Minggu 3 GCI1022 New

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

Topik 2 : Isu-Isu Konflik Dunia

Semasa
• Isu Timur Tengah
- Masalah konflik Palestin-Israel
• Konflik Israel-Palestin merupakan satu
pertikaian yang masih berlangsung antara
Israel dan orang Arab Palestin.
• Konflik Israel-Palestin ini merupakan
sebahagian daripada Konflik Arab-Israel yang
lebih besar.
• Pada dasarnya, konflik kini merupakan
pertikaian antara dua kumpulan mengenai
tuntutan kawasan tanah yang sama.
• Palestin terletak di wilayah yang dinamakan
Bulan Sabit Subur, sebuah kawasan yang pada
hari ini meliputi Iraq, Syria, Lubnan, Jordan,
Israel, Gaza, dan Tebing Barat.
• Disebabkan kawasan tanahnya yang subur,
luas, dan kedudukan geografinya yang penting
sebagai penghubung komunikasi antara Afrika,
Asia, dan Eropah, Palestin sering ditakluk
sehinga lebih kurang 30 kali dalam sejarahnya
yang telah menjangkau 5000 tahun.
• Bangsa Kanaan merupakan kaum nomad yang sampai
ke Palestin dari padang pasir beribu-ribu tahun
sebelum kedatangan Nabi Isa a.s. dan mereka
merupakan bangsa pertama yang menghuni kawasan
tersebut.
• Mereka menamakan negara mereka sebagai Kanaan
(Canaan). Perkataan Palestin dicipta oleh orang Yunani
yang membawa maksud tanah air orang Philistina atau
Filastin dalam bahasa Arab.
• Pada abad ke 19 dan 20, sebahagian besar tanah
Palestin telah diceroboh oleh pendatang Yahudi dari
Eropah dan pada tahun 1948 mereka mengisytiharkan
penubuhan negara Israel di sebahagian besar tanah
Palestin setelah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) mengundi untuk memecahkan Palestin yang
diperintah dengan mandat antara bangsa Arab Palestin
dengan Yahudi.
Sejarah konflik
• 1900 an, orang Yahudi berselerak di Eropah
• Semangat nasionalisme (Zionisme) makin
menebal – ingin kembali ke Palestin (ancestral
land)
• Semasa Perang Dunia Kedua – ramai orang
Yahudi dianiayai khasnya oleh Hitler
(Holocaust – 6 juta orang Yahudi dibunuh)
• Lebih ramai berhijrah ke Palestin dan
keinginan membentuk negara Yahudi muncul
• Perang-perang berterusan antara orang
Palestin dan Israel
• Selepas Perang Dunia Kedua
• 1947 – PBB bersetuju membentuk negara
Israel dari tanah Palestin (masa itu Palestin di
bawah Britain)
• 55% tanah Palestin diberi kepada Israel
• Perang antara 5 negara Arab dengan Israel
• Israel menang dan menawan 78% daripada
tanah Palestin. Ramai orang Palestin menjadi
pelarian
• Usaha menyelesaikan konflik Israel-Palestin
terutamanya melibatkan kawasan garisan sempadan
bermula selepas PBB meluluskan resolusi
membahagikan Palestin (negara mandat di bawah
pentadbiran British) kepada wilayah Arab dan
wilayah Yahudi pada 1947.
• Penduduk Arab menolak ketetapan itu hingga
mencetuskan Perang Arab-Israel pertama sebaik
sahaja peristiwa ‘penubuhan’ negara Israel pada 15
Mei 1948.
• Kemenangan berpihak kepada Israel dan rejim
Zionis berjaya menawan beberapa wilayah
sekali gus .
• Beberapa siri rundingan bersama negara di
rantau Arab diadakan semula di bawah
Perjanjian Rhodes pada 1949.
• Bagaimanapun, peperangan susulan dilancarkan
selama enam hari pada 5 hingga 10 Jun 1967 di Timur
Tengah sekali lagi menyebabkan sebahagian besar
wilayah di rantau itu ditawan Israel.
• Ia menjadi kekalahan besar kepada Mesir, Syria dan
Jordan serta menyaksikan Masjid Al-Aqsa terletak di
kawasan Baitulmaqdis Timur dikuasai rejim Zionis
sehingga kini.
• Pada November 1967, PBB mengeluarkan Resolusi 242
menggesa Israel berundur semula ke sempadan
(garisan hijau) seperti ditetapkan dalam perjanjian
pada 1949. Tetapi permintaan ini ditolak Israel.
• Perang 1967 – Israel berjaya menawan baki
22% tanah Palestin (Tebing Barat/West Bank
dan Jalur Gaza/Gaza Strip)
• Konflik bertambah antara Palestin dan Israel.
Map of Israel
• Banyak percubaan telah dibuat untuk membantu
mencipta sebuah “penyelesaian dua negara” yang
melibatkan penciptaan sebuah negara Palestin
merdeka di samping Israel.
• Pada masa ini, kebanyakan orang Israel dan Palestin
bersetuju bahawa sebuah penyelesaian dua negara
merupakan cara yang terbaik untuk menamatkan
konflik.
• Kebanyakan orang Palestin melihatkan Tebing Barat
dan Jalur Gaza sebagai sebahagian kawasan negara
masa hadapan, suatu sudut pandangan yang juga
diterima oleh kebanyakan orang Israel.
• Walaupun demikian, sebilangan ahli akademik yang
kecil menyokong penyelesaian satu negara , dengan
semua kawasan Israel, Jalur Gaza, dan Tebing Barat
menjadi sebuah negara dengan hak yang sama untuk
semua penduduk.
• Sejak tahun 2006, pihak Palestin telah dipecah belah
oleh konflik antara dua puak yang utama : Fatah, parti
yang terbesar, dan Hamas, sebuah kumpulan militan
Islam.
• Oleh sebab itu, wilayah yang dikuasai oleh Pihak
Berkuasa Nasional Palestin (kerajaan interim Palestin)
berpecah belah antara Fatah di Tebing Barat dengan
Hamas di Jalur Gaza.
• Ini terbukti menimbulkan masalah kerana Hamas
dianggap sebagai sebuah pertubuhan pengganas oleh
Israel dan banyak negara yang lain.
• Oleh itu, walaupun Hamas memenangi pilihan raya
Palestin 2006, ia tidak dibenarkan mengambil bahagian
dalam sebarang perundingan rasmi.
• Ciri utama konflik ini ialah tahap keganasan
yang disaksikan pada sepanjang konflik
tersebut.
• Korban perang yang diadakan oleh askar
tetap, kumpulan separa tentera, dan sel
pengganas tidak hanya terhad kepada para
tentera, malahan banyak nyawa orang awam
bagi kedua-dua pihak juga dikorbankan.

You might also like