Pendekatan Sosial Dalam Penentuan Hukum Syarak Di Dalam Islam

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 43

Pendekatan Sosial dalam

Penentuan Hukum Syarak di dalam


Islam
Dr. Mohd Akram Dahaman
Pusat Pengajian Umum, UUM CAS
1. Metode Penentuan Hukum Syarak dalam
Sejarah Hukum Islam
 Ron Shaham (1995): Perubahan sosial yang membabitkan masa,
tempat, keadaan dan adat di dalam kehidupan manusia dilihat
telah memberi pengaruh kepada penetapan hukum syarak
 Perkara ini dapat dilihat melalui pendekatan dan metode dalam
hukum syarak yang mengambilkira perubahan dan perbezaan
yang wujud di dalam kehidupan sosial masyarakat manusia
 Antara pendekatan dan metode tersebut ialah al-Naskh, al-
Tadarruj, “‫”تفصيل ما ال يتغير و إجمال ما يتغير‬, pendekatan Fiqh
Taqdiri oleh ulama al-Ahnaf dan Pemakaian Kaedah ‫ال ينكر تغير‬
‫األحكام بتغير األزمان واألمكان‬
a) Proses al-Naskh
• melibatkan pembatalan atau pindaan hukum terdahulu dengan
kewujudan hukum kemudian
• Kenapa berlaku? = Abdul Karim Zaydan (1996): berlaku
disebabkan ada perubahan dan perbezaan pada tujuan sesuatu
pensyariatan
• Muhammad Mustafa Shalabi (1985): Apabila tujuan pensyariatan
itu tidak lagi sesuai, perubahan hukum perlu dilakukan untuk
memastikan kemaslahatan manusia itu dapat direalisasikan.
• Contoh: ‘iddah bagi seorang janda disebabkan kematian suami,
hukum asal ialah setahun (al-Baqarah 240), kemudian dipinda
kepada empat bulan sepuluh hari (al-Baqarah 234)
• Pindaan hukum hudud terhadap penzina yang bermula dengan
penyeksaan dan kurungan di dalam rumah sehingga mereka
bertaubat (an-Nisa’ 15-16), kemudian berubah kepada hukuman
rotan (an-Nur 2)
 Kes larangan menziarahi kubur , Rasul SAW bersabda
memaklumkan tentang pemansuhan larangan:
‫قد كنت نهيتكم عن زيارة القبور فقد أذن لمحمد في زيارة قبر أمه‬
‫فزوروها فإنها تذكر اآلخرة‬
 Muhammad Mustafa Shalabi (1995) memberi komentarnya : :
“Hukum syarak yang awal sebelum dipinda adalah sesuai dengan
keadaan ketika itu dan apabila keadaan itu berubah, Allah SWT
menurunkan hukum yang baru sebagai ganti supaya mampu dan
dapat merealisasikan maksud dan tujuan pensyariatan” - “Kalaulah
sekiranya bukan begitu keadaan mereka pada awalnya, tentulah
Allah SWT telah meletakkan hukum nasikh itu dari awal lagi”
 Noor Naemah (1995), Pembatalan atau pindaan ini juga bertujuan
untuk memastikan sesuatu hukum itu dapat dilaksanakan dengan
lebih baik agar mendatangkan lebih kebaikan kepada persekitaran
dan keadaan baru yang wujud
b) Kaedah al-Tadarruj
• Muhammad Mustafa al-Zuhayli (2000), penurunan hukum syarak
kepada umat Islam sedikit demi sedikit sepanjang tempoh
kehidupan Rasulullah SAW bermula dengan bi‘thah sehingga
baginda wafat.
• asas utama proses pensyariatan terhadap al-Quran dan al-Sunnah
• Dr. ‘Umar Sulayman al-Ashqar (1991), menjelaskan bahawa
syarak begitu mengambil berat tentang suasana dan keadaan
masyarakat manusia yang tidak sama, berbeza-beza dan berubah.
• Contoh: proses pengharaman arak, Allah SWT telah menurunkan
tiga ayat berbeza sebelum arak itu diputuskan haram (Ayat pertama
ialah ayat 67 di dalam surah al-Nahl, ayat kedua ialah ayat 219 di
dalam surah al-Baqarah dan ayat ketiga ialah ayat 43 di dalam
surah al-Nisa’) – (Ayat 90-91 di dalam surah al-Ma’idah)
 Perkara ini dijelaskan oleh ‘A’ishah RA : “Kalaulah di peringkat
awal Islam telah diharamkan arak dan zina nescaya umat Islam
pada waktu itu mengambil sikap untuk meneruskan amalan
meminum arak dan berzina yang telah sebati dalam kehidupan
mereka”
 Dr. Muhammad Mustafa al-Zuhayli menyatakan bahawa prinsip
al-Tadarruj perlu demi untuk merealisasikan kemaslahatan
manusia yang secara fitrahnya berbeza dan berubah dalam
banyak perkara
c) metode “‫”تفصيل ما ال يتغير و إجمال ما يتغير‬
• pendetilan apa-apa yang tidak mungkin berubah dan
mengijmalkan apa-apa yang berkemungkinan mengalami
perubahan
• Menurut Ismail Kuksal (2000): wujud ketika era penurunan
wahyu sebagai asas pensyariatan hukum
• Metode ini jelas dapat dilihat daripada nisbah peratusan ayat-
ayat hukum yang wujud di dalam al-Quran
• Prof. Dr. Harun Nasution (1974) mencatatkan hanya lebih
kurang 368 potong ayat sahaja yang menyentuh aspek hukum
mewakili 5.8 % berbanding keseluruhan bilangan ayat al-Quran
ialah 6360 potong ayat.
