a. Pergerakan mekanikal ialah sistem yang membolehkan barang berfungsi, bergerak atau berputar b. Pergerakan dihasilkan secara manual(mesin pengisar air batu), enjin(mesin pemotong rumput, mesin pembancuh simen) atau motor elektrik(mesin gerudi, mesin basuh) MANUAL ENJIN MOTOR JENIS PERGERAKAN 2.1.2 Jenis Pergerakan Mekanikal Pergerakan mekanikal ada 2 jenis : • Gerakan lurus • Gerakan putaran A. Gerakan Lurus - Sistem sesuatu objek yang bergerak dalam satu garisan lurus. - Arah pergerakan tak berubah, perubahan hanya berlaku pada arah halaju sahaja. input proses output - Pergerakan mekanikal digunakan untuk memindahkan input, melalui proses untuk hasilkan pergerakan lain iaitu output. B. Gerakan Putaran Terjadi apabila sistem sesuatu objek berpusing. Contohnya : mesin gerudi, mesin jahit. 2.1.3 Takal Dan Tali Sawat a. Takal dan Tali Sawat digunakan dalam mesin jahit, mesin gerudi, mesin gergaji meja. b. Tali sawat menghubungkan takal pemacu dengan takal dipacu. c. Takal berfungsi untuk memindahkan gerakan atau kuasa. d. Contoh penggunaan takal : kren, mesin basuh, lif. e. Cara menambah atau mengurangkan kelajuan sistem takal dan tali sawat : - Bagi mendapatkan kelajuan rendah, guna takal bersaiz besar - Bagi mendapatkan kelajuan tinggi, guna takal bersaiz kecil TAKAL DAN TALI SWAT 2.1.4 GEAR - Gear berfungsi sebagai a. penghantar kuasa atau penggerak mesin menerusi Aci yang memegang gear ini. b. Penghubung bahagian yang berputar c. Penukar kelajuan mesin - Jenis-jenis Gear : 1. Gear Taji - untuk memindahkan tenaga antara aci yang selari (kit robot, kereta mainan) 2. Gear Serong - untuk memindah tenaga daripada satu aci kepada aci lain yang bersudut.(mesin gerudi tangan) 3. Gear Belitan - digunakan untuk mengurangkan kelajuan dan memindah tenaga putaran aci pada sudut bersilang.(gear pada jaring tenis,sepana boleh laras.) 4. Gear Rak dan Pinan - digunakan untuk memindahkan gerakan putaran kepada gerakan lurus atau sebaliknya. - contoh : stereng kereta, gerudi meja, pintu pagar bermotor. 5. Gear Heliks - untuk sistem gear kereta - berbentuk heliks dan mempunyai sistem kelajuan tinggi. 2.2 Pengenalan Pergerakan Elektromekanikal • Elektromekanikal ialah satu sistem yang menggunakan tenaga elektrik dan komponen elektronik yang kompleks. • Contoh peralatan : kamera, pemacu cakera, mesin layan diri. • Peralatan elektromekanikal menggunakan sistem pemprosesan berikut :
Tenaga elektrik Penghasilan
INPUT PROSES OUTPUT Suis tekan Litar elektrik Produk Perbezaan Antara Sistem Mekanikal dan Sistem Elektromekanikal
Sistem Mekanikal Sistem Elektromekanikal
1. Menggunakan 1. Menggunakan tenaga tenaga elektrik atau manual/enjin/tangan bateri 2. Binaannya mudah 2. Binaannya kompleks 3. Tidak mempunyai dan sukar dicipta komponen elektronik 3. Mempunyai komponen elektrik LATIHAN PENGUKUHAN 1. Senaraikan empat jenis gear mekanikal yang telah anda pelajari beserta satu contoh alat yang menggunakannya. 2. Nyatakan maksud mekanikal…. 3. Lukiskan gambar sistem takal, tali sawat dan aci bagi sebuah basikal dan labelkan bahagian-bahagian tersebut…