Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 32

SCLM5093

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU

TAJUK :STRATEGI PERBINCANGAN

PEMBENTANG :
1. ZURIANI BINTI YAHYA : 811735
2. NORHANA BINTI MD ZIN : 811533
Strategi perbincangan
STRATEGI PERBINCANGAN

Definisi
Menurut Killen (1947) perbincangan merupakan
proses berinteraksi secara bersemuka di mana
pelajar dapat bertukar-tukar idea, membincangkan
atau menyelesaikan sesuatu masalah, menjawab
persoalan, mengukuh serta meningkatkan
kefahaman pelajar.
Definisi
• Kementerian Pendidikan (1990), strategi
perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti
mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu
tajuk.
• Bridges (dipetik daripada Killen, 1947) menyarankan bahawa
dalam pertukaran idea atau pendapat, memerlukan lima
aspek penting iaitu :

 Pelajar perlu bercakap.


 Mendengar serta memberi maklum balas antara satu sama
lain.
 Melihat kepada satu topik utama.
 Memberikan tumpuan dalam mengembangkan pengetahuan.
 Membuat keputusan dalam setiap isu yang dibincangkan.
• Gall and Gall (dipetik daripada Killen, 1947)
menyatakan bahawa strategi perbincangan
merupakan satu kaedah yang berkesan dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Ciri-ciri strategi perbincangan

• Kaedah perbincangan merupakan satu aktiviti


berkumpulan.

• Pelajar berinteraksi sesama mereka dan membincangkan


sesuatu isu atau masalah.

• Guru berperanan sebagai pemudahcara dan pembimbing


pelajar sepanjang sesi perbincangan.
Ciri-ciri strategi perbincangan

• Perbincangan melibatkan semua pelajar dalam kelas


ataupun dijalankan dalam kumpulan kecil.

• Guru mengemukakan soalan dan menggalakkan


mereka menyoal kembali idea dari rakan-rakan
mereka.
Tujuan Perbincangan

• Untuk menggalakkan perkembangan mental pelajar


supaya mereka dapat menyumbangkan idea dan
pandangan secara sistematik dan tepat.

• Untuk melatih pelajar mengeluarkan pendapat dengan


bernas, jelas, tepat dan logik.
Tujuan perbincangan

• Memberi peluang kepada pelajar menggunakan


kemahiran lisan mereka untuk berinteraksi dan
berkomunikasi secara berkesan.

• Menguasai teknik perbincangan yang betul serta dapat


mewujudkan interaksi sosial yang positif.
Langkah-langkah Perbincangan

• Guru perlu memilih topik berasaskan pengalaman,


kebolehan dan minat pelajar.

• Mengkaji dan melihat maklumat tentang topik


perbincangan.

• Membantu pelajar untuk bersedia dalam aktiviti


perbincangan
Langkah-langkah perbincangan

• Pelajar diberitahu cara dan peraturan perbincangan.

• Menyediakan persekitaran yang sesuai untuk


perbincangan.

• Guru perlu memilih topik berasaskan pengalaman,


kebolehan dan minat pelajar.

• Tujuan perbincangan harus jelas dan diberitahu kepada


pelajar sebelum perbincangan dimulakan.
Langkah-langkah Perbincangan

• Pengerusi dan pencatat harus dipilih untuk


mengendalikan sesi perbincangan.

• Guru harus menggalakkan dan membimbing setiap


pelajar melibatkan diri secara aktif.

• Semasa sesi perbincangan, pelajar digalakkan


mencatatkan idea yang disarankan dari semasa ke
semasa.
Langkah-langkah perbincangan

• Pada akhir perbincangan, idea-idea yang dicatat haruslah


dirumuskan.

• Sedikit masa diperuntukkan bagi guru atau pengerusi


membuat ulasan atau kesimpulan daripada hasil
perbincangan.

• Sebelum akhir perbincangan, pujian harus diberikan


kepada pelajar supaya mereka merasakan idea dan
pandangan mereka mendapat perhatian.
Kekuatan strategi perbincangan
• Pelajar berpeluang mengemukakan isu-isu, pendapat
dan idea-idea mengenai sesuatu topik.

• Minda pelajar dapat dirangsang dengan soalan-


soalan yang dikemukakan oleh guru.

• Pelajar akan memberi reaksi atau tindakbalas


tentang topik atau masalah dalam perbincangan.
Kekuatan strategi perbincangan

• Melatih pelajar membiasakan diri bercakap dalam


situasi formal.

• Melatih pelajar menggunakan bahasa yang betul dan


mengikis perasaan malu untuk bercakap secara
formal.
Kelemahan strategi perbincangan

• Kesukaran melaksanakan tugasan secara


bekerjasama di kalangan pelajar.

• Menyumbang kepada suasana kelas yang bising.

• Pelajar terpesong daripada tugasan yang diberikan


apabila pelajar ketandusan idea.
Kelemahan strategi perbincangan

• Penggunaan masa yang tidak mencukupi.

