Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

REAKSI RAJA & MASYARAKAT TEMPATAN DI

BURMA TERHADAP PERUBAHAN YANG


DILAKUKAN OLEH PIHAK BRITISH
DASAR POLITIK

• 1885, British telah berjaya menguasai keseluruhan


Burma. Malah sistem Monarki yang diamalkan oleh
Raja, Hlutdaw, Wun dan myothugyi sudah tidak
ada lagi. Mereka ini sudah digantikan oleh
pegawai-pegawai Inggeris
• Pentadbiran British ke atas Burma boleh kita lihat di
mana terdapatnya perbezaan pentadbiran di
antara bahagian Burma Hulu dan Burma Hilir.
1. PENGLIBATAN ORANG LUAR DALAM
PENTADBIRAN
• selepas berjaya dalam perang pertama, British telah
menyerapkan pentadbiran wilayah Rakhine dan
Tanintharyi seperti struktur pentadbiran British East India
Company dengan menempatkan konsul mereka di
Bengal.
• Sehingga 1921, semua jawatan penting di Burma
dikhaskan kepada orang Inggeris.
• Corak pentadbiran itu dibuat menurut dasar-dasar
Liberal dan amalan-amalan tempatan dipatuhi bila
didapati sesuai. A.D. Maingy dikirim ke Tenassarim dalam
bulan September pada tahun 1825 dengan perintah
mentadbirkan negeri itu menurut dasar-dasar tersebut.
2. KESAN PERLEMBAGAAN DYARCHY
DI BURMA.
• Akibat daripada perlaksanaan dasar British telah
menyebabkan penghapusan institusi beraja dan
kejatuhan sistem pemerintahan dinasti Konbaung.
Raja-raja Konbaung merupakan pemerintahan
terakhir di Myanmar sebelum dikuasai oleh British
pada tahun 1886
3. PEMBENTUKAN SISTEM
PENTADBIRAN BEBAS

• corak pentadbiran yang dijalankan di Pegu adalah


mengikut dasar liberal seperti yang disesuaikan
dengan corak-corak tempatan. Bahagian Wilayah
di Burma dibahagikan kepada 5 buah daerah
dengan setiap daerah dilantik seorang Pesuruhjaya
Daerah yang terdiri daripada bangsa Inggeris.
• Corak pentadbiran di Pegu ini adalah mirip dengan
corak pentadbiran di India. Hal ini berlaku kerana
pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas pernah
berkhidmat di Benggala dan Madras.
• Apabila British berjaya menawan Myanmar Utara,
British telah melakukan beberapa perubahan besar
dalam sistem pentadbiran tempatan. Perubahan
yang paling ketara ialah terhapusnya sistem
pemerintahan beraja (monarki)
• memberi alasan bahawa tidak ada putera-putera
raja yang layak ditabalkan menjadi raja.
4. MYOTHUGYI DAN THAITHUGYI,
BADAN HLUTDAW (MAJLIS TERTINGGI
ORANG-ORANG BANGSAWAN)
• merupakan badan penasihat kepada raja
• memberi kesan terhadap pengaruh sangha kerana
Raja merupakan ketua agama ketika itu.
• sebahagian daripada Hlutdaw telah dilantik oleh
British sebagai pegawai kerajaan yang bergaji
tetap.
• Pemansuhan Thainabaing yang mempunyai
pengaruh kuat terhadap raja telah dilakukan.
Orang-orang Myanmar mendesak agar sistem
Thainabaing dikekalkan tetapi ditolak oleh British.
5. PENGENALAN AKTA KAMPUNG 1887

• dibuat oleh Crosthwaite pada 28 Oktober 1887.


• untuk mengekalkan keamanan dan
mengumpulkan hasil cukai yang dikenakan ke atas
ketua dan kampung-kampung.
• melalui Akta Kampung 1887, British telah
memperkenalkan konsep tanggungjawab kolektif
terutamanya apabila melibatkan pembunuhan
pegawai-pegawai British, tanggungjawab
penduduk kampung untuk menangkis setiap
serangan musuh dan kuasa pegawai daerah
memindahkan individu serta saudara-mara
mereka yang dianggap subversif.
• Akibat daripada perlaksanaan Akta Kampung 1887
menyebabkan seluruh penduduk kampung di
Sagaing yang telah memberi bantuan kepada pihak
musuh telah dipindahkan dan sebuah kampung lain
yang telah berbuat demikian telah didenda.
• akhirnya telah berjaya memaksa seorang pemimpin
gerakan anti-British menyerah diri bersama dengan 42
orang pengikutnya pada bulan Mei 1890.
• berjaya mengamankan keadaan di daerah-daerah
yang bergolak dan keadaan yang tidak terkawal
berjaya dibendung oleh pihak British
• berjaya memansuhkan kuasa-kuasa ketua kampung
yang sebelum ini memiliki kuasa dan pengaruh yang
kuat terhadap penduduk tempatan.
REAKSI RAJA DAN MASYARAKAT
DARI SEGI SOSIAL.
SOSIAL

