Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Penaungan

Dail sintia
Penaungan
• Penaungan atau dalam bahasa inggeris disebut sebagai ‘patronage’
berasal dari bahasa Latin iaitu ‘patronus’ yang bermaksud bapa.
Konsep bapa ialah pelindung kepada karya-karya seni visual.
• Sejarah awal penaungan seni visual adalah merujuk kepada sokongan
daripada pemerintah, raja dan golongan bangsawan yang memberi
galakan, menaja dan menjaga pelukis, pemuzik, penyair dan pemahat
dengan baik.
• Sebagai contoh perkembangan pesat seni pada zaman Renaisance
dikatakan atas
usaha penaungan yang menjaga pelukis,
pengukir, sastrawan dan saintis.
• Penaungan boleh dikategorikan pada beberapa jenis iaitu organisasi,
pertubuhan dan orang perseorangan. Kini kebanyakan karya seni
adalah dibawah kawalan dan jagaan muzium dan galeri.
• Di Malaysia penggalak kepada perkembangan seni visual pada
peringkat awal ialah Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Beliau berperanan besar dalam
memajukan seni visual Malaysia sebelum dan selepas merdeka.
• Frank Sullivan menubuhkan galeri seni visual iaitu ‘Samat Gallery’
dimana beliau banyak mengumpul banyak karya pelukis tempatan
pada ketika itu. Kini Galeri Samat telah dibeli oleh Muzium dan Galeri
Tuanku Fauziah Universiti Sains Malaysia.
• Penaung seni visual yang seterusnya ialah Balai Seni Visual Negara.
Kementerian Penerangan komunikasi dan Kebudayaan telah memberi
amanah kepada Balai Seni Lukis Negara sebagai pusat terunggul dan
pemegang amanah warisan negara.
• Penaung seni visual yang seterusnya ialah Tan Sri Dato’ Dr.Hj.Mubin
Sherppard. Beliau merupakan salah seorang yang telah menerajui
penubuhan Balai Seni Lukis Negara. Sesungguhnya beliau telah
banyak memberi sumbangan dan galakan kearah memartabatkan seni
visual negara sebagai bahan khazanah negara.
• Penaung seni visual seterusnya ialah Frank Sullivan. Beliau bersama-
sama dengan Mubin Sheppard dalam usaha penubuhan Balai Seni
Lukis Negara yang berfungsi sebagai pengumpul dan penggalak
senilukis negara.
• Penaung seni visual negara yang seterusnya ialah Balai Seni Visual
Negara. Balai Seni Visual Negara pada asalnya ialah Balai Seni Lukis
Negara tetapi ditukar nama menjadi Balai Seni Visual Negara pada
tahun 2011.
• Peranan Balai Seni Visual Negara (BSVN) lebih meluas dan mengawal
dan menyelia seluruh Malaysia terhadap perkembangan dan
penyuburan seni visual negara.
• Missi BSVN adalah mengumpul, memulihara, memelihara,
mempamer, mempromosi, memupuk kesedaran, kefahaman dan
penghayatan yang tinggi terhadap seni kepada semua lapisan
masyarakat.

You might also like