Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

Perkembangan Pendidikan di

Malaysia Sebelum Merdeka

• Sistem Pendidikan Pondok


• Sistem Pendidikan Vernakular
• Laporan Cheeseman
• Laporan Barnes
• Laporan Fenn-Wu
• Ordinan Pelajaran 1952
Maksud institusi pondok :
perkataan pondok berasal daripada perkataan Arab
fuduqun yang bererti rumah tumpangan atau tempat
penginap para pengembara. Dalam konteks institusi
pendidikan Islam, ia dikaitkan dengan rumah-rumah
kecil yang didirikan sebagai tempat tinggal pelajar,
berhampiran surau atau madrasah dan rumah tuan
guru di sebuah kawasan khas

Erti pendidikan :
Proses pemindahan ilmu dan budaya sama ada secara
formal atau tidak formal. Institusi pondok adalah
sistem pendidikan secara formal dan tinggi.
Perkembangan kewujudan institusi pondok :
• Institusi pendidikan sebegini dikatakan bermula
dengan kedatangan seorang guru agama atau
ulama dari luar mengajar ilmu agama kepada
orang-orang kampung di mana pengajaran
dilakukan secara ikhlas atau sukarela kerana
Allah s.w.t.
• Dengan pertolongan orang-orang kampung ,
rumah guru dan pondok didirikan dalam satu
kawasan berdekatan. Tempat terdirinya
kediaman berkenaan biasanya milik guru
berkenaan atau diwakafkan oleh individu-
individu tertentu.
Ilmu agama :
Antara mata pelajaran yang diajar ialah tauhid, tafsir, fekah,
nahu saraf, hadis, doa-doa yang ada kaitan dengan
kehidupan seharian. Para pelajar juga didedahkan dengan
kaedah menulis dan menguasai kaedah jawi dan bahasa
Arab.

Ilmu perubatan :
Sesetengah institusi pendidikan pondok mendedahkan
ilmu perubatan tradisional yang menggunakan bahan-
bahan seperti akar kayu di samping jampi-jampi yang
menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Antara kitab yang
berkaitan ialah Tashil al Manafi fi al Tibbi wa al Hikmah,
Kitab Mujarabad dan lain-lain.
Bahasa pengantar :
Pembelajaran dijalankan dalam bahasa
Melayu memandangkan banyak kitab-
kitab Arab telah diterjemahkan ke dalam
bahasa Melayu.
• Masalah polarisasi telah wujud sejak zaman
penjajahan British lagi.
• Pemerintahan mereka pada masa itu
mempunyai dasar yang mengekalkan struktur
kelas dan sosioekonomi kaum-kaum tertentu.
• Pihak British tidak menyediakan satu sistem
persekolahan yang bersepadu.
• Sebaliknya mereka membiarkan kewujudan
sistem pendidikan yang berbagai-bagai aliran
termasuk aliran Inggeris, Melayu, Cina dan
Tamil atau lebih dikenali sebagai sekolah
vernakular.
Ciri-ciri :
• Setiap sekolah khusus untuk satu kaum
tertentu sahaja.
• Setiap sekolah menggunakan bahasa
pengantar, buku teks dan sukatan pelajaran
yang berbeza.
• Sekolah dibina di kawasan tertentu seperti di
ladang, bandar dan kampung.
• Tidak menyediakan pelajaran vokasional dan
teknikal.
Akibatnya, terdapat lima jenis sekolah di
Tanah Melayu, iaitu :

• Sekolah Melayu
• Sekolah Cina
• Sekolah Tamil
• Sekolah Inggeris
• Sekolah agama
Sistem Vernakular
• Sistem pendidikan yang sedemikian tidak
dapat melahirkan perpaduan antara kaum di
negara ini.
• Tumpuan taat setia setiap kaum adalah
adalah kepada negara asal mereka.
• Tujuannya ialah untuk memenuhi keperluan
sektor tertentu dalam ekonomi zaman
berkenaan.
• Walaupun akhirnya bilangan penuntut
meningkat dengan pengetahuan
berorentasikan pendidikan Inggeris sehingga
ke hari ini, namun peluang-peluang
menggunakan kelayakan tersebut sebagai
mobiliti ke atas tidak terbuka kepada golongan
rendah.
• Oleh itu, perbezaan kelas terus kekal dan
dapat dilihat dan dirasai sehingga ke hari ini.
Laporan Cheeseman
Rancangan Cheeseman