● Menyebarkan Agama Kristian


– Mengancam kedudukan pengaruh Agama Buddha.
– Sistem pendidikan agama Buddha merosot.
– Mubaligh Kristian menyebarkan agama Kristian kepada
penduduk di kawasan pedalaman seperti puak Cin dan
Kare.
– Orang British tidak menghormati agama Buddha apabila
mereka menggunakan kasut di kuil-kuil Buddha.
– Golongan sami merupakan golongan pertama yang
menyemarakkan perpaduan dalam kalangan rakyat
Myanmar dengan penubuhan Belia Agama Buddha yang
juga bertindak sebagai peggerak nasionalisme.
REAKSI RAJA

RAJA BODAWPAYA

Isu Pelarian Orang Arakan


– Raja Bodawpaya menjalankan perluasan kuasa ke


sempadan Myanmar dengan menakluk Arakan yang
bersempadan British India.
– Bodawpaya telah mengarahkan harta penduduk
tempatan Arakan dirampas serta mengarahkan mereka
menyertai tentera menentang Siam dan menjadi buruh
membina pagoda.
– Ini mengakibatkan penduduk Arakan lari beramai-ramai
ke Chittagong. Dalam usaha menggempur orang Arakan
tentera Myanmar memasuki sempadan British.
Kehadiran pelarian Arakan ke wilayah Chittagong kurang

disenangi oleh pentadbir British kerana mencetuskan


masalah sempadan antara Myanmar dan British di India.
●Raja Bodawpaya mendesak pihak British menyerahkan
pemberontak Arakan yang mendapat perlindungan British
di wilayah berkenaan. Pihak British enggan memenuhi
tuntutan tersebut.
Hal ini menyebabkan tentera Myanmar memasuki wilayah

British bagi memburu dan menangkap pemberontak-


pemberontak tersebut.
RAJA BAGYIDAW
● Layanan buruk terhadap pegawai British
– John Crawford telah dihantar ke Myanmar (1826) untuk
mengadakan rundingan tentang isu perdagangan.

– Hal ini termaktub dalam Perjanjian Yandabo yang menyatakan


kedua-dua pihak akan membincangkan isu perdagangan
secara berasingan.

– Kedatangan Crawford bertujuan mendapatkan kebenaran Raja


Bagyidaw untuk mengeksport beras dari Rangoon.

– Utusan Crawford tidak mendapat layanan yang sewajarnya


kerana Raja Bagyidaw enggan memberi kebenaran
mengeksport beras dan perak.
RAJA THIBAW

• Raja Thibaw dilahirkan pada tahun 1858 di


Mandalay, Myanmar. Raja Tihibaw merupakan
anak Raja Mindon Min dengan Puteri Laungshe.
Raja Thibaw mendalami ajaran agama Buddha di
tokong sejak kecil lagi. Baginda pemerintah terakhir
Dinasti Konbaung di Myanmar. Beliau memerintah
antara tahun 1878-1885.
• Reaksi Raja Thibaw lebih fokus kepada politik dan
Ekonomi.
ISU KASUT
• Isu kasut menghangatkan hubungan antara Inggeris dan Myanmar . Masalah ini
menyebabkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara terputus . Mengikut
kelazimannya , masyarakat Myanmar dikehendaki menanggalkan kasut ketika
memasuki istana atau biara mereka. Masalah tercetus apabila Raja Mindon Min
turut mendesak wakil Inggeris menanggalkan kasut ketika memasuki istana
untuk mengadap baginda .

• Bagi Inggeris , peraturan ini sengaja dilakukan untuk menjatuhkan mereka .Akan
tetapi , bagi Myanmar sesiapa yang melanggar adat ini dianggap biadab dan
kurang sopan . Pada tahun 1875 , kerajaan Inggeris di India telah mengarahkan
Douglas Forsyth supaya tidak menanggalkan kasut ketika mengadap Raja
Mindon Min meskipun ia bertentangan dengan amalan tradisional Myanmar .

• Keadaan ini telah membangkitkan kemarahan Raja Mindon Min kerana Inggeris
bukan sahaja telah menghina baginda, malah telah mencemar adat resam
masyarakat tempatan . Baginda yang rasa dipersendakan akhirnya telah mengusir
keluar wakil Inggeris itu dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Inggeris.
Peristiwa ini menyebabkan hubungan antara Inggeris dan Myanmar menjadi
tegang dan menunggu masa yang sesuai untuk berperang

MOHAMAD AFFIFUDDIN BIN AFENDY D20161075064


PENDIDIKAN
 Pembaharuan sistem pendidikan yang dilakukan oleh British ini
kebanyankannya mendapat kritikan daripada nasionalis-nasionalis
tempatan kerana hanya 2% sahaja dari keluruhan penduduk
tempatan yang layak mendapat pendidikan. Hal ini demikian
kerana, British hanya sekadar mengeluarkan graduan yang
menjawat jawatan kerajaan dan firma-firma asing dan peluang
untuk memasuki universiti telah pun dibolot oleh pelajar lain.