• Peratusan yang kecil ini jelas menunjukkan bahawa al-Quran
meletakkan kaedah-kaedah umum dalam aspek hukum syarak.
Ini bagi membolehkan hukum syarak dapat dilaksanakan dalam
keadaan yang berbeza dan berubah
Pembahagian Ayat-Ayat di dalam Al-Quran

5.8%

TAUHID, KENABIAN, KISAH DAN


IKTIBAR UMAT TERDAHULU DLL
AYAT-AYAT HUKUM

94.2%
 Metode yang sama juga dapat dilihat dalam pembahagian kalangan
ayat-ayat hukum
 Dr. Mehmet Erdogan (1994) menyatakan bahawa ayat-ayat hukum
melibatkan ibadah berada dalam keadaan mufassalah iaitu
penerangan secara terperinci manakala ayat-ayat yang melibatkan
hukum muamalat berada dalam keadaan mujizah iaitu umum dan
ijmal.
 ‘Abd al-Wahhab Khallaf (1993), Pembahagian ini menunjukkan
sifat tetap hukum ibadah yang bersifat ta‘abbudi dan sifat berubah
hukum muamalat mengikut perubahan tempat, keadaan, masa dan
adat
d) Fiqh Taqdiri
• diambil oleh golongan ulama al-Ahnaf adalah antara contoh
terbaik menunjukkan pengaruh yang dimainkan oleh perubahan
dan perbezaan bentuk kehidupan sosial masyarakat Islam
membabitkan masa, tempat, keadaan dan adat setempat terhadap
hukum syarak.
• Dr. al-Shaykh Hussayn Muhammad al-Mallah (2001), Mereka
telah cuba memberi penyelesaian bagi masalah-masalah yang
bakal berlaku di masa mendatang akibat perubahan dan
perbezaan zaman, tempat mahupun keadaan.
• Bagi mereka, persediaan perlu dilakukan untuk menghadapi
permasalahan-permasalahan yang bakal wujud, apabila tiba
waktunya penyelesaian sudahpun sedia wujud.
 Pemakaian Kaedah ‫ال ينكر تغير األحكام بتغير األزمان واألمكان‬
 Perubahan dan perbezaan zaman yang melibatkan perubahan dan
perbezaan pada gaya hidup manusia dalam banyak aspek telah
mengundang bentuk dan gaya aplikasi hukum syarak yang berbeza
dengan sebelumnya
 ‘Umar al-Khattab pernah mengeluarkan fatwa berkaitan pembayaran
diyah yang berbeza mengikut masa dan waktu tertentu. Pembayaran
diyah terhadap jenayah yang berlaku di bulan-bulan haram adalah lebih
berat berbanding dengan waktu masa biasa
 Kemajuan dalam bidang aplikasi ilmu sains dan teknologi berbanding
dengan zaman-zaman sebelum ini juga telah menyaksikan perubahan dan
perbezaan berlaku pada penetapan hukum.
 Kes-kes seperti had tempoh kehamilan dan penetapan ramadhan dan
syawal
 kemunculan permasalahan-permasalahan baru yang tidak pernah ada di
zaman-zaman terdahulu. Antaranya ialah berkaitan dengan bayi tabung
uji, pengklonan, pemindahan organ yang berkaitan dengan dengan isu-
isu perubatan, bursa saham, bon, insurans yang berkaitan dengan isu-isu
ekonomi.
 Perbezaan tempat dan suasana sosial yang wujud di antara kota Madinah
dengan kota Syam telah mempengaruhi tindakan ‘Umar ‘Abd al-‘Aziz
dalam mengambilpakai sesuatu persaksian
 Perkara ini telah menyebabkan beliau menerima persaksian seorang
saksi beserta sumpah di Madinah tetapi di Syam beliau hanya boleh
menerima persaksian dua orang lelaki ataupun seorang lelaki beserta dua
orang perempuan
 Kedapatan hukum melibatkan tempat yang telah diklasifikasikan oleh
syarak sebagai al-Haram memberi pengaruh kepada perbezaan
penetapan fatwa terhadap permasalahan yang timbul. al-Haram yang
melibatkan kota Mekah dan Madinah mempunyai beberapa hukum yang
berbeza dengan tempat lain (al-Sayyid Sabiq, 1995)
 Antaranya ialah tidak dibenarkan berlaku pertumpahan darah -
peperangan dan pembunuhan-, memotong pokok dan tumbuhan tanpa
sebab tertentu, orang kafir dan musyrik adalah dilarang mendiami
kedua-dua tempat ini, tidak dibenarkan membunuh haiwan yang jinak
dan tidak boleh melepasi kawasan haram kecuali dengan berihram
 al-Rahili (1982) telah membawa contoh aplikasi ‘Umar al-Khattab
RA terhadap kes jenayah yang berlaku di kawasan al-Haram.
