Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 42

4: Keanjalan

Kursus PET3013 Prinsip Ekonomi


FPE, UPSI
Keanjalan Permintaan Harga
• Satu ukuran bagaimana responsifnya kuantiti
diminta bagi sesuatu barang kepada perubahan
dalam harga barangan tersebut, dengan andaian
faktor-faktor lain tidak berubah.
• Dikukur dengan membahagikan peratus perubahan
dalam kuantiti diminta untuk sesuatu barang
dengan peratus perubahan harganya.
Mengira Keanjalan Permintaan
Harga

Peratus perubahan dalam kuantiti diminta


Ed 
Peratus perubahan dalam harga
%Q

%P
• Ahli ekonomi mengira keanjalan permintaan harga
dengan menggunakan titik tengah sebagai nilai asas
untuk perubahan harga dan kuantiti diminta.
• Kita gunakan purata harga dan purata kuantiti
kerana ia memberikan ukuran keanjalan yang paling
tepat.
• Ini merupakan titik pertengahan antara harga asal
dan harga baru.
• Kita membahagikan perubahan dalam kuantiti
diminta dengan purata kuantiti diminta yang
kemudiannya dibahagikan pula dengan perubahan
dalam harga dibahagikan dengan harga purata.
Mengira Keanjalan Titik Tengah
Q/Q purata
Ed 
P/Ppurata
(Q2  Q1) /[(Q1  Q 2 ) / 2]

(P2  P1) /[( P1  P2 ) / 2]
Contoh Pengiraan
Katakan asalnya harga satu pizza adalah
RM20.50 dan pada harga tersebut 9 pizza
dijual dalam masa sejam. Kemudian harga
jatuh kepada RM19.50 bagi satu pizza dan
kuantiti diminta pula akan meningkat
kepada 11 pizza sejam.
P1  RM20.50 Q1  9 pizza
P2  RM19.50 Q 2  11 pizza

(11  9) /[(9  11) / 2]


Ed 
(RM19.50  RM20.50)/[(RM20.50  RM19.50)/2]
2 / 10

 1 / 20
0.20

 0.05
4
Jenis/Darjah Keanjalan
• Permintaan anjal (Ed > 1)
• Permintaan tak anjal (Ed < 1)
• Permintaan anjal unit (Ed = 1)
• Permintaan anjal sempurna (Ed = )
• Permintaan tak anjal sempurna (Ed = 0)
• Permintaan Anjal (Ed > 1): peratus
perubahan kuantiti diminta lebih besar
daripada peratus perubahan harga.
• Permintaan Tidak Anjal (Ed < 1): peratus
perubahan dalam kuantiti diminta adalah
kurang daripada peratus perubahan harga.
• Permintaan Anjal Uniti (Ed = 1): peratus
perubahan kuantiti diminta adalah sama
dengan peratus perubahan harga.
• Permintaan Anjal Sempurna (Ed = ∞):
peratus perubahan harga yang kecil
menyebabkan kuantiti diminta berubah
dengan peratusan yang paling besar.
• Permintaan Tidak Anjal Sempurna (Ed =
0): perubahan harga tidak menyebabkan
sebarang perubahan kuantiti diminta.
Keanjalan Permintaan Harga
Keanjalan Permintaan Harga dan
Jumlah Hasil
• Jumlah Hasil (TR) seorang penjual bersamaan harga
sesuatu barang (P) darab kuantiti barang yang dijual (Q)
[TR = P  Q].
• Jumlah hasil boleh meningkat, menurun atau tetap
(konstan).
• Jika permintaan anjal, harga yang meningkat
mengurangkan jumlah hasil.
• Jika permintaan anjal, harga yang jatuh meningkatkan
jumlah hasil.
• Jika permintaan tidak anjal, harga yang
jatuh mengurangkan jumlah hasil.
• Jika permintaan anjal uniti, harga yang jatuh
membolehkan lebih banyak barang dijual
tetapi jumlah hasil tetap sama (konstan).
Keanjalan,
Perubahan
Harga dan
Jumlah Hasil
Keanjalan Di Sepanjang Keluk
Permintaan Bergaris Lurus
Penentu Keanjalan Permintaan
Harga
• Bilangan Barang Pengganti: Semakin banyak
pengganti bagi sesuatu barang semakin tinggi
keanjalannya; semakin sedikit barang pengganti
bagi sesuatu barang semakin rendah keanjalannya.
Semakin luas definisi sesuatu barang semakin
sedikit barang penggantinya; semakin sempit
sesuatu barang didefinisikan semakin banyak
penggantinya.
• Barang Mesti dan Barang Mewah: Barang yang
dianggap sebagai barang mewah mempunyai
keanjalan permintaan harga yang lebih tinggi
daripada barang mesti.
• Peratusan Pendapatan Yang Dibelanjankan Ke
atas Sesuatu Barang: Semakin banyak
pendapatan yang dibelanjakan untuk mendapatkan
sesuatu barang semakin tinggi keanjalannya;
semakin sedikit pendapatan dibelanjakan untuk
membeli sesuatu barang semakin rendah
keanjalannya.
• Masa: Semakin banyak masa untuk membuat
perubahan semakin tinggi keanjalannya; sekiranya
masa yang ada terlalu pendek, semakin rendah
keanjalannya.
Keanjalan Permintaan Silang
• Mengukur bagaimana responsifnya kuantiti
diminta sesuatu barang terhadap perubahan harga
barang lain.
• Didefinisikan sebagai peratus perubahan dalam
kuantiti diminta sesuatu barang dibahagi dengan
peratus perubahan harga barang lain.
• Konsep keanjalan permintaan silang digunakan
untuk mengukur kesan perubahan dalam harga
bagi barang penggenap dan pengganti.
Peratus perubahan dalam kuantiti barang X
E xy 
Peratus perubahan dalam harga barang Y
%Qx

%Py
• Exy > 0  Barang pengganti

• Exy < 0  Barang penggenap


Contoh 1
Apabila harga Pepsi-Cola jatuh, permintaan bagi
Coca-Cola jatuh. Katakan harga Pepsi-Cola jatuh
sebanyak 10% dan kuantiti diminta bagi Coca-
Cola pula turun sebanyak 45%. Barang apakah
Pepsi-Cola dan Coca-Cola?

