Anna Les

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Bincangkan ciri-ciri yang terdapat dalam penulisan sejarah yang dihasilkan

oleh golongan Annales yang kemudianya melahirkan kepelbagaian skop


pengajian sejarah
Pengenalan.
 Sejarah baru atau Nouvelle Histories merupakan perubahan dalam penulisan
sejarah yang dibawa oleh gerakan Annales pada awal abad ke-20.
 Gerakan Annales ini dipelopori oleh dua orang Professor Sejarah dari Universiti
of Strasbours iaitu Lucien Febre dan Marc Bloch.
 Gerakan ini lahir akibat daripada rasa tidak puas hati terhadap sejarah
tradisional yang sedia ada iaitu yang sering menumpukan kepada golongan
tertentu sahaja.
 Pada tahun 1929, Lucien dan Marc Bloch telah menerbitkan jurnal yang
bertajuk Annales d’historie soclale et economiquel bagi membincang
mengenai idea baru dalam penulisan sejarah.
 Penyelidikan sejarah yang diperkenalkan adalah meliputi beberapa aspek
tertentu, misalnya aspek sosial, aspek ekonomi serta aspek kebudayaan.
Aliran Annales ini menyesuaikan aspek tersebut dengan teknik-teknik disiplin
ilmu sosial yang lain.
Ciri-ciri yang terdapat dalam penulisan
sejarah yang dihasilkan oleh golongan
Annales.
 PERLUASAN TEMA
 Perubahan pertama dalam penulisan sejarah yang berlaku akibat gerakan
Annales ialah perkembangan tema.
 Sebelum ini, segala penulisan yang dihasilkan menekankan kepada beberapa
tema tertentu, dan kebiasaannya menyentuh mengenai tema politik, tema
diplomasi serta tema ketenteraan.
 Dengan adanya golongan Annales mereka membawa tema baru iaitu Total
History atau Histoire Totale yang bermaksud sejarah yang meliputi seluruh aspek
dan lapisan masyarakat.
 Golongan Annales menyatakan bahawa kehidupan manusia terdiri daripada
pelbagai aspek dan sebahagiannya merupakan realiti sejarah iaitu perkara
yang benar-benar berlaku.
 Bagi memperluaskan lagi aspek dalam menghasilkan karya, maka terciptalah
sejarah yang bertemakan ekonomi, sejarah bertemakan kebijaksanaan atau
keintelektualan seseorang individu serta sejarah social.
 Maka perubahan penulisan yang dibawa gerakan Annales menjadikan ruang
lingkup penulisan sejarah semakin luas.
 KAEDAH INTERDISIPLIN
 Perubahan kedua dalam penulisan sejarah yang berlaku akibat gerakan
Annales ialah pengenalan kaedah baru dalam menjalankan penyelidikan.
 Keadah tersebut dikenali sebagai kaedah interdisiplin yang bermaksud
menggabungkan dua atau lebih disiplin ilmu dalam satu kajian.
 Keadah interdisiplin tersebut terdiri daripada disiplin sejarah yang
bergabung dengan disiplin- disiplin ilmu yang lain seperti disiplin arkeologi,
disiplin geografi, disiplin sastera dan lain-lain.
 Contohnya Fernand Braudel menjadikan disiplin geografi dan disiplin
sosiologi sebagai salah satu pedekatan dalam sejarah. Dengan adanya
kaedah interdisiplin, ia membolehkan pemahaman terhadap sesuatu fakta
mudah difahami dengan adanya bantuan daripada disiplin ilmu yang lain.
 MEMBENTUK PERSPEKTIF
 Perubahan ketiga dalam penulisan sejarah yang berlaku akibat gerakan
Annales ialah berlaku perubahan dalam membentuk perspektif.
 Sejarah baru lebih memperlihatkan peristiwa sejarah yang bermula dari
bawah atau dikenali sebagai history from below.
 Perubahan yang dibawa oleh gerakan Annales ini boleh dikatakan
bertujuan untuk mengangkat martabat golongan bawahan dimana
mereka juga turut terlibat sama dalam sesuatu peristiwa sejarah yang
berlaku.
 Golongan ini selalunya tidak diambil kira oleh karyawan terdahulu dalam
penulisan mereka kerana menganggap mereka tidak penting dan tidak
terlibat secara langsung dalam sesuatu peristiwa yang berlaku.
 Golongan bawahan yang dimaksudkan ialah golongan petani, golongan
buruh, golongan wanita dan sebagainya.
 Antara kajian yang mengambil kira perspektif masyarakat yang diperintah
ialah kajian tentang Revolusi 1789 oleh George Leferve. Kajian ini juga turut
mengisahkan mengenai hubungan golongan aristokrat dengan golongan
petani.
 LEBIH KRITIS DAN OBJEKTIF.
 Perubahan seterusnya ialah penghasilan sejarah yang lebih kritis dan objektif.
 Aliran Annales menekankan sejarawan bersikap skeptikal dan kritis dalam
menilai sesuatu fakta dan sumber yang diterima.
 Aliran Annales juga menekankan objektiviti atau ketepatan dalam menerima
sesuatu fakta.
 Mereka tidak bersetuju dengan Sejarah tradisional yang mempunyai
percampuran antara fakta, mitos, lagenda dalam karya yang dihasilkan.
 Sebagai contoh, karya Perang Parsi yang dihasilkan oleh Herodotus mempunyai
percampuran fakta dan unsur bukan fiksyen.
 Aliran annales menyatakan bahawa objektiviti dapat mendorong sejarawan
menghasilkan penulisan sejarah yang bermutu tanpa adanya unsur bias atau
bersikap berat sebelah terhadap sesuatu pihak.
Kesimpulan

 Kesimpulannya, walaupun golongan annales ini ditentang oleh golongan


sejarah tradisional namun kewujudan gerakan Annales telah membawa
kepada satu perubahan positif yang sangat besar dalam dunia penulisan
dan disiplin ilmu sejarah itu sendiri.
 Dengan adanya gerakan Annales ini, ia telah menyebabkan disiplin
sejarah menjadi satu disiplin ilmu yang bersifat global dengan adanya
keadah interdisiplin.
 Dapat juga disimpulkan bahawa sejarawan yang beraliran annales lebih
bersikap terbuka dari pelbagai aspek contohnya dari aspek keadah
pengumpulan sumber serta pendekatan yang digunakan bagi
memudahkan penulisan dan pemahaman kepada masyarakat.
Rujukan.

You might also like