Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

PROSES PENGHASILAN

KONSONAN
MOHD PIHIN & SITI SARAH
FONETIK DAN FONOLOGI
IPG KAMPUS KENINGAU
PRAKATA
• Konsonan merupakan bunyi yang dihasilkan selain daripada bunyi vokal.
• Konsonan terbahagi kepada dua iaitu konsonan bersuara dan konsonan tidak
bersuara.
• Melibatkan getaran pita suara adalah konsonan bersuara.
• Tidak melibatkan getaran pita suara adalah konsonan tidak bersuara.
• Dalam konteks bahasa Melayu, konsonan terbahagi kepada dua iaitu
konsonan asli dan konsonan pinjaman.
INDEKS
• SENGAUAN
• SISIAN
• SEPARUH VOKAL
KONSONAN SENGAUAN
• Bunyi sengau terhasil apabila lelangit lembut diturunkan membolehkan udara
keluar melalui rongga hidung.
• Dalam Bahasa Melayu, bunyi sengau dihasilkan dengan pita suara bergetar.
• Kesemua bunyi sengau adalah bersuara.
• Terdapat empat bunyi konsonan sengau iaitu [m], [n], [ny/ɲ] dan [ng/ŋ].
KONSONAN SENGAUAN [m]
• [m] merupakan konsonan sengau dua bibir bersuara.
• Cara membunyikan [m] ialah:
 Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara.
 Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus dari paru-paru ke
rongga hidung.
 Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung.
 Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.
 Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.
• Contoh perkataan: [macam], [lumba], [badam]
KONSONAN SENGAUAN [n]
• [n] merupakan konsonan sengau gusi bersuara.
• Cara membunyikan [n] ialah:
 Hujung lidah dinaikkan pada gusi/gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara.
 Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke
rongga hidung.
 Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.
 Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.
 Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.
• Contoh perkataan: [naga], [tanah], [laman]
KONSONAN SENGAUAN [ŋ/ng]
• [ŋ] merupakan konsonan sengau lelangit lembut bersuara.
• Cara membunyikan [ŋ] ialah:
 Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara.
 Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paru-
paru masuk ke rongga hidung.
 Pita suara dirapatkan dan digetarkan.
 Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung.
 Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan perlahan-lahan.
• Contoh perkataan: [ŋilu], [biŋka], [lalaŋ]
KONSONAN SENGAUAN [ɲ/ny]
• [ɲ] merupakan konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara.
• Cara membunyikan [ɲ] ialah:
 Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara.
 Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paru-
paru ke rongga hidung.
 Pita suara dirapatkan dan digetarkan.
 Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung.
 Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan.
• Contoh perkataan: [ɲaris], [səɲap]
KONSONAN SISIAN [l]
• Bahasa Melayu mempunyai hanya satu bunyi konsonan sisian iaitu [l].
• Bunyi konsonan sisian ini dihasilkan apabila udara dilepaskan melalui kiri dan kanan
lidah.
• Cara membunyikan [l] ialah:
 Hujung lidah diangkat ke tengah gusi.
 Lelangit lembut dirapatkan ke belakang rongga tekak.
 Udara yang dilepaskan dari paru-paru melalui sisi kanan dan kiri lidah dan menggetarkan
pita suara.
• Contoh perkataan: [lagu], [tilam], [təbal]
KONSONAN SEPARUH VOKAL [w]
• [w] merupakan separuh vokal dua bibir bersuara.
• Cara membunyikan [w] ialah:
 Bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut.
 Lelangit lembut terangkat ke bahagian rongga tekak.
 Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk
mengeluarkan vokal tengah.
• Contoh perkataan: [wali], [bawah], [takraw]
KONSONAN SEPARUH VOKAL [j]
• [y] merupakan separuh vokal langit keras bersuara.
• Cara membunyikan [j] ialah:
 Depan lidah diangkat agak tinggi ke arah lelangit keras dengan bibir dihamparkan.
 Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke bahagian belakang rongga tekak.
 Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk
mengeluarkan vokal tengah.
• Contoh perkataan: [yatim], [bayar], [yuran]

You might also like