Exy = 0.45/0.10 = 4.5

Pekali keanjalan adalah positif, oleh itu Pepsi-


Cola adalah barang pengganti untuk Coca-Cola.
Contoh 2
Apabila harga kereta jatuh, permintaan bagi tayar
meningkat. Katakan harga kereta jatuh sebanyak
5% dan kuantiti diminta bagi kereta meningkat
sebanyak 10%. Barang apakah kereta dan tayar?

Exy = 0.10/0.05 = 2

Pekali keanjalan adalah negatif, oleh itu tayar


adalah barang penggenap kepada kereta.
Keanjalan Permintaan
Pendapatan
• Mengukur bagaimana responsifnya permintaan
bagi sesuatu barang terhadap perubahan dalam
pendapatan.
• Didefinisikan sebagai peratus perubahan kuantiti
diminta sesuatu barang dibahagi dengan peratus
perubahan pendapatan.
• Keanjalan permintaan pendapatan yang positif (Ey
> 0) menunjukkan barang normal.
• Permintaan bagi barang inferior berkurangan
apabila pendapatan meningkat (Ey < 0).
Peratus perubahan dalam kuantiti diminta
Ey 
Peratus perubahan dalam pendapatan
%Q

%Y
Q
(Q1  Q 2 ) / 2
Ey 
Y
( Y1  Y2 ) / 2
Contoh
Katakan pendapatan meningkat daripada
RM500 kepada RM600 setiap bulan dan
kuantiti diminta bagi barangan X bertambah
daripada 20 unit kepada 30 unit setiap
bulan.
Q1 = 20 unit barang X Y1 = RM500
Q2 = 30 unit barang X Y2 = RM600
10 /[( 20  30) / 2]
Ey 
100 /[(500  600) / 2]
10/25

100/550
0.40

0.18
 2.2
Pekali adalah positif, jadi X adalah barang normal.
• Jika Ey > 1,
permintaan adalah
anjal pendapatan.
• Jika Ey < 1,
permintaan adalah
tidak anjal pendapatan.
• Jika Ey = 1,
permintaan adalah
anjal uniti pendapatan.
Darjah Keanjalan Permintaan
Pendapatan
• Ey > 1: anjal pendapatan barang normal (barang
mewah)
• Ey < 1: tak anjal pendapatan
• Ey = 1: anjal satu (unit) pendapatan
• 0<Ey<1: tak anjal pendapatan  barang normal
(barang mesti)
• Ey < 0: barang inferior
Keanjalan Penawaran Harga
• Mengukur bagaimana responsifnya kuantiti
ditawar kepada perubahan dalam harga.
• Didefinisikan sebagai peratus perubahan kuantiti
ditawar sesuatu barang dibahagikan dengan
peratus perubahan harga barang tersebut.
• Penawaran boleh diklasifikasikan sebagai anjal,
tidak anjal, anjal uniti, anjal sempurna atau tidak
anjal sempurna.
Peratus perubahan dalam kuantiti ditawar
Es 
Peratus perubahan dalam harga
%Qs

%P
Contoh
Katakan pada harga asal RM20, 10 keping
pizza boleh dijual dalam masa sejam.
Apabila harga meningkat kepada RM30
bagi sekeping pizza, kuantiti meningkat
kepada 13 keping sejam.
13 - 10/[(10  13)/2]
Es 
30 - 20/[20  30)/2]
3 / 11.5

10 / 25
0.26

0.40
 0.65
Ini bermaksud penawaran pizza tidak anjal.
Darjah Keanjalan Penawaran Harga

• Penawaran anjal (Es > 1)


• Penawaran tak anjal (Es < 1)
• Penawaran anjal unit (anjal satu) (Es = 1)
• Penawaran anjal sempurna (Es =  atau
infiniti)
• Penawaran tak anjal sempurna (Es = 0)
Keanjalan Penawaran Harga
Penentu Keanjalan Penawaran
Harga
• Masa: semakin lama
masa yang diambil
untuk menyesuaikan
keadaan dengan
perubahan harga,
semakin tinggi
keanjalan penawaran
harga kerana untuk
menambah atau
megurangkan
pengeluaran
mengambil masa.
• Penggantian
Sumber: sesuatu
barang yang tidak
boleh dikeluarkan
dengan menggunakan
sumber-sumber lain
yang biasa diperolehi,
keanjalan
penawarannya adalah
rendah.
Ringkasan 4 Konsep Keanjalan
• Cukai yang dikenakan ke
atas penjual VCR tapes
menganjakkan keluk
Siapa Yang
penawaran dari S1 ke S2
dan meningkatkan harga
Membayar Cukai?
keseimbangan dari $8 ke
$8.50. Sebahagian
daripada cukai dibayar
oleh pembeli melalui
harga yang lebih tinggi
dan sebahagiannya oleh
penjual melalui harga
lebih rendah yang
disimpan.
• Hasil cukai
dimaksimumkan dengan
meletakkan cukai ke atas
penjual yang berhadapan
dengan keluk permintaan
tidak anjal.
Jenis Keanjalan dan Cukai
MORE
CONFUSED?

You might also like