Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 31

Bab 4 :

Peringkat Perkembangan
Kognitif Individu hingga Remaja
Dr. Yong May Lee
Konsep Kognitif

• Maksud kognitif adalah berkait rapat


dengan kognisi iaitu aktiviti atau proses
memperolehi ilmu secara taakulan atau
pemikiran melalui deria.
• Pembelajaran merupakan satu proses
dalaman yang berlaku dalam akal fikiran
dan tidak dapat diperhatikan secara
langsung daripada tingkah laku manusia.
Konsep Kognitif

• Ia melibatkan aktiviti mental seperti


kebolehan individu untuk berfikir,
memberi pendapat, memahami,
mengingati mencipta, penyelesaian
masalah, dan berimaginasi.
Konsep Kognitif

• Kesimpulannya perkembangan kognitif


kanak-kanak adalah bergantung kepada
perkembangan otak dan sensori motor
(fizikal) serta interaksi dengan orang yang
lebih pengalaman.
Pelopor
Jean Piaget Lev Vygotsky
(1896-1980) (1896-1934)
Jean Piaget (1896-1980)
• Teori Piaget berasaskan kepada premis
bahawa kanak-kanak yang sedang membesar
sering membina struktur kognitif, iaitu peta
mental, skema atau jaringan konsep bertujuan
untuk memahami serta memberi respon
terhadap pengalaman fizikal dalam
persekitaran mereka.
• Struktur kognitif kanak-kanak semakin
bertambah kompleks selaras dengan
perkembangan yang dilalui.
Konsep utama Piaget:
 Skema
 Asimilasi
 Akomodasi

SKEMA
• Struktur kognitif atau mental yang diperolehi oleh individu
untuk mengadaptasi dengan persekitaran dan mengorganisasi
persekitaran berkenaan.
• Ia diandaikan seperti konsep berkenaan objek ,peristiwa, atau
sifat/ciri.
• Salah satu skema yang terawal ialah menghisap
• Pada permulaannya tingkah laku menghisap berlaku dengan
cara refleksif tetapi apabila kanak-kanak mengalami barangan
yang dihisapnya seperti puting susu ibu dan puting susu getah
botol susu, ini bermakna bayi telah mengorganisasikan serta
membezakan apa yang memberi manfaat kepadanya.
Jean Piaget:
Adaptasi
Asimilasi
• Proses mengintegrasi maklumat atau pengalaman baru ke dalam skema sedia
ada.
• Menerapkan pengalaman baru ke dalam pengalaman lama. Maklumat diserap
tanpa ubahsuai
• Contoh: skema menghisap botol susu besar oleh seorang bayi yang biasa
menghisap susu dengan menggunakan botol kecil.

Akomodasi
• Proses mengubah struktur kognitif untuk menerima sesuatu daripada
persekitaran.
• Maklumat diserap dengan penambahan maklumat baru.
• Contoh: mengubahsuaikan skema menghisap botol susu kepada menghisap jus
oren dengan menggunakan straw minuman.
Struktur kognitif (skema) sedia ada
- ikan(contoh:ikan emas)
Hidup dlm air,berenang, ada sirip Assimilasi
(keadaan keseimbangan)

Assimilasi Pengalaman baru:


(keadaan tak keseimbangan)
Ikan pelangi
Hidup dlm air, berenang, ada sirip

Pengalaman baru:
Lumba-lumba(besar,
berenang,bernafas di udara)

Akomodasi Ikan besar:


(keadaan keseimbangan) Ikan paus,lumba-lumba hidup dalam
air,berenang,bernafas di udara.
Peringkat Perkembangan Kognitif Piaget

P. Sensorimotor • Menggunakan deria & pergerakan untuk


menimba pengalaman daripada persekitaran
Lahir – 2 tahun mereka.

P. Pra operasional • Menggunakan simbol untuk mewakili objek.


• Belum menguasai konsep
2 – 7 tahun keabadian/pengekalan.

P.Operasional Konkrit • Mula berfikir secara logik.


7 – 11 tahun • Menguasai konsep keabadian & pembalikan.

