Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

PIAGAM KEADILAN DIRAJA

Royal Charter of Justice


Oleh:
Muhammad Syakirin Bin Ariffin

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU, KL


Pengenalan Perundangan
Penjajahan Inggeris

 Pada 11 Ogos 1786, Francis Light menaikkan bendera


Union Jack di Pulau Pinang.

 Bagaimanapun ketika ini, undang-undang Inggeris tidak


terus berkuatkuasa secara formal di Pulau Pinang.
 Ini dibuktikan dalam kes pembunuhan oleh James Sudds
yang dituduh membunuh tetapi telah dibebaskan oleh
Mahkamah Agung Calcutta atas alasan Pulau Pinang
tidak berada dalam bidang kuasanya.
 Manakala untuk pentadbiran keadilan penduduk
bumiputera, undang-undang adat yang dipengaruhi Islam
tetap diteruskan tetapi ditambah/ubah atas pengaruh
pemerintah Inggeris.
Piagam Keadilan Diraja
Pertama 1807

 Piagam Keadilan Diraja Pertama (Royal Charter of Justice) telah ditubuhkan


pada tahun 1807 merupakan peristiwa penting kerana menjadi penanda
bermulanya undang-undang bertulis Inggeris yang pertama.

 Pembentukan piagam ini telah memberikan Syarikat Hindia Timur


Inggeris hak daripada Kerajaan Diraja British untuk mengadakan mahkamah
yang dikenali sebagai Mahkamah Keadilan Pulau Pinang (Court of
Judicature of the Prince of Wales Island).
 Mahkamah ini ditubuhkan kerana pihak pentadbiran Inggeris Pulau
Pinang menghadapi berbagai kesulitan di dalam membicara dan
menghukum orang-orang yang dituduh melakukan berbagai
jenayah.
 Sebelum tarikh tersebut mahkamah dan undang-undang yang
khusus dengan kuasa-kuasa tertentu tidak pernah dilaksanakan di
dalam pentadbiran Inggeris di Pulau Pinang.
 Kebanyakan perbicaraan dan hukuman yang dijalankan di dalam
tempoh tersebut dilakukan dalam keadaan pentadbiran yang
tergempar dan di dalam kes-kes yang besar pihak pentadbiran Pulau
Pinang terpaksa merujuk kepada pihak berkuasa Inggeris di India.
 Dalam tulisan seorang pengkaji Barat iatu MB Hooker,
beliau menulis selepas menduduki Pulau Pinang pada
tahun 1786, Inggeris telah berusaha bersungguh-
sungguh membawa undang-undang mereka ke sini

 Mereka menubuhkan mahkamah dan melantik hakim-


hakim yang mahir dengan Undang-undang Inggeris
untuk bertugas dan mengadili kes-kes di Tanah Melayu.
 Mahkamah ini mengandungi seorang Presiden atau Gabenor,
tiga orang pegawai perunding sebagai Hakim dan seorang
Perekod Mahkamah yang mempunyai satu kedudukan
istimewa.

 Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa

akta jika Perekod tidak hadir.


 Mahkamah ini mempunyai semua kuasa seperti Mahkamah Tinggi di
England dan mempunyai kuasa-kuasa sepenuhnya terhadap
sebarang kes awam dan jenayah.
 Sempena penubuhan mahkamah ini satu istiadat mengangkat
sumpah telah dilakukan oleh Gabenor dan Hakim-Hakim dan hormat
Diraja telah dibuat dengan tembakan meriam berhampiran dengan
Fort Conwallis.
 Mahkamah ini sebenarnya ditubuhkan untuk menjamin
keselesaan rakyat British dari segi keselamatan peribadi
dan keselamatan harta benda.

 Mahkamah ini juga menjamin rakyat tempatan dari segi


kebebasan beragama dan kebebasan meneruskan adat
istiadat tradisi masing-masing
Piagam Keadilan Diraja
Kedua 1826 & Ketiga 1855
 Piagam Keadilan Diraja Kedua pula diberikan pada tahun
1826, untuk meluaskan kuasa Mahkamah-mahkamah
Keadilan Prince of Wales Island ke Singapura dan Melaka.
 Piagam Ketiga pula diberikan pada tahun 1855 untuk
menyusun semula mahkamah yang telah diwujudkan pada
masa itu.
 Semua ini bertujuan untuk mengangkat taraf Undang-undang
Inggeris dan secara tidak langsung menenggelamkan serta
menyisihkan Undang-undang Islam yang dulunya diamalkan
sebagai undang-undang tempatan.
 Campur tangan secara langsung terhadap urusan
kekeluargaan orang Islam di Tanah Melayu juga telah
berlaku pada tahun 1880.
 Inggeris telah memperkenalkan satu Ordinan yang
dipanggil Muhammedan Marriage Ordinance (Ordinance
no. 5, 1880).
 Ordinan ini digubal dengan tujuan untuk menetapkan
sejauh mana Undang-undang Islam boleh diterima dan
diiktiraf oleh mahkamah
Rujukan

Buku

 Jelani Harun. 2008. Undang-undang Kesultanan Melayu dalam Perbandingan. Pulau


Pinang: Penerbit USM

 Ruzian Markom. 2003. Apa itu Undang-undang Islam. Bentong: PTS Publication &
Distributors Sdn. Bhd.

Kertas Kerja

 Prof. Madya Dr. Abdullah @ Alwi Hj Hassan. 1997. Kertas kerja bertajuk
‘Permasalahan Intelektual Dalam Pembinaan Hukum Islam Semasa Di Malaysia’
dibentang di Seminar Hukum Islam Semasa Peringkat Kebangsaan pada 17-18 Jun
1997

http://eprints.um.edu.my/13718/1/0001.pdf
Internet

 http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=6572

 http://rozalsurveyor.blogspot.my/2011/03/sejarah-perundangan-
malaysia.html

Kertas Kerja

 Prof. Madya Dr. Abdullah @ Alwi Hj Hassan. 1997. Kertas kerja bertajuk
‘Permasalahan Intelektual Dalam Pembinaan Hukum Islam Semasa Di
Malaysia’ dibentang di Seminar Hukum Islam Semasa Peringkat
Kebangsaan pada 17-18 Jun 1997

http://eprints.um.edu.my/13718/1/0001.pdf

You might also like