Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Projek pembinaan laluan pejalan kaki

berbumbung atau susur gajah di


SRA Bandar Seri Putra,
Kajang, Selangor.

Disediakan oleh
PIBG SRA Bandar Seri Putra
Pengenalan
 Tujuan dokumen ini adalah untuk mewajarkan permintaan kami
untuk dana bagi membina laluan pejalan kaki berbumbung di
Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra.
 Kami tidak meminta pembiayaan keseluruhan projek, sebaliknya
apa yang mampu disumbang agar projek ini dapat dilaksanakan.
Latar Belakang
 Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra adalah satu-satunya
sekolah Agama yang menyediakan pelajaran Agama kepada lebih
dari 1,300 murid di dua bandar iaitu Bandar Seri Putra dan Bandar
Bukit Mahkota di Kajang, Selangor.
 Walaupun disokong oleh JAIS, kebanyakan aktiviti yang dijalankan
untuk sekolah ini seperti pembaikan, keselamatan dan kelas
tambahan dibiayai sendiri. Di sinilah PIBG memainkan peranannya.
 Sepanjang tempoh tiga tahun sekolah ini beroperasi, kami telah
menganjurkan pelbagai aktiviti. Antaranya merupakan penganjuran
kem di sekolah buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan
PSRA, melibatkan pelajar-pelajar kami ke dalam pertandingan,
membiayai gaji empat orang guru kami (kerana kekurangan guru
maka kami perlu melantik sendiri guru kami sebelum JAIS
menghantar guru baru dan kerja pembaikan kecil) dan lain-lain.
Latar Belakang
 Untuk tahun 2012/ 13, pihak PIBG ingin menumpukan konsentrasi pada 4
projek utama:
1. Wakaf Al-Quran. 1 pelajar – 1 Al-Quran
2. Pemasangan kipas angin di kantin
3. Pemasangan penghawa dingin di dalam Bilik Seminar
4. Pembinaan laluan pejalan kaki dari pagar utama ke sekolah

 Walaupun disokong oleh JAIS, kebanyakan aktiviti yang dijalankan untuk


sekolah ini seperti pembaikan, keselamatan dan kelas tambahan dibiayai
sendiri. Di sinilah PIBG memainkan peranannya.

 Baru-baru ini, kami telah berjaya membuat kutipan dana bagi membiayai
pembelian 1,200 unit Al-Quran dengan terjemahan Bahasa Malaysia
untuk pelajar-pelajar sekolah; pemasangan kipas angin di kantin dan
pengedaran bubur lambuk kepada semua pelajar pada bulan Ramadhan.
Latar Belakang
 Sepanjang tempoh tiga tahun sekolah ini beroperasi, kami telah
menganjurkan pelbagai aktiviti. Antaranya merupakan penganjuran kem di
sekolah buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PSRA, melibatkan
pelajar-pelajar kami ke dalam pertandingan, membiayai gaji empat orang
guru kami (kerana kekurangan guru maka kami perlu melantik sendiri guru
kami sebelum JAIS menghantar guru baru dan kerja pembaikan kecil) dan
lain-lain.

 Impian kami adalah untuk membina laluan berbumbung dari pintu


masuk sekolah ke kantin bagi melindungi anak-anak daricuaca panas
atau hujan.
Situasi Semasa
1. Pelajar-pelajar kami perlu berjalan sejauh lebih kurang 200 meter
dua kali setiap hari, dari dan ke pagar utama sekolah. Kami tidak
membenarkan kereta masuk ke dalam kawasan sekolah atas sebab-
sebab keselamatan. Kereta cuma dibenarkan masuk ketika cuaca
hujan.

Pandangan dari sudut pagar sekolah Pandangan dari sudut sekolah


Langkah Seterusnya
1. PIBG SRA Bandar Seri Putra kini
bertanggungjawab menguruskan
pembinaan susur gajah dari pagar
utama ke sekolah.
2. Kami telah mendapatkan khidmat
arkitek untuk melukis pelan dan
kos pembinaan juga telah
diperolehi.

Pelan
Kos
1. Token kepada arkitek RM2,000
2. Kos pembinaan RM128,150
3. Lain-lain RM1,000

Kos Keseluruhan RM131,150

PIBG bakal menganjurkan aktiviti-aktiviti berikut bagi mengumpul dana


untuk pembinaan tersebut:
1. Karnival melibatkan pelbagai jenis aktiviti bermula dari 2 hingga 4
November 2012.
2. Rayuan dari ibu bapa murid-murid.
Untuk Dokumen Sebut Harga dari Kontraktor, sila rujuk Lampiran.
Kesimpulan
1. Kami sudah memulakan proses pengumpulan dana semasa Majlis Buka
Puasa dan Solat Hajat bagi Pelajar Darjah Enam yang telah diadakan
pada 10 Ogos 2012.
2. Kami berharap agar organisasi-organisasi dengan berbesar hati dapat
memberi bantuan.
3. Cek boleh ditulis atas nama PIBG SRA Bandar Seri Putra dan dihantar
ke alamat:
Jalan Seri Putra 2/1,
Bandar Seri Putra, Bangi,
43000 Kajang,
Selangor.
atau boleh disalurkan secara atas talian ke akaun PIBG di Bank
Muamalat bernombor 1408-0000-626-717.
4. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi YDP PIBG SRA Bandar Seri Putra,
Mohammed Iqbal di 012-6563033.
Lampiran
Lukisan Pelan Pembinaan
Terima Kasih

You might also like