 Pada tahun 1909, British telah menubuhkan 5 buah sekolah muzik


untuk pelatih guru dibawah Jabatan records dan Latihan Pertanian.
Semua sekolah ini telah menggunakan Bahasa Burma atau Bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar.

 Dasar sekolah teknik pula ditubuhkan di Rangoon pada tahun 1895 .

 Untuk para bidan juga sebanyak 16 buah sekolah menengah telah


ditubuhkan di Rangoon dan dikendalikan oleh misi.

MOHAMAD AFFIFUDDIN BIN AFENDY


 Semua sekolah yang diperkenalkan adalah dikelaskan
mengikit umur iaitu:-
 Rendah :6 hingga 10 tahun.
 Menengah : 10 hingga 14 tahun.
 Menengah atas : 14 hingga 16 tahun.

Kemuncak dalam sisitem pendidikan di Burma ialah


dengan wujudnya Universiti Rangoon. Universiti ini
mengikuti model Oxbridge dan mengandungi
beberapa kolej seperti Kolej Universiti dan Kolej Judson.

Semua graduan berpeluang menjawat jawatan di


jawatan awam seperti pendidikan dan kesihatan
sekiranya mereka lulus dalam peperiksaan khas.

MOHAMAD AFFIFUDDIN BIN AFENDY


EKONOMI DI MYANMAR
(BURMA)
SELEPAS PENJAJAHAN BRITISH
• Akibat daripada penaalukan British ke atas Burma
• British telah memajukan Burma dalam beberapa
aspek ekonomi
• Burma juga menjadi salah sebuah negara yang
kedua terkaya selepas Filipina di Asia Tenggara
PEMBAHARUAN DALAM ASPEK
PEMBALAKAN
• Pembalakan menjadi tumpuan utama British
kerana Myanmar mempunyai hasil kayu jati yang
berkualiti.
• Kayu jati merupakan eksport kedua terpenting di
Myanmar. (Pegu)
• Pada tahun 1856, Jabatan Perhutanan telah
ditubuhkan di Myanmar
• Syarikat Perdagangan Bombay-Burma merupakan
syarikat pembalakan yang terbesar.
PERLOMBONGAN ( MINYAK)

• Tumpuan kepada sektor perlombongan petroleum


dan bijih timah disamping galian lain.
• Syarikat Minyak Burma (Burma Oil Campany) telah
ditubuhkan (1886)
• Pusat pengeluaran minyak yang terpenting
terdapat di Yenangyaung dan Chauk di Irrawaddy
Tengah
• Syarikat Minyak Burma merupakan syarikat
pengeluran petroleum terbesar iaitu sebanyak 75%
daripada pengeluaran minyak di Myanmar
PERLOMBONGAN (BIJIH TIMAH)

• Kawasan perlombongan bijih timah di Myanmar


banyak dilombong di Mawchi, Tavoy, dan
Tennaserim
• Pada tahun 1910, Myanmar telah berjaya
mengeluarkan bijih timah sebanyak 100 000 tan
• Perlombongan galian-galian lain telah diusahakan
di Myanmar ialah timah hitam yang terdapat di
kawasan Badwin dan Namtu
• Perlombongan zink, perak, tungsten, batu delima
dan nilam juga telah diusahakan di Mogok, Utara
Mandalay.
PERTANIAN KOMERSIL

• Ekonomi sara diri -> komersil


• Pengeluaran beras secara besar-besaran telah
membolehkan Myanmar menjadi pengeluar beras yang
utama di Asia Tenggara
• British juga menggalakkan orang Myanmar membuka
tanah baharu dengan meneroka hutan dikawasan delta
untuk penanaman padi bagi meningkatkan pengeluaran
padi Myanmar
• Rangoon merupakan pelabuhan utama yang
mengendalikan eksport beras di Myanmar
• Pada tahun 1881, eksport beras Myanmar berjumlah 0.5
juta tan dan kemudian meningkat kepada 1.4 juta tan
pada tahun 1901 dan terus meningkat kepada 2.5 juta tan
pada tahun 1921
KESIMPULAN

• Segala aspek pembaharuan yang dibangunkan di


Burma adalah bagi menjaga kepentingan British
sepanjang menakluki Burma
• Namun, penaalukan tersebut tetap mendapat
tentangan dariapada masyarakat Burma yang
hendak membebaskan diri
• Penjajahan British bersifat menukarkan negara yang
ditakluk agar mengikuti corak pentadbirannya
• Menyebabkan tercetus kesan negatif dan positif
dalam pelbagai aspek.

You might also like