Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Oleh :

LARRYSON ANAK ROSLAN


AUSTEIN HARRY DWARD ANAK LUMPOH
MALVIRO MICKY
Imperialisme berkembang sempena Revolusi
Perindustrian pada abad ke-19 apabila negara-
negara industri seperti United Kingdom dan
Perancis memerlukan bahan mentah untuk
kilang industri mereka dan juga pasaran untuk
produk mereka.
1. Kedudukan Asia Tenggara Yang Sangat Strategik
2. Kekayaan Bahan Mentah
3. Revolusi Perindustrian
4. Persaingan Kuasa-kuasa Barat
5. Slogan Beban yang digunakan oleh British dan Belanda.
Imperialis Barat mengukuhkan kedudukannya melalui
pengenalan sistem birokrasi. Sistem beraja telah dihapuskan
dan digantikan penubuhan kerajaan pusat. Contohnya,
Kerajaan Negeri Selat dan Negeri Melayu Bersekutu di Tanah
Melayu. Gabenor Jeneral telah mengambil alih kuasa raja
untuk mengetuai pemerintahan kerajaan pusat. Dengan
perlantikan Gabenor Jeneral, raja bukan sahaja telah
kehilangan kuasa, tetapi pemerintahan tanah jajahan dikuasai
oleh penjajah sepenuhnya.
Imperialis Barat mengukuhkan kedudukan dengan
menubuhkan jabatan kerajaan (biro) seperti Jabatan
Pertanian, Jabatan Kerja Raya, Polis dan sebagainya. Hal ini
menyebabkan pentadbiran dapat dijalankan mengikut cara
barat. Oleh itu, segala dasar yang dilaksanakan dapat
mengukuhkan kedudukannya sebagai penjajah.
Pelaksanaan undang-undang tersebut melenyapkan penguasaan
pembesar tradisional tempatan dalam pentadbiran. Di Tanah Melayu,
British memperkenalkan Akta Tanah Simpanan Melayu dan Enakmen
Tanah Padi. Undang-undang tersebut menafikan penglibatan orang
Melayu dalam pertanian komersil. Paksaan undang-undang tersebut
ke atas pemimpin dan rakyat tempatan menyebabkan mereka berjaya
menguasai pentadbiran dan ekonomi tanah jajahan.
Imperialis Barat juga mengukuhkan kedudukan mereka dengan cara
memecahbelahkan masyarakat tempatan. Contohnya, di Tanah Melayu,
British memperkenalkan sistem pendidikan vernakular untuk
mengasingkan kaum mengikut etnik masing-masing dan juga
mengamalkan dasar “pecah dan perintah”.
Penjajahan menyebabkan sistem birokrasi telah
diperkenalkan untuk menggantikan sistem
pemerintahan beraja. Gabenor Jerenal dan
Pesuruhjaya Tinggi dilantik oleh kuasa penjajah
menjadi ketua di tanah jajahan. Raja telah kehilangan
kuasa memerintah.
Pemerintah tempatan terpaksa menerima para
penasihat dari Barat. Jawatan pembesar
tradisional di peringkat pusat telah dihapuskan.
Pentadbiran negara tanah jajahan dilaksanakan
melalui biro. Pegawai-pegawai Barat dilantik
mengetuai biro.
Kegiatan ekonomi peribumi telah distrukturkan untuk
kepentingan ekonomi negara penjajah. Contohnya, di
Tanah Melayu, kegiatan penanaman getah dan
perlombongan bijih telah dijalankan secara besar-
besaran bagi memastikan bahan tersebut dapat
dibekalkan untuk keperluan industri di Britain.
Sistem pendidikan Inggeris telah diperkenalkan di
Tanah Melayu. Walau bagaimanapun sistem
pendidikan tersebut tidak disebarkan secara meluas.
Ianya terhad di kawasan bandar sahaja. Sistem
pendidikan tersebut bertujuan untuk melatih
pentadbir bawahan bagi keperluan pentadbiran British
sahaja.
Kegiatan ekonomi peribumi telah distrukturkan untuk
kepentingan ekonomi negara penjajah. Contohnya, di
Tanah Melayu, kegiatan penanaman getah dan
perlombongan bijih telah dijalankan secara besar-
besaran bagi memastikan bahan tersebut dapat
dibekalkan untuk keperluan industri di Britain.
Kuasa Barat telah mengimport buruh dari negara lain
untuk keperluan ekonomi dagangan mereka. Dasar ini
telah membawa perubahan kepada komposisi etnik di
negara yang dijajah. Penjajah pula tidak berusaha
untuk mengharmonikan hubungan kaum semasa
pemerintahan mereka.
TERIMA KASIH

Oleh :
LARRYSON ANAK ROSLAN
AUSTEIN HARRY DWARD ANAK LUMPOH
MALVIRO MICKY

You might also like