Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 25

TEKNIK MENULIS NOTA

YANG BERKESAN

PUAN NOR SHAKIRAH BT SAAD


KAUNSELOR
SMK KENINGAU II
NOTA
 Nota ialah catatan-catatan yang kita ambil dan
kita sediakan daripada pelbagai sumber untuk
tujuan ulang kaji.

SUMBER: buku teks, buku rujukan, perbincangan


berkumpulan, pengajaran guru ataupun ceramah.
KEPENTINGAN MEMBUAT NOTA
 Belajar awal dan membuat nota pada peringkat
awal dapat menimbulkan semangat yakin pada
kebolehan diri.
 Pelajar boleh mengulangkaji dengan lebih
sistematik dan tidak perlu membaca bahan
bacaan yang banyak pada saat akhir.
CIRI-CIRI NOTA YANG BAIK
1. Terdiri daripada isi-isi penting (utama)

2. Nota biarlah terang, kemas dan mudah dibaca

3. Nota ditulis di dalam buku catatan yang khas untuk sesuatu


mata pelajaran

4. Catatkan isi-isi penting sahaja, dengan menggunakan ayat


sendiri.

5. Gunakan dalam bentuk point

6. Gunakan ejaan yang pendek tapi anda boleh faham

7. Gunakan pen pelbagai warna untuk menarik perhatian


mata dan minda anda, seterusnya membawa kepada
penumpuan ketika membaca
 Kebanyakan perkataan dalam nota adalah
kurang berfungsi.

“Nama sebenar saya ialah Saiful. Saya tinggal


di Pulau Pinang.”

 2 daripada 9 perkataan sahaja penting.


Bermakna hampir 80% perkataan kurang
penting. Jangan bazirkan masa kita kepada
80% ini. Fokus pada golongan 20% sahaja
Adakah kamu menyediakan nota sendiri sejak awal lagi?
Bagaimana bentuk nota kamu?

TEKNIK MEMBUAT NOTA


LANGKAH PERTAMA
 Buat persediaan yang lengkap, misalnya
sediakan pen, pensel, kertas dan buku.
*12 batang pen berlainan warna/ highlighter.
LANGKAH KEDUA
 Mula membaca buku teks dan buku
rujukan. Bacalah mengikut bab atau
topik. Sambil membaca, kata kunci atau
kata penting diwarnakan. Pada masa yang
sama, fahamkan betul-betul maklumat
yang dibaca.
LANGKAH KETIGA
 Sehelai kertas bersaiz A4 dilipat kepada
empat bahagian atau kolum. Setiap kolum
boleh dibahagikan kepada dua bahagian
(subtopik) untuk satu bab ataupun kamu
boleh jadikan keempat-empat kolum itu
untuk satu bab sahaja. Di sebelah belakang
kertas itu pula satu bab yang lain.
LANGKAH KEEMPAT
 Tuliskan tajuk nota yang hendak dibuat.
Gunakan pen yang berlainan warna. Nota
dicatat seringkas-ringkasnya.
LANGKAH KELIMA
 Kenal pasti kata kunci. Gunakan formula
 ( 4W + H).
* What- apa * Why- kenapa * When- bila * Where- di mana *
How-Bagaimana
LANGKAH KEENAM
 Setelah kata kunci ditulis, gunakan
highlighter untuk tajuk dan perkara-
perkara yang penting. Pastikan kamu
gunakan warna yang selari untuk semua
nota supaya fikiran kamu tidak keliru.

*Misalnya, jika warna kuning untuk isi-isi penting, maka gunakan


warna yang sama untuk subjek lain pula. Contohnya, tarikh
penting – warna merah, nama tokoh – warna biru.
LANGKAH KETUJUH
 Catatkan isi-isi sahaja seperti definisi,
keterangan dan penjelasan.
* Semasa tulis nota ringkas, GUNAKAN:
1. Perkataan atau prasa yang penting
2. Singkatan: misalnya: dgn= dengan, spt= seperti, U.K.= United
Kingdom
3. Lukisan atau lakaran
Pelajar juga boleh menggunakan bentuk nota seperti nota objektif,
jadual, carta aliran dan gambar rajah
LANGKAH KELAPAN
 Setelah nota disiap ditulis, kamu boleh
menghafalnya. Jangan lupa tinggalkan
sedikit ruang untuk menambah isi penting
apabila guru mula mengajar.
LANGKAH KESEMBILAN
 Ambil sampul surat panjang. Tuliskan mata
pelajaran. Kemudian, masukkan nota itu
mengikut mata pelajaran. Bawalah nota itu
ke mana-mana shj anda pergi . Jika ada
masa terluang , silalah baca .
PERINGATAN..
 Untuk subjek yang melibatkan pengiraan
seperti Matematik, pelajar DIGALAKKAN
menyediakan sebuah buku khas untuk
membuat latihan pengiraan. Latihan perlu
dibuat selalu agar pelajar biasa dengan
corak soalan.
Subjek : Sejarah Dunia (tingkatan 4)
Tajuk : Dari Gua ke Perkampungan Awal (bab 1)
1 . Zaman Paleolitik

 Tidak tinggal tetap di sesuatu tempat- Manusia


hidup berpindah-randah dlm kelompok yg
kecil
 Tempat tinggal- di dlm gua – di bwh ranting-
ranting yg ditutup dgn rumput-rampai
 Sumber makanan – tumbuhan liar,haiwan
 Aktiviti- memburu binatang untuk dimkn
 Peralatan harian – diperbuat drp batu & tulang
PETA MINDA
 Mengikut seorang penulis Dilip Mukerjea
(1996) dalam bukunya bertajuk
“Superbrain”, melalui pemetaan minda
seseorang itu dapat… “learn MORE,
remember MORE, use LESS paper, invest
LESS effort…” yang membawa maksud
penggunaan peta minda dapat
memperolehi ilmu pengetahuan yang
lebih banyak, mempertingkatkan daya
ingatan tanpa merugikan terlalu banyak
kertas serta tenaga.
PERSEDIAAN MEMBUAT PETA MINDA

 Tenangkan hati dan pasang niat untuk belajar.


 Tingkatkan konsentrasi. Pastikan suasana tenang ,
hindarkan sebarang gangguan yang boleh memberi
kesan terhadap penumpuan belajar.
 Baca teks keseluruhan, terutama tajuk penting ,
pendahuluan , subtajuk , kesimpulan , soalan / latihan ,
gambar rajah dan carta.
 Baca keseluruhan teks dengan laju.
 Baca dengan sederhana laju dan tandakan fakta-fakta
penting.
 Kenal pasti tajuk utama dan subtajuk yang hendak
dimasukkan ke dalam peta minda.
 Bina peta minda.
PETA MINDA
SEKIAN, TERIMA
KASIH….

SELAMAT MAJU JAYA!

You might also like