Beliau berpendapat bahawa jenayah yang berlaku di kawasan al-
Haram adalah tidak sama dengan jenayah yang berlaku di tempat
lain, oleh itu beliau memberatkan pembayaran diyah berbanding
pengiraan asalnya.
 Pembahagian dua bentuk negara iaitu Dar al-Islam wa Dar al-
Harb/Dar al-Kufr telah banyak mempengaruhi keputusan hukum
syarak serta fatwa yang dikeluarkan oleh ulama (‘Arif Khalil,
1990).
 Antaranya ialah permasalahan berkaitan al-Munakahat melibatkan
perkahwinan dan perceraian, permasalahan al-Mu‘amalat
melibatkan wasiat, wakaf, pembahagian harta pusaka, jualbeli dan
hutang piutang, begitu juga dengan permasalahan jenayah
melibatkan hukum hudud dan qisas (Isma‘il Lutfi Fatani, 1990;
Wahbah al-Zuhayli, 1985).
 Kedudukan kawasan setempat yang berbeza dengan tempat yang lain
juga diambilkira oleh ulama Islam ketika membuat sesuatu penetapan
hukum syarak.
 Sebagai contoh ialah iklim yang berbeza antara tempat sejuk dan panas.
Umur akil baligh yang melibatkan “Taklif Shar‘i” berbeza di antara
tempat yang panas dengan tempat yang sejuk sama ada cepat ataupun
lambat (al-Sadiq ‘Abd al-Rahman al-Ghuryani, 1989).
 Perbezaan iklim yang membabitkan tempoh masa malam dan siang juga
mempengaruhi fatwa terutama di dalam perkara solat dan puasa. Masuk
waktu solat, waktu berbuka dan sahur adalah berpandukan kepada
pengiraan panjang waktu malam dan siang tempat-tempat yang terbabit,
berbeza dengan tempat-tempat yang biasa (Isam Muhammad Abu
Asnaynah, 1998).
 Satu contoh lagi yang menunjukkan pengambilkiraan perbezaan iklim
dalam hukum syarak ialah kes penentuan terminologi “jauh” dan “dekat”
berkaitan Ikhtilaf al-Matali‘ untuk menetapkan tarikh berpuasa dan hari
raya, Imam al-Nawawi (t.t) mengambil perkiraan kesatuan dan perbezaan
iklim sesuatu tempat sebagai langkah penyelesaian.
 perbezaan keadaan dan realiti juga berperanan terhadap hukum
syarak.
 Perkara ini melibatkan perihal keadaan individu, masyarakat,
institusi dan negara. Asas ini telah ditunjukkan Rasul SAW di
dalam beberapa kes.
 Ketika ditanya kepada baginda tentang amalan yang paling afdhal
dalam Islam oleh dua orang sahabat, Rasul SAW memberikan
jawapan yang berbeza terhadap kedua sahabat itu
 Ada kalanya Rasul SAW memberi jawapan: “Beriman kepada
Allah, kemudian jihad seterusnya haji yang mabrur”, di kala
yang lain pula baginda SAW memberi respon berbeza dengan
menyatakan: “Menunaikan solat pada waktunya kemudian
mentaati kedua ibubapa dan seterusnya jihad di jalan Allah”.
 Perbezaan jawapanini berlaku disebabkan pengaruh yang
diambilkira dalam perbezaan dan perubahan keadaan demi
menjaga ketidaksamaan si penanya
 Ibn Hajar berkata: “jawapan yang berbeza-beza itu bermaksud untuk
meraikan perbezaan latar belakang orang yang bertanya”
 Suasana dan keadaan kehidupan yang simple akan melahirkan penetapan
hukum yang sedikit dan senang berbanding suasana dan keadaan
kehidupan yang complicated memerlukan panduan hukum dan fatwa
yang sesuai dengan suasana itu.
 Setiap tempat pasti mempunyai suasana dan keadaan yang khusus yang
tidak terdapat di tempat lain.
 Oleh yang demikian terdapat fatwa-fatwa daripada mazhab Hanafi yang
menyatakan berkenaan penggunaan air daripada sungai al-Furat dan
Dajlah yang terletak di bumi Iraq
 Ramai ulama yang membuat komentar mereka berdasarkan perbezaan
yang wujud dalam sesuatu keadaan dan tempat yg berbeza.
 Yusuf al-Qaradawi ketika memberi komentar terhadap dua ayat di dalam
surah al-Anfal iaitu ayat enam puluh enam dan enam puluh tujuh. “Ayat-
ayat ini menjelaskan tentang pengaruh yang dimainkan oleh keadaan
berkaitan kekuatan ketenteraan yang berbeza di antara satu keadaan
dengan keadaan yang lain. Ayat pertama diikat dengan keadaan
kemampuan dan kekuatan manakala ayat kedua pula diikat dengan hal
ketidakupayaan dan kelemahan”
 Begitu juga dengan komentar beliau terhadap kes penyimpanan daging
korban: “Ini bermakna bahawa Rasulullah melarang penyimpanan
daging korban selepas daripada tiga hari untuk suatu keadaan tertentu
sahaja, keadaan yang wujud secara tiba-tiba -iaitu kedatangan
rombongan pedagang yang singgah di kota Madinah pada hari yang
cukup bermakna iaitu hari raya-, sudah menjadi kewajipan untuk
memperlengkapkan keperluan mereka dengan memuliakan tetamu dan
memberikan mereka bahagian daging korban, apabila sudah tiada
keadaan itu secara automatiknya hukum asal mengambil tempatnya
semula”
 Isma‘il Kuksal juga ada mengemukakan contoh berkaitan perbezaan
keadaan yang mempengaruhi penetapan sesuatu hukum syarak. Hukum
yang ditetapkan Rasul di dalam masalah “Luqatah” dilihat berbeza
antara emas dan perak dengan haiwan ternakan. Bagi barangan yang
diperbuat daripada emas dan perak, orang yang menjumpainya perlu
mengiklankan selama setahun berbeza dengan haiwan ternakan yang
hanya perlu dibiarkan sehingga dijumpai. Beliau berkata: “Sebab
baginda membezakan antara kedua jenis ini ialah perbezaan keadaan
masing-masing”
 Pengambilkiraan peranan adat dan uruf di dalam Islam jelas dapat
dilihat melalui kewujudan kaedah fiqh “‫محكمة‬ ‫”العادة‬
 Adat bermaksud sesuatu perkara yang sudah menjadi kebiasaan
masyarakat, berjalan di dalam kegiatan kehidupan mereka sama
ada berbentuk kata-kata ataupun perbuatan
 Dengan takrifan ini boleh dikembangkan definisinya kepada
maksud budaya setempat, kebiasaan setempat dan nilaian setempat.
 Antara contohnya ialah isu harta sepencarian.
 Perbahasan ulama berkaitan dengan penetapan ukuran berat di
dalam masyarakat pasar tidak terlepas daripada memperkatakan hal
perbezaan adat kebiasaan dan uruf setempat.
 Cara sukatan berbentuk al-Kayl dan al-Wazn . Ibn ‘Abidin dalam
memberi komentar terhadap pendapat Abu Yusuf yang
membolehkan pengukuran berat emas dan perak dengan cara
sukatan dan pengukuran berat gandum dengan cara timbangan
 Imam al-Shatibi juga ada memberi contoh terhadap pengaruh adat
setempat yang berbeza boleh menyebabkan hukum syarak berubah
dan berbeza
 Beliau menyatakan bahawa menutup kepala bagi lelaki adalah
berbeza mengikut adat setempat sesuatu kawasan. Bagi
masyarakat yang tinggal di kawasan timur dunia, tidak menutup
kepala adalah dianggap suatu perbuatan yang buruk dan boleh
mencemar maruah dan sifat keadilan itu berlainan dengan
masyarakat yang tinggal di barat
2. Pendekatan Sosial dalam penentuan hukum
syarak pada zaman Rasulullah SAW
 Yusuf al-Qaradawi ada menjelaskan bahawa asas kepada
pengambilkiraan dan pengaruh perubahan kehidupan sosial
masyarakat Islam terhadap penetapan hukum syarak telah berlaku
seiring dengan penurunan wahyu
 Contoh 1: “‫“ = ”إدخروا للثالث وتصدقوا بما بقي‬Simpanlah kalian
daging korban itu sekadar mencukupi untuk tiga hari dan
bersedekahlah yang berbaki daripada daging itu selepasnya”
 Apakah arahan Rasulullah pada tahun sebelum ttg perkara yang
sama?
 para sahabat bebas menikmati daging korban itu malah ada yang
menyimpannya sekian lama
 Apa pula yang terjadi di tahun berikutnya?
 ‘A’ishah melihat para sahabat RA semacam tidak lagi mengikut
sepertimana yang diarahkan oleh Rasul SAW lantas bertanya
kepada baginda
 Jawapan Rasul saw: “ ‫إنما نهيت للدافة التي دفت كلوا وادخروا وتصدقوا‬
” = “Sesungguhnya laranganku itu dikernakan oleh al-Dafah. Oleh
itu makanlah, tambahlah bekalan kamu dan bersedekahlah”
 Perubahan dan perbezaan hukum syarak telah berlaku di dalam kes
ini daripada keharusan menyimpan daging korban kepada
penegahan menyimpannya melebihi tempoh tiga hari. Perubahan
keadaan dan perbezaan kondisi antara waktu pengharusan dengan
waktu penegahan telah mempengaruhi keputusan dan penetapan
hukum oleh Rasul SAW. Hal itu cukup jelas tercatat di dalam nas
hadith tersebut.
 Contoh 2: Sabda baginda SAW “ ، -‫ال تقطع األيدي في السفر – الغزو‬
‫“ = ”ولوال ذلك لقطعته‬Janganlah tangan (pencuri unta) itu dipotong
pada masa perjalanan- pada masa peperangan-, seandainya bukan
kerana keadaan ini pasti akan ku potong tangan itu”
 Mencuri adalah termasuk di dalam kesalahan hudud yang
diperuntukkan oleh syarak dengan hukuman potong tangan
 Namun begitu, hadith di atas menyatakan bahawa hukuman itu
tidak boleh dilaksanakan ketika tentera-tentera muslim sedang
berhadapan dengan musuh.
 Suha Salim Mikdash (2007): Hukum kewajipan melaksanakan
hukuman hudud ketika waktu aman berubah kepada larangan yang
keras, penegahan hukuman itu dilaksanakan ketika waktu perang.
 Contoh 3: Rasulullah bersabda “ ‫ال تكتبوا عني ومن كتب عني غير‬
‫“ = ”القرآن فليمحه‬Jangan kamu semua menulis sesuatu daripadaku
(hadith) dan barangsiapa yang menulisnya selain daripada al-Quran
hendaklah dia memadamkannya”
 Namun begitu terdapat hadith yang menyatakan keizinan Rasulullah
SAW kepada beberapa para sahabat RA untuk menulis dan mencatat
hadith baginda SAW
 Abu Hurayrah pernah menjelaskan bahawa antara para sahabat yang
banyak meriwayatkan hadith adalah ‘Abd Allah Ibn ‘Amru:
“Sesungguhnya dia menulis hadith sedangkan aku tidak”
 ‘Abd Allah Ibn ‘Amru sendiri pernah memberitahu kepada Rasulullah
SAW akan perihal beliau menulis hadith-hadith tersebut, lantas
baginda menyatakan: “‫اكتب فوالذي نفسي بيده ما يخرج منه إال حق‬
”=“Tulislah, sesungguhnya aku bersumpah atas diriku yang berada di
dalam kekuasaanNya, tidak keluar sesuatu daripada kata-kata itu
(hadith) kecuali semuanya benar”
 Muhammad Abu al-Layth (2004)membuat komentar dengan berkata:
“Kedua-dua keadaan berikut iaitu keizinan dan larangan, tidak akan
berlaku kecuali atas sebab keadaan yang berbeza…”
3. Pendekatan Sosial dalam penentuan hukum
syarak pada zaman Sahabat
 Kewafatan Rasulullah SAW telah meletakkan para sahabat sebagai
individu-individu yang paling arif tentang hukum syarak dan Islam
secara keseluruhan.
 Mereka menjadi tempat rujuk bagi orang Islam dalam segenap
permasalahan hidup, sama ada berkaitan dengan sosiospiritual,
sosiopolitik, sosioekonomi mahupun sosiobudaya
 Di sepanjang zaman ini telah berlaku percampuran tamadun,
perubahan adat dan corak hidup lantas melahirkan pelbagai
permasalahan baru yang sebelum ini tidak ada di Makkah dan Madinah
 Semua ini memerlukan daya usaha baru untuk menyelesaikan semua
permasalahan ini sama ada berpandukan penyelesaian yang sudah
termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah mahupun mengerah
tenaga melakukan ijtihad berdasarkan panduan dan pedoman yang
telah diperlihatkan oleh Rasulullah sepanjang tempoh suhbah mereka
dengan baginda SAW
 Kes Pertama: Masalah talak tiga dengan sekali lafaz
 Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas: “Bahawa talak tiga pada masa
Rasulullah , Abu Bakar dan dua tahun daripada masa khalifah ‘Umar,
dianggap satu kali talak. Maka ‘Umar al-Khattab mengatakan:
Masyarakat terlalu gelojoh dan cuai dalam sesuati perkara (talak) yang
mana mereka dahulunya berbuat demikian dengan hati-hati. Oleh itu
kalau talak tiga itu kita tetapkan sahaja hukumnya (menjadi tiga agar
mereka tidak gelojoh). Maka ‘Umar menetapkan hukum tersebut bagi
mereka”
 Perubahan dan perbezaan hukum telah berlaku dalam hal ini melibatkan
ketetapan hukum yang telah dibuat oleh Rasulullah dengan fatwa yang
dikeluarkan oleh ‘Umar al-Khattab RA.
 Menurut Ibn Qayyim : Asalnya talak tiga dengan sekali lafaz dihukum
talak satu. Hukum ini telah berubah ketika zaman pemerintahan ‘Umar
al-Khattab, beliau mengeluarkan fatwa talak tiga bagi suami yang
menceraikan isterinya talak tiga dengan sekali lafaz.
 M. Firdaus Nurul Huda (2002): Perubahan keadaan kehidupan
masyarakat yang berbeza telah mendorong fatwa baru dikeluarkan oleh
‘Umar al-Khattab
 Kes Kedua: Zakat kuda
 Rasulullah SAW bersabda: “‫“ = ”قد عفوت لكم عن الخيل والرقيق‬Telah
aku maafkan bagi kamu sekalian daripada mengeluarkan zakat kuda
dan hamba”
 Hadith ini dengan jelas menerangkan bahawa tiada zakat yang
dikenakan pada kuda.
 Ketetapan ini berlangsung sehinggalah sampai ke zaman
pemerintahan ‘Umar al-Khattab selepas kes pembelian seekor kuda
betina dengan harga menyamai seratus ekor unta.
 Menurut Dr. Firdaus Nurul Huda, kondisi realiti ekonomi di dalam
kehidupan masyarakat Islam yang sudah berubah dan berbeza telah
menyebabkan penetapan hukum yang dibuat oleh Rasul SAW
memerlukan pertimbangan hukum yang baru
 Bagi al-Qaradawi, pemeliharaan kuda pada zaman Rasul SAW
digalakkan dengan tujuan berjihad dan peperangan. Namun begitu,
ketika zaman ‘Umar, kuda sudah mempunyai nilai ekonomi yang
tinggi sehingga melebihi penternakan unta, lembu dan kambing
 Kejadian tersebut menyebabkan ‘Umar RA tidak lagi teragak-agak
untuk mengeluarkan fatwa dan ketetapan baru berbeza dengan
amalan sebelumnya
 Kes Ketiga: Azan kedua ketika solat Jumaat
 Imam al-Bukhari telah mencatat peristiwa tersebut: “Pada hari
Jumaat mula-mula azan dilakukan pada saat imam telah duduk
di atas mimbar. Hal ini berlaku pada masa Nabi , Abu Bakar dan
‘Umar RA. Akan tetapi pada masa ‘Uthman RA penduduk
bertambah ramai, maka beliau menambah azan ketiga”
 Jelas di dalam matan hadith ini menunjukkan pengaruh
perubahan masa dan kedudukan populasi masyarakat Islam
yang sudah berbeza telah menyebabkan ‘Usman al-‘Affan
mewujudkan azan kedua pada waktu Jumaat
 Kes Keempat: Unta sesat
 ketika di zaman Rasulullah SAW, baginda ditanya tentang
permasalahan ini, Rasul SAW memberi penetapan bahawa unta
tersebut wajib dibiarkan begitu sahaja sehingga ditemui
pemiliknya
 Penetapan hukum tersebut telah berubah ketika pemerintahan
‘Uthman al-‘Affan
 Beliau menetapkan bahawa semua unta yang sesat tersebut
perlu ditangkap dan diisytihar kemudian dijual, hasil jualan itu
akan diberikan kepada tuan pemilik unta tersebut setelah dia
datang menuntut
 Menurut M. Firdaus: Realiti dan keadaan nilai-nilai yang wujud di
dalam kehidupan masyarakat telah mula merosot
 Oleh itu, bagi memastikan harta benda rakyat dilindungi, satu
penetapan baru adalah amat perlu dibuat, dan perkara itu
adalah berbeza dengan penetapan terdahulu
4. Pendekatan Sosial dalam penentuan hukum
syarak pada zaman Tabiin
 Era ini bermula daripada tarikh peralihan kuasa pemerintahan
dan pentadbiran khilafah Islam ke tangan Mu‘awiyah Ibn Abu
Sufyan daripada Bani Umayyah pada tahun 41 Hijrah sehingga
awal kurun kedua hijrah
 Di zaman ini, jajahan dan wilayah Islam sudah semakin luas,
bukan sahaja tertumpu di semenanjung tanah arab semata-
mata tetapi menjangkaui kawasan-kawasan al-A‘jam sekaligus
memperlihatkan peristiwa dan permasalahan baru
 Zaman yang dikira sebagai tapak mula kewujudan mazhab-
mazhab fiqh telah menunjukkan contoh yang cukup jelas
berhubung isu perubahan fatwa disebabkan beberapa bentuk
pengaruh perubahan antaranya zaman, tempat, keadaan dan
adat
 Kes Pertama: Bayaran Zakat Fitrah
 Rasulullah SAW ketika hayatnya telah menentukan kadar yang
wajib dibayar bagi zakat fitrah:
 “Bahawa Rasulullah SAW telah menentukan kadar yang wajib
dibayar dalam zakat fitrah satu gantang kurma atau satu gantang
bijirin al-sha‘ir, bagi semua orang merdeka, hamba, lelaki atau
wanita daripada kalangan umat Islam”
 ‘Umar telah membolehkan pembayaran zakat fitrah dilakukan
dengan nilai mata wang selain bentuk dan cara yang sedia ada.
Diriwayatkan daripada Waki‘ daripada Qurrah:
 “Surat keputusan ‘Umar Ibn ‘Abd al-‘Aziz mengenai zakat fitrah
datang kepada kami. Di dalam surat itu diputuskan: Kadar
bayarah zakat fitrah setengah gantang setiap satu orang atau
harga setengah gantang iaitu setengah dirham”
 Realiti kehidupan masyarakat Islam telah mengalami perubahan
dan berbeza di antara dua zaman ini. al-Sarakhsi telah
menyatakan bahawa masyarakat Islam ketika zaman Rasul
melakukan transaksi jual beli dengan menggunakan sistem
barter, berbeza dengan amalan jual beli semasa yang
menggunakan mata wang
 Kes Kedua: Penetapan harga
 Asasnya, penetapan harga adalah satu perkara yang tidak boleh
dilakukan oleh mana-mana pihak termasuk kerajaan sebagai
pemerintah negara.
 “Masyarakat mengadu: Wahai Rasulullah, harga (barangan)
telah naik, maka tetapkanlah harga bagi kami. Maka Rasulullah
SAW menjawab: Sesungguhnya Allah itu adalah maha
menetapkan harga, yang menahan dan memperluaskan rezeki.
Sesungguhnya aku berharap dapat menemui Allah dan tidak
seorang pun di antara kamu sekalian menuntut aku dengan
tanggungan (kezaliman) mengenai darah dan harta”
 Namun begitu ketika zaman tabiin, terdapat ramai di kalangan
ulama besar tabiin mengharuskan penetapan harga antaranya
Sa‘id Ibn al-Musayyib, Rabi‘ah Ibn ‘Abd al-Rahman dan Yahya
Ibn Sa‘id al-Ansari
 Bagi mereka, pengharusan penetapan harga oleh pemerintah
adalah sangat perlu bagi memberi keadilan kepada semua
pihak, peniaga dan pengguna
 Penetapan harga dilarang di zaman Nabi SAW kerana kenaikan
harga barangan yang berlaku adalah berbentuk pergerakan dan
kenaikan semulajadi. Akan tetapi, apabila kenaikan harga itu
disebabkan oleh faktor-faktor kezaliman pasaran sehingga
menindas pengguna, penetapan harga perlu dilakukan
5. Pendekatan Sosial dalam penentuan hukum
syarak pada zaman Imam-imam Mazhab
 Zaman ini dianggap sebagai zaman emas buat perkembangan
ilmu syarak
 Antara sebabnya ialah perkembangan tanah pemerintahan
daulah Islam yang meliputi negara China di timur memanjang
sehingga ke Andalus di barat
 Kes Pertama: Agihan zakat kepada bani hashim
 Di dalam kes pemberian zakat kepada Bani Hashim, pada
asasnya mereka tidak boleh menerima zakat berdasarkan sabda
baginda SAW: “Kami, keluarga Muhammad tidak makan
daripada zakat”
 Namun begitu, Imam Abu Hanifah telah menfatwakan
keharusan Bani Hashim menerima zakat. Beliau berkata:
 “Seluruh jenis zakat tidak mengapa diberikan kepada Bani
Hashim. Hal itu dalam pandangan kami, adalah kerana zakat
pada masa itu diharamkan bagi mereka disebabkan mereka
telah mendapat haknya daripada al-khumus, iaitu daripada
bahagian agihan golongan dhawi al-qurba, keluarga Rasulullah
SAW. Oleh itu, apabila agihan ini terputus malah agihan itu
diperuntukkan bagi selain mereka, maka apa-apa yang pada
mulanya diharamkan itu menjadi halal, sebagai pengganti
daripada apa-apa yang dihalalkan kepada mereka dahulu”
 mazhab al-Ahnaf:
 Dalam Syahadah Mastur al-Hal, ketika hayat Abu Hanifah beliau
menerima persaksian daripada saksi yang tidak dikenali
“Shahadah Mastur al-Hal”, sekadar memadai dengan sifat zahir
yang menunjukkan keadilan seseorang. Namun begitu, ketika
zaman Sahibayn -Abu Yusuf dan Muhammad Ibn al-Hasan al-
Shaybani-, mereka tidak lagi menerima persaksian seperti
berikut semata-mata, malah mereka menetapkan keperluan “al-
Tazkiyah”
 Dr. Suha Salim Mikdash mendedahkan bahawa perubahan dan
perbezaan fatwa yang berlaku adalah dipengaruhi oleh realiti
dan kedudukan integriti yang yang berbeza di dalam kehidupan
masyarakat Islam
 Mazhab Maliki:
 Diceritakan bahawa pagar rumah Imam al-Qayrawani runtuh
dan dia risau akan keselamatannya daripada sebarang bahaya,
lalu beliau mengambil seekor anjing untuk dijadikan sebagai
penjaga dan diikat di depan rumah. Ditanya akan tindakannya
terkeluar daripada fatwa yang pernah dibuat oleh Imam Malik
yang menetapkan hukum makruh, beliau menjawab: “Sekiranya
beliau -Imam Malik- tahu tentang keadaan di zaman kamu
sekarang, nescaya beliau akan mengambil singa sebagai
pengawas”
 Mazhab Syafie:
 kewujudan qawl qadim dan qawl jadid oleh pengasasnya
menjelaskan lagi tentang pengaruh yang dimainkan oleh
perubahan ‘urf dan adat setempat sehingga menyebabkan
berlaku perubahan pendapat tentang sesuatu permasalahan
hukum syarak
 Adat kebiasaan dan uruf setempat yang wujud di Iraq sama
sekali berbeza dengan di Mesir
 Dicatat oleh Imam al-Sayuti bahawa Imam al-Shafi‘i telah
mengubah kebanyakkan fatwa-fatwa qawl qadim sehingga
berbaki empat belas masalah sahaja
5. Pendekatan Sosial dalam penentuan hukum
syarak pada zaman kini
 Perkembangan dan kemajuan yang berlaku di era ini amat berbeza
dengan zaman-zaman yang sebelumnya dalam segenap segi
kehidupan manusia, sama ada melibatkan aktiviti sosial, ekonomi,
politik dan budaya
 Lahir aktiviti-aktiviti perkilangan yang mendorong bukan sahaja kaum
lelaki yang melakukan pekerjaan malah melibatkan kaum hawa,
seterusnya mewujudkan permasalahan baru berkaitan kekeluargaan
dan komuniti masyarakat.
 Aktiviti ekonomi mengalami revolusi sehingga melahirkan pelbagai
urusniaga baru melibatkan bukan sahaja peniaga-peniaga serantau
tetapi sudah menjangkau dan melepasi benua jauh.
 Ilmu sains dan teknologi mula berkembang subur, taraf keilmuan dan
kehidupan manusia sudah berubah bersama-sama perubahan corak
dan gaya hidup insan yang semakin hari semakin canggih dan maju.
Semua perubahan dan perbezaan yang berlaku ini juga turut memberi
kesan kepada fatwa
 Terdapat banyak sekali fatwa terdahulu yang sudah tidak dapat
lagi diimplimentasi pada era globalisasi yang sentiasa berubah
walaupun dalam masa yang cukup singkat
 Contoh Pertama: Tempoh Kehamilan
 Sepanjang sejarah hukum syarak telah dicatat pelbagai fatwa
ulama yang menyatakan tempoh maksimum bagi ibu
mengandung antaranya satu tahun, dua tahun, sehingga
mencapai tempoh empat dan lima tahun.
 Semua fatwa ini disandarkan atas pengalaman dan kebiasaan
yang pernah berlaku ketika itu, fatwa-fatwa seperti itu juga lahir
daripada pendekatan “al-Ihtiyat” bagi mensabitkan nasab
seseorang bayi kepada ayahnya
 selepas perkembangan dan kemajuan ilmu sains kedoktoran,
pakar-pakar telah membuktikan bahawa tempoh maksimun
kehamilan adalah satu tahun menyamai tiga ratus enam puluh
lima hari, itupun bagi kes-kes terpencil
 perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa berkaitan
dengan kaedah perubatan
 isu-isu seperti ubat yang dititik ke dalam mata, telinga dan
hidung, bahan-bahan ubatan yang disuntik ke dalam otak dan
tulang belakang, begitu juga dengan pil yang diletakkan di
bawah lidah bagi melegakan sakit dada
 ulama terdahulu menghukum batal puasa disebabkan oleh
kemasukan bahan-bahan tersebut ke dalam perut manusia.
 Hasil daripada kajian saintifik dan penemuan-penemuan baru,
Majma’ al-Fiqhi al-Islami telah memutuskan bahawa semua
permasalahan terbabit adalah tidak termasuk sebagai pembatal
puasa yang bahan-bahan ubatan itu masuk ke dalam perut
pesakit
 Isu harta sepencarian:
 Asasnya ialah penglibatan isteri dalam mencari rezeki
menampung kehidupan keluarga selain suami
 Dalam kitab-kitab fiqh klasik yang banyak dipelopori oleh ulama
arab, tidak ada perbincangan berkaitan harta sepencarian
kerana dalam budaya hidup mereka hanya si suami yang bekerja
 Perkara ini berlainan dengan budaya hidup masyarakat
nusantara yang dilihat kedua-dua pasangan suami isteri bekerja
mencari rezeki. Hal ini telah dijelaskan oleh Shaykh Ahmad al-
Fatani sebagai sebahagian daripada cara hidup orang-orang di
bawah angin iaitu nusantara
 Sekian, terima kasih.

You might also like