Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

GOLONGAN ATASAN

RAJA SULTAN ATAU


PENGHULU
• Sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu
pada tahun 1874, Negeri-negeri Melayu diperintah oleh
Raja-raja Melayu. Sultan dan raja menduduki heirarki
tertinggi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negeri
masing-masing.
• Mengikut sistem pemerintahan dan pentadbiran tradisional
seseorang raja berkongsi kuasa dan peranan dengan golongan
pembesar dalam menjalan dan melicinkan jentera
pentadbiran Namun demikian, semua Raja-raja Melayu ini
sebenarnya mempunyai peranan luas dalam politik, ekonomi
dan sosial sehingga campur tangan Inggeris pada tahun
1874.
• Raja merupakan pemerintah tertinggi dalam pentadbiran
negeri dan mempunyai kuasa dan wibawa dalam menjalankan
pemerintahan dan pentadbiran negeri. Raja mempunyai
kedudukan yang istimewa dalam masyarakat.
• Raja dikatakan mempunyai keistimewaan tertentu yang tidak
ada pada rakyat biasa. Sebagai contoh:
a. Warna kuning untuk raja.
b. Payung kuning untuk kerabat.
c. Cap mohor diraja.
d. Payung putih untuk sultan.
e. Mengunakkan bahasa istana.
f. Alat kebesaran seperti kendi.
• Raja juga dikatakan mempunyai kuasa daulat dan rakyat tidak
boleh membantah kata-kata raja kerana ia akan dikatakan
menderhaka terhadap sultan dan akan terkena bencana.
• Bagi mengesahkan pertabalan sultan akan dilaksanakan. Sultan
yang mangkat akan digantikan dengan putera sulung atau adik
lelaki sulung. Sultan juga menjadi lambang perpaduan dan
keamanan negeri Melayu.
PERANAN RAJA
DALAM ASPEK
POLITIK
SEBAGAI KETUA KERAJAAN

• Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur


pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai
ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan
tidak boleh dipersoal. Rakyat termasuk pembesar tidak boleh
membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari
perintah Tuhan.
• Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah
sultan wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan hukum
manusia dan hukum agama. Sultan juga berkuasa menggubal
undang-undang, menjatuhkan hukuman termasuk hukuman
bunuh serta berhak mengampunkan pesalah yang tidak ada pada
golongan pembesar.
MELANTIK PEMBESAR

• Sultan berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang


sebarang jawatan pembesar negeri. Baginda berhak melantik
sesiapa sahaja untuk memegang jawatan Bendahara dan
pembesar-pembesar yang lain. Sultan yang melantik pembesar-
pembesar daerah sahaja akan menerima sepucuk surat dan
hadiah sebilah pedang sebagai lambang jawatannya.
• Biasanya pembesar dipilih secara turun temurun dalam kalangan
keluarga pembesar berkenaan. Sultan hanya akan campur tangan
memilih pembesar yang baru dari keturunan lain sekiranya
keturunan pembesar tadi ketiadaan waris. Ini menunjukkan
pembesar hanya menjalankan peranannya di bawah kuasa
raja. Apabila raja berkuasa melantik pembesar, baginda juga
mempunyai hak untuk melucutkan jawatan mana-mana
pembesar.
PERANAN RAJA
DALAM ASPEK
EKONOMI
BERKUASA MUTLAK KEATAS SUMBER
EKONOMI
• Sultan mengambil bahagian dalam perniagaan dan mendapat
keuntungan yang lumayan. Baginda berkuasa dalam soal
perburuhan, hasil pertanian, perdagangan dan pemungut cukai.
Sultan berperanan menyelaras sistem cukai dalam jajahan
takluknya serta mempunyai hak mendapat hasil pungutan cukai
negerinya.
• Contohnya, Sultan Abdul Samad menerima hasil cukai (bijih
timah) daerah Kelang daripada Raja Mahadi. Sultan Pahang
memperoleh cukai import yang dikenakan di muara Sungai
Pahang berjumlah $50,000 setahun. Dari segi pertanian sultan
berhak mengerahkan rakyat bertani. Baginda mewakilkan urusan
itu kepada para pembesar negeri.
BERKUASA DALAM SISTEM KERAH

• Melalui sistem ini rakyat dikerah melaksanakan sesuatu


pekerjaan untuk sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh masa
yang tertentu. Antara pekerjaan yang terlibat ialah membina
istana, menjadi tentera,membina jalan, membina jambatan,
membina benteng pertahanan, membersih sungai dan sebagainya.
• Golongan bangsawan dikecualikan daripada sistem ini. Orang
biasa yang berstatus tinggi juga dikecualikan dari sistem ini.
Contohnya di Kedah mereka yang dikecualikan dari sistem ini
ialah golongan syed (keturunan nabi), golongan baik-baik seperti
haji, lebai, penghulu, kakitangan masjid dan orang suruhan
istana. Sistem ini menunjukkan perbezaan status sosial dalam
kalangan rakyat.
PERANAN RAJA
DALAM ASPEK
SOSIAL
LAMBANG DAN MEMELIHARA
PERPADUAN NEGERI
• Di Negeri-negeri Melayu pada abad ke-19 terdapat beberapa
faktor yang membawa kepada perselisihan dan perpecahan. Di
dalam sesebuah negeri, selain Negeri Sembilan terdapat pelbagai
kebudayaan yang diamalkan oleh rakyatnya.
• Pembesar-pembesar daerah merupakan pusat-pusat kuasa
tempatan. Tentangan sering berlaku dalam kalangan mereka dan
mengganggu pentadbiran pusat. Malah mereka sering juga
menentang sultan dan ada kalanya menentang pelaksanaan
perintah raja di daerah mereka
KETUA AGAMA ISLAM DAN ADAT
ISTIADAT MELAYU
• Sultan juga bertindak sebagai ketua agama Islam dan adat
istiadat Melayu. Sultan dianggap sebagai khalifah Allah di bumi
dan menjadi penaung kepada masyarakat Melayu. Sultan juga
memainkan peranan penting untuk menyebarkan agama Islam di
dalam negeri dan seluruh tanah jajahannya.
• Lantaran itulah istana memainkan peranan penting sebagai
tempat penyebaran agama Islam di Tanah Melayu. Pada masa
perayaan besar tahun Islam seperti Hari Raya Puasa, sultan
akan mengadakan majlis jamuan.
KESIMPULAN
• Raja memainkan peranan yang cukup besar sama ada dalam
bidang politik, ekonomi mahupun sosial. Kedaulatan dan
kedudukan seseorang raja menjadikan seseorang raja/sultan
mempunyai hak yang mutlak untuk membuat semua
keputusan.
• Pengenalan sistem Residen pada tahun 1874 di Perak,
seterusnya Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah
menjejaskan kedudukan kuasa sultan dari sudut politik, ekonomi
dan sosial. Sultan kini hanya berkuasa dalam bidang agama Islam
dan adat istiadat Melayu sahaja, semua kuasanya yang lain
dikuasai oleh Residen Inggeris.

You might also like