Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

BANJIR KILAT DI

KUNDANG
NAMA : AIMAN ISKANDAR BIN A.R RAMLAN

KELAS : 3 KUNDANG 6

NAMA GURU : ENCIK RAZWAN

SEKOLAH : SMK SERI KUNDANG


PENGENALAN
 Penduduk Seri Kundang, Rawang, Selangor telah dilanda banjir pada 18 April 2017. Penduduk-
penduduk di sekitarnya seperti Desa Kundang, Sg.Serai dan Kuang juga mengalami masalah yang
sama. Penduduk Seri Kundang, Rawang, Selangor, amat terkejut kerana kejadian ini adalah
kejadian kali yang pertama mereka lalui.
FAKTOR
 Faktor-faktor terjadinya kejadian banjir di Seri Kundang, Rawang, Selangor, adalah berpunca
daripada sistem perparitan yang tidak diuruskan dengan baik oleh pihak yang
bertanggungjawab. Masayrakat juga harus memainkan peranan dengan tidak membunag
sampah ke dalam sungai, ini kerana saliran air akan terganggu lalu membawa kepada banjir.
 Selain itu, hujan yang berterusan selama tiga jam menyebabkan paras air naik. Hujan yang
berterusan menyebabkan air memasuki ke dalam rumah penduduk kawasan Seri Kundang,
Rawang, Selangor.
 Seterusnya, kawasan di Seri Kundang, Rawang, Selangor dinaiki air oleh kerana sikappemaju
yang tidak mengambil peduli tentang sistem saliran dan keselamatan penduduk di sekitar
kawasan Seri Kundang, Rawang, Selangor.
KRONOLOGI
 Sebelum kejadian banjir ini berlaku, penduduk-penduduk di Seri Kundang, Rawang ,Selangor
hidup dengan aman dan selesa daripada sebarang bencana yang tidak di ingini berlaku.
Penduduk-penduduk di situ amat menjaga daripada perkara perkara yang tidak di ingini berlaku
di situ
 Ketika banjir itu berlaku, suasana bertukar menjadi kelam-kabut. Penduduk-penduduk
bertungkus lumus menyelamatkan barang peribadi mereka daripada dihanyutkan oleh air hujan
yang memasuki rumah mereka. Orang awam yang melalui jalan utama ke Kampung Seri
Kundang juga menghadapi situasi yang agak mencemasakan juga. Terdapat banyak barang
perkakasan dapur dan perabot kayu hanyut dibawa air
 Selepas banjir, penduduk kawasan Seri Kundang, Rawang, Selangor membersihkan rumah
masing-masing ketika air sudah mula surut. Pihak berkuasa juga membaiki kerosakan seperti
membuat jalan yang baru. Masyarakat di sekitar juga menolong dari segi bantuan barangan
keperluan kepada mangsa-mangsa banjir.
IKTIBAR
 Iktibar yang saya dapat perolehi di sini ialah, kita hendaklah melahirkan sifat prihatin sesama
masyarakat dengan menjaga kebersihan di sekitar kawasan tempat kediaman supaya idak akan
berlakunya perkara perkara yang tidak di ingini.
RUMUSAN
 Rumusan yang saya dapat dalam peristiwa ini adalah tentang keadaan kawasan persekitaran
Seri Kundang, Rawang, Selangor. Saya juga dapat menerapkan nilai berkerjasama dalam
membersihkan kawasan rumah mangsa banjir. Seterusnya, saya dapat melihat unsur patriotisme
dalam kalangan setiap anggota masyarakat yang saling bantu membantu diantara satu sama
lain.Akhir sekali, saya berharap agar kejadian banjir ini di Seri Kundang, Rawang, Selangor tidak
akan berulang lagi di masa yang akan datang agar masyarakat setempat dapat hidup aman dan
damai.

You might also like