• Mengurangkan fokus pelajar terhadap pengajaran


yang dijalankan kerana kaedah perbincangan
menekankan pembelajaran berpusatkan pelajar.
Peraturan semasa mengadakan perbincangan

• Memulakan perbincangan
- Menyediakan struktur dan arahan yang jelas supaya
pelajar lebih berfokus.

Contoh : guru meminta pelajar mencari maklumat


daripada internet tentang topik yang hendak
diperbincangkan. Guru perlu memulakan
perbincangan untuk menarik minat pelajar dengan
berkata “ hari ini kita akan berbincang mengenai….”
• Melibatkan pelajar dalam perbincangan

 menggalakkan pelajar untuk mendefinisikan


istilah dan konsep.

 memberikan maklumat tambahan kepada pelajar.

 meminta pelajar menggunakan pengetahuan dan


pengalaman mereka.

 meminta pelajar membuat keputusan, menilai dan


mentaksir bahan yang dikemukakan.
• Menggalakkan pelajar berfikir semasa perbincangan.

 Beri masa 10 saat untuk berfikir.

 Mengajukan soalan seperti “ apa perbezaan idea yang


diberikan oleh Ali dan Ahmad ?”

 Menggalakkan pelajar menyoal diri sendiri samada bersetuju


dengan komen yang diberi.

 Menyarankan pelajar dengan penyataan “ Saya setuju dengan


pendapat ini kerana….”
• Memastikan perbincangan berjalan dan berada
dilandasan yang betul.

 Pastikan isu yang hendak diperbincangkan itu relevan


dengan pelajar.

 Pastikan strategi perbincangan dirancang dengan


baik.

 Membuat kesimpulan daripada hasil perbincangan.


Hubungkait strategi perbincangan dengan kaedah
pengajaran yang lain

• Dalam pengajaran terus.


 Perbincangan boleh dilakukan dalam masa yang
pendek (lebih kurang 15 minit) untuk melihat isu-isu
yang dikemukakan.

• Dalam kaedah berkumpulan.


 Perbincangan akan berlaku semasa interaksi dalam
kumpulan kecil.
Hubungkait strategi perbincangan dengan
kaedah pengajaran yang lain
• Dalam strategi pembelajaran koperatif
 Strategi perbincangan juga dapat diterapkan dalam
pembelajaran koperatif terutama dalam permainan
jigsaw.

• Dalam strategi penyelesaian masalah


 Perbincangan dilakukan untuk membantu pelajar
memahami masalah dan bagaimana cara untuk
menyelesaikannya.
Hubungkait strategi perbincangan dengan
kaedah pengajaran yang lain
• Dalam strategi penyelidikan.
 Melalui perbincangan pelajar dapat menjelaskan
tugasan penyelidikan mereka dan rekabentuk kaedah
penyelidikan.

• Dalam kajian kes


 Perbincangan dapat membantu menyelidik isu-isu
dan juga dapat mencapai penyelesaian.
Ulasan kajian

• Jurnal bertajuk “Strategi dan keyakinan guru Sains


Pertanian dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah” oleh Ramlah Hamzah, PH.D, Fakulti
Pengajian UPM dan Norehan Md. Shariff,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

• Kajian tentang pengajaran Sains Pertanian dalam


Kurikulum Sekolah Menengah.
Ulasan kajian

• Hasil kajian – guru menggunakan pelbagai strategi


pengajaran.

• Teknik perbincangan sering digunakan oleh guru.

• Teknik pengajaran berbentuk inkuiri juga digunakan.

• Keseluruhannya, kebanyakan guru menggunakan


teknik perbincangan.
Kesimpulan

• Kaedah perbincangan adalah kaedah pengajaran dan


pembelajaran yang dapat digunakan oleh guru untuk
menarik minat pelajar.

• Kaedah perbincangan boleh dilakukan dalam


kumpulan besar atau kecil, terbuka dan terbimbing.

• Guru dan pelajar akan sama-sama mendapat


manfaat, dimana guru dan pelajar akan dapat
berkongsi idea dan memberi ilmu baru.
Kesimpulan

• Pemilihan strategi yang bijaksana mampu menjamin


kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu
subjek atau modul.

• Perancangan untuk kaedah perbincangan haruslah


mengambil kira faktor-faktor yang ada supaya aktiviti
pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan.
Rujukan
• Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz. (1986).
Penguasaan kemahiran membaca, kaedah dan
teknik. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.

• Kementerian Pelajaran Malaysia. (1990). Sukatan


Pelajaran Sekolah Menengah : Sains Pertanian.
Kuala Lumpur :Pusat Perkembangan Kurikulum.

• Killen. R. (2007). Effective teaching strategies.


Australia: Social Science Press.
• Mok Soon Sang. (1992). Pedagogi untuk Pengajaran
dan Pembelajaran. Puchong: Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd.

• Ramlah Hamzah,PhD, Norehan Md Shariff. (1997).


Strategi dan keyakinan pengajaran guru Sains
Pertanian dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah. Jurnal Teknologi, 43 (27), 1-14.

• Sharifah Alwiah Alsagoff. (1986). Psikologi Pendidikan


1, Selangor : Longman Malaysia Sdn. Bhd.
• Sekian, terima kasih

You might also like