P. Operasional • Berfikir secara abstrak.


Formal • Menyelesaikan masalah kompleks atau
11 tahun ke atas hipotetikal.
Sensori Motor ( 0 – 2 tahun)
• Mula menggunakan deria motor utk memahami dan
berinteraksi.
• Slps 2 bln bayi blh bezakan objek persekitaran
• 4 – 8 bln bayi kelihatan mempunyai daya koordinasi di antara
penglihatan dan sentuhan.
• 1 tahun mula menyedari objek lain di persekitaran
• Pada awalnya, belum menguasai pengekalan objek namun
berubah pada sekitar umur 10 bulan
• 1-2 thn cuba menggunakan skema
• Akhir 2 thn kanak-kanak mula belajar koordinasi antara deria
motor dgn gerakan dan mengaitkan perkataan dgn objek.
Pra Operasi (2-7 thn)
• Blh gunakan bahasa dan simbol utk gambarkan konsep
• 4 thn telah bertutur dengan fasih dan melalui bahasa
• Perkembangan kognitif kian pesat
• Pemikiran adalah egosentrik
• Anggap pandangan dan pengalaman orang lain adalah serupa
dgnnya.
• Pd akhir peringkat berupaya memberi sebab utk menyokong
pendapat dan kepercayaan, mengelas objek dan memahami
konsep.
Piaget mendapati pada tahap ini beberapa kekurangan
kanak-kanak dalam peringkat ini;

• Ketiadaan keupayaan untuk mengambarkan


proses transformasi
• Ketiadaan keupayaan mengamati operasi
songsang
• Belum menguasai konsep pengabadian
Contoh Jenis Tugas Pengekalan
1 2

3
A
A B B

4
1 kg batu dan 1 kg kapas, manakah > berat?

14
Operasi Konkrit
• Umur 7 hingga 12 tahun
• Menyelesaikan masalah konkrit
• Memahami konsep pengekalan isipadu dan
barat.
• Dapat membuat klasifikasi dan mengkategori
serta berupaya membuat perkaitan logik.
• Mula menerima pandangan orang lain dan
tidak egosentrik
Operasi Formal
• Umur 12 tahun ke atas
• Menyelesaikan masalah abstrak
• Menjadi lebih saintifik dalam pemikiran
• Rasa bimbang tentang isu-isu sosial yang
berlaku
• Boleh membuat analogi dan metafora (boleh
memahami dan menghayati puisi dan sastera)
Implikasi
Isi pelajaran perlu disusun mengikut peringkat
perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu
daripada konkrit kepada abstrak, dekat kepada
jauh, pengalaman sedia ada kepada
pengalaman baru, kasar kepada halus,
mengikut perkembangan otot-otot individu.

Pembelajaran yang baru dan kompleks


hendaklah menggunakan proses akomodasi
untuk mengubah struktur kognitifnya agar
mengadaptasikan keperluan situasi
pembelajaran yang dihadapinya.
Implikasi
• Murid-murid perlu diberi peluang untuk
“menemui” perhubungan.
• Guru seharusnya berperanan sebagai
fasilitator dalam proses P&P.
• Guru sedar bahawa murid-murid mungkin
berada pada mod pembelajaran yang berbeza.
• Murid haruslah dibekalkan dengan bahan
pembelajaran, aktiviti, dan alatan yang selaras
dgn tahap kebolehan kognitif mereka.
Lev Vygotsky

• Dalam konteks pembelajaran teori ini menganggap ilmu


pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina
dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar
• Pemikiran, bahasa dan proses penaakulan berkembang
melalui interaksi sosial.
• Kebolehan intelek adalah spesifik kepada budaya di mana kita
dipelihara dan dibesarkan.
Fokus

• Aspek pembinaan ilmu dan cara-cara


pengajaran oleh guru.
• Menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif
dalam kalangan murid
• Menekan aplikasi kemahiran berfikir dan
aktiviti penyelesaian masalah
• Murid-murid biasanya membina pengetahuan
secara individu serta sosial.
Dua idea Vygotsky (ZPD dan Scaffolding)

Zon Perkembangan Proximal (ZPD)


• ZPD merujuk kepada jarak antara tahap
perkembangan sebenar dan tahap perkembangan
berpotensi.
• Tahap perkembangan murid-murid dibahagikan
kepada dua bahagian:
~ tahap perkembangan sebenar (ditentukan oleh
kebolehan menyelesaikan masalah secara individu).
~ tahap perkembangan berpotensi (ditentukan oleh
proses menyelesaikan masalah dengan bimbingan
orang yang lebih berkebolehan).
Konsep Perancah (scaffolding)
• Perancah merujuk kepada bimbingan yang diberi
oleh seorang dewasa (misalnya, guru) dalam
proses pengajaran dan pembelajaran melalui
soalan-soalan yang berfokus dan interaksi yang
bersifat positif.
• Guru akan memberi sokongan minimum yang
penting sahaja bagi membolehkan murid murid
berjaya; memberi bimbingan atau bantuan tanpa
mengetepikan kehendak murid-murid untuk
berkembang.
• Guru mencari imbangan yang optimum antara
memberi sokongan dan memberi peluang murid-
murid untuk bertindak secara berdikari.
Cth: Scaffolding
• Adrian: How do you draw a person?
• Maria: Can you make a shape for the head? She makes a
round motion around her head.
• (Adrian make a roundish shape)
• Maria: that’s good – now what shape is the body?
• (She indicates length in front of her body. Adrian makes a long
oval shape below the head.)
• Maria: Well done – now what else does a person have
• (she holds out her arms. Adrian draws lines off the body)
• Maria: And …. She holds up her legs
• Adrian draws the legs off the body. They have a further
discussion about body parts and Adrian adds hands and hair.
Maria enthusiastically praises him.
2012
• Teori Kognitif Vygotsky menjelaskan pemikiran
kanak-kanak berkembang akibat daripada
pergaulan mereka dengan orang lain. Dalam
situasi murid-murid masa kini apakah elemen
yang perlu disediakan untuk menyokong Teori
Kognitif Vygotsky.
Aplikasi Pembelajaran dan Pengajaran
P&P menggunakan pendekatan ini boleh dilaksanakan dengan
memberikan perhatian kepada perkara-perkara berikut:-
• Memberi peluang pelajar mengemukakan pandangan tentang
sesuatu konsep dan berkongsi persepsi antara satu sama lain
• Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif
rakan mereka
• Menghormati pandangan pelajar dan tidak memandang
rendah terhadap pandangan mereka
• Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar
• Menyediakan aktiviti berbentuk ‘hand on’ dan ‘mind on’
• Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
dalam kalangan pelajar
• Menggalakkan pelajar merenung kembali proses
pembelajaran yang dilaluinya
Aplikasi Pembelajaran dan Pengajaran
• Meminta pelajar menghubungkait idea asal dengan idea yang baru
dibina
• Menggalakkan pelajar mengemukakan hipotesis
• Tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar
• Memberi peluang pelajar berinteraksi dengan guru dan pelajar-
pelajar lain
• Memberi perhatian kepada keperluan, kebolehan dan minat pelajar.
• Menggalakkan pelajar bekerja dalam kumpulan
• Isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat
perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu:-
– daripada konkrit kepada abstrak
– Daripada dekat kepada jauh
– Daripada pengalaman sedia ada kepada pengalaman baru
– Daripada kasar kepada halus, mengikut perkembangan
otot-otot individu
Implikasi Teori dalam
Pengajaran dan pembelajaran
• Guru berperanan sebagai pemudahcara dan
perancang manakala pelajar memainkan peranan
utama dalam aktiviti pembelajaran
• Model p&p yang sesuai ialah pembelajaran
secara kolektif dan kolaboratif
• Proses pembentukan ilmu dipengaruhi oleh
pengalaman dan kesediaan pelajar
• Penumpuan kepada perolehan hasil
pembelajaran
• Bentuk dan alat penilaian terhadap pembentukan
ilmu dibentuk bersama-sama guru dan murid
Implikasi Teori Vygotsky
• Bimbing murid belajar dgn teknik scaffolding
spy membolehkan mereka memperolehi ilmu
dan kemahiran dlm peringkat yg lebih tinggi;
• Guru menggalakkan kerja berkumpulan,
murid yg lebih pandai memberi bimbingan
kpd rakan yg kurang;
• Galakkan pembelajaran koperatif utk
meningkatkan prestasi pembelajaran
Implikasi Teori Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
• Guru hendaklah merancang dan melaksanakan
strategi-strategi pengajaran seperti soalan-soalan
terbuka dan dialog yang meluas agar berpadanan
dengan respon pelajar serta menggalakkan mereka
untuk menganalisis, mentafsir dan meramal
maklumat yang diterima.

• Penilaian adalah sebahagian daripada proses


pembelajaran di mana pengujian piawai yang
berasaskan gred seelok-eloknya dihapuskan.
Sekian, terima kasih…

You might also like