Tarian Tradisional

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

TARIAN INANG

Tarian inang dicipta semasa zaman Kesultanan


Melayu Melaka. Tarian ini juga dipanggil
sebagai Tarian Kembang Cina.
Alat-alat muzik yang digunakan terdiri
daripada rebana, gendang dan biola.

Imbas saya untuk mendapat


maklumat lanjut!

Imbas saya untuk menonton video!


Tarian sering dipersembahkan di majlis-majlis sosial. Tarian ini ditarikan
mengikut laju tempo rebana, biola dan gendang. Semasa menari, para
penari melambaikan sapu tangan yang berwarna-warni.

Rentak tariannya adalah sangat lemah gemalai dan mempunyai ciri-ciri


yang bersesuaian untuk di tarikan di Istana Di-Raja. Kadangkalanya penari-
penarinya mengunakan skaf panjang semasa melakukan persembahan.

Tarian Inang ditarikan secara berpasangan oleh penari lelaki dan wanita.
Penari wanita memakai selendang dan berbaju kebaya bersama hiasan
cucuk sanggul sementara penari lelaki pula memakai sepasang baju Melayu
lengkap bersongkok dan bersamping.
TARIAN
MAKYUNG
Makyong merupakan suatu bentuk drama-tari
Melayu yang menggabungkan unsur-unsur
ritual, lakonan dan tarian yang digayakan,
muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan
teks percakapan yang formal dan bersahaja.

Imbas saya untuk menonton video!

Imbas saya untuk mendapat maklumat lanjut!


Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, Perlis
serta di Kepulauan Riau - Indonesia.

Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak Yong
dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan Diraja
di bawah naungan Kesultanan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan
dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian
yang berhias cantik.

Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan
tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa
amalan dalam siri pertunjukkan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia
dilakukan dipanggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga
sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab,
gendang kepala dua dan tetawak. Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya
berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak.
TARIAN SINGA

Tarian Singa atau dalam bahasa Cina dipanggil


“Wushi” merupakan tarian tradisional dalam
adat masyarakat Cina. Tarian ini
dipersembahkan dengan meniru pergerakan
singa dengan menggunakan kostum singa .

Imbas saya untuk menonton video!

Imbas saya untuk mendapat maklumat lanjut!


Tarian singa dipersembahkan sempena perayaan Tahun Baru Cina dan festival
kaum Cina lain. Tarian ini juga dipersembahkan sempena peristiwa sambutan
istimewa, perkahwinan atau menyambut tetamu khas mengikut tradisi
masyarakat Cina.

Kostum singa dimainkan oleh dua penari iaitu seorang dibahagian hadapan
dan seorang lagi di bahagian hadapan. Penari ini akan menggerakkan kepala di
bahagian hadapan manakala pasangan penari akan memainkan bahagian
belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-
akan singa di atas pentas yang disediakan . Tarian Singa ini biasanya diiringi
oleh pukulan gong, drum, dan dentuman mercun yang dikatakan membawa
tuah.
TARIAN BHARATHANATYAM

Bharatnatyam merupakan salah satu tarian


tradisional India. Tarian ini biasa disebut juga
dengan Tarian Veda Kelima. Tarian ini
menggabungkan antara irama, musik, dan
ekspresi dari para penarinya.

Imbas saya untuk menonton video!

Imbas saya untuk mendapat maklumat lanjut!


Tarian Bharathanatyam berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian
Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo
oleh seorang penari wanita.

Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam


peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan
Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian
tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ).
TARIAN
SEWANG
Tarian Sewang adalah tarian tradisional yang
berasal daripada masyarakat Orang Asli.
Tarian ini ditarikan bagi tujuan perubatan,
majlis keramaian, perkahwinan serta semasa
upacara membuka ladang baharu.

Imbas saya untuk menonton video!

Imbas saya untuk mendapat maklumat lanjut!


Pada asalnya, tarian sewang diadakan bagi tujuan perubatan dan turut
merangkumi unsur-unsur spititual dan ritual seperti pemujaan roh, semangat
si mati serta aktiviti membuang bala. Walau bagaimanapun kini tarian Sewang
telah diolah semula bagi tujuan persembahan dan hiburan semata.

Tarian Sewang dipersembahkan dalam bentuk bulatan yang mana penari akan
membentuk bulatan semasa persembahan diadakan. Tarian ini ditarikan oleh
beberapa orang penari di balai sewang. Kebiasaannya, tarian ini diiringi paluan
alat muzik yang diperbuat daripada alam semulajadi seperti ketukan buluh.
TARIAN NGAJAT

Tarian ngajat merupakan tarian yang


menjadikan kebanggaan kaum Iban dan
masyarakat Sarawak. Pada zaman dahulu
ianya ditarikan selepas mereka kembali dari
berperang.

Imbas saya untuk menonton video!

Imbas saya untuk mendapat maklumat lanjut!


Terdapat beberapa jenis tarian ngajat untuk tujuan berbeza. Antaranya berikut:

1. NGAJAT BERBUNUH
Dipersembahkan oleh kaum lelaki dari masyarakat Iban. Ia merupakan satu peniruan atau
pengulangan yang dilakukan oleh mereka sebagaimana yang mereka lakukan semasa
menghadapi musuh – musuh ketika mereka mengadakan aktiviti harian seperti memburu. .

2. NGAJAT INDUK
Merupakan persembahan yang dipersembahkan oleh golongan wanita yang memaparkan
kelembutan dan kehalusan seni budaya serta adat istiadat masyarakat pribumi itu sendiri.
Gerak tari yang dipersembahkan mempunyai maksud yang tersirat serta menggambarkan
aktiviti seharian masyarakat Iban.

4. NGAJAT NGALU TEMUAI


Dipersembahkan bagi tujuan menyambut kedatangan tetamu khas yang datang. Biasanya
tarian ini di persembahan ketika upacara perasmian atau pembukaan sesuatu majlis rasmi
yang di hadiri oleh banyak tetamu-tetamu terhormat dan orang ramai.
TARIAN
SUMAZAU
Tarian sumazau merupakan sejenis
tarian tradisional Sabah. Tarian ini
dipersembahkan semasa Tadau
Kaamatan yang dirayakan pada bulan
Mei setiap tahun.

Imbas saya untuk menonton video!

Imbas saya untuk mendapat maklumat lanjut!


Perkataan sumazau berasal daripada perkataan sazau, iaitu merujuk kepada pergerakan
tangan penari seperti seekor burung helang sedang terbang.Gerak tangan penari-penari
Sumazau seperti sayap burung terbang dengan langkah kaki mengikut rentak paluan gong.

Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadapan sambil mereka menggerak-gerakkan
kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu.
Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang.

Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan memakai pakaian
serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas.
Penari perempuan dihiasi dengan selendang serta tali pinggang (tangkong) yang diperbuat
daripada duit syiling perak. Penari lelaki biasanya akan memakai tanjak di samping pakaian
serba hitam serta daun silad kering yang diikat di pinggang.

Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong, biasanya 6 buah gong yang berbagai ukuran
dan satu gendang.
TARIAN
BHANGRA
Tarian Bhangra adalah tarian menyambut
musim menuai dan berasal dari Punjab,
India. Setiap pergerakan kepala atau
tangan menyampaikan maksud yang
istimewa dan merupakan gerakan artistik.

Imbas saya untuk menonton video!

Imbas saya untuk mendapat maklumat lanjut!


Tarian Bhangra merupakan tarian yang sangat popular dalam kalangan etnik Sikh.
Dahulunya, tarian ini dipersembahkan sebagai tanda gembira atas hasil tuaian
yang baik. Kini, tarian bhangra ini dipersembahkan untuk majlis-majlis
kekeluargaan dan keramaian.

Penari lelaki dan wanita selalunya memakai pakaian yang berwarna


terang dan berseri-seri. Lagu-lagu untuk tarian ini adalah rangkaian lagu-lagu
rakyat yang diiringi oleh alat muzik tradisional seperti dhol, harmonica dan
tamborin.

You might also like