• Selepas Perang Dunia Kedua, kerajaan Inggeris


cuba menyusun semula sistem pendidikan di
Tanah Melayu.
• Tujuan utamanya ialah membaiki sistem
pendidikan dan menyatukan aliran yang berlainan
dalam sukatan pendidikan.
• Tetapi Rancangan Cheeseman hanya
menumpukan perhatian peringkat sekolah rendah
sahaja.
• Rancangan ini ditolak kerana sekolah-sekolah
menengah masih dibentuk mengikut aliran bahasa
ibunda masing-masing.
Aspek Penting:
1. Kanak-kanak tidak perlu membayar yuran jika
mereka menghadiri sekolah vernakular pada
peringkat rendah.
2. Pelajar di sekolah rendah berpeluang
mempelajari bahasa Inggeris.
3. Sekolah menengah terdiri daripada dua jenis
sahaja.
4. Pendidikan vokasional seperti yang termaktub
dalam Laporan Pelajaran 1938 hendaklah
dilaksanakan sepenuhnya.
Laporan Barnes
• Mengikut laporan ini, kewujudan sekolah
vernakular tidak menyumbang kepada perpaduan
kaum di mana syor Jawatankuasa Barnes adalah
membubarkan sekolah-sekolah vernakular Melayu,
Cina dan Tamil dan menggantikannya dengan satu
jenis sekolah sahaja iaitu sekolah kebangsaan.

• Langkah yang diambil oleh British ini dilihat


mampu mencapai hasrat untuk mewujudkan
perpaduan kerana murid-murid daripada tiga kaum
utama tersebut akan mempunyai masa dan ruang
untuk berinteraksi di satu sekolah yang sama.
Hasilnya beberapa saranan telah dibuat oleh
Penyata Barnes, iaitu:

• Dibentuk satu pendidikan yang bercorak


kebangsaan
• Menubuhkan hanya satu corak sekolah yang
disebut sekolah kebangsaan (National School)
untuk semua kaum
• Sekolah kebangsaan dibuka kepada semua
kaum
• Menggunakan dua bahasa pengantar, iaitu
bahasa Melayu dan Inggeris.

• Sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil


dihapuskan di peringkat menengah dan
selanjutnya digunakan bahasa Inggeris sahaja.
Walau bagaimanapun, penyata Barnes telah
ditolak oleh semua kaum.

(a) Penolakan Kaum Melayu:

• Mereka tidak puas hati dengan pendidikan


Melayu yang tidak diberi kedudukan yang wajar.
• Pendidikan Melayu seolah-olah menumpang di
sekolah Inggeris.
(b) Penolakan Kaum Cina
• Mereka menentang penghapusan pendidikan Cina
kerana mereka menganggap pendidikan Cina sebagai
salah satu kebudayaan mereka.
• Menghauskan pendidikan Cina bererti menghapuskan
salah satu kebudayaan kaum Cina.
• Orang-orang Cina meminta supaya diadakan satu
jawatankuasa mengkaji kedudukan pendidikan aliran di
Tanah Melayu.

(c) Penolakan Kaum India


• Mereka sependapat dengan kaum Cina.
Laporan Fenn-Wu
Laporan Fenn-Wu mendapati bahawa:

1. Orang Cina perlu diberikan peluang untuk


membentuk kebudayaan.
2. Orang Cina digalakan menguasai Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris.
3. Orang Cina digalakkan menguasai ketiga-tiga
Bahasa.
4. Pengajaran BC,BI dan BM hendaklah diperbaiki.
5. Guru terlatih bagi sekolah Cina tidak mencukupi.
6. Bantuan kewangan untuk sekolah Cina perlu
ditambah.
7. Buku teks sekolah Cina perlu disemak dan
dimasukkan unsur-unsur masyarakat tempatan.

8. Dasar Pendidikan Negara perlu ke arah matlamat


untuk membentuk kewarganegaraan Melayu.

9. Sekolah mesti menyediakan kanak-kanak


menempuh aspek kehidupan berdasarkan latar
belakang kehidupan masyarakat Melayu.
• Laporan Barnes 1950 mendapat tentangan
daripada kaum Cina dan atas desakan kaum
Cina, maka laporan Fenn-Wu pula dihasilkan
pada tahun 1951 sebagai usaha dan bertujuan
untuk mempertahankan kepentingan
pendidikan kaum Cina.

• Oleh itu, atas dasar menjamin perpaduan dan


kesejahteraan negara segala perubahan dalam
sistem pendidikan diterima atas kehendak dan
kepentingan rakyat.
Jawatankuasa ini telah menyetujui beberapa
perkara dalam Laporan Barnes dan Fenn-
Wu iaitu:

• Sistem sekolah kebangsaan akan


dilaksanakan secara berperingkat-
peringkat.
• Di samping bahasa ibunda diajar di
sekolah-sekolah Cina dan Tamil, bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris akan
digunakan juga sebagai bahasa pengantar.

You might also like