BERCERITA

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

APLIKASI TEKNIK

BERCERITA
PENSYARAH : ENCIK ZAINAL ARIFF BIN MAT
DISEDIAKAN OLEH:
NURUL AIN KHOO TEO MUI
NUR FARRA EZWA BINTI MOHD FAZLI
NUR FARHANA BINTI NGAH
LESHAINIE A/P SHANKAREN
BERCERITA DARI SEGI ASPEK PENDIDIKAN
• Mook Soon Sang (1993) menggariskan lapan tujuan bercerita. Dengan merumuskan secara
singkat, antara tujuannya ialah:

* Memotivasikan murid untuk belajar dalam suasana yang menggembirakan.

* Pembelajaran yang berlaku melalui bercerita bersifat lebih mudah untuk diingati. Oleh itu, nilai-
nilai murni boleh diterapkan ke dalam cerita-cerita tersebut.

* Sesetengah cerita dapat melibatkan murid-murid secara aktif. Dengan itu, bercerita boleh
menjadi suatu strategi pengajaran yang berpusatkan murid.

* Cerita yang bertema moral dapat membantu murid-murid menghayati nilai-nilai murni. Hal ini
adalah kerana murid-murid belajar melalui peniruan watak dan perwatakan baik dalam
sesebuah cerita.
• Cerita dapat mengurangkan masalah disiplin secara tidak langsung.

• Dapat memperluaskan pengalaman murid jika cerita itu dapat dikaitkan


dengan kehidupan seharian.

• Ia meningkatkan lagi kemahiran mendengar dan daya kreativiti murid.

• Melatih murid menyusun idea secara teratur sama ada secara lisan atau
tulisan bagi aktiviti selanjutnya. Secara tidak langsung, mereka juga boleh
menambahkan bahan-bahan untuk pembelajaran kendiri.
MEWUJUDKAN TEATER PEMBACA

• Teater pembaca adalah satu aktiviti drama yang boleh melibatkan semua murid dalam sesebuah
bilik darjah.
• Sebahagian daripada mereka akan membaca sebuah cerita dengan penghayatan dan intonasi
yang betul sehingga menimbulkan suasana cerita yang menarik dan mudah difahami.
• Bertujuan untuk membantu penonton memahami, menghayati dan merasakan seolah-olah mereka
berada di dalam penceritaan tersebut.
• Pembaca hanya dikehendaki menggunakan suara, gerak badan dan mimik muka.
• Teknik ini perlu perancangan yang rapi agar pengajaran dapat berjalan dengan lancar dan
murid-murid dalam keadaan yang terkawal.
• Bercerita juga membantu dalam perkembangan kosa kata dan kepekaan
murid kepada seni bahasa dan budaya mereka.
• Syair, pantun, sajak, seloka, gurindam, hikayat dapat digunakan untuk
menambah variasi pengajaran dan pembelajaran.
• Guru boleh mereka sebuah syair yang berbentuk cerita umpamanya riwayat
hidup seseorang, kisah-kisah sejarah yang bersesuaian dan sebagainya.
• Syair yang berbentuk cerita hendaklah disampaikan dengan penuh
penghayatan. Ini akan menimbulkan minat di kalangan murid-murid lebih-
lebih lagi mereka jarang mendengar syair.
• Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam, 1985, Kaedah Pengajaran Bahasa
Malaysia, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd.
BERCERITA SECARA DIDIK HIBUR
MENGGUNAKAN TEKNOLOGI
• Teknologi moden dapat menambah variasi penyampaian. Murid-murid akan diperlihatkan
dengan gambar-gambar slaid melalui OHP atau 'Power Point' komputer.
• Kemudian murid-murid diminta untuk memerhati gambar-gambar slaid mahupun video yang
ditayangkan dan seterusnya mengikuti cerita yang akan diperlihatkan dari slaid tadi.
• Menerusi tayangan tersebut murid-murid dapat mengikuti urutan atau jalan cerita dengan
mudah dan cerita itu akan lebih menarik.
• Audio juga boleh digunakan untuk membantu meningkatkan kemahiran mendengar murid-
murid.
• Murid-murid diperdengarkan kepada rakaman audio yang mengandungi turutan beberapa
peristiwa dan mereka diminta mengimaginasikan peristiwa tersebut. (KBAT)
• Kamarudin Hj. Husin, 1990, Pengajaran dan Pembelajaran Lisan, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like