Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

Oleh:

Mohd Azhar bin Ab. Rahman


Jabatan Ilmu Pendidikan
 B.F Skinner adalah seorang ahli psikologi Amerika
Syarikat, pelopor dalam bidang kajian pelaziman
operan, dan mendapat ijazah kedoktorannya
(Ph.D) dalam bidang psikologi dari Universiti
Harvard.

 Pada tahun 1938, beliau menerbitkan buku


berjudul Behaviour of Organism yang terkandung
huraian prinsip-prinsip utama pelaziman operan,
berdasarkan kajian-kajian beliau yan telah
dijalankan dalam tahun 1930-an.
 Perbuatan menekan butang untuk memperoleh
makanan disebut pelaziman operan.
Pembelajaran melalui cara ini disebut
pembelajaran melalui pelaziman.

 Eksperimen ini menunjukkan bahawa satu gerak


balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran.
Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen
tersebut sebagai ganjaran. Sekiranya ganjaran
dihentikan, gerak balas itu akan terhapus juga.
 B.F Skinner telah memperkenalkan konsep
peneguhan:

 Peneguhan Positif
 Peneguhan Negatif
 Peneguhan ialah perkara yang dilakukan
untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu
diulangi.

 Menurut Rachlin (1991),


pengukuhan diberikan, pertamanya untuk
memuaskan kehendak individu; keduanya,
untuk mengurangkan tekanan dan
merangsang otak.
 Terdapat lima jenis proses dalam teori
pelaziman operan Skinner iaitu:

 Pengukuhan positif
 Pengukuhan negatif
 Dendaan
 Prinsip Premack
 Pelupusan.
 Dalam kumpulan bincangkan prinsip-prinsip
tersebut..
 Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran
setelah perlakuan itu ditunjukkan yang menyebabkan
perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi.
 peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu
bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
 Contoh-contoh peneguhan positif seperti memberikan
kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu
kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman,
menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan
sebagainya.
 Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat
mendorong pelajar menghasilkan kerja yang
bermutu tinggi.
 Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan
bersistematik.
 Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang
perlu diberi peneguhan.
 Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi
peneguhan.
 Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan
positif) yang memberi kesan ialah:

 (a) memuji secara ikhlas,


 (b) memuji dengan cepat,
 (c) memuji tanpa pilih kasih,
 (d) memuji usaha dan cuba jaya,
 (e) memuji tingkah laku yang spesifik
 (f) memuji jawapan atau respons yang spontan.

 Peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta
yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan
selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.
 Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana
tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru.
 Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si
anak tadi pun menyiapkan kerjasekolahnya.
 Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat
mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini
(leteran bapa).
 Adalah satu proses atau cara untuk
mengurangkan atau melemahkan tingkah laku
yang tidak diingini agar tidak berulang.

 Cara ini membawa kesan negatif yang membawa


kepada pengurangan dalam kekerapan
berlakunya tingkah laku tersebut
Dendaan persembahan Dendaan Penyingkiran
Disebabkan oleh sesuatu Berkaitan dengan penyingkiran
rangsangan yang menyebabkan rangsangan. Guru atau ibu bapa
perubahan tingkah laku diri pelajar tidak member kemudahan apabila
tetapi tidak melibatkan fizikal. Ia pelajar tidak berkelakuan betul.
menakutkan pelajar. Contoh:-
Contoh:- Pelajar mendapat markah rendah
Pelajar tidak suka membaca buku, dalam ujian, ibu bapa mengenakan
kemudian guru mengadakan denda agar pelajar tidak boleh
sistem demerit agar pelajar keluar rumah untuk bermain
membaca buku. sehingga mendapat markah yang
baik.
 Konsep utama prinsip ini ialah mengaitkan
aktiviti yang kurang diminati kepada aktiviti yang
lebih diminati untuk mengekalkan tingkah laku
terhadap aktiviti yang kurang diminati.
 Prinsip Premack dikenali sebagai ‘Grandma’s
Rule’ yang berasaskan kenyataan ‘ kamu boleh
bermain selepas selesai memakan sayur-sayuran
ini.’
 Sebagai guru, kita boleh menggunakan kaedah
ini dengan menyelang selikan aktiviti yang
menarik dengan yang kurang menarik untuk
meningkatkan kadar pembelajaran murid.
 Bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan
akan lupus dengan sendirinya. Keadaan ini dapat
diatasi jika:

- Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dikenal pasti.


- Peneguhan itu tidak lagi digunakan
- Guru bersabar dalam menghadapi proses pelupusan,
kerana hasilnya tidak datang dengan serta merta.
1. Untuk mengukuhkan sesuatu kemahiran atau
teknik yang baru dipelajari hendaklah memberikan
peneguhan secara berterusan dan diikuti secara
berkala.
2. Berbanding peneguhan negatif yang membawa
kesakitan, penggunaan peneguhan positif yang
membawa keseronokan adalah lebih berkesan.
3. Prinsip penghapusan melalui proses
pelaziman operan adalah lebih sesuai digunakan
untuk memodifikasikan tingkah laku murid yang
tidak diingini, misalnya menghentikan peneguhan
yang diberikan dahulu, sama ada peneguhan
positif atau peneguhan negatif.
4. Konsep diskriminasi melalui proses pelaziman
operan membantu murid untuk memperolehi ilmu
serta kemahiran dengan tepat.
5. Prinsip Jadual Peneguhan Skinner dapat
digunakan untuk merancang serta melaksanakan
peneguhan berterusan dan peneguhan berkala
yang berpatutan agar menjamin tingkah laku
operan dapat dikekalkan.
6. Ganjaran hendaklah sesuai dengan usia murid.
7. Guru harus berhati-hati dalam memberi
peneguhan negatif kerana murid akan
menganggapnya sebagai hukuman

You might also like