJIAN TENTANG POTENSI TAPAI UBI
SEBAGAI PENCEGAH ALTERNATIF KEPADA PELBAGAI
JENIS PENYAKIT YANG LAIN,TERUTAMANYA PENYAKIT
KANSER.PERNIAGAAN TAPAI UBI BAPANYA DI KAMPUNG
SEMAKIN BERKEMBANG SEHINGGALAH TERBINANYA
KILANG PERUSAHAAN TAPAI UBI WAK SALIKON.
 DIALOG
CONTOH : “KEJAYAAN SAYA SEBENARNYA
HASIL INSPIRASI EMAK DAN BAPA
SAYA”JAWABKU SAMBIL
MEMPERKENALKAN BAPA DAN EMAK
KEPADA KAWAN-KAWAN DAN
PENSYARAH.
(HALAMAN 41)
MONOLOG
CONTOH : “WAH,INI MENARIK...!”BISIK HATI
KECILKU SENDIRIAN.(HALAMAN 39)

KEJUTAN
CONTOH : “PROJEK TAPAI UBI!”SPONTAN
SAHAJA JAWAPAN PROFESOR
HAIDAR.(HALAMAN 34)
KEGIGIHAN.
CONTOHNYA,PARJO BERSUNGGUH-
SUNGGUH MEMBUAT KAJIAN TAPAI UBI
YANG DIKATAKAN MAMPU
MENGURANGKAN SERANGAN KANSER.
KESYUKURAN
CONTOHNYA,SEMASA DISOAL OLEH
WARTAWAN,PARJO MENGATAKAN
BAHAWA KEJAYAANNYA IALAH HASIL
INSPIRASI EMAK DAN BAPANYA YANG
MENGUSAHAKAN PERNIAGAAN TAPAI UBI.
KEGIGIHAN
CONTOHNYA,PARJO BERSUNGGUH-
SUNGGUH MEMBUAT KAJIAN TAPAI UBI
YANG DIKATAKAN MAMPU
MENGURANGKAN SERANGAN KANSER.
 KITA HARUSLAH RAJIN MENCARI REZEKI
SEPERTI WAK SALIKON YANG PAGI-PAGI
LAGI AKAN KE KEBUN UNTUK MENCABUT
UBI,MANAKALA EMAK PARJO AKAN
MENGOPEK KULIT UBI ITU.PARJO PULA
AKAN MEMBANTU EMAKNYA MEMOTONG
UBI TERSEBUT.
 KITA MESTILAH MENGHARGAI JASA IBU
BAPA.CONTOHNYA,SETELAH PARJO
BERJAYA,DIA TELAH MEMBUKA KILANG
PERUSAHAAN TAPAI UBI WAK SALIKON
IAITU BAPANYA DI KAMPUNGNYA DAN
TELAH MELANTIK EMAK DAN BAPANYA
SEBAGAI PENGURUS KILANG TERSEBUT